Wednesday 24 June 2015

Menu Buka Puasa Ke 6

Assalammualaikum..

Hari nie dah puasa ke 7 dan anak-anak masih berpuasa lagi..orang pompuan nie memang gitu kan pagi nak plan masak nie kan tengahari plan nak masak lain karang petang dah lain pulak lauk dia kan..hahaha tu aku kut jer peragai gitu..semalam wasup En Hubby ngadu demam dan sakit kepala so kata tak nak amsak la suruh beli lauk tapi bila nak petang tu dah macam ok sikit..so balik kerja masak la rasa serba salah pulak nak bagi anak dengan lauk luar kan..so gigih jugak masak...

Semalam masak lemak cili api keli..ikan keli tu pun dah lama sangat duduk dalam frezer..sebelum dia busuk baik kita habis kan..ikan keli nie aku tak pernah masak goreng kalau nak makan goreng En Hubby la tukang goreng kan..hahaha aku takut dia punya letupan dan percikan yang boleh buat aku berpeluh ketakutan nak goreng ikan hahaha...tu untuk tekak aku dengan En Hubby dah settel ..untuk anak aku masak lain..budak-budak tak berapa pandai makan pedas tu yang masalahnya pedas sikit air bergelen-gelen minum..dah la puasa kesian so masak kan kicap telor tu pun muka dua beradik tersenyum lebar tengok telor kicap jer pun excited ..


sebab baik sanagt dan rajin menaip meh aku bagi resepi ikan keli masal lemak cili api style aku la..

Bahan
ikan keli
cili padi ikut kesukaan
belacan sikit
kunyit hidup
udang kering sikit
daun kunyit
bawang merah sikit
asam keping
santan

cara -masak
blenderkan cili api + bawang merah + kunyit hidup + belacan + udnag kering samapi halus kalau nak sedap tumbuk lagi sedap..lepas tu campak dalam periuk dengan ikan keli . daun kunyit dan asam keping bagi mendidih sikit...agak-agak dah hampir ikan masak masukan santan dan garam gula sikit..lepas rasa cukup tidak rasanya..dan boleh hidang untuk dimakan..

Selamat berpuasa tu all silent reader

Monday 22 June 2015

Iftar Bersama Anak Yatim 2015

Assalammualaikum..

Tahun nie tahun ke 3 kitaorang sambut puasa bersama anak yatim dan anak miskin di rumah..dan satu kali di tempat asrama diorang..

seperti tahun sebelumnya kitaorang basah ketiak dan badan pun bau bawang sebab sibuk masak tapi tahun nie up sikit panggil katering..katering pun pak cik punya so..alhamdullilah lega tak penat masak..

seperti tahun-tahun sebelumnya petang tu ada tazkirah dan bacaan tahlil ringkas sebelum berbuka.



nie pun dari tahun pertama guna sampai sekarang..penjimatan di situ kan just bubuh tarikh dan tempat jer..tu pun terlupa nak tulis..


Insyaallah tahun depan kalau ada rezki kami akan buat lagi dan jemput lagi..sama-sama merasakan rezki dari allah..


Thursday 18 June 2015

Sambutan Puasa

Assalammualaikum..

Puasa tahun nie aku rasa macam tak sabar je..teruja sangat nak puasa..bukan aku Nuqman pun  teruja tak tahu la  seminggu lepas semua lemau kut..

sebab En Hubby sahur nak makan rendang ayam..so malam tu gigih aku masak rendang walaupun dah tahu tak lama lagi nak raya dapat jugak rendang..En hubby bagi alasan katanya masak rendang boleh diperangat banyak kali sampai kering makin lama makin sedap rendang..yela bang...

Disebabkan puasa jugak aku merajin kan diri menyimpan stok masakan dalam peti ais segala benda ada..harap-harap hari-hari la dapat aku masak..semua barang pun aku dah siap blender senang balik rumah tukar baju terus menumis..semua dah siap potong dengan sayur-sayur aku siap potong..tu untuk bulan puasa jer aku terlebih rajin buat..takut tak sempat jer..nak beli lauk dah siap takut tak sedap aku kalu pergi bazar ramdan aku suka beli agar-agar jer takpun beli air..kuih pun beli sikit untuk anak..

