Thursday 14 January 2016

Ragam Amsyar Sekolah

Assalammualaikum..

Alhamdullilah dah dekat 2 minggu amsyar sekolah..macam biasa la ada masa nagis pagi tak nak sekolah ada masa senang je nak sekolah..macam biasa mama masih sabar lagi..hahaha

Amsyar ni setiap malam aku cakap dengan dia bagi otak dia boleh terima esok bangun pagi kena sekolah..setiap malam sebelum tidur memang akan aku cakap macam tu kat dia dan mama doa dalam hati supaya Amsyar lembut hati nak pergi sekolah....so far bolehla dia terima..

Kalau pagi tu sebelum kejutkan dia standby susu sebotol baru boleh kejut dan time tu mood dia akan ok sikit la..kalau dia bangun dulu memang masak la nak pujuk dia dan confirm dia tak mahu sekolah..time pagi nie semua orang tak boleh bagi dia nagis atau pun sakat dia  yang selalu suka sakat Nuqman memang kena la dengan aku kan..

Kalau dah habis susu nak bagi dia mandi tu la menguji kesabaran aku..hahaha..kena layan dia 1st class kena ikut je mood dia camne..main golek-golek atas katil dulu bagi geletek satu badan dulu lepas tu baru boleh ajak mandi..dah tu siap berdukung lagi nak mandi..kadang-kadang tu mandi pun habis semua toys dia bawak sekali mandi kan so layan kan jer tak nak bagi mood dia spoil kan so layan kan kehendaknya..memang layan dia tip top la kan..

Time nak pakai baju pulak kena layan kan dia nak pakai spender calour apa ikut cakap dia..kalau dia kata tak nak pakai spender so jangan pakai la..hahaha so far dia ok la sebab suka kalau mama puji dia..nanti dah settel dia siap semua kena pesan lagi kat dia nanti sampai sekolah salam mamapapa lepastu nanti Amsyar cakap "bye mama"..ok nie kalau dia kata ok  maknaya hari tu tak ada masalah la kalau dia kata tak nakkkk memang bahaya la..so kena layan dia betul-betul mood bagus..hahaha..kadang tu mama nak mandi pun kena rushing sebab dia sorang jer papa dah hantar abang dengan kakak sekolah so lepas keluar bilik air terpaksa buat lakonan konon -konon mama kaki sakit ke kena jalan macam senget ke apa ke bagi dia gelak kalau dia gelak besar harapan hari tu bagus la..hahaha..banyak taktik nak kena bagi mood ceria kat dia..hahaha

Time bersiap pun sama juga dia nampak aku pakai makeup dia pun nak so pakai kan jugak tp aku pakai tipu-tipu jer so dia suka la kan..layan kan je..mama fikir sebab nak sekolah je kalau tak memang tak ada nak layan gitu ye..

Balik sekolah pulak memang En Hubby amik dia la pun kena ikut jugak cakap dia..singgah kejap kedai bawak minum air barli takpun dia minta beli air kotak teh bunga..kalau tak beli maybe esok tak mahu sekolah kut..so far kitaorang ikut kan je..risau la kalau dia mengamuk tak nak sekolah kan..

setakat ini masih belum nampak kesungguhan nak ke sekolah la tapi still pergi jugak la..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates