Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

Amalan Makanan Bagi Orang Sakit

Assalammualaikum..

Dah lama tak cerita pasal penyakit aku kan..bukan tak nak cerita tapi tak ada cerita ...

ok la nak bagitahu amalan yang aku makan selepas tahu sakit hari tu sedikit sebanyak dapat mengurangkan sakit atau sembuh hendaknya..

mula-mula aku amalkan makan minyak zaitun bersama perahan lemon..nie adik Ila dan adah suruh atas kerajinan google kat tenet..prihatin sungguh diorang dengan akak dia sorang nie..alhamdullilah tekak aku boleh terima sikit walaupun bercinta aku nak makan..hihi

Lepas tu aku try makan Jus kurma atas jasa baik abang dan kakak ipar aku..dia rajin carikan maklumat untuk mengatasi sakit aku nie..manjakan aku ramai yang sayang..hahaha....alhamdullilah dapat pulak adik ipar baik hati belikan..nie tekak aku boleh terima..aku makan sehari satu sudu opppsss tipu  tak sampai sudu pun agak-agak aku rasa boleh telan banyak mana jer aku makan..hihihi..ada masa sibuk tak pun terlupa aku skip  makan...

tak semesti aku bergantung pada ubat jer..aku ada jugak pergi tradisonal sana sini selain memohon dari yang satu..ALLAH..kita berikhtiar kan..

Sekarang nie setiap hari pagi aku akan ambil Habatus Sauda yang di beri oleh ibu dan di beli oleh aku..hahaha..hari tu Ibu bagi 4 kotak sekali..amekkk kau mampus aku nak makan..Ibu kata senang beli banyak tak ada terputus nak makan..korang bayang satu kotak ada 24 biji  kali dengan 4 kotak..berapa??,,korang pandai math kira sendiri la...hahaha dia tahu anak dia nie kalau dah terputus ubat takan nak beli alasan tak jumpa..hihihi..padahal aku malas nak singah beli jer..hihi

Alhamdullilah hari tu last chek up Doktor pun terkejut sangat-sangat darah akak dah kembali normal dan tiada tanda orang sakit..syukur alhamdullialh..tapi doktor tu buat suspen jugak dengan aku dia kata tu belum scan lagi takut ada batu lagi..omg cuak akak jap..tapi dia kata kalau sakit atau ada tanda kuning cepat-cepat pergi Hospital..Sekarang nie just follow up 6 bulan sekali nak pantau katanya..pantau tapi amik darah sakit tau..Tapi dah normal pun aku still makan pun takut-takut jugak..taknak sejarah berulang..kini hidup aku kembali ceria dan senyum sokmo ..

aku kini dan selamanya

Wednesday, 13 August 2014

Drama Punya Hal

Assalammualaikum..

hurmm episod kelam kabut bermula semula..korang tengok cerita Rindu Awak 200%..aku dah mula terjebak tengok..tu kalau dah mula terjebak mula kelam kabut masak..buat kerja pun cepat-cepat..

dahla semalam sampai rumah lambat sebab pergi barang dapur..balik jer terus on televisyen siap-siap bukan chanel dan kuat volume..agak-agak dengar sampai ke dapur la kan..tu nasib dah solat asar kat ofis kalau tak lagi kelam kabut aku..

aku kat dapur dah macam apa jer habis berselerak semua barang di bawak keluar nak masak nak cepat katanya kan..drama punya pasalkan..tapi bila Nuqman tukar chanel terjerit aku dari dapur suruh tukar balik..gaduh kejap dengan anak pasal nak tengok rancangan tv..hahaha..tapi mana boleh lawan mama dia punya volume terus hentak-hentak kaki tukar chanell..

Photo
ayam masak kicap
tauhu bakar
sambal belacan
bendi celor

yang best aku ingat nak masak sayur goreng lepas tu fikir balik drama dah start tapi masih kat dapur terus tukar menu kita celor jer..baik untuk kesihatan kan..hahaha tu dah tahap kronik masak la tu..nasib En Hubby jenis tak kisah ada kuah ada sayur boleh jer makan..tauhu ingat nak buat tauhu sumbat tapi dah lamabt makan gitu cicah sambal belacan..hahaha..

tu bab masak belum bab sembahyang maghrib memang tunggu sampai habis la baru sembahyang barula nak mandi baru la nak layan si kenit main..lepas ni janji dengan diri sendiri jangan nak terjebak lagi dengan drama bersiri..hish aku yang jadi kelam kabut..


