Thursday 26 June 2014

Alhamdullilah Atas Kurniaan Mu

Assalammualaikum..

Alhamdullilah ..syukur sangat-sangat dengan pemberiaan nie....

Actually nak kongsi kegembiraan En Hubby la..tahun nie rezki En Hubby dapat APC..yelah dan 19 tahun kerja takan tak nak tahu hasilnya kan..Dan juga ni sebagai hadiah Hari Bapa..


Tapi sayang acara dia tetutup..so tak dapat la aku pergi tengok dia ambil sijil penghargaan..Sekali lagi mama , kakak , nuqman dan Amsyar bangga dengan pencapaian papa..


My Love


Wednesday 25 June 2014

Keputusan Peperiksaan

Assalammualaikum..

semalam moody hari nie dah ok..kejap jer moody dapat luahkan hilang la stress..aku kalau marah kejap jer tapi kalau merajuk dengan En Hubby saje jer lama sikit  nak tengok pujuk ke idak last-last aku jugak yang frust..hahaha..En hubby kata merajuk la sorang-sroang takde sape nak pujk..phuiiii..

ok balik pada cerita yang sebenar-benarnya..agak jugak kecewala dengan keputusan peperiksaan anak dara aku..tapi still masih boleh pertingkat lagi dan kena usaha lebih lagi..agaknya kena ganjaran yang kebabom kut baru pelajaran pun macam kebabom kan..nie mama bagi hadiah tak kebabom jadi keputusan pun tak kebabom ya kakak..ko belum tengok kebabom mama ko macam mana pulak..

ok la semalam baru dapat keputusan penuh kakak punya..kira bolehla dari keputusan mama dia masa sekolah dulu..as parent mesti nak terbaik dari anaknya kan gitu macam aku jugak..

semalam panggil dia duduk depan aku sambil mata bertentang mata kan sambil la aku keluarkan hujah-hujan yang benas dan panas..tula dulu kat sekolah tak dapat jadi pidato sekarang sibuk nak pidato dengan anak pulak.. macam bagus jer mama dia nasihatkan..tapi macam biasa drama air mata tetap ado..puas hati aku dapat lepaskan apa yang terbuku dalam hati as long dia mengerti apa yang mama dia nak kan sambil tersedu sedan nagis...drama sangat kakak nie..dah puas nasihat dan leter  meh mama bagi  pelukan sayang....aku siap cakap "mama marah nie sebab mama sayang kakak"..aku siap buat macam jadual nak pantau keputusan dia...


NAMA : AINUR BATRISYIA BALQIS
DARJAH : 3 BESTARI
BIL MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
MARKAH GRED MARKAH GRED
1 B.MALAYSIA  82 A
2 B.INGGERIS  60 B
3 MATEMATIK TH TH
4 PENDIDIKAN ISLAM 78 B
5 DUNIA SAINS 60 C
6 PENDIDIKAN SENI 70 B
7 BAHASA ARAB 90 A

dah settel turn Nuqman pulak ake ..Nuqman pun macam biasa la dia mula-mula sengeh-sengeh macam mama dia nyanyikan dia pulak pastu tengok muka mama dia serius terus cuak..hahaha tau takut pastu mata bergenang air mata tapi tak nagis la..tak macho la kalau nagis takut nanti jadi bahan pulakkan..Actually result dia bagus jugak la tapi aku nak dia lebih berusaha lagi sebagai anak lelaki pelajaran lebih pentingkan bukan aku kata anak perempuan tak perlu usaha lebih... tapi mesti ada perbezaan  la lelaki dengan perempuan tak la yang penting berjaya..
NAMA : AMREEN NUQMAN
DARJAH : 1 ELIT
BIL MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
MARKAH GRED MARKAH GRED
1 B.MALAYSIA  100 A
2 B.INGGERIS  84 A
3 MATEMATIK 83 A
4 PENDIDIKAN ISLAM 70 B
5 DUNIA SAINS 92 A
6 PENDIDIKAN SENI 85 A
7 BAHASA ARAB 77 B
8 PENDIDIKAN JAWI 100 A







dah settel seisi beramah mesra aku pun pelukla macam aku buat dekat kakak dia..tup tup dengar si kenit jerit sambil pi..pi..( said tepi yer ) sambil tolak abang dia..jealous ko..terus ajak  bersembang ikut bahasa dia..seronok jadi ibu nie dia pelbagai kerenah anak..

ok next entry entah bila nak updated yer..

