Wednesday 20 January 2016

Nasi Bamboo Sungkai

Assalammualaikum..

Nama jer duduk kat Bidor tapi tak pernah nak try pun..first time dapat makan nasi buluh..sebelum nie tahu pun ingat biasa-biasa jer la tapi makin pelik pulak bila tengok kawan aku yang dari Selangor sanggup datang nak makan kan..special sangat ke kan..

so hari itu En Hubby ajak try makan tempat baru..tempat yang aku pergi ni luas sikit dari dulu yang sempit dan dengar kata penuh lalat..tapi alhamdullilah la tempat baru nie bersih dan terjamin kualitinya..kawasan luas dan selesa la nak makan..


kat sini diorang tak layan kita so kena layan diri sendiri la ya..waktu aku pergi tu awal lagi la tak banyak pilihan lagi diorang mula niaga pun 10:30 pagi tapi aku 11:30 pagi dah sampai..orang tak berapa ramai lagi so boleh la tergedik-gedik nak pilih makanan.. diorang niaga sampai pukul 6 petang jer..kalau time kemuncak tu memang ramai la..


bagi aku harga makanan dia tak ada mahal sangat berpatutan..sedap dan berbaloi la yang specialnya kat situ ialah kambing dia..ayam pun bukan sebarang ayam ya..ayam kampung bunian pun ada ya..tapi yang best tu nasi dia la sebab dalam bamboo kan..

nasi bamboo




so sesiap nak pergi cuba makan boleh la cuba sebab kalau ikut tekak aku sedap la..kalau dari Kuala Lumpur keluar highway Sungkai kedai dia pun tepi jalan jer..


Tuesday 19 January 2016

Cuaca Panas sakit pun datang

Assalammualaikum..

dengan keadaan cuaca panas yang semacam nie sakit pun datang singgah..aku memang tak boleh tengok cuaca panas sangat nanti mula sakit kepala..tapi hari tu sakit kepala teruk aku syak migrain la sebab sakit sebelah lepas tu rasa macam anak mata nak terkeluar ja.. kena makan ubat panadol tak jalan juga..lepas 4 jam aku amik postan itu pun kurang sikit..tapi kalau sakit nie datang satu kerja pun tak boleh nak buat lepas tu paksa En Hubby picit kepala dia berhenti kejap jer mula aku suruh picit..hahaha

Pagi tu makan suku jer roti telor lepas terus tak makan apa-apa..sakit punya pasal sampai tak lalu makan..masa sakit kepala tu tetap pergi juga ofis tapi kat ofis rasa badan macam melayang jer..macam duduk atas boat jer..tekak mula loya la mual la..ko dah kenapa pulak kan..nak kata mengandung mustahil la ubat tak miss pun lagipun baru jer habis period kan..

yang kelakar bila cakap jer loya ..hahaha..terpaksa sumbat mulut nie dengan gula-gula kat rumah nasib ada asam makan asam la..memang serius sebiji macam orang morning sickness..hahaha..

tengok dah masuk 4 hari tak ok masih gitu decide pergi klinik jugak la dan terus doktor bagi ubat dan suruh aku MC..hahaha awal tahun dah mc..aku cakap dengan doktor aku tak nak tapi aku try makan ubat la tapi Doktor tu tetap nak bagi jugak sebab dia kata muka aku pucat..so dia suruh rehatla..habis tu nak cakap apa kan so ber MC  la kita..


sekarang nie dah sihat sikit la tapi kakak pulak tak sihat..pagi tu dia cakap sakit perut aku tak layan sangat la sebab aku syak dia nak ponteng sekolah la sebab bagi alasan..sekali balik kerja tengok dia terlepek kat ruang tamu..badan dia panas sangat..kesian aku tengok..tanya belum makan dari pagi tadi asyik kata dia muntah jer kat sekolah..dengar tu terus masak bubur nasi..

