Wednesday 28 October 2015

Mandi Manda di Refarm Kampar

Assalamualaikum...

Orang jerebu duduk rumah tapi aku pergi berendam kat kolam..baik sangat untuk paru-paru..hahaha..

Haritu ada family Day En Hubby punya grup pembantu Tadbir Operasi diaorang nak beramah mesra dekat sini tu yang pergi tu..Kalau tak memang tak berjalan la duduk kat rumah jer..

pakai siap dari rumah sampai sana terus terjun je

Refarm nie dekat jer kat temoh kira belum samapi lagi Kampar la kat tepi jalan..tempat dia tak ada la besar mana tapi selesa la tandas bersih tu yang penting..lagipun dalam proses renovate lagi..air pulak air bukit mengalir kat kolam tu..air dia jangan cakap la sejuk tapi still boleh berendam la..

nak masuk nie ada caj di kenakan dewasa Rm 10 kanak RM 5..ok la kan harga dia..waktu pun pukul seawal 9 pagi sampai pukul 6 petang je..parking pun luas..

korang kat sini nak datang bawak bekalan sendiri yang ada jual orang cina jer..setakat air mineral tu boleh la ak beli kan..

nak masuk ada patung kambing macam real jer..

nie lalaun jalan kaki dari parking

bahagian atas dewasa bawah kanak-kanak

nie kitaorang orang terawal sekali sebab nak chop tempat dan kitaorang paling banyak bawak barang..so kitaorang prepare dulu..

tempat duduk disediakan
kitaorang pilih tempat yang dekat tempat persalinan baju dan tandas lagipun kat bahagian tu ada tanah sikit nak pasang khemah..


ada lagi tempat duduk dia yang kerusi panjang kira banyak jugak tempat la nak rehat.

muka happy

di sebabkan diorang paling awal so diorang terus mandi dengan aman..

berendam sampai kecut-kecut tanagn
ok la kalau nak bawak anak-anak mandi kat sini lepas berendam boleh tengok binatang pulak..ada kolam ikan dan kuda tempat memancing pun ada..tapi aku tak round pun hari tu sebab sibuk melayan anak-anak..so far aku rasa selamat la nak mandi kat sini..


Monday 26 October 2015

Makan Meatball & mix lamb chicken

Assalammualaikum...

Kat tapah nie memang banyak kedai western..banyak tu tak de la tapi lebih dari satu la kan..Yang pernah makan Custom Cafe boleh la sedap jugak tapi tekak aku tak berapa nak ngam..yang dekat koperasi tu apa nama lupa pulak tu sedap jugak tapi time aku nak pergi makan jer dia tutup so malas dan merajuk kita jarang-jarang nak makan kat situ.. lagi satu station cafe yang nie tak pernah masuk dan try lagi..tapi ramai kata sedap jugak..tapi hati ku dah terpaut kat starbugs jer..situ sedap dan memang kena tekak walaupun kedai dan decor biasa tapi makan tip top..hahaha

kat Bidor pun ada tapi tak berapa sangat so tak sedap tak payah kita bagi nama kedai tu...hahaha..rezki masing-masing dan tekak masing kan..

Hari tu teringin tekak teringin nak makan lamb lepas tu teringin jugak nak mkan chicken chop tapi dalam kepala terbayang meatball..hahaha camne tu dasar kuat makan..dah la makan tengah malam nanti gemuk aku sendiri yang rimas..hahaha..

di sebabkan nafsu makan tengah nak ade nie kita order semua..hahaha


aku amik mix chicken & lamb..cer tengok kuah dia tak kedekut betul..sedap sangat..


meatball dia pun sedap..puas makan serba serbi banyak tak kedekut orang kata...


Aiskrim soda,Epal,Grape dan Asam boi
kalau kat sini aku recomended minum air asam boi dia sedap giler..air nie dia mix dengan coke..dan ada jelly..sedap jer minum..

So sapa nak makan western boleh la try makan kat Starbugs nie berdekatan area Agro Bank jer..