Tuesday 24 June 2014

Bila Wanita Berbicara

Assalammualaikum..



hari nie tak ade mood..
rasa nak nagis..
rasa menyesal..
rasa terkilan
rasa sedih
rasa nak marah
rasa tak puas hati
rasa nak keluarkan apa yang tersirat
rasa malas nak fikir
semua rasa ada dalam hati dalam otak..

Friday 20 June 2014

Tu Yang Seronok Sangat

Assalammualaikum..

Hai semua..seronok ke baca blog ai??hihihi..kalau seronok sila tinggal kan komen tulis "seronok" yer,,tak ada komen maknanya tak seronok la tu..hihihi....

hari nie nak kongsi pasal kenapa anak-anak ai suka sanagt pergi rumah opah anad atok  a.k.a pengasuh diorang walaupun 2budak besar dah tak di asuh lagi..korang kalau nak cari pengasuh anak korang better cari yang korang kenal ataupun yang memang jenis suka dengan budak..macam aku cukup syukur kerana dapat pengasuh anak aku yang baik..

Nuqman dan kakak bila time cuti sekolah jer macam cacing kepanasan jer kat rumah..sibuk jer nak pergi rumah opah alasan nak mengaji..tu semua alasan jer..bila time cuti sekolah diorang memang duduk rumah jer tak kan keluar rumah sehingg kitaorang balik kerja baru diorang keluar..tapi tak ade pun hari-hari duduk rumah kadang atok abah di datang amik..kadang-kadang ikut papa dia pergi sekolah tak ada la bosan diorangkan..


nie buah durian ku
tu pasal bila dapat pergi rumah opah seronok sangat..Nuqman manja atuk nie...ikut atuk pergi kebun la..diorang satu family jenis melayan apa nak semua ikut jer..kalau dengan aku semedang jer aku busy..Kadang tu atuk layan diorang main bola la..main badminton ada masa tu siap bercucuk tanam lagi..hamboi rajin sangat kan budak-budak kat sana..

amboi pandang tepi jer
hari tu tidur rumah opah dapatla ikut  opah dengan kak Ada dan Kak Ila  surau..seronok kakak..Dengan aku memang tak ada la nak ke surau karang baru jer duduk.kejap aku dah sibuk tangkap budak kecik tu lain lah kalau ada bibik boleh jer aku tinggal kat rumah..wahhh mama dah bernagan nak ada bibik pulak..hahaha

tengok manja sangat dengan Kak Ada

manisnya anak mama nie
Kalau pergi rumah opah dia tak sah menginap beberapa malam..kadang-kadang janji nak balik siang tapi bila nak check out minta malam..hishhh dah pergi sana payah bebebnor nak balik..ingat lagi masa Nuqman kecil dalam berapa  tahun kalau tak silap 3 tahun kut..bila nak ambil balik dari rumah opah punya lah liat nak balik..bila dah balik rumah sibuk nak pergi rumah sekali aku naik HULK terus dia jadi tikus..hahaha..mana taknya aku paking barang dia siap bawak surat beranak nak suruh terus duduk sana..tau takut..hahaha..tu la aku cakap kalau pengasuh jaga dengan baik budak akan ingat tengok macam  anak aku  tak teruja sangat duduk dengan aku sebab apa??sebab aku garang and malas nak layan kerenah diorang yang ngada-ngada..