Lepas tu tanya Nuqman nape tak tengok kakak  dia kata dia pun tak tahu kakak demam..hurm kakak nie sakit diam sorang-sorang je..baru makan tiga suap muntah balik..lepas dia muntah tu dia sambung makan tapi aku suap sikit-sikit baru dia ok sikit..

dah settel makan bagi dia makan ubat letak cool fever dan minum 100 plus baru dia nampak sihat sikit..lepas tu dia minta makan buah habis sebiji dia makan..lega kau tengok dia dah makan dan tak muntah..tapi malam tetap pantau suhu badan takut panas kan sebab kakak nie sakit dia suka diam jer..ari nie tak pergi sekolah masih tak sihat dan papa jadi mangsa cuti jaga kakak..tadi call tanya papa kata dia dah ok sikit..alhamdullilah..

Friday 15 January 2016

Birthday Boy 08/01/2016 ~ 9 tahun

Assalammualaikum..

Nuqman pun dah cukup pun umur 9 tahun..tahun nie dia request nak buat birthday party tapi mamapapa tak layan nak buat sebab mama malas nak sepah-sepah rumah dan nak kemas rumah..hahaha..tak adalah bukan apa malas nak ajar buat party nanti kakak dengan amsyar cakap apa pulak kan..so adil kita sambut satu family jer..

Birthday boy minta makan Pizza Hut so layan kan anak tekak dia kan..tahun nie tak ada kek pun sebab Nuqman cakap tak nak kek sebab tak makan pun nanti..bagus anak mama..

Ramai wish kan birthday kat Nuqman senyum-senyum jer dia baca..tapi yang tak best pulak si kakak pulak jealous sebab dia tak ada...hahaha..

Syokla dia tahun nie sebab ramai layan kan dia..Ayahsu dan bakal Mak Usu Aiza belanja bawak pergi Ipoh ..yang seronok kakak pun dapat ikut sekali..Amsyar jer kena tinggal.lepas tu amsyar buat drama dia cakap " sian asar tak ada kawan"..buat muka sedih..hahaha


Lepas tu dapat pulak hadiah dari Kak erah pulak..lagi muka seronok la dia.. tapi terpancar muka kakak yang  jealous..

nanti balik sg buloh nek ibu dan tok Ayah akan bagi hadiah jugak..time nie muka kakak akan senyum la..sebab time birthday Nuqman kakak dan amsyar pun dapatla hadiah...begitulah sebaliknya orang lain punya birthday  semua dapat..Ucu Ekin pun kata ada hadiah jugak..

buat Nuqman mama , papa , kakak tisya dan adik amsyar sayang Nuqman..kami semua doakan kan abang sihat selalu dan jadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat..kurang-kurang sifat suka mengusik orang sakat orang.. dan sentiasa merendah diri walaupun dah berjaya nanti..




Thursday 14 January 2016

Ragam Amsyar Sekolah

Assalammualaikum..

Alhamdullilah dah dekat 2 minggu amsyar sekolah..macam biasa la ada masa nagis pagi tak nak sekolah ada masa senang je nak sekolah..macam biasa mama masih sabar lagi..hahaha

Amsyar ni setiap malam aku cakap dengan dia bagi otak dia boleh terima esok bangun pagi kena sekolah..setiap malam sebelum tidur memang akan aku cakap macam tu kat dia dan mama doa dalam hati supaya Amsyar lembut hati nak pergi sekolah....so far bolehla dia terima..

Kalau pagi tu sebelum kejutkan dia standby susu sebotol baru boleh kejut dan time tu mood dia akan ok sikit la..kalau dia bangun dulu memang masak la nak pujuk dia dan confirm dia tak mahu sekolah..time pagi nie semua orang tak boleh bagi dia nagis atau pun sakat dia  yang selalu suka sakat Nuqman memang kena la dengan aku kan..

Kalau dah habis susu nak bagi dia mandi tu la menguji kesabaran aku..hahaha..kena layan dia 1st class kena ikut je mood dia camne..main golek-golek atas katil dulu bagi geletek satu badan dulu lepas tu baru boleh ajak mandi..dah tu siap berdukung lagi nak mandi..kadang-kadang tu mandi pun habis semua toys dia bawak sekali mandi kan so layan kan jer tak nak bagi mood dia spoil kan so layan kan kehendaknya..memang layan dia tip top la kan..