Friday, 4 July 2014

Rawatan Susulan Batu Hempedu

Assalammualaikum...

nak cerita lagi pasal buat rawatan sakit batu hempedu..actually memang tak ada sakit lagi..last sakit yang masuk Hospital itu jer tu pun bulan November tahun lepas..

Walaupun tak sakit tapi still masih pergi berubat kampung..ikhtiar tak nak buat operation jer..Last check awal bulan Jun hari tu kat darah dah normal lepas tu dia minta buat ultrasound sekali lagi..

Dua hari lepas pergi buat ujian ultrasound Kat Hospital Ipoh..keputusan Doktor kata masih ada batu yang kecil-kecilla..frust dengar masatu..Doktor Pakar Ipoh tu tanya jugak ada sakit ke..aku cakap tak ada sakit dah..result masa dapat tu macam kurang faham yela ayat doktor kan gigih  aku  google translate kan ke dalam bahasa melayu..apa yang aku faham la aku punya batu masih ada tapi kecil dan normal..tiada masalah lain pada hati,perut dan buah pinggang.itu semua normal dan tiada luka pun..alhamdullilah rasanya..tapi Doktor tu pun ada cakap kalau tak sakit tak payah nak operate la just jaga makan jer..

aku tengok macam tak ada apa pun..
Jumpa doktor kat Tapah pulak dia tengok dia pun kata dekat saluran hempedu tak bengkak kembali normal..alhamdullilah..tapi lagi 2 bulan datang cek darah..nie yang tak syok dengar..tapi keseluruhannya macam dah ok jer kan..

muka confius
Aku pun dah tak tahu yang mana satu berkesan ubatnya..lantakla janji apa yang aku cuba ikhtiar dapat mengurangkan dan harap dapat kembali pada normal  balik..

Lepas mie nak pantau makan la nak kena kurangkan makanan yang berminyak dan seafood tapi aku rasa kejap jer kut aku boleh ikut lepas tu lupa dunia...dah makan dah sedap lupa kejap karang sakit sendiri tanggungkan..Tapi Insyaallah aku akan try my best..hahaha..

Thursday, 3 July 2014

Cerita Puasa Tahun Ini

Assalammualaikum..

Bulan nie harap-harap dapat puasa penuh tak payah nak ganti-ganti balik..kalau nak ganti sure hujung-hujung nak ramadhan baru terhegeh-hegeh nak cover..

tahun nie macam tahun-tahun yang sudah jugak anak-anak dah biasa puasa..so tak ada masalah la..tapi tetap kena pantau..karang dia tengok mak bapak dia takde tanya dia senyap-senyap minum..tapi alhamdullilah setakat nie takde lagi kes menipu nie..kalau ada siap la diorangkan..

Actually menu sahur budak cukup senang dan ringkas je..bulan puasa stok maggie ayam memang tak putusla sahur diaorang nak makan maggie dan air yang sejuk.. tapi ada kala Nuqman lepas makan maggie dia akan makan lagi dia je berselera nak makan..si kakak makan sikit je..tapi waktu siang alhamdullilah setakat  nie tak ada la merengek-rengek dahaga ke minta buka awal tak ada la..bagus anak mama

Kalau buka semua serbu air dulu..air jer 3 jug licin..kuih memang beli 3 ketul jer ikut selera masing-masing bukan kedekut yer tapi beli 3 ketul tu ada masa tak habis jugak..sebab family suka buka terus makan nasi..

Tapi semalam aku hangin dengan En Hubby..masa sahur  kata nak buka surau aku ok la balik kerja karang masak ala kadar jer sebab dua mulut nak buka kan..lepastu balik kerja  kata nak buka rumah aku ok la aku pun masak la tup..tup balik bazar kata nak buka surau..hoiiii aku dah penat masak basah ketiak kat dapur masak dia rilex jer macam tak bersalah jer cakap macamtu...aku tengok air  ada 3bungkus dia beli ..roti john ada murtabak pun ada tu sapa nak makan dengan lauk aku  masak lagi..takpela malas nak bising-bisingkan so bajet aku sahur tak payah la nak masak lagi senang kerja aku..kuih tu aku dah sound awal-awal tak habis nanti aku sumbat kat lubang hidung dia..hahaha garang aku kan marah laki sendiri..nasib roti John dan murtabak tu habis..time sahur pun lauk tinggal sikit..alhamdullilah habis jugak lauk aku..cuma nasi tak habis buat nasi goreng untuk bekal Amsyar..

so far baru beberapa hari puasa nie masih tak nampak kesan mudarat kat anak-anak..selalu bulan puas diorang akan demam minta tahun nie semua sihat hendaknya..tapi tahun nie berbuka tercabar keimanan dengan Amsyar jer..hahaha..orang nak buka dia pun sibuk nak joint..abang dengan kakak  masa kecil bila time buka tak de kacau mama papa makan..elok jer baring depan tv tapi yang nie hyper betul..

ok ..pada semua umat islam selamat menjalani ibadah puasa sepanjang ramadhan ini..



Tuesday, 24 June 2014

Bila Wanita Berbicara

Assalammualaikum..



hari nie tak ade mood..
rasa nak nagis..
rasa menyesal..
rasa terkilan
rasa sedih
rasa nak marah
rasa tak puas hati
rasa nak keluarkan apa yang tersirat
rasa malas nak fikir
semua rasa ada dalam hati dalam otak..

Friday, 16 May 2014

Makan Di Rest House Tapah

Assalammualaikum...

rasanya tak pernah aku cerita pasal kerja aku dalm blog nie entah camne hari nie terbuka hati nak cerita pasal kerja aku..itupun sebab nak cerita makan..

Actually BOD akan datang setahun sekali tengok anak syarikat diorang sama ada kemajuaan atau pun tidak...kiranya lawatan tak rasmi..

Hari yang BOD datang tak ramai staf..ada yang pergi site..ada yang sakit yang tak boleh dielakkan..so yang nie jer la ada..Cik Nisa trip pergi Padang..terkotang kanting aku nak prepare semua..

Dato tenagh berucap

We All
Tengahari kitaorang gerak pergi Rest House..alhamdullilah kali nie layanan diorang tip top..masakan best jugak..kira kitaorang sampai dah terhidangla tak macam yang dulu sebelumnya..maybe dah tukar management kut..tu yang bagus semua..
makan
aku sampai punyala la banyak lauk tak tahu nak makan yang mana dulu..hahaha..so aku amik nasi seseduk jer lepastu semua staff laki jeling-jeling kt aku..diorang ingat aku diet ..tak ada makna yer..aku nak meratah lauk ok..



menu hari tu ada ikan siakap masak stim..udang galah masak sambal petai my favourite nie yang paling banyak aku ratah udang jer petai aku tolak ke tepi..giler nak makan time kerja karang baru nak nganga habis pengsan Dato...ada sotong tepung tapi aku rasa sotong tu kurang sikit sebab liat...ada daging aku rasa dia masak macam kuah chicken chop jer..tapi ok jugak la rasa dia..sup tulang dia aku makan sikit sebab berminyak dan pedas..lagipun tulang jer kan tak syokla makan..kailan ikan masin dia ok tapi kalau nak makna kena bagi dia kecik sikit sebab dia masak sehelai-sehelai ok..aku mula tengok sayur dia mak ai sonag masak tak payah nak sibuk potong jer sehelai-sehelai..pastu masak..cepat kerja..air pun sedap terasa buah takada manis...desert dia aku suka sedap..perut dah kenyang tak makan pun buah..

hari tu kenyang sampai ke malam ..aku tak makan pun tapi pagi esok nya mengelupur perut aku lapor..hahaha..awal aku dah breakfast pun dapt rezki jugak ada orang belanja makan..alhamdullilah..

Monday, 14 April 2014

Finaly Aku Ada Jugak!!

Assalammualaikum...

dua tiga hari nie badan kurang sihat jer..rasa nak demam tapi tak jugak demam lagi..just selsema dan batuk jer..tak suka macam nie lagi seminggu nak jalan honeymoon dengan En hubby..tak syokla kalau tak sihat..

dah 34 tahun hidup baru nak ada pasport..hahaha..orang lain dah ada aku baru nak buat tu pun sebab nak jalan kalau tak asyik pakai boder pass jer..aku nak ke luar negara memang tak ada la kecuali opis aku bawa baru ke luar negara..Actually kerja dengan syarikat nie dah nak masuk 10tahun kalau pergi Luar negara asyik guna boder pass selagi tak suruh buat selagi tu tak buat..

hari tu aku dengan En Hubby buat jugak la dah company suruh buat terpaksa jugakla..ingat kan susah and rumit..ya allah senang jer and cepat..kalau tahu lagi dulu aku buat ..hahaha dalam sejam setengah jer dah siap..Lagipun aku nie jenis tak suka menuggu sesuatu lama-lama..cepat bosan..

