Wednesday 29 August 2012

Alhamdullilah..Syukur KeatasNYA..

Assalamualaikum..

alhmadullilah..syukur sesangat-sangat kepada mu ya allah..Dengan izin mu  aku dan hubby telah bersama.. genap usia perkahwinan kami selama 9 tahun..amin..29/08/2003 - 29/8/2012 aku selamat di nikahkan selepas olat Jumaat...kitaorang sanding pada hari merdeka 31hb Ogos 2003..

Macam tak percaya kitaorang dah sembilan tahun kawin..apapun aku bahagia sekali..kini aku punya sepasang cahayamata..dan hujung tahun nie akan hadir lagi seorang lagi...makin meriah hidup kami..

Kepada En Hubby semoga hidup kia dirahmat dan dilindungi allah..akan kita tempuhi  suka duka..susah payah dan rintangan yang melanda bersama-sama sehingga hujung nyawa..hanya mati yang dapat pisahkan kita..terima kasih atas segala-galanya..

To alls yang suka terjah blog nie doakan kami bahagia selama-lamanya..amin..



Noor..

Friday 24 August 2012

1 Syawal

Assalammualaikum...

Selamat Hari Raya..Tahun nie tema raya kami blue color...nie warna favourite aku..tak sangka anak laki aku pun minat color nie..

Tahun nie baru berkesempatan dapat pergi sembahyang raya..seronok rasanya..Dulu banyak alasan kan anak kecil la..bendera jepun time nie la nak keluarkan..Tahun nie alhamdullilah tiada halangan..Selepas sembahyang raya seisi  wajib apa lagi seisi mengeluarkan ayak mata ...sapa banyak dosa sure nagis..seisi bermaaf-maafan nie perlu sesangat-sangat....manataula kan ada "ter"apa-apa jerkan.....Tahun nie aku dengan adik aku jer raya kat rumah mak aku..abang aku kat umah mertua dia..


 Hubby with ayah




minta maaf ayah



Maaflah yer gambar semua kurang memuaskan ..biasalah tangan bukan profesional kan..semua pakai handphone..ada kamera memori kad tertinggal..amik ko dapat bebelan percuma dari Hubby..


yang minta ampun yer bang..
 Giliran cucu pulak salam dengan Tok ayah dan nenek ibu..

kakak tisya




adik nuqman


Selepas seisi bermaafan -maafan kita bergambor la pulak..

kami sekeluarga

Ibu,Ekyin,ayah



Yus sekeluraga..tahun nie tema warna warni

with my darling


ada rupa najwa latif tak?

kuih raya dikiri kanan ku..

 Hurmm lepas jer seisi bergambor Nuqman dah tukar baju panas katanya..yang setia pakai sampai ke petang anak dara aku jer..

Noor..

Sebelum Sambutan Syawal 2012

Assalammualaikum...

Tahun nie giliran rumah mak aku..dekat sg buloh jer..aku balik petang jumaat lagi..

Budak duaorang nie excited sangat nak balik rayakan sampai dalam kereta pun tak reti duduk diam..dia main dalam kereta dia buat macam kat rumah jer..marah diam seminit dua pastu jadi balik..nak sembang dengan papa kot pun payah..




kedepan kebelakang jer korang


comei sangat la wat camtu
nasib masa onthe way tu jalan tak berap nak jem la..jalan lancar je la tapi ke utara banyak jugak kereta tapi R&R still penuh lagi..

Noor..

Thursday 23 August 2012

Raya 2012

Assalammualaikum..

Dah raya ke 5 baru nak ucapkan Selamat Hari Raya pada uols semua.. Entry pendek je kali ne..masih mood raya lagi ..Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin..Minta maaf pada semua yang suka terjah blog aku..sekiranya ada perkataan yang ditulis tidak menyenangkan uols semua..Mana yang tahu rumah aku jemput-jemputlah datang rumah..

blue color

Sory gambor tak berapa nak cun sangat..tapi tuan dia tetap cun..hehehe

Thursday 16 August 2012

Main Layang-Layang

Assalamualaikum..

Walaupun pengasuh diorang dah tak jaga  @ opah anak-anak aku panggil tetap rajin nak pergi rumah opah dengan alasan nak pergi ngaji...pantang ada cuti jer mesti tanya boleh ke tak nak pergi umah opah..hurmmm bukan tak nak kasi pergi tapi takut menggangu diorang nak rehatkan..tapi adakalanya anak-anak opah nie yang rajin ajak mereka datang rumah kadang-kadang pekej tidur sana lagi..tingal mak ngan bapak ko berdua kat umah..

Bulan puasa nie boleh dikira dengan jari jer pergi sekolah agama..alasan penat lah..letih laa..En Hubby suruh duduk rumah.. mula-mula tu ok la lama-lama nak jugak pergi rumah opah dia..hurmmm budak-budak nie...
kalau dapat peluang pergi rumah opah demand pulak tu suruh  ambil malam sikit jangan amik lepas buka amik lewat sikit katanya..nak buka posa dengan opah katanya..