Time nak pakai baju pulak kena layan kan dia nak pakai spender calour apa ikut cakap dia..kalau dia kata tak nak pakai spender so jangan pakai la..hahaha so far dia ok la sebab suka kalau mama puji dia..nanti dah settel dia siap semua kena pesan lagi kat dia nanti sampai sekolah salam mamapapa lepastu nanti Amsyar cakap "bye mama"..ok nie kalau dia kata ok  maknaya hari tu tak ada masalah la kalau dia kata tak nakkkk memang bahaya la..so kena layan dia betul-betul mood bagus..hahaha..kadang tu mama nak mandi pun kena rushing sebab dia sorang jer papa dah hantar abang dengan kakak sekolah so lepas keluar bilik air terpaksa buat lakonan konon -konon mama kaki sakit ke kena jalan macam senget ke apa ke bagi dia gelak kalau dia gelak besar harapan hari tu bagus la..hahaha..banyak taktik nak kena bagi mood ceria kat dia..hahaha

Time bersiap pun sama juga dia nampak aku pakai makeup dia pun nak so pakai kan jugak tp aku pakai tipu-tipu jer so dia suka la kan..layan kan je..mama fikir sebab nak sekolah je kalau tak memang tak ada nak layan gitu ye..

Balik sekolah pulak memang En Hubby amik dia la pun kena ikut jugak cakap dia..singgah kejap kedai bawak minum air barli takpun dia minta beli air kotak teh bunga..kalau tak beli maybe esok tak mahu sekolah kut..so far kitaorang ikut kan je..risau la kalau dia mengamuk tak nak sekolah kan..

setakat ini masih belum nampak kesungguhan nak ke sekolah la tapi still pergi jugak la..

Monday 11 January 2016

Seisi Persekolahan 2016

Assalammualaikum..

Macam biasa tiap kali mula sekolah semua makbapak berlumba-lumba cerita kisah anak kat laman sosial semua ibubapa excited tengok anak dah sekolah termasuk la dengan tuan belog nie pun teruja nak kongsi kegembiraan je tak ada nak show off kat oang lain..

Macambiasa Nuqman excited nak sekolah sampai tak boleh tidur malam..kejut pagi tu pun bukan main senang yela sebab tahun nie jadi pegawas kan so excited tu nampak sangat..kakak still macam biasa dari dulu sehingga kini..cool je macam tak ada perasaan je tapi still nampak happy la sebab tahun nie naik kelas..itu je pun..so dah besar semua kan tak ada la hantar samapi ke kelas just sampai pagar je..


Amsyar memang tak plan nak sekolah kan dia sebab aku rasa dia baby lagi..hahaha lagipun baru traning dia tak pakai diapers kan tapi En hubby yang nak dia sekolah sebab nak bagi dia tahu serba sedikit huruf la..Hari 1st awal hantar memang tak ada  student lagi so dia tak nak sekolah so kitaorang ambil borang je..tapi tanya jugak kat dia nak sekolah dia jawab nak..so takpa la kira nampak kita tak paksa la dia kan..
sebelum pergi sekolah

tapi yang bestnya esok tu hantar sekolah dia dah mula nak nagis muka pun cuak dah nak berkepit je taknak joint..lama jugak la nak pujuk dia aku bangun je nagis..so masa tu dia macam terleka sikit aku cepat keluar tutup pintu terus dia jerit macam kena histeria nagis nak ikut aku..hahaha aku terus nyorok dia memang tak nampak aku..dia nagis sekuat hati dia sampai dia gegar pintu kelas dia..kalau aku tak buat macam tu alamat sampai habis la dia nak kepit tapi bukan dia jer boleh dikata semua pelajar nagis gitu lepas aku buat camtu kira sorang-sorang parent pun buat cara camtu..kira ok la kan cikgu nak ajar pun tak da rasa kekok kan..Amsyar nagis siap baling mainan lagi aku intai je tapi dia tak nampak yang kelakar siap ambil kunci nak buka pintu..hahaha. tapi masa tu aku yang stress tengok dia camtu tapi cikgu dia cool je..