Thursday 22 October 2015

Main dengan Dinasour

Assalammualaikum...

Hari tu atuk belikan Amsyar mainan..terima kasih atuk abah beli kan mainan..

Amsyar suka jer dapat mainan tapi yang over main macam biasa la kan Nuqman...balik jer kat rumah benda nie cari nak main tumbuk dengan Dinasour




Wednesday 21 October 2015

Bagus 3 sekali

Assalammualaikum..

Hari tu doa -doa kan la si kenit tak kena demam campak sekali allah uji semua kena serentak..alhamdullilah..

Mula-mula Nuqman selang sehari kakak selang dua hari Amsyar..yang win sekali kakak dengan Amsyar la..Nuqman macam kena like-like jer..Bagus kena serentak tak payah mama nak cuti banyak kali..sekali harung jer seminggu mama amik cuti jaga bertiga..
nuqman kena sikit jer kat badan


kakak paling banyak kena habis muka dan badan.

budak nie kena sapu lotion diam la kejap

Nuqman tak berapa teruk tapi kejap-kejap demam jer..ok lagi boleh control..si kakak dia memang gitu dari kecil kalau sakit takde nak ngada ke nak bunyi mengeluh ke dia diam jer..mama pulak risau tengok dia baring jer..asyik la sapu kan lotion doktor bagi campur dengan daun bambu yang dah blender..time macam ni serenok la mama mandi kan mama suapkan..kakak banyak baring dan tidur jer senang jaga.. Si Amsyar pulak siang dia ligat demam panas macam mana dia tetap aktif tapi time malam mula mengaruk..pukul 3 lebih tu sampai la nak dekat pukul 5 pagi baru dia ok..time tu mula nagis gatal la sakit la pedih la lepas tu kaki asyik menendang jer..ingat badan mama ko nie bola apa..karang aku jerit senyap 5 minit lepas tu sambung balik..karang lepas pukul 5 sampai pagi sedap dia tidur baru mama pun aman nak tidur..

Anak aku kali nie demam campak aku tengok pun ngeri berbiji besar macam ada air besar-besar siap macam ada nanah..ngeri aku setiap kali sapu ubat..

Kat rumah nie semua petua aku ikut cakap jangan goreng kat rumah la..makan kena rebus la macam petua diorang bagi semua aku ikut tapi macam tu jugak..aku lagi tak lalu nak makan benda rebus jer..kembang tekak aku nak mkan karang beli makanan luar anak pulak tengok kesian pulak so redo jer makan gitu tapi idak jugak kurus ..hahaha..

Sepatutnya turn En Hubby jaga budak 3 orang hari Khamis tu tapi si kenit nie meraung pagi buta tak bagi mama kerja so call boss kata sambung cuti boss approved terus tukar  plan ajak  En Hubby balik Sg Buloh sebab memang nak balik Jumaat tu nak settel kan barang kenduri kawin..so sakt sakit semua aku angkut balik sg buloh..

alhamdullialh hari nie semua dah sihat cuma nak kering jer,dan kakak dengan Nuqman dah sekolah..Amsyar pun sikit lagi nak sihat harap-harap tak ada sapa kena kat rumah opah nanti..

Friday 9 October 2015

Chicken Pop atau Peletung

Assalammualaikum..

Jerebu kat tempat aku dah makin kurang baru boleh bernafas dengan selesa sikit..Semalam balik kerja Nuqman bagitau dia tak main pun bola hari nie tengok jer orang main..aku ingat dia kata gitu dia tak nak mandi la kan..lepas tu dia kata dia tak sihat suruh rasa badan dia..memang sah dia demam..kesian tengok bibir pun merah..lepas aku sambung masak balik..tiiba jer dengar En hubby bebel kat Nuqman..hahaha kesian demam pun kena marah..En Hubby marah sebab dah tahu demam masih lagi nak keluar main..

