Thursday 23 April 2015

Projek Akan Datang..

Assalammualaikum...

nie ada lah hasil tangan aku yang tak berapa kreatif..nie baru separuh jer siap..nak tengok full edition kena tunggu next month year..haha :)

hari tu google ingat nak bunga buat sendiri..bunga yang nampak macam gempak jer kan..macam orang akan cakap nie ko buat ke?..gitu la gayanya..

Image result for bunga kertas diy


Image result for bunga kertas diy

Image result for bunga kertas diy




lepas di tilik dan dikenal pasti tangan aku mampu buat nie jer..tangan orang tak kreatif gitu gamaknya..hahaha..



mula-mula test guna harta benda pejabat dulu..haha..dah ok dan cantik baru beli kertas sendiri..



buat kat rumah aku stress jer..kejap-kejap karang kena perhatikan si kenit nie..kacau jer..aku nak buat pun tak berapa kemas.. gamak nya kena curi masa kat pejabat la buat..stress aku di buatnya..


dalam proses buat bersama assistant kakak

hasilnya






dah siap cuba pulak matching-matchingkan kena tidak..cantik ke idak..buat benda simple pun macam nie pun nak stress..hahaha



nie dah siap sepenuhnya tinggal nak tampal jer..dah siap buat bunga kipas nie try buat perkataan untuk phootobooth nanti..ehhh tercerita pulak..hishhh tangan nie nak taip jugak..hahaha

sebahagian perkataan
nie pun aku buat sendiri..tapi tetap nak google ayat dan kemudian kita cilok ayat dan minta di halal kan yer..

setiap kali siap aku wasup kat adik aku..tension jer member tengok aku yang excited and over yer..yela zaman kakak ko mana ada benda nie..so tu yang over sikit..modal pun tak banyak jugak..modal tak kira janji cantik..puashati dan kebabom..hahaha

full citer tunggu next entry..bye

Monday 20 April 2015

Anak-Anak

Assalamuaalaikum...

lama tak cerita pasal anak-anak kan..walaupun ada tiga anak tapi rumah aku riuh rendah macam ada sepuluh anak..setiap anak lain perangai dia..sebab lain-lain perangai la selalu buat mama dia naik hulk..hahaha tapi mama suka jer naik hulk sekurang-kurang jantung mama mengepam dan berkerja tidakla ia sakit je menahan marah..hahaha

kalau dengan kakak nie bab pelajaran aku selalu jer nak naik hulk..semua benda nak tanya dah paling senang citer kerja sekolah tau nak jawapan jer...malas nak pikir..kalau ajar dia selalu jer nak naik Hulk tu pasal aku tak boleh jadi cikgu..nanti kakak jawab balik "mama nie asyik nak marah jer kakak tanya jer".urut dada mama..kalau bab menjaga adik tu mama bagi A+++ rajin dan boleh harap la..makan pun tak cerewet semua ok jer bagi dia..cuma suka merajuk dan sentap jer..kalau ada benda yang dia takut kena marah walaupun bukan punca dari dia kakak akan bercerita dari A to Z..padahal citer boleh jen dipendekan kan..punya panjang explain..hahaha..macam hari tu dia nak cerita kawan dia simbah air habis baju and tudung dia basah..dia punya cerita" tadi kat sekolah lepas sembahyang asar ustazah suruh gotong royong cuci bilik air,kakak cucila dengan kawan kakak lepas tu datang kawan kakak lagi sorang nie main simbah-simbah air lepas terkena ar tu kat kakak habis baju kakak basah..lepas tu kakak nagis"..hahaha..punya panjangkan explain dia..

itu kakak belum lagi Nuqman nie bab pelajaran toksah cakap la dia memang excelent apa-apa pun dia nak juara jer..tapi satu juga perangai suka berlagak kalau dia lebih dari kakak..tu yang aku tak suka perangai dia..makan pun cerewet jugak tak berkenan tekak tak nak makan tak pun makan sikit jer..paling suka buat orang semuanya dia nak kacau..lepas tu dengar la bergaduhla terjerit-jerit..kalau cakap macam petir suara,,kuat cakap dia ingat mama dia pekak apa..rajin jugak menolong boleh di harap jugakla..dia rajin bila kita puji makin rajin dia..biasalah hidup memrlukan pujian jer dia nie.

nie si kenit tu tak padan dengan kecil tak boleh terusik sikit terjerit sesajer..pantang orang usik barang dia mula jerit lepas tu tangan akan bagi selepuk kat orang..selalu gaduh dengan abang dia jer la..main pun macam abang-abang jer..main tumbuk-tumbuk..tapi sayang penakut mandi..hahaha..kalau nak mandi jenuh pujuk dia..makan nak sendiri tak nak suap..berlagak macam orang besar..tapi satu jer bawak jalan-jalan nak berdukung jer..lenguh tangan dukung..lepas tu bila kau marah jer suka cakap mama demuk(gemuk)..kecik hati mama tau..taulah mama size badan mama camne kan..

kalau hari cuti aku kat rumah nie macam kaunter pengaduan jer..keja-kejap kakak datang ngadu,,keja-kejap karang Nuqman..sabar jerla..kalau cuti tu rumah aku riuh rendahla tapi bila diorang pergi rumah opah..aman damai jer aku kat rumah tapi sunyi pulak aku sebab mulut aku tak excercise pulak..hahaha..