Photo: Akhirnya ada juga..blh g jln2
finally 

Lagipun memang kena ada sebab hujung tahun ni kena masuk Singapore cousin aku kahwin..so kena ada jugakla..budak-budak masuk bawah aku jer...Lagipun aku bukan selalu pergi overseakan..

Monday, 24 February 2014

Puas Hati Atau Ketidakpuasan Hati

Assalammualaikum

benda nie dah tiga empat hari jugak la berlalu..disebabkan tak boleh simpan dalam hati terus jer aku rajin update dalam blog..takut pulak simpan lama dalam hati jadi penyakit pulak..cukupla dengan ujian yang sedia ada nie..

nie aku tak puashati sangatttttttt dengan tempat kerja aku..kat bahagian HR nie...geram membuak-buak..camne nak start yer..camnie hari tu Dato adala umumkan untuk staff yang layak dan mula kerja dari tahun 2001 sehingga 2005 diberi tawaran ke Umrah suami ister dan diberi duit poket..alhamdullilah....so sapa berminat mohon buat surat la..yesss aku start tahun 2003 ok la tu rasa ada harapan..berkobar-kobar la aku mengarang surat dan hantar kat HR...area aku hanya ada 3 orang jer layak..masa tu tak kisah sangat la kalau ada rezeki kami dapatlah pergi..permohonan pun 30orang terawal..yang lain diorang ambil anak syarikat yang lain...

masa dah apply tu dah cerita kat budak-budak nie..dah cerita kat adik beradik..overkan belum hitam putih lagi dan over...hahaha..yelah pergi UMRAH tu..

Tup-tup tak da rezeki aku takpe..tak adalah frust sangat kan..ok lagi member ofis yang masuk tahun 2001 pun tak dapat,,apa motif nak samakan dengan orang lain..hahaha..

Tapi yang buat aku marah yer...marah sangat dan tidak puas hati..tidak adil..berat sebelah..dan orang kuat kipas bos...dapat pergi umrah..dahlah bukan dalam kategori yang dicakapkan..baik tak payah cakap ikut tahun..random kan jer yang pergi..nak mengamuk pun tak gunakan..kita nie bukan jenis kipas kaki kepala tangan bos pun..kita ikhlas dalam kerja..chewaahhhhhhhh..ayat raih simpat betul..aku pujuk diri sendiri takpe ALLAH tu maha adil..

tu pasal tidak puas hati nie nak cerita pasal puas hati sangatla...mood kena happy jer..setiap tahun macam biasa bonus meletup-letup tu aku tak kisah sangat kan pasal tu sebab dah biasa dapat..eksyen jer bunyi kan....dengar citer pun gaji pun ada kenaikan naik lagi..oalhamdullilah rezeki anak-anak dan yang best dapat pergi melancong free dan dapat duit poket lagi..yeahhhhhhh...cuma kali nie pergi suami isteri jer...kesian anak-anak kena tinggal takpela bagi can kat mamapapa nak honeymoon pulak..tahun lepas boleh bawak satu family aku tak dapat pergi tengah pantang..so pasrah jer la..

So nie jer nak luahkan rasa hati dari sanubari tuan belog..

Wednesday, 12 February 2014

Belum Try Belum Tahu Lagi

Assalammualikum..

terkejut bila didapati sakit batu karang dalam hempedu..sungguh tak sangka..sebelum nak kena operate..aku try cara Doktor Hammid Arshat..kalau ikut majoriti semuanya berjaya,,aku nak cuba jugak..tak cuba mana nak tahukan..

Hari 1( 04/02/2014-Selasa )
aku makan epal hijau sebanyak 5 biji..epal yang aku beli nie memang masam giler..bila tinggal sikit lagi aku tak lalu nak habis aku buang jer..tapi sikit lagi..aku makan pagi ..tengahari dan petang kat pejabat..balik sambil masak aku makan sebiji dan malm selepas makan aku makan sebiji..cukup 5 biji..jenuh jugak

Hari 2 ( 05/02/2014 - Rabu )
aku makan lagi macam hari pertama..azab jugak makan epal hijau nie

Hari 3 ( 06/02/14 - Khamis)
Pagi dah pergi check upkat hospital  tak sempat so aku makan petang 3 biji dan malam 2 biji..nie sedap jer makan sebab dapat epal manis sikit..rasa nak lagi dan lagi jer..

