Friday 21 November 2014

Cat Rumah

Assalammualaikum...

kerja-kerja renovate dah siap tinggal nak cat rumah bahagian dalam rumah pulak..cat rumah pun gadoh laki bini jugak..gaduh tak ada la sampai tumbuk ke apa cuma mulut jer muncung-muncung..taula kan sapa yang muncung tu kan..

En Hubby nie jenis jenis prefect dan teliti sangat..ikut aku tak sakit mata tu dah cantik la..En Hubby nie lain dia tau arah je bila aku buat bodoh jer dia buat la tapi mulut pot pet pot pet jugak..aku macam biasa buat tak tahu jer janji aku dah buat part aku..

sebelum make up

nie sebelum cat la tapi aku dah hias..bila nak cat aku alih letak tepi saje kan suka buat kerja tiga empat kali kan..

masa nak cat tu  En hubby dok cakap cantik ke ?? kena ke warna dia ??matching ke color dia??..adoiii sakit telinga aku..mula la aku naik Hulk kan masa kita pilih warna cat tanya dia..dia kata ikut la kan..dah beli cat dan dah nak mula cat banyak bunyi pulak..karang ada yang aku cat badan tu kan..hahaha..cakap dalam hati jer  malas aku nak melawan cakap dia karang aku juga yang panas hati baik kita buat bodoh jer...hahaha.

selepas make up
Pintu pun tak cat lagi..En hubby kata tu Hold dulu..dia suka tau  rumah dah cantik-cantik...peralatan cat aku dah simpan tup tup dia bawak cat suruh cat pintu..time tu sendiri mau ingatla kan..

matching
Dah siap cat baru la dia puas hati..tengokla sapa yang pilih and cat kan..hahaha belagak nak mapus kan....tinggal nak pasang langsir jer lagi...langsir pun baru nak tempah..

Wednesday 19 November 2014

Kakak Pun Ada Juga.

Assalammualaikum..

Akhirnya dapat jugak kakak hadiah..hadiah tempat kedua dalam Nilam Fasa 2..ok la kena rajin lagi la dan banyak kan membaca nanti boleh dapat tempat pertama pulak..


sebenarnya dia lupa dapat hadiah nie aku yang sekodeng dalam beg sekolah tup tup jumpa benda nie..kakak nie macam tak ada nak over sangat macam adik dia..merendah diri sungguh macam mama dia ..hahaha..

Tengok anak makin ada kemajuan dalam pelajaran  mama dan papa nak belanja pergi bercuti sekeluarga yer..harap-harap dapat la pergi bercuti..

Friday 14 November 2014

Hari Nuqman

Assalammualaikum..

Semalam pergi sekolah Nuqman dapat anugerah dalam mata pelajaran terbaik..alhamdullilah syukur sangat..tapi sedih hati aku pulak bila teringat masa aku sekolah rendah dulu tak ada pun aku dapat bangga kan ibu and ayah aku..

Hari Anugerah Cemerlang sekolah Nuqman

Tahun nie rezeki Nuqman dapat anugerah..bangga mama dengan pencapaian abang Nuqman..walaupun kakak tak dapat anugerah apa-apa jer tapi mama pun bangga dengan kakak juga kerana banyak peningkatan pada pelajaran kakak..mana tahu tahun depan giliran kakak pulak kan..


Nuqman dapat dua anugerah dalam mata pelajaran matematik dan sains..markah tertinggi jer pun..tu pun mama dah bangga..masa dia naik pentas rasa nak nagis tengok anak dapat hadiah touching sungguh perasaan nie..sebelum nie asyik tengok anak orang jer bila kena anak sendiri lain rasanya..


Nuqman kata dia happy dapat dua hadiah nie lebih-lebih lagi semua datang tengok dia ambil hadiah..Amsyar pun teruja tengok abang dia.

bersama hadiah dan sijil

Selepas selesai majlis mama belanja makan KFC jer..meraikan Nuqman dan kakak...tapi kakak masa nie mood dia macam tak happy jer maybe jeles kut..ajak bergambar pun tak nak..tapi mama tetap bangga jugak dengan kakak..maybe dia bengang dengan mulut puaka Nuqman nie kan..biasalah Nuqman kan suka membanggakan diri..Lepas tu sibuk cakap dia tahun nie dapat hadiah sekolah pagi dan sekolah agama...hurm sekolah agama pun dapat hadiah tempat ke 3..tak pela kakak usaha lebih gigih lagi yer jadi kan ejekan Nuqman sebagai cabaran..


Tuesday 11 November 2014

Keputusan Periksa

Assalammualaikum..

alhamdullilah anak-anak dah habis periksa dah pun dapat keputusan periksa..hurm alhamdullilah jugak ada peningkatan pada pelajaran senyumla mama tengok dan bila ada jugak penurunan terus mood nak jadi Hulk..hahaha..so far tak ada fail la tapi sipi-sipi la nak fail jugak..

mula-mula tunggu jugak budak nie bawak balik kertas periksa tak ada jugak lambat bebenor cikgu nie menyiapkan last-last mama google kat tenet tengok keputusan periksa siap print balik tunjuk kat budak dua- orang nie terkulat-kulat tengok result diorang..

