Friday 29 July 2016

Nasyid & Nuqman

Assalammualaikum..

Alhamdullilah still Johan lagi..lepas nie naik peringat Negeri..mama bangga dengan Nuqman walaupun main gendang..bukan senang nak main gendang nie sebab nak kena ikut rentak kan..hahaha





Kali nie tak dapat jugak tengok dia bertanding sebab attend mesyuarat Amsyar..Insyaallah peringat negeri kalau tak ada hal mama datang bagi sokongan ya ..




Ustaz nie yang mengajar nasyid..



tahniah semua semoga terus berjaya di masa kan datnag..balik tu Nuqman sibuk cari dan susun pingat dia..perghh banyak jugak..next entry la kita buat cerita dia.




Thursday 28 July 2016

Bihun Sup Tulang

Assalammualaikum..

Lama tak tepek gambar masakan sendiri..selalu dah siap asyik lupa jer nak amik gambor..

Hari tu ada Ila nak datang so fikir nak jamu apa ya..sebab datang time petangkan..hari tu kakak dia datang kita dah jamukan mee rebus kan so takan nak sama pulak..nak buat goreng-goreng macam tak best biasa sangat kan..hahaha..pening jugak nak masak apa

Last fikir bihun kat rumah banyak lagi kita masak bihun sup tulang pulak ..hari tu kawan nuqman datang buat bihun sup jugak tapi sup ayam..


bihun sup utara katanya..sebab di colourkan kuning..Bihun korang nak beli jenis yang sebundle tu beli jenama cap kelurga..bihun tak hancur dan tak kembang bila rebus lama-lama..cantik jer bihun dia nampak halus jer..



kali nie guna rempah sup jenama mahsuri tak guna adabi..rasa dia lain dah lebih sedap lagi..hahaha..serius guna sikit je rempah tu dah sedap..En Hubby pun puji sup sedap..makin kembang bontot dengar pujian yang jarang kali nak ungkap..

Wednesday 27 July 2016

Birthday Girl Demam

Assalammualaikum..

21 Julai birthday kak Tisya pulak..sama macam mama time birthday sakit..redha jerla ya anak..

bawak dia pergi klinik kena amik darah dan kena amik tekanan darah test air kencing bagai..demam baru sehari jer tapi dah periksa detail pulak..rupanya ada sakit yang berbahaya baru-baru nie..patutla kan detail cek..

Keputusan tak memuaskan so kena datang seminggu selepas itu..kena amik balik darah..so sad kat situ sebab risau kan penyakit sekarang nie cepat sangat bahaya..biasala emosi mak-mak nie kan over sangat risau..

Habis checkup kak Tisya ikut mama ke Ofis tak berani nak tinggal kat rumah bahaya,,walaupun ada jer jiran sebelah menyebelah..sebab phone pun tak ada so nanti payah nak contact so angkut jer bos pun tak ada..


Lepas tu tanya birthday girl nak potong kek ke dia jawab tak nak dia just minta makan KFC jer..so lepas maghrib bawak dia makan KFC jer..Nuqman tak joint sebab ada latihan nasyid..

kepada kakak ..mama doakan semoga kakak di kurniakan kesihatan baik..dirahmati allah dan dilindungi dari segala kejahatan dan gangguan syaitan..mama harap kakak dapat ubah peragai malas dan kuat sentap tu dah besar sayang takan nak mama bebel je kan..Dapat menjadi seorang kakak yang penyayang dan bertanggungjawab..rajin belajar dan berjaya..mama papa nuqman dan amsyar sayang kakak..

Tuesday 26 July 2016

Happy Birthday To Me

Assalammualaikum...

Happy Birthday to me..selamat ulang tahun..selamat hari lahir..semua tu sama je maksudnya..