rindu abang
Sejak ada adik jarang sikit la diorang nak tidor sana masing-masing rindu merindui sesama lain..hahaha..tak jumpa semalam jer rindu macam setahun tak jumpa..adik dia memang pandai buat drama 


makan tengah malam
Lagi yang best kat sana  tengah malam lapar boleh makan maggie ..raji kakak-kakak tu masakan yer..boleh main lagi ..boleh bising-bising..boleh tidor lewat..cuba dengan aku "dah malam tak payah makan lagi!!" padahal aku malas nak masak air..hahaha..nak tidor lewat lagila jangan minpila kecuali ada cerita best jer lewat sikit tu pun nak tunggu pukul 12 lebih 80 kali menguap..lagipun sejak ada Si kecil masa memang padat sangat rasa macam tak terurus masa jer aku..

Nie atok kita
Amsyar jangan cakap la dia memang over semua dia punya jangan orang nak dekat dengan atok ke dengan opah dia..jerit sesajer ..kalau dapt jerit rasa cepat pekak mama dia sebelum tua kut..

makan pun duduk atas pangku..anjer sangat nie

main conteng-conteng
kalau kat rumah tak de makna dia nak conteng kat buku dia mesti nak conteng kat buku abang tak pun kakak dia..bila orang marah..sengeh jer dia lagi dia suka lagi dia buat..karang tak dapt jerit kerja dia.

tengok opah pun milik dia

Photo
nie diam sebab bukak cerita upin ipin

comel dua-dua

Thursday 19 June 2014

Sambutan Hari Bapa


Assalammualaikum..

sempena hari bapa kali kita sambut dengan bapa mertua , En Hubby dan biras kita..nie semua tak planning semua mengejut jer..Actually keluarga  En Hubby diorang memang tak sambut yang selalu buat family aku jer yang suka over..hahaha

hari bapa tu kitaorang makan luar tak dan nak masak sebab baru balik kenduri kahwin...so semua letih dan penat bercampur malas ke dapur better kita makan kat luar jer..

tengah tungg makanan
Lepas makan balik rumah potong kek dan bagi hadiah..cuma yang dapat hadiah hanya Abah jer.bapak-bapak yang lain tunggu bini masing-masing bagi hadiah jer..

Photo
blueberry cheese 

Abah


Abah bersama Ayung

Bersama Uda

bersama Adik

Gambar En hubby tak ada bel;um majlis habis dah tukar baju..

abg acit,abah,my love
wajah-wajah keriangan seorang bapa yang telah bergelar bapa..

kami sekeluarga

Photo: Happy Father Day utk ayah kesayangan... tq jage adik selama nie...

kepada En Hubby.. terima kasih abang kerana menjadi seorang suami yang baik kepada yang dan papa yang baik buat anak-anak kita ( Tisya,Nuqman,Amsyar)...We love you Papa..

Tuesday 17 June 2014

Percutian Terdesak Teluk Batik

Assalammualaikum..

wahhh tajuk tak boleh blah sungguh...cuti pun ada terdesak kan..saje buat gimik dengan tajuk kan..

Actualy benda nie memang rancang nak pergi bercuti last minute cancel ada hal lepastu tiba-tiba decide boleh pulak pergi bercuti..plan pun terdesak jugak..semuanya tergesa-gesa jer..

Masa nak ontheway pergi kalau ikut dari Bidor ke teluk Batik makan masa sejam setengah jer tapi hari tu dekat 2 jam lebih baru samapi mana taknya asyik jumpa tandas jer berhenti nampak stesen minyak berhenti..Nuqman boleh pulak perut dia meragam terbery-bery jer..kesian dia..

bila kulit selalu cantik jerkan sekali sekala bagi hitam dan berbelak sikit baru original asli orang kata..hahaha..kitaorang pergi mandi kat Teluk Batik lagi..masa pergi cuaca memang cantik dan cukup n panas terik dia..kitaorang sampai orang memang tak hinggat la ramai giler orang tapi still masih dapat tempat redup la nak pasang khemah..

sampai-sampai jer perut megelupur lapor terus makan dulu dah kenyang baru terjun mandi..