Hari tu dia kata atuk nak buatkan diorang layang-layang..bukan main seronok la diorang nie..si adik memang suka main layang-layang..


layang yg atuk buat



tinggi terbang

Si atuk nie suka sangat melayan diorang nie..tu pasal suka pergi rumah opah and atuk nie..


Noor..

Wednesday 15 August 2012

Jangan Nak Malas-Malas

Assalamualaikum..

Lagi berapa hari ajer nak raya..dan lagi berapa hari jer kita akan tinggal bulan ramadhan..Persiapan raya pun dan siap..alhamdullilah..

Nak citer pasal anak teman yang dua orang nie..memang dua orang pun..hehehe..yang sorang coming soon Dec nanti..

Tahun nie pecah rekod aku tak miss lagi bangun sahur..tahun lepas ada gak miss nak bangun sahur..penat la ngantuk punya pasal kan malas nak bangun..Tahun nie demi anak-anak tercinta tiap-tiap hari bangun masakan untuk diorang..

kelmarin si Nuqman & Si kakak nie cakap bangun sahur nanti nak minum air dengan makan kerepek atau pun biskut sikit pastu nak tidur..tak nak makan nasi seperti biasa..aku kata nanti tak tahan tapi diaorang kata boleh..so sahur tu tak de aku berperang dengan kuali seperti biasa..kebetulan pulak Hubby pun tak nak makan..lagi mudah cepat dan tangkas kerja aku..

Separuh masa pagi masih ok sikit..bertenaga lagi masuk petang sampai ke buka dah lembik..kesian pulak aku tengok budak diaorang nie..sendiri cari pasal kan..mama ko nie adalah gagh banguh pagi buta nak masak  korang tak mahukan..

Petang tu aku masak la lauk mengikut request anak-anak..Si Adik nak sambal sotong si kakak nak makan kurma ayam..amik ko lauk jer..sayur tak de malas nak kuar pergi beli ...aku bajet sayur ada lagi dalam peti ais..rupa-rupanya nan ado..so makan lauk jer la..aku teringin pulak makan cucur ikan bilis..En Hubby baru nak request sambal ikan bilis campur petai..tapi dah ada sambal sotong so aku cakap esok jer la yang buatkan..

Masa nak buka lagi berapa minit tu budak duaorang memang dah lembik tak bertenaga mama ko tanya pun nak marah..suruh amik remote pun dah tak larat..hehehe..time azan jer tu dia air yang diserbu dulu..hahaha..gelak aku tengok gelagat diorang waktu  buka macam tak cukup air jer ...nak sangat sahur macam tu kan..

Pagi tadi dioarng beradik makan macam biasa dan minum air banyak takut jadi macam semalam..kejut pun senang jer bangun..macam-macam ragam budak duaorang nie..tapi aku seronok bila tengok diaorang makan selera pagi - pagi buta..

Sekian citer ringkas pasal budak-budak duaorang nie..Sayang kakak dan adik...Alhamdullialh kakak dan adik masih still puasa cuma adik jer tinggal 2 hari tu..

Noor..

Monday 13 August 2012

Alhamdullilah..

Assalamualaikum..

Tinggal berapa hari lagi nak raya..alhamdullilah masih bernafas sehingga saat ini..

Syukur sangat sekarang semuanya sudah kembali pulih..kesihatan aku pun dah bertambah baik ..hari tu buat check up semua menunjukan tanda positif..terima kasih la pada yang mendoakan kesihatan aku..hanya ALLAH akan membalasnya..

Tapi yang tak bestnya nak kena ganti puasa pulak..ingatkan boleh penuh tahun nie..hurmm tak pelah demi kesihatan aku dan baby nie aku redha jer..

Terima kasih pada NYA yang menberi kesihatan yang baik pada aku..

Setelah semuanya rasa ok aku mula lah pikir macam-macam nak buat..masa kurang sihat hari tu..aku malas nak pikir pasal raya..pasal kuih raya....pasal baju raya..pasal kemas rumah nak sambut raya..aku cakap dalam hati lantakla mana yang ada jer la..tapi  la nie kesihatan dah beransur baik..selera makan pun dah ok..tak de rasa bad mood macam dulu..habis semua aku buat..cuti sabtu ahad habis aku penuhkan dengan aktiviti mengemas rumah..cuci langsirla..cuci sarung kusyen...dan yang best boleh pergi shopping baju raya..baru teringat nak beli baju raya..hehehe..

Alhamdullialh semuanya dah beres dari A-Z...seronok pulak macam tak sabor nak raya jer..Tinggal nak kemas baju nak bawak balaik kampung jer lagi..tahun nie giliran rumah mak aku..kitaorang laki bini adakan sistem giliran untuk balik kampung bagi mengelakan bermasam muka..hehehe..