18 Julai 2016 it my birthday yang ke 36 tahun..hahaha lagi berapa tahun nak masuk series 40an..

it's me turn 36 years
sebenarnya tak ingat pun ari tu birthday aku sebab time tu aku tengah sakit perut..sakit nie lama tak kena sebab gatai makan cempedak gorengkan..amik kau rasa sakitnya..dah phone time tu habis bateri memang tak kuasa aku nak caj kalau dah sakit..tu pun sebab staff nurse klinik wish kat aku baru aku perasan hari nie birthday aku..hahaha..sakit punya pasal lupa semua benda..

walaupun sakit tetap nak potong kek jugak..

muka orang tak sihat tapi tetap nak sambut birthday..

kak Tisya belanja mama kek..sedap kek sayang kak Tisya..kek kegemaran katanya cofefe walnut..





terima kasih atas ucapan dan doa dari kawan-kawan sepupu sepapat..sedara mara..ibu ayah..adik beradik..ipar-ipar suami dan anak-anak..semoga kalian juga akan diberi rahmat dan dilindungi allah....


Cuti Singkat di Bayou Lagoon Water Park Melaka

Assalammualaikum...

Percutian yang singkat tapi enjoy jugakla..kitaorang Check in hari Sabtu hari ahad check out nak pergi makan kenduri kahwin kat bangi.. ..kitaorang sewa ada 3 bilik 2 bilika air..view menghadap kolam..ok la..


tempat budak-budak tak sabar nak mandi..ok la nampak safety sikit kolam dia tapi tak ada mainan yang mencabar sangat.



sebab check in waktu panas so kitaorang pergi makan dan jalan sekejap di Bandar Melaka dan so luck hari tu sebab buat pertama kali jalan kat Melaka tak sesak dan tak jem..

atuk dah pening nengok cucu asyik selfie..

Time nie Kak Tisya tak berapa nak sihat kena ulser kat pipi..kesian dia sampai bengkak..muka moody sikit..beli kan dia ubat sapu ulser tu kurang sikit sakit dia..samapi nak buka mulut pun susah..yang kelakar masa kat Tapah sibuk sangat samapi nak ke klinik atau farmasi nak bawak dia pun tak ada masa..aku pun tak tahu apa yang aku sibuk..hahaha..


Pergi Melaka kalau tak sah tak makan asam pedas..Retoran nie apa entah nama dia lupa pulak..makanan dia ok la sedap jugak..


selfie dulu sebelum makan..
selepas makan terus balik bilik sebab budak dah tak sabar mandi..yang kelakar Amsyar la kejap lari balkoni kejap lari kat bilik intai tengok orang mandi..sebab panas tu yang tak bagi turun awal..dalam pukul 3 lebih baru turun..teruja dia..tapi mandi dekat kolam yang cetek air sampai buku lali je..hahahaha..

Malam tu keluar raya dan makan kat rumah adik ipar ayung kat Kem Terendak..time nie kakak dengan Amsyar dah tak sedarkan diri..dari pergi sampai ke rumah orang bantai tidur..dah Kenyang jalan melaka..pusing-pusing jer cuci mata..

Esok check out terus pergi rumah orang kahwin kat Bangi..



tahniah hanim..semoga kekal hingga hujung nyawa..aku tak amik gambo tak pa kita tepek kan muka adik ipar dengan pengantin..



Opah yang tengah baju purple nie la jaga Kak  Tisya masa kecik sampai 2 tahun lepas tu dia pindah Bangi buka bisnes Family..

lepas kenduri terus raya kat rumah pakcik kat Kuala Kubu..terus balik tapah..

Friday 22 July 2016

Geng Anak-anak beraya

Assalammualaikum..

Hari tu Nuqman dengan kakak nak panggil kawan dia datang so diorang minta aku masak sup..macam tahun lepas dia panggil group nasyid je so tak berapa ramai..Tahun nie ramai pulak datang nasib makanan cukup..seronok tengok diorang makan bertambah-tambah makan.aku syak geng ahli surau kut yang datang sebab ramai ..geng perempuan tak ramai..

sebelum makan kitaorang minta ustaz Syafiq baca doa selamat sikit..sebab ramai kan so boleh la buat doa selamatkan..aku masak malam tu nasi impit bihun sup ada la sikit keropok dan gula-gula..tahun nie goreng sosej funfries dan nugget..laju jer budak makan..

nasib si abar dan aiza datang so diorang tolong cover kat dapur top up kan bila habis sebab kalau aku sorang-sorang maybe kelam kabut aku basah ketiak aku kat dapur..seronok tengok diorang makan setiap kali top up makanan habis jer terkejar-kejar laki bini tu kat dapur celor bihun dan goreng benda tu..hihihi kesian dia..


nampak tak baju jubah hitam tengah sibuk merakam gambar buat kenangan..si kenit tu sibuk je joint menyelit kat situ..


geng-geng anak sedap menikmati makanan..tahun nie sup ayam jer buat tulang tak ada stok sebab banyak bebenor orang beli buat open house..