Tak lama tu Nuqman tunjuk badan dia macam ada bintik merah macam kena demam campak aku bajet tak kan kena kut kecil dah nie mesti faktor jerebu kut..malam tu pergi klinik memang sah dia dan kakak kena demam campak yang En hubby tak habis cakap peletung..hishh sama jer..

Hari nie dua orang budak tak sekolah sebab kene peletung lepas tu duk merengek tak kasi aku pergi kerja..alahai kesiannya tengok..tapi dah janji half day harinie..tadi pun masa sebelum pergi kerja masak bubur dan bagi diorang makan ubat dan siap sapu ubat semua..kesian tengok..

aku tengok Nuqman kena kecil-kecil jer peletung dia kakak Tisya besar dah berair..setiap kali sapu dia kata pedih sian dia..benda tu dah pecah lagi sakit and gatal..

Tadi google jap tengok makan yang pantang larang dan petua nak hilang kan..petua bagi banyak air masak dan air kelapa..akak ipar aku kata hari tu anak dia buat blen daun bambu dgn bedak sejuk lepas tu tepek..ok tu senang semua bahan ada..taman rumah nie memang banyak pokok bambu..

so harap-harap sangat Amsyar tak kena jangkitan ini..kalau Amsyar kena nampak gaya kena cuti panjang mamala..takut berjangkit dekat rumah pengasuh pulak..

Thursday 8 October 2015

Makan Malam

Assalamualaikum...

dah lama tak cerita pasal masak-masak dan makanan kan..so semalam pergi beli barang nak masak and topup bahan yang kurang kat rumah..

semalam balik tengok ikan tak keluar dari freze lagi..geram je nak kena tunggu ikan cair pulak satu hal..alamat lambat sikitla makan..sementara tunggu ikan cair masak la apa yang patut..En Hubby pulak nak makan ikan masak cili kering tumbuk..adoiii sampai pijau tangan akak menumbuk..


ikan cili kering..sayur campur..ayam goreng..sambal belacan ..telor masin

nie je lauk sempat masak walaupun simple tapi licin sekali hadap..alhamdullilah kenyang dah makan masak sendiri..hari-hari duk fikir nak masak apa sampai pening fikir..kadang tu sampai gadoh jugak dengan En Hubby bila tanya nak makan apa..hahaha..kalau tanya anak lagi senaag jer jawapan dia..mama tak payah pening fikir nak masak apa kita jer pergi makan luar..hahahah..bagus mama like jawapan tu..

Thursday 1 October 2015

Starbucks or Starbugs

Assalammualaikum..

Semalam masak sambil borak-borak dengan anak dara tu..dia tolong masak nasi dengan suruh dia sidai baju yang mama dia basuh..dulu aku masa kecil macam usia dia dah boleh masak dah..budak sekarang nie liat sikit nak masak atau nak tolong ke dapur kalau tak di suruh..tapi aku lagi suka tak ada orang mengacau aku masak, nanti lagi lambat dan bersepah bila ramai-ramai masuk dapur..dan bila ramai rajin nak menolong menyempahkan..hahaha

tengah masak dia cakap "ma jom pergi starbuck"..aku pun dah terbayang starbucks kat Kampar je yang ada pun..aku cakap dalam hati sejak bila pulak anak dara aku pandai minum kat starbucks kan..
aku cakap "kakak nak makan apa kat sana kan jauh mama dah masak nie".."ala kakak nak makan meatball dekat kedai kawan mama tu je"...hahahha aku terus gelak baru teringat starbugs kat kedai kawan aku yang jual makanan western tu...ejaan lain bunyi sama..

Image result for starbucks vs 

Kalau kat Tapah ada 4 kedai ala-ala cafe gini yang jual western..so kedai nie yang dah banyak kali repeat makan bukan sebab kawan yer sebab sedap harga pun berpatutan..

hari tu makan steamboat dia pun sedap walaupun nampak simple je lauk dia tapi kuah dan sos dia power..sedap sangat..





so orang Tapah boleh serbu kedai nie yer..

Blogger Templates