Dia nagis lari kat tingkap cari aku tapi dia asyik nampak muka papa dia jer..hahaha..lama tak berhenti naik hulk jugak En Hubby suruh dia diam dan duduk dengar cikgu ajar..lama jugak macam-macam En Hubby ugut dia baru dia reda nagis..lega aku tengok dia dengar cakap dia pun amik beg duduk dekat cikgu dia..tapi yang lain still nagis lagi..lepas tu aku intai tengok dia ok terus cabut pergi sarapan dengan En Hubby..

dah ok tak nagis
masa nie dia dah ok dalam kelas tu pun tak ramai pun hari tu ada 5 budak perempuan 2 jer laki..sepatunya ada dalam 12 orang cikgu tu cakap tapi tak datang pulak..biasala kan sekolah Tabika Kemas kan..cikgu nie juga yang ajar Nuqman masa dulu..

dah nak balik

masa nak balik last dia sorang jer lelaki lain semua girls budak yang sorang tu balik sebab dia jer tak berhenti nagis lagi..hahaha nasib tak berjangkit kat budak-budak lain..tanya cikgu dia dah ok mahu belajar lepas tu dia la paling banyak tanya..hahaha..Balik tu masa En Hubby amik siap cakap cikgu suruh beli buku nampak dia suka la tak ada la macam kejadian pagi tadi..kira aku merasa la anak nagis hari pertama sekolah..Nuqman dengan kakak tak nagis masa mula sekolah dulu..lain anak lain ragamnya kan..



Friday 8 January 2016

Beli Persiapan Perkahwinan Ayah Su Jakel

Assalammualaikum..

sementara Jakel tengah buat promosi moh la kita beli kain..hari tu ke Jakel beli kain untuk persiapan kahwin ayah su..kali nie ayah uda nak dekor sendiri pelamin untuk ayah su so jenuh jugak cari kain mengikut citarasa ayah uda..hahaha..

settel kain untuk pelamin cari kain untuk pakai sedondon pulak ..pun kelakar cari-cari berkenan tak cukup pulak kainnya cari lain..lama jugak kitaorang dalam Jakel tu kesian budak pompuan tu kena layan kerenah kitaorang nie..

kitaorang dah jenis mulut bising lepas tu jenis suka cakap kuat-kuat..kira kita la paling hapening sekali kat Jakel tu..hahaha..

rehat kejap


Bakal pengantin yang kena dera asyik dia kena try jer setiap kain kitaorang beli nak tengok cantik ke tidak match ke tidak..walaupun barang dia tak ada..hahaha..bila orang tanya pengantin pakai warna apa?..semua gelak pengantin tak ada warna baju lagi yang ada kitaorang jer dah ada tema..hahahaha..pengantin pun pening tak tahu apa nak pakai lagi kitaorang yang over..hahaha..

Thursday 7 January 2016

Persiapan Barang Sekolah Anak

Assalamualaikum..

Dah masuk Tahun baru baru rajin nak update blog..barang sekolah anak macam biasa kitaorang beli pertengaha Disember hari tu..sebab pergi beli time tu orang tak ramai dan tak sesak..aku rimas ramai-ramai nie nanti boleh stress aku..hahaha

Bajet nak beli barang budak nie aku dengan En Hubby jer pergi beli kan senang sikit kerja tapi fikir balik kesian pulak kat anak..diorang dah hari-hari asyik tanya bila nak beli barang sekolah lepas tu siap pesan diorang nak ikut..