Ustaz Syafiq dan ustaz khairul juga merupakan uguru nasyid dan guru ngaji diorang orang terakhir ambil makanan depa bagi anak murid depa serbu..


gambar makanan tak sempat amik masa tu sebab depa sampai aku baru jer siap susun atur makanan..so tahun depan ada rezki lebih acik buat lagi open house  ya..dekat pukul 10 baru depa beredar..anak-happy mama pun happy..


Wednesday 20 July 2016

Macam-macam Hal Raya Ke 3

Assalammualaikum..

Raya ke 3 plan pagi nak bertolak Perak raya dengan mertua pulak..semua berkumpul sana malam nak buat BBQ..

Nak jadikan cerita En Hubby pagi tu cek la kereta dia yang aku settelkan anak- dan letak beg bagai depan pintu agar En Hubby senang sumbat dalam kereta..settel semua aku pun ready la siap bagai bertudung tapi kereta pulak ada problem..entah apa yang bocor kena ganti.,

En hubby ayah abang sham dan amir tolong la apa yang patutkan.En Hubby bila kereta dia rosak mula la tension dia nak stress..sikit je rosak tapi stress dia tahap gaban..nasib amir ada dia la tolong tapi biasa la En Hubby kan pasal kereta dia tak bagi orang usik sangat dia nak pomen dia jer padahal amir tu terror aje..lantak situ la kan aku malas amik pot pasal kereta dia lagi di tanya karang dia hangin karang tak pasl tambah dosa lagi..hihi

yang aku dengan anak dah siap tukar balik baju biasa macam lambat lagi jer nak settel..sebab tengok dia call sana sini pomen tak nak angkat raya kan....time tu jugak si Amsyar nie kena muntah-muntah..dah demam pulak pergi klinik pun dengan abang aku sebab dah lembik asyik muntah dan doktor kata keracunan makanan tak tahu apa dia makan sebab dalam rumah tu dia sorang je kena..kesian dia..aku suspek dia makan lemang banyak campur air gas..

Pukul 4 petang cam tu baru gerak ke Perak...bayangkan la dari pukul 9 lebih siap-siap nak balik last petang baru tolak..nasib tak jem..sampai sana tak dapat bantu pun diorang masak sebab Amsyar tak mahu berenggang..risau sebab still muntah makan dan minum keluar balik so decide ajak En Hubby bawak dia makan ais krim oren lepas tu baru dia kurang muntah..bagi makan buah pun dua gigit kata dah kenyang..esok tu baru sihat sepenuhnya mula la dia jadi otai.lega tengok dia nak makan dan susu..dah sihat nak cover sebab semalam tak tolong diorang so kena la rajin bantu kan dah la oang tak putus-putus datang rumah abah..aduh letih tapi nasib semua rajin bantu..

Pagi tu kakak ipar aku masak sup tulang 10kg ko macam kenduri..alhamdullilah habis dan cukup bagi tetamu makan..

Tuesday 19 July 2016

Raya Ke dua

Asslammualaikum..

Raya ke dua aku masak nasi arab aje..abang aku tak suka nasi arab tapi still makan jugak sebab tiada pilihan..time nie ayah pun masih tak sihat lagi..balik rumah Ibu memang tak jalan raya duduk jer kat rumah nak jalan pergi rumah jiran sebelah pun malas..

Petang sikit kitaorang pergi rumah mak abang aku..tu jer raya anak-anak dah bising baju raya kasut raya tak guna lagi..so meh kita pakai pergi raya rumah atok Aqis..dekat pun macam apa melaram semua..biasala budakan..

tuan belog


masa nie diorang tengah prepare masak ..so tak ada orang kita berselfie dulu..princess dedek yang over..

princess nani yang gedik dengan Ucu Amir..manja sangat nak dukung jer.gigit baru bau tau..


bersama-sama ibu dan ucu ekin yang makin besar dan sihat..Ibu yang still maintain jer 


tak sabar nak tunggu bulan Oktober nie nak cium baby nak gomol baby..dan tak sabar camna Ucu handle anak dia..dia kan garang dengan anak buah..hahaha..