Noor...

Friday 3 August 2012

Napelah Jadi Macam Nie???

Assalammualaikum

Wah tajuk bikin gempak jer kan..aku suka buat suspen jer kan..korang suka tak??..aku suka..entah apa-apa jer la aku nie..time ting tong dah mai..

Actually nak luahkan jer isi hati yang tidak puas hati nie..Semalam aku pergi check up bulanan la..selalu ok tiada masalah tup-tup semalam ada pulak masalah sikit..Masalahnya bulan nie check up semuanya turun..camne???kan aku ada kata aku tak ada selera makan..nie hasilnya bila jumpa cik doktor..darah HB turun kepada 10.5...tekanan darah rendah...air dalam badan kurang..kencing kotor..dan yang paling best sekali berat badan turun mendadak sebanyak 2 kg dalam masa sebulan...berat badan asal aku 61kg turun masa morning sickness turan la kepada 59kg la nie turun lagi jadi lah 57kg..dan biasalah cik doktor pun bising sikit dan mintak aku tidak puasa dan jumpa dalam masa sminggu balik..hurmmm leceh tul la nak pergi chek up lagi..lagi satu 2 hari sekali kena amik BP..aku tak ada masalah apa pun cuma tak ada selera ajer..Doktor kata minggu depan kalau still menurun aku kena duduk wad..waaaaaaaa tak mahu la...kena paksa jugak makan dan minum air sampai kembung and terkencing-kencing..

Ada tak petua nak bagi selera makan nie..actually aku dah 19 minggu tau..pening tak da cuma letih penat..and rasa nak pitam jer..selera makan nie yang buat berat turun mendadak..

Aku harap sangat jasa baik korang yang rajin baca blog aku doakan kesihatan aku pulih sebaiknya dan seadanya..

Harap-harap selepas makan ubat yang doktor bekal tu semuanya akan berubah dan kesihatan aku pulih sediakala..amin...

Noor..

Ragam Berpuasa Anak-Anak

Assalammualaikum..

Salam ramadhan yang ke 14..kejap jer rasa cepat betul bulan ramadhan nak berakhir..

Persiapan raya baru separuh siap..kena buat sikit-sikit tak boleh sekali gus memandangkan mak buyung nie tak laratkan..tatapi persiapan untuk anak yang diutamakan sangat..

Buat masa nie kakak tak da tinggal lagi puasa..alhamdullilah..cuma nuqman jer dua hari itu pun dia demam panas and kena admit kat hospital..tiba-tiba jer demam panas menggigil pukul 2.45 pagi..terus jer kejut En Hubby ajak pergi wad emergency..kesian Nuqman tak dapat puasa penuh lagi..tahun lepas pun demam juga tinggal 4 hari..tak pa la dik baru 5 tahun..mama ko umur 8 tahun baru nak puasa penuh..

si Kakak nie puasa tak de la meragam sangat so far masih still ok la..kalau pergi pasar ramadan tak de la rambang mata..just mintak beli air jer..makanan lain tak de pun.. dia ikut jer apa yang kita belikan..Kalau si adik nie rambang betul mata semua benda dia nak beli..tapi aku selalu suruh dia buat pilihan dan mintak dia belikan satu jenis air dan satu jenis kuih..kalau beli banyak-banyak bukan dia makan..so far dia dengarlah kata...bukan tak nak belikan taulah orang tengah puasa kan..macam-macam godaan dia tengok aneka makanan..tu citer kalau pergi pasar ramadan..

Waktu buka ada lah waktu mencabar bagi si adik..kejap-kejap tanya berapa jam lagi..kadang naik fedup aku menjawabnya..sabar je la budak-budak kan..kalau kakak dia macam faham sikit la..tu dia beza anak lelaki dengan anak perempuan kan..bila tiba waktu  buka yang tak tahan si kakak nie adalah 2 -3 gelas air dia minum pastu baru makan tu pun sikit...kekenyang airla tu..tapi si adik nie lain air pun rembat semacam..makan lagi la selera ajer..kadang-kadang aku yang suruh dia stop dulu..takut kat meletup pulak perut dia..

Waktu nak bersahur adalah amat liat si kakak nie nak bangun and makan..memanjang takde selera ajer..si adik kalau kejut senang bangun dan makan tetap selera..selalu sebelum tidur tu si adik dah request esok sahur nak makan itu ini lah..aku ikut apa yang dia nak makan..janji dia nak makan...tanya kakak jawapan dia senang aje.."apa-apa pun boleh"...

Apa-apa pun sebagai ibu aku amat bangga dengan anak aku..kerana kecil lagi mampu berpuasa walaupun banyak dugaan..pasti semua ibu di luar sana pun mempunyai perasaan begini..Sayang Kak Ainur dan Adik Nuqman..

Noor...

Blogger Templates