bawak bekal nasi ayam jer senang dan cepat nak masak..lepastu bawak satu tupperware besar keropok..yang best ayah aku siap perli aku kata aku macam nak berkampung kat sini mana taknya sebotol besar gula aku bawak..aku kan malas nak transfer benda ke dalam bekas kecil nak senang dan cepat aku angkut jer..



nie pertama kali dalam hidup Amsyar pergi mandi laut..hurmm ingatkan dia suka rupanya tidak..bila aku letak dia dekat dengan air terus dia jerit peluk aku kuat..hurm aku try duduk atas pasir sama jugak melekap jer dia..ajak main pasir pun tak nak asyik tunjuk kat khemah jer..abang dengan kakak dia toksah cakap la memang excited la..masa kitaorang pergi memang ombak kuat dan menganas jadi mandi pun kat tepi-tepi jer..aku mana boleh tahan tengok mesti nak mandi jugak aku basahkan jugak si Amsyar..jerit- pun jerit janji mak ko dapat mandi..hahaha..tapi yang syok bila air laut kena mata mengelupur budak duaorang cari tudung aku sampai senget tudung aku diorang nak lap mata .

Amsyar dah merengek terpaksa jua aku mengalah bawak dia naik..sampai kata ats dia suruh aku lap kaki dia..geli kut kaki dia ad pasir..ngada--nagada kalau kat rumah elok jer ko korek pasir main..dah bersih ala-lah kadar bagi dia tidor..senang kerja aku boleh aku mandi puas sikit...puas jugak gelak tawa mandi bersama Ucu, main lompat-lompat bila ombak datang..anak-anak aku tengok jer..Nuqman best bila ombak nak datang dia lari dulu..hahaha..

dah puas mandi jalan-jalan kat sekita bandar dia..orang memang ramai..sesak nafas aku tengok..aku kan manja mana boleh orang ramai serabut aku tengok..

muka budak happy



Amsyar bersama kakak Tisya

sukanya dia
 geram tengok Amsyar dah macam budak besar jer..nape cepat sanagt nak jadi besar nie..

Ucu dan Ayah tak boleh dipisahkan
aku pun tak tahu apa motif dia posing kat situ..nak pergi sorang takut roboh so terpaksa la ayah menemankan..

ucu ekin 

feeling tunggu anak raja datang ke??
kali nie pergi sini tak da nak bergambar sangat..sebab semua tempat dah pergi just bawak ucu jer..lagipun muka dah terlebih cun..hahaha

Friday 13 June 2014

Berubat Batu Hempedu Durian Tunggal , Melaka

assalammualaikum..

baru-baru nie try berubat kampung lagi dekat Durian tunggal..kitaorang gerak lepas sembahyang Jumaat dari rumah ibu kat Sg Buloh..Actuaaly lepas berubat kat Besout memang tak ada datang sakit dah tapi keputusan dari CT Scan hari tu menunjuk masih ada lagi..aku punya kan banyak macam pasir..Aku pergi bersama En hubby dan Amsyar jer..yang lain kena tinggal kat rumah ibu..

Kitaorang sampai petang terus pergi tempat berubat dia untuk pendaftaran bagi rawatan esoknya. Daftar dapat nombor 57.hurmmm terkedu kejap tengok nombor..dah settel pendaftaran kitaorang pergi sewa bilik dekat situ..tempat berubat dekat homestay lebihkurang 200 meter jer..jalan kaki aje..