Batrisyia
Mata pelajaran Markah
Peperiksaan Awal Tahun Gred Peperiksaan Akhir Tahun Gred
Bahasa Arab 90 A 76 B
Bahasa Inggeris 60 B 60 B
Bahasa Melayu 82 A 86 A
Dunia Muzik     60 B
Dunia Sains dan teknologi 56 C 54 C
Dunia Seni Visual 60 B 80 A
Matematik TH   46 C
Pendidikan Islam 78 B 89 A
Pelajaran Jawi 78 B 90 A

Nuqman
Mata pelajaran Markah
Peperiksaan Awal Tahun Gred Peperiksaan Akhir Tahun Gred
Bahasa Arab 75 B 86 A
Bahasa Inggeris 84 A 76 B
Bahasa Melayu 100 A 98 A
Dunia Muzik     85 A
Dunia Sains dan teknologi 92 A 96 A
Pendidikan seni 85 A 90 A
Matematik 83 A 98 A
Pendidikan Islam 83 A 68 B
Pelajaran Jawi 100 A 88 A

Friday 7 November 2014

Anak Bongsu

Assalammualaikum..

Yes Amsyar sekarang nie anak bongsu dalam keluarga la..Amsyar sekarang nie dah makin bijak makin cerdik makin manja dan makim mengada-ngada..tapi dia nie dari kecil sampai dah nak masuk 2 tahun kerap bebenor demam..antibodi tak berapa nak bagus sangat..bukan antobodi tak kuat tapi setiap kali nak dapat sesuatu pasti demam..


sekarang nie mulut dia riuh jer nak ajak kita bersembang..ada masa aku tak larat nak layan cakap aku buat-buat tidur..lepas tu sibuk kejut aku suruh bangun..agak-agak aku buat diam tiba-tiba pangggg dia lepuk bagi kat pipi gebu aku..adoiii time nie kena serang balas balik la..hahaha..sapa suruh kan mama ko tak boleh terkejut spontan jer..hahaha

dah pandai mintak nasi ke nak air pun dah pandai memilih nak guna cawan mana..cawan sedut dia dah tak nak laju je dia cakap tak nak..kadang tu nampak sesuatu kalau bercerita excited siap dengan tangan-tangan bergerak..makan pun ada masa nak sndiri..setakat tumpah sikit-sikit takpela..proses nak belajor kan tu mulut jer berkata..dalam hati adoiii letih mama ko nak kemas balik dik oiii..

kadang-kadang malu bila suruh bergambar ada masa over pulak..tapi alhamdullilah dikurniakan anak yang berbagai kerenah..

comei bila sesekali bertudung

geng bully
sangat suka buli abang dia..abang nasib beralah jugakla tapi ada masa abang dia yang over sakat dia..Tapi apa-apa pun alhamdullilah dikurniakan anak dan terima kasih ALLAH kerana memberikan anugerah ini..

Thursday 6 November 2014

Akhirnya Siap Jugak

Assalammualaikum..

akhirnya penyeksaan kami laki bini berbaloi jugak..biarlah terlebih bajet janji siap janji hati tak sakit..janji mulut tak bebel bagi menambahkan dosa yang sedia ada..hahaha..

kitaorang decide ambil tukang lain hanya ambil masa dua hari jer siap semua..siap takde la siap sampi cat..cat laki bini jugak yang buat sambil di temani tentera tak bertauliah..


nie masa kerja memasang mozek dan tingkap jer..lepastu tinggal tukar pintu bilik yang baru jer..


dah siap..test letak barang dulu..


Tak siap cat lagi tapi barang ko dah susun..camne nampak tak kat situ tak menyabor nak hias rumah..pasal apa gelap ruang tamu wiring belum lagi..tukang wiring pergi bercuti pulak..maka bergelap la kat ruang situ..tinggal wiring lampu dan langsir jer belum beli..yang lain dah ok..ada sapa-sapa nak sponsor beli langsir tak..bajet dah lari nie..hahaha..sapa yang baik hati tu boleh la pm kat saya yer..hahahaha

Habis jer kerja tukang siapkan rumah..petang tu jugak lepas kerja berlari pergi kedai cat...bertekak jugak kejap nak pilih color..bertekak manja jer..
bahagian luar yang dah siap sepenuhnya..

Masa nak cat pun bertekak dengan En hubby jugak..dia suruh cat luar dulu aku suruh cat bahagian dalam dulu..so tak nak menambah kan dosa ldan sebagai  isteri mithali so dengar cakap la cat bahagian luar dulu..hahaha..esoknya cat dalam rumah dan hias ..

Akhirnya siap jugak walaupun penat sampai demam-demam aku mengecat rumah..janji aku puas hati ..ehhh ada lagi  tak puas hati ...Tak puas hati sebab langsir tak ada lagi..lagi satu wiring tak buat lagi..wiring nie nak kena dengan aku nie..wiring adik ipar aku yang serba boleh ..tangkap gambor pun boleh  wiring pun boleh so boleh jer nak sound ke nak marah ke..hahaha


Blogger Templates