Hari 4 ( 07/02/2014 -Jumaat )
sama macam hari pertama

Hari 5 ( 08/02/2014 - Sabtu )
Sama jugak macam hari pertama

Hari 6 ( 09/02/14 Ahad )
makan sampai 5 biji epal..lepas tu pukul 6 petang aku stop makan dan aku ambil 1sudu makan epsom salt larutkan dengan air suam 1/2 gelas..erkkk rasanya tak sedap tapi paksa juga habiskan..
lepas tu pukul 8 malam ulang minum epsom salt dengan air suam..sama jugak nak termuntah tapi ku bertahan jua..rugi kalau muntah..kena minum lagi nanti..
lepas tu last pukul 10 malam gigih tunggu tau..1/4 cawan olive oil campur perahan lemon..nie ikut tekak aku lebihkan lemon..perghhh sedap dan masam..pastu stop tak ada ambil makan lagi just banyak minum air jer

hari 7
biasanya orang kata kita akan lawas..so far aku macam biasa jer..sekali jer memerut..tengok jugak kalau ada batu ke apa tapi tak nampak tak sempat tengok dah terus masuk dalam lubang..so aku tak tahu sama ada keluar ke tak..hahaha..tak tahulah menjadi ke tak??

la nie aku try berubat kampung pulak...ikhtiar selagi boleh..first day pergi dia bagi minum air selama 1 minggu..lepas seminggu dia suruh datang bawak limau..nie aku tak tahu hasil lagi..Insyaallah kalu ada hasil nya entry lain aku buat..sabar yer...


Friday, 7 February 2014

Sedih Sangat

Assalamualaikum..

semalam pergi check up pasal scan hari tu..nak jumpa punyala lama berjam-jam sampai tersenguk-senguk aku kat kerusi hospital..dah kena panggil alahai tak samapi 10 minit pun jumpa tapi aku saja jer duduk lama sambil tanya soalan yang ku sudah tahu jawapan dia..hahaha..

Aku ingat just operate biasa jer..tak kisah la laju jer aku agree cadangan doktor tu tapi bila Doktor kata kena buang hempedu..Ohhhhhhhh tidakkkkkkkkkk..terkedu sekejap..tapi nak buat camne kalau tak operate dan tak buang nanti sakit lain yang datang..setuju tanpa kerelaan..aku tak ada hempedu la lepas nie..sedih sangat..nagis lagi..kerja aku semalam asyik nagis jer..Last aku luahkan perasan kat adik aku..nasib adik aku bagi kata-kata semangat..tenang sikit 

thanks ucu bagi support
Tapi masa kat hospital ok jer balik rumah bila duduk sorang-sorang mula teringat doktor cakap tadi..kejap-kejap nagis..kerja aku semalam asyik lap air mata jer tak nak bagi nampak kesan nagis..nagis sedu sikit pun bengkak juga mata aku..hahaha..

En Hubby bila aku cakap macam tu dia macam cool jer..tak tahu la mungkin dia taknak aku sedih  dia just bagi opinion minta try berubat kampung jer..aku masa tu dengar pun macam tak dengar jer..malas rasa nak fikirkan..sedih sangat..tengah taip nie pun nagis jugak..aku sedih bila fikir nak operate nanti camne dengan anak-anak aku..sapa nak jaga diorang..aku tahu En Hubby boleh handle tapi aku kan suka fikir jauh..lagipun kesian kat Amsyar nanti camne aku nak bagi dia susu badan..adakah aku perlu stopkan dia menyusu??kesian diorang..macam-macam aku fikir masa nak operate nanti ..selamat ke aku ke?? panjang ke umur aku??..lepas operate sapa nak jaga kau??..camne pulak permakanan aku??camne pulak hidup aku???

aku doakan semoga ianya berjalan dengan lancar..harap semuanya selamat..aku sayang family aku...

Monday, 3 February 2014

Ramalan Ku Benar Belaka

Assalammualaikum..

nie bukan tajuk lagu yer..seperti yang dinantikan pada 30hb tu kan..seperti yang dijangkakan..memang benar ramalan ku benar belaka..chewahh macam tajuk lagu dah pulak..

Hari tu pergi check up kat Hospital Bainun..buat scan dengan doktor pakar..kitaorang sampai dalam pukul 8:45 pagi..sampai-samapi memang ramaila..so tunggu jer giliran sambil menahan lapar..kena puasa kejapkan sebelum scan..masa nama kena panggil untuk scan dup dap dup dap jer hati bukan takut nak scan tapi berdebar nak tahu keputusan...