Photo
bilik berharga RM 50.0 per night
kat sini banyak bilik kalau korang nak sewa harga dari RM 50.00 sehingga 100++..sebelum korang nak datang pastikan bawa botol kosong yang 5 liter tu kalau tak ada kat sini berlambak diorang jual botol dengan harga RM 4.00 sebotol..

pagi tu lebihkurang 7:00 pagi suruh En Hubby pergi tengok nombor berapa dah ..masa tu dah nombor belas-belas nombor kira memang cepatla..

lepas tu kitaorang pergi breakfast dekat area tempat berubat..korang jangan risau berhampiran rumah Hj Jamal nie macam-macam ada..masa aku google kat internet tempat dia biasa-biasa jer la nie dah upgrade..cantik jer..sambil menunggu boleh menjamu mata dengan tengok akuarium gergasi banyak ikan..cantik sangat layan Amsyar tengok ikan nak bagi dia diam kalau tak ke hulu hilir dia jalan..



cara rawatan dia hanya sapu tangan di jari dan gosok dekat perut tup..tup keluar batu ..aku rasa 3 kali jer dia buat..2 biji batu besar dan selebihnya macam pasir..dah settel tu nanti dai akan bagi ubat suruh ambil kat kaunter dah macam Klinik jer..

batu yang duduk dalam hempedu 

tapi korang jangan terkejut harga adalah mengikut jenis sakit dan batu yang di keluarkan..so standby la duit lebih sikit..macam aku kena RM 195.00..mak oii terus urut dada..mahal giler tapi nak berubat kan kita tawakal jerla..kalau tak hilang memang saje la..


ubat yg dibekalakan
 dia bagi aku minum air sebotol mineral kena minum 3x sehari..ada ubat sapu siang dan minyak untuk sapu malam..
ok bagi info sikit pasal rawatan nie.

** bawak botol kosong jangan isi air sebab dia akan bagi air yang telah dibaca
** rawatan setiap hari Sabtu , Ahad,Selas & Rabu
** masa rawatan Selepas subuh sampai pukul 2 petang jer tapi depend pada passion datang haritu la
** keutamaan diberi pada yang tengah sakit/orang tua/duduk kat wheel chair pun dpat masuk awal tapi make sure betul-betul tak larat yer/dan bawa anak kecil
** harga bergantung pada individu
** kemudahan homestay /tandas
**botal ada di jual sekitar rumah Hj Jamal
** caj parking akan dikena RM 2.00
aku tak ada nombor telefon Hj Jamil tu tapi aku rasa korang yang berminat nak try rawatan nie call nombor Homestay D'Seri Homestay dia 019-574 8556 / 019-265 8556 / 019-505 7057 / 012-200 5139..maybe diorang boleh tolong bagikan..

Sebenarnya aku pun dah tak tahu yang mana mujarab semua benda aku trty..orang kata nie bagus aku beli/pergi..sekarang nie tengah makan ubat Habatus Sauda dan Cuka Kurma..aku try jer dan dengan izin Allah aku kembali sihat dan tak perlu nak kena operate buang hempedu..Nie pun tengah tunggu  nak buat CT Scan lagi sekali sebelum operate..Harap-harap sembuh dan hilang la Batu nie yer..

to all please pray for me..

Monday 2 June 2014

3 Beradik Bergumbira Di Rumah

Assalammualaikum..

Lega sikit bila tengok anak-anak enjoy time cuti..nak pergi jalan-jalan sekarang pun confirm sesak dan boleh buat kita lebih penat dalam kereta..

Nak gembira kan anak aku  beli kan diorang kolam..actualy benda nie dah lama anak-anak minta tapi macam biasa la kesibukan dan kelupaan melanda diri untuk membeli..hari tu pergi Tesco teringat terus laju jer beli nak lagi tengah ada offer memang laju jer belikan..

Bukan main seronok budak-budak nie dapat mandi dalam kolam..anak happy aku pun happy rasa nak joint pun ada tapi kena fikir jugak orang sekelilingkan..

isi air..alamak seksi la adik..:)
masa diorang mandi waktu tengah hujan..layan kan jerla 

abang yang gigih isi air

abang dan adik buat muka..

apa la dia sembang dengan abang..

amboi sampai gelak

amboi kakak jugak sempoi.
Yang best Amsyar mandi kejap yang selebihnya budak dua orang nie..Amsyar naik terus bagi susu terus tidor..esoknya terus selsema..hahaha..

Blogger Templates