Sahur setiap hari aku bangun pukul 4 dan sebelum 5.15 kitaorang anak beranak dah atas katil sambung tido..hahaha..karang 6:30 baru bangun siap kan diri..walupun sekejap tapi tetap lena jugak..

Semoga Kakak dan Nuqman tabah menjalani ibadah puasa seperti tahun lalu..Harap-harap tahun nie tak ada la diorang demam..

Tuesday 16 June 2015

Mandi Lost World Tambun

Assalamualaikum..

sehari sebelum bermula sekolah sepatutnya duduk rumah rehat kan diri tapi hujung-hujung cuti baru ada kesempatan nak berjalan..

tempat nie memang dah lama budak nak pergi tapi bila kira-kira balik macam tak berbaloi sebab diorang dulu kecik sekarang dah besar dan berani boleh la pergi..harga tiket pun mahal jugak.

masuk berendam dari pagi sampai ke petang..aku tak pergi pun diorang pergi dengan ayahsu dan cik tunang dia..berendam dan melayan la ank buah samapi kecut-kecut..

masuk

nasib diorang pergi time nie tak berapa ramai orang maybe orang dah sibuk prepare persiapan sekolah kan..hantar anak asrama..




budak-budak ni kena paksa makan dengan ayahsu baru nak makan kalau tak asyik main jer sampai tak ingat nak makan..


dah kenyang bagi ikan pulak kenyang bagi sampai dia gemuk..rehat sekejap sebelum sambung mandi lagi..

mendulang bijih timah

naik gajah tiruan
diaorang keluar dari sana dekat pukul 7 punya la lama berendam tu pun diorang kata tak puas mandi..sampai kecut-kecut pun masih tak puas..kesian kat amsyar kat rumah duduk main dengan mama jer..
bersama bakal mak usu

sorang sekor bawak balik

Nuqman bersam ayahsu

selepas selesai seisi bergambar buat kenangan terus cabut pergi makan kat Thumb's cafe..sebab baru semua rasa lapar..walaupun keletihan namun terpaksa jugak pergi sekolah esoknya..tak kan nak sambung cutikan..terima kasih la kat ayahsu dan mak usu Aiza sebab layan budak-budak nie dan belanja diorang walaupun duit tiket duit budak -budak nie sendiri kumpul..hahaha..lain kali belanja makbapak dia pulak tau..hahaha..semoga murah rezki dan kerja kuat lagi boleh belanja kami pulak..hahaha

Tuesday 9 June 2015

Ucu Dah Tunang

Assalammualaikum...

Baru-baru nie adik aku dah pun selamat jadi Tunang orang..so dah trend sekarang nak ada pelamin la bagaikan..so akak yang tak berapa kreatif telah pun buat pelamin mini tu dengan bantuan En Hubby..dia sebenarnya yang dekor aku tak berapa pandai pun ..bangga aku dapat En hubby gitu yang super kreatif..

tapi macam biasa la buat dengan dia tak sah gadoh manja kan..dia semua nak prefect cantik teliti dan kemas..macam aku jenis simple macam nie pun dah ok dia selagi tak sedap mata dia selagi tu la dia tak puas hati..sabor jela aku..

kitaorang buat mini pelamin dari pukul 10 malam sampai pukul 2 pagi..ko bayangkan hasilnya camne..tu pun esok sambung touch up sikit mana yang patut..terkejar-kejar pergi beli barang dan aksesori lain..



nie hasil dekor malam bersama En hubby..letih buat kerja dengan En hubby super cerewet..tu tak kena nie tak kena aku tengok ok jer..


kita bagi dekat sikit gambar..separuh siap bagi dia kalau bagi aku dengan adik aku tu dah ok dah ..tak serabut sangat tapi En Hubby kata tak da lighting pulak..so esoknya rajin pulak ayah pergi cari sportlight..ikut sangat cakap menatu dia kan..


semasa dia touch up nie kitaorang keluar pergi beli buah so balik tengoh dah siap hasilnya touch dengan ayah pulak..



biasalakan tangan tak bedung masa kecik kan tu ambil gambar tak cun..kira cantikla mata aku tengok..rata-rata yang datang pun pujila hasilnya..ada yang ingat kitaorang sewa padahal semua buat sendiri..so sama nak tempah kitaorang buat mini pelamin boleh la contack yer..hahaha..gurau jer takde makna aku nak cebur bidang macam nie..


Blogger Templates