Masa scan doktor suruh tarik nafas dalam-dalam pastu tahan kejap berapa saat..tahan jap la..pastu doktor suruh ulang lagi..yang tak best nya doktor tu pandang aku pandang monitor dan ulang lagi..hurmmm lagi la aku tak senang hati..pastu doktor tanyala macam-macam..

keputusannya doktor kata teramat banyak dan tak boleh dikira batu dalam sekitar hati dan hempedu..paling kecil 0.7cm..doktor kata takde cara lain melainkan operation..aku dengar jer kena operat takutnya...lagi la jantung laju macam nak terkeluar je..bukan apa aku dah pernah jaga ibu aku operate dan penyakitnya sama macam aku..tapi ibu kena buang hempedu terus..bila refresh balik kenagan jaga ibu lagi buat aku takut....

bincang dengan En Hubby nak try tradisional dulu atau pun berubat kampung...takut nak kena belah perut nanti...so aku dah search kat intenet macam-macam diorang cuba buat untuk keluarkan batu karang ...nie aku nak try cara diorang makan epal selama 5 hari dan hari ke6 makan epsom salt ..makan minyak zaitun campur lemon..

aku mohon pada sesiapa yang ada cara lain bolehla kongsi dengan aku yer..tak kisah la apa jua..aku akan try...

Thursday, 19 September 2013

Makan Oh Makan

Assalammualaikum...

Niat nak diet dah banyak kali..pasang angan-angan jer nak buat tapi tak pernah nak laksanakan..badan dah makin naik..baju pun dah ketat..tapi aku kalau makan dah kenyang baru nyesal pastu pasang niat nak diet balik..boleh camtu pulak..hahaha..

Tapi akal selalu cakap makan jer sebab perlu makan nak menyusukan anak..wahhhh itu semua alasan jer..
bila timbang berat salahkan timbang..boleh gitu..tak boleh terima hakikat badan dah naik.


tosei + air milo
konon-konon nak diet pagi breakfast aku selalu ambil heavy punya tapi try la makan tosei dengan semug air milo pastu melantak sebotol air masak..konon boleh kenyanglakan..sudahnya kejap-kejap bangun pergi toilet..last tengahari beli nasi jugak..balik kerja masak melantak lagi nasi..apa pun tak boleh..


hari lain try breakfast lontong..my favourite nie..dapat makan hari-hari pun tak pe..ok sikit la kenyang..bertahan la..petang balik rumah masak..melantak lagi..see bila nak diet..tak makan rugi..penat tau aku masak and tak mo la nak membazirkan..alasan lagi kan...

sambal ikan bilis +kentang , rebung lemak cili api, ikan masak taucu

sambal belacan , ikan masin terubuk , telor kicap , cendawan masak lada hitam
Camne nak diet tiap-tiap hari balik kerja masak..masak kalau ikut menu aku senang kerja sikit..nie nak ikut tekak En Hubby dengan anak-anak camne..karang aku masak lauk diet aku..kesian diorang dah sorang penat berkerja yang dua orang lagi penat sekolah..isteri dan mama mithali  nie tak sanggup pulak..see alasan banyak kan..

rendang ayam Noor
Hari tu masak ikut tekak aku pulak asyik ikut tekak diorang jer..kesian tekak aku kan..teringin makan rendang ayam..En Hubby tetap request jugak nak kerabu pucuk paku..aku hairan betul dengan dia minat benor dengan kerabu pucuk paku ..aku tahu dah jawapan dia mesti sedapkan ..tu pasal suka suruh aku buat lagi dan lagi dan lagi...

kerabu pucuk paku

pavlova
Last sekali manja kan tekak aku jugak teringin bebenor nak makan pavlova..wahhh dah makan baru teringat banyak nya makan..aku sorang jer..En Hubby makan ada lah sikit..anak-anak macam kurang minat..tapi yang tak best aku makan berebut dengan si bam-bam Amsyar..lambat sikit suap terjerit-jerit..hishh cuba la buat sabor sikit Amsyar..mama nak makan pun dengan penuh nikmat pun payah..

mama amsyar

So korang cakap dengan bila aku boleh mula start diet???..Actually kena jugak jaga badan kan En Hubby dah tegur..so makan tetap makan tapi ambil dalam kuantiti sikit..tapi kalau lauk sedap aku still ambil dalam kuantiti banyak..hahaha..so diet ku kecundang namanya..hahaha..

 Noor...

Thursday, 13 June 2013

Perli Ke Apa??

Assalammualaikum...