Friday 15 July 2016

1st Syawal di Sg Buloh

Assalammualaikum..

Tahun nie tak pergi pun sembahyang raya sebab ada anak kecilkan..ayah pun tak dapat pergi tahun nie pagi-pagi kepala dia dah pusing nak pitam plus perut ayah meragam..teman ayah kat rumah jer..so pasang tv tengok sembahyang raya tiba-tiba ayah masuk bilik ingat dia nak baring bilik rupanya ayah sedih tak dapat pergi sembahyang raya..sedih dengar takbir..yela setahun sekali kan dah tak sihat nak buat camna kan..karang tak pasal pengsan  kat masjid..



menu raya hari tu aku cuma masak kuah kacang jer yang lain semua Ibu masak aku tukang sedia bahan jer..tiap-tipa tahun itu la lauk dia rendang ayam..kuah kacang,daging bawang goreng dan lemang..ketupat tahun nie tak ada..tak sempat beli dah habis daun banyak la tapi tak pandai nak anyam..

sementara tunggu yang lain balik amik gambor si kenit nie..suruh amik gambar mama habis semua gegar la tak nampak kepala..sengetla..

So dah cantik-cantik dan tunggu diorang balik nak salam-salam bermaafan.tahun nie dah decide tak nak nagis-nagis sebak-sebak ke..bukan banyak dosa pun tapi hati tisu sangat..haha yang best aku jer nagis yang lain dok bantai gelakkan aku..kuar ajor jer..so alhamdullilah dapat melepasi bab itu..hihihi


Tema tahun 2016  hijau 

Selamat Hari Raya to all yang sedang baca blog yang sendu nie..

Tuesday 12 July 2016

Cerita sebelum Raya

Assalammualaikum..

Raya dah berapa baru nak tulis blog..memanjang tak ada mood je nak taip..Tahun nie giliran raya rumah Ibu..so Ucu Ekin dah kawin so banyak part kerja kemas rumah tukar langsir kena aku buat..benci tau nak tukar langsir..tapi redha je kan..so makeover la ..lagipun dah decide dengan dia dua-dua tak boleh sama serentak raya rumah Ibu nanti tak ada sapa nak tolong ibu..so tahun pertama kawin dia dah rumah mertua..hahaha bertabah la ya..tu pun kata raya kedua baru balik tup-tup 1st petang raya dah balik..hahaha..

So aku amik cuti awal dapatla kemas rumah Ibu ikut rentak Ibu nak rumah camna kan..so lepas subuh mula operasi kemas rumah Ibu bagi tip top..masa kemas rumah Ibu nasib ada assistant sapa lagi ayah dan si Kak Tisya..ringan beban nak kemas..rumah dahla besar plus banyak bebenor perhiasan so bertabahla mengelap bagi kilat..time kemas rumah teringat zaman anak dara memang tula rutin aku kemas mengelap dan mengemop rumah..baru puas..lepas turun bawah sapu laman rumah..bab sapu daun kering tu yang aku tak suka peluh macam buat larian marathon jer.lagi geram bila siap je karang ada jer daun nak gugur di tiup angin..hahaha

Bila dah settel nak bagi orang puji sibukla suruh Ibu tengok puas hati ke idak dengan rumah dia laman dia dah kemas ..tup-tup Ibu cakap "pokok bunga Ibu jirus tak"..selambar je aku bagitau "bunga Ibu banyak sangat tak lalu nak menyiram.."jeling je Ibu aku tak siram..hahaha alolo comei jelingan tu.

Dah settel bab kemas bab pasang langsir pulak nasib ibu dah tanda kat langsir so senang kerja aku kalau tak nagis aku pasang langsir...yela dah cantik masuk nak gantung terpendek la terlebih la..hohoho tu yang aku naik HULK..tahun En Hubby tak dapat tolong dia demam so terbaring je..

Ibu memang masak lauk raya lepas berbuka so petang tu aku buatla dan sediakan bahan-bahan malam karang campak je dalam kuali tu pun nasib fairus adik laki kat melaka tolong kupas bawang..to pun tengok dia ..mood rajin dapat dia tolong..



Blogger Templates