Friday 17 April 2015

Kabinet

Assalammualaikum..

Alhamdullilah rezki tahun nie dapat la buat kabinet dapur..dah lama terlopong dan menyakitkan mata jer bila ke dapur..ecehhh selama nie ok jer kan masak..betul la pepatah kata habis madu sepah di buang..hahaha

aku kalau dapat duit lebih aku suka beli barang atau benda yang nampak dan kekal lama..so  nanti aku duduk duduk sorang-sorang aku cakap  nie barang hasil titik peluh aku..hahaha..memang orang pompuan memang gitu orang laki tak macam tu kan..hahaha

nie masa dah keluarkan barang ..kerja pun dah separuh jalan..En Hubby wasup gambar sekeping nie jer..aku kat opis mengelijat dah nak balik nak tengok hasilnya..tapi En Hubby pun kejap je tengok lepas tu kena pergi kerja balik..so abah la tunggu sampai siap..

dalam proses
tula nanti ada rezki nak buat kabinet atas pulak..haritu nak buat atas sekali tapi modal tak mencukupi so perlahan-lahan buat sikit-sikit mana yang mampu kan..


balik kerja masuk ruang dapur senyum lebar akak tengok dapur dah cantik..tapi yang tal cantik cuma rak pinggan tu semak pulak kat situkan..hahahadapur aku memang besar lagi nampak luas aku rasa..makin berkobar nak masak 


sekali pusing sikit sakitnya mata tengok barang yang nak kena kemas..pekerka tu keluarkan letak tepi..so pandai-pandaila kemas balik dan susun dalam kabinet baru nie..



so sekarang dapur aku dah cantik dan hampir complete mengikut kepuasan aku..kakak semalam balik tak habis puji cantiknya dapur kita..senyum-senyum jugak macam mama dia sebab puas hati dengan dapur..

kira aku puas hati la dengan kerja dia kemas tapi En Hubby jer yang tak puas hati dia kan tahap over cerewet dia..entahla aku tengok ok jer janji aku puas hati..

Thursday 2 April 2015

Rezki Dari Allah

Assalammualikum..

bulan mac hari tu genap aku kerja kat syarikat nie 11 tahun..alhamdullilah..

hari nie dapat rezki dari allah..alhmdullilah selama kerja disini bos-bos nampakla pengorbanan kerja aku..alhamdullilah rezki ada di mana-mana..

terima kasih pada dato sebab bagi imbuhan pada kakitangan semoga di murah rezki dalam perniagaan ini..walaupun anak syarikat nie yang last dapat imbuhan.tapi penantian aku berbaloi..hahha

dah tengok dah puas hati mula nak buat nak beli nak bayar apa yang patut..

apa-apa pun..rezki kami sekeluarga..amin

Wednesday 1 April 2015

akikah @ cukur jambul

Assalammualaikum..

Hari tu abang aku buat majlis aqiqah untuk anak ke4 dia..kata puteri bongsu la..bongsu ke??hahaha..buat masa nie dia menang anak la sebab kalahkan aku..aku still 3 tapi En hubby dah bagi hint nak tambah sorang lagi ..aku saje buat blur and tiba-tiba pekak jap..hahaha..

majlis aqiqah kitaorang datang time makan je sebab time tu pulak ayah tak berapa sihat..so gambar pun cilok dari fb akak ipar aku..

alahai comei fifah

nie anak buah yang ke 8 dalam family aku..mak aku nie cucu perempuan dia 5 orang cucu lelaki baru 3..kitaorang panggil afifah mama dia pangil hanani..

amboi mata tak payah nak besarkan ye


family abang aku..nasib dapat hero sorang
kakak ipar tetap maintain badan walaupun beranak 4..aku je makin kembang semangkuk..hahaha

kumpulan marhaban
kumpulan marhaban nie time seisi pagi so pagi kiranya perempuan petang seisi lelaki pulak..

princess lena di ulit mimpi

budak tahfiz
budak tahfiz diorang jemput lepas zohor..ramai jugak..seronok dan meriah tengok..tapi time nie kitaorang dah balik pun ayah tak berapa sihat..


bersama hero malaya

last sekali amik gambar juga dengan afifah tapi saje sabotaj gambar makngah dia..time nie dia nak tidur..tu yang dah cebik..geram je tengok balik..mula la rasa macam nak baby girl tapi aku dah malas nak beranak kecil ..letihla dah tuakan..hahaha..takpela Amsyar kan baby..comei je kalau suruh dia buat baby..Amsyarrrr buat baby pleaseee...

Blogger Templates