Wahhh lama sungguh tak menambah kan entry dalam belog sendiri..apabila tahap kemalasan untuk menaip tiba ini jadinya..asyik buka belog orang baca-baca ..gelak-gelak..senyum-senyum..belog yang citer sedih aku malas nak baca sangat..mana tak hati mak hati tisu mudah no kuarkan ayak mata..so baik baca belog yang gila-gila sikit...

aku tak tahu sama ada itu satu sindiran ataupun sebaliknya.. walaupun dah dekat sepuluh tahun tidur sebantal aku masih kurang paham kut..kut la yer..

hari tu ada aku bagitau nanti  ada masa nak pinjam basikal En hubby nak kayuh..nak kurangkan lemak di badan...nak excercise sikit..mana boleh dia jer nak kuruskan..dia kata ok jer..Tapi sejak dua menjak nie sibuk le En Hubby  kata nak belikan aku basikal..katanya boleh berkayuh berdua petang -petang..konon nak romantika de amor la..pastu si amsyar tu nak dicampak kat mana kalau dua-dua kayuh..Asyik ulang ayat tu jer..basikal idak juga muncul..aku tau sebenar point dia cakap macamtu aku jer yang buat tak paham..hahaha...ala nak cakap aku gemuk takut bini dia jadi Hulk..so cakap macam tu..kan..kan..kan..

Memang aku dah perasan pipi pun dah naik tembam..tapi bagi la slow-slow nak kurus...nak buat diet macam member opis tapi nafsu makanaku kuat pastu setan dok bisik-bisik kat telinga..suruh  makan je..dan berkata-kata ko kan nyusukan anak nanti anak ko lapor..yesss..tu betul..hahaha..apa lagi makan la..pastu gemuk tension..macamtu la aku..hehehe..

Gemuk ke kalau ikut BMI normal jer..berat la nie 60kg tinggi 161cm..normal kan..kan..kan...


Noor..

Friday, 10 May 2013

Aku Kini Dan Selamanya.. :)

Assalammualaikum..

Entry kali nie pasal tuan blog dari dulu sehingga kini..sekali sekala  up sikit story mory pasal tuan blogkan..nak jugak glamer..hahaha..aku tengok dari dulu sampai la nie..camtu jer gaya aku bergambo..posing pun gitu..cara senyun tak senyum pun sama jugak...badan pun jap-jap tembam jap-jap kurus sikit..sikit jer tau tak de kurus macam zaman anak dara dulu..masa zaman anak dara paling berat badan aku 44kg jer..la nie dah beranak 3 paling gemuk 62kg..gemuk dohhh...berapa banyak beza tu dahhh...cantik tu korang sendiri nilai la..kalau aku mesti la aku puji diri sendiri..giler apa kutuk diri sendiri..tapi itu semua ciptaan dari NYA..

Gambar mula dari tahun 2010..masa nie aku tak ingat la berat badan aku berapa..yang ketara nampak pipi tembam jer..


posing untuk majalah mangga ..april 2010


cover perut nie bulan Julai 2010
Disember 2010




























kenapa mcm nak kebelakang jer ...Feb2011

tembamnya pipi aku..nie bulan April2011

Jun2011

Ogos 2011

mana spek??nie bulan Disember 2011


Saja peluk ibu taknak bagi nmpk gemuk..haha nie bulan Jan 2012

aku ke tu?? nie bulan Mac 2012

Bagi tahun 2013 setakat bulan nie..berat badan terkini yang baru lepas timbang adalah..jeng..jeng..jeng...59kg..naik lagi..dah elok 56kg masa habis pantang..nie naik lagi..mana tak naik siang malam makan jer..ialah nak nyusukan si Amsyar kalau diet karang tak kenyang pulak si Amsyar..kesian pulak..hahaha.itu semua 1001 alasan aku jer bila badan dah naik...tapi korang tengok gemuk ke aku..???

mula start kerja selepas cuti 60hari Feb2013

Mac 2013

April 2013


Noor...

Monday, 29 April 2013

Ada Apa Dengan Nombor 29???

Assalammualaikum..

Ada apa yer dengan nombor nie..tak usah nak korang berteka -teki...korang baca jer..nak leleh air mata dipersilakan..nak senyum sampai ke telingga pun boleh juga..yang penting apa korang punya emosi aku tak nampak..dengan angka nie macam-macam ada sedih ada ..gembira pun ada...

Kita mula kan dengan yang sedih dulu jer la...cepat cari tisu...dah ready baru baca..

29hb Ogos 2001 ~ Mak mertua aku a.k.a Ibu En Hubby pulang ke rahmatulallah...tak sempat nak menikmati ada mak mertua...al-fatihah 

ada kisahnya....masa tu En Hubby paksa aku datang tengok mak dia...masa tue segan nak pergi tak ada ikatan apa...segan pulak..ialah aku kan perempuan melayu terakhir..Masa En Hubby kenal kan aku pada mak dia..masa tu memang mak dia dah sakit...mak dia buka mata ..tengok aku..senyum pastu dia pejam mata..rehat la tu..lepas 2 hari aku lawat mak dia pun sahut panggilan ilahi..menurut kata En Hubby mak dia restula hubungan kami ...