Hari tu amik diorang kat rumah opah bawak pergi beli barang sekolah ikutkan hati nak tinggal je asyik nak duduk rumah opah je..jealous tau mama asyik duduk sana je..kira  pergi pun petang lepas balik kerja sebab barang semua dah list nak beli so takada la terkial-kial nak beli..dah settel beli barang lepas tu sibuk ajak balik sampai tak menyempat nak makan..mama tahu nak balik tu bukan apa semua sibuk nak try barang baru la..


kiranya hari tu settel la beli barang-barang budak nie cuma tak beli beg je lagi sebab macam tak ada yang sesuai jer..beli alat tulis siap-siap walaupun yang lama masih ada lagi tetap nak baru jugak..takpa la time masa beli barang diorang memang dapat bunus kan..so layankan je la..total beli semua yuntuk dua beradik nie jer dah Rm 300 lebih tu belum masuk buku dan yuran lagi..hurm mahal sungguh barang sekarang kan..

kakak masih pegawas pusat sumber so tambah sikit je


Nuqman jadi pegawas so banyak kena beli barang baru la.

Esoknya sambung beli beg sekolah kat Teluk Intan..alhamdullilah settel beli barang sekolah..lega kepala aku dah beli barang anak..so pada anak mamapapa nie belajar pandai-pandai tau..

Wednesday 6 January 2016

Cuti 3H2M JS Muara Restoran Kuala Gula & Mee Udang Mak Jah

Assalamualaikum..

Hari terakhir kat Penang macam-macam jadi..dugaan sungguh..boleh pulak kereta aku rosak masa nak check out dari condo tu..hazab betul..tensioan aku..bukan aku je En hubby jangan cakap la..nasib berkonvoi so kurang stress la sebab saling bantu membantu la..Kitaorang repair kereta dekat bagan serai sebab kenal pomen kat situ..alhamdullilah settel jugak la dan selamat juga sampai ke Tapah.

Plan memang nak makan tengahari kat JS Muara restoran Kuala Gula makan ketam lembut..sebab baiki kereta dulu makannya pukul 3 petang baru makan..perut masa tu tak lapar la sebab risau pasal kereta dah ok kereta baru terasa lapar..samapi kat situ memang tak pandang kiri kanan dah terus senyap dapat makan..



tempat makan dia akan kita rasa terbuai-buai..aku tak selesa sebab macam pening sikit la tapi time tu lapar tak rasa dah goyang tu dah kenyang baru terasa..hahaha



kitaorang oder hari tu ketam lembut masak pedas ,,ketan goreng tepung , sotong & udang tepung , sayur kailan , telor dadar dan kari ikan sembilang..tapi kari ikan semilang dia power giler sedap dan yang penting ikan dia manis ikan baru dan tak ada bau..tu yang sedap..ketam dia pun sedap aku rasa kalau korang oder aku rekemen ikan sembilang masak kari dan ketam masak pedas..memang tak mengecewakan..



Lepas makan tu kitaorang pergi makan mee udang pulak yang orang kata sedap sanagt tu kan..Mula-mula ingat jauh la dari Kuala Gula lupa tak da jauh sangat dekat juga la..walaupun perut kenyang tapi still berhenti makan juga tapi kita semua share la sebab nak rasa jer kan..time kita orang sampai memang penuh giler orang siap ada rela jaga lagi..

Image result for mee udang mak jah






walaupun kenyang tapi bila bab makan licin semua..hari tu En Hubby ada bawak balik mee udang nie tapi aku rasa hari tu macam tak sedap tapi kali nie makan sedap pulak..nyesal kongsi makan..hahaha..kuah dia pekat dengan udang dia yang Fresh dan manis..settel perut kenyang terus gerak balik tapah..balik Tapah makan kedai Tomyam pulak makan ikan siakap steam limau..hari nie memang hari makan sedunia aku rasa..asyik makan je tapi malam tu aku tak makan just ratah sikit ikan jer..kenyang lagi tapi family En Hubby nie memang hantu makan..hahaha..

Dah kenyang balik rumah terus cari katil..nak rehat kan diri sebab esok misi ke Ipoh pulak mencari barang..

Blogger Templates