29hb April 2012 ~ Opah a.k.a Opah En Hubby pergi sahut panggilan illahi..arwah pernah duduk setahun dengan aku sebelum kakak ipar ambil alih jaga..banyak suka duka bersamanya..sedih sangat..al-fatihah

tarikh sama cuma tahun jer beza..nie dikata anak beranak sehati sejiwa..meninggal pun  pada tarikh sama..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yang best tarikh nie....

29hb Ogos 2003..tarikh keramat nie..aku terima nikahnya...bla..bla..aku dengan En Hubby disatukan oleh Tok Kadi..Yeahhhh kawin sudah...

Kalau tak silap aku jugakla tarikh nie birthday bapa mertua aku..kalau tak silap..confius jap...

apa-apa pun tarikh 29hb nie meninggalkan kesan mendalam buat aku...

 Noor...

Tuesday, 16 April 2013

Tak Cukup Tidur

Assalammualaikum..

Gara-gara si Amsyar buat perangai dua malam nie.. ehh..ehh silap bukan malam tapi waktu  pagi-pagi buta nagis tapi mata pejam..dia macam tak selesa jer dia..tak sampai setengah jam bangun nagis..aku sumbat dia dengan susu badan aku..kejap jer lepas tu sambung tido pastu bangun balik aku bancuhkan susu botol pulak tak nak lak minum.. nak kata lapar tak juga tak tahu la apa kena maybe dia suruh makpak dia bangun sembahyang sunat tu..tapi makpak dia tak faham-faham jugak..hahaha...time dia nak bangun mesti pukul 3 pagi sampai la azan subuh..lepastu dia  ok dan  tidur nyenyak...Kalau hari cuti boleh la joint sekali tapi kalau hari kerja camne??

Disebabkan tu satu hari suntuk aku sakit kepala..lepas breakfast aku makan ubat sebiji..selalu lepasa makan dia akan baik sendiri la..tapi hari tu tak mahu elok aku rasa nak balik jer time tu..nak pergi amik mc jer rasa..tapi aku fikir balik tak pe bawak tidur jap lagipun bos dah keluarkan..so dapat lah rehat kejap..tapi tak mahu lagi..aku kalau sakit kepala satu kerja pun tak boleh nak buat nak menyembang pun tak boleh rasa nak muntah.. kat ofis 3 kali jugak aku muntah..wahhh sakit anak tekak pedih giler..habis semua keluar..pastu tambah dos sendiri makan ubat lagi bawak tidur lepas sembahyang ingatkan boleh elok..tak mahu jugak..semalam boleh dikata aku makan gaji buta jer..hahaha..

Masa sampai rumah Nuqman nie sibuk pot..pet..pot..pet.. cerita la macam-macam kat aku..aku hanya angguk jer tak layan sangat dia cakap..mana taknya perut dah mual nak muntah lagi..dia pun heran tengok aku tak layan dia lepas tu muka aku masam jer..dia pun tanya kat aku " mama kenapa masam jer macam takde mood jer..mama penat yer"..kesian pulak kat anak aku.."taklah mama pening jer".." kak mama pening jangan kacau mama"..anak-anak dan en Hubby dah maklum kalau aku pening memang aku akan bawak tidur dan tak boleh sesiapa ganggu..

En Hubby petang tu take over jaga anak-anak..tima kasih la yer abang kena jaga si Amsyar..En hubby jaga senang jer letak dalam walker bawak kat luar..bukan main seronok dia sampai tak nak masuk rumah nak main lagi..

Nasib baik malam tadi dia bagus..tidor lena bangun pun untuk susu jer..alhamdullilah..aku pun dapat tidur lena sikit..

 Noor..

Thursday, 21 March 2013

Sweet Memori..

Assalammualaikum..

Sambil mentadarah kerepek nenas yang bapak mertua aku bagi..dan ditambah pula kerja tambahan iaitu sekodeng blog entah sapa-sapa jer aku bukak..baca satu blog ke satu blog tiba-tiba teringat sesuatu..Terjerit jap kat opis nie..jerit dalam hati jer..giler apa nak jerit kat opis karang tak pasal orang cop aku meroyan pulak..dah la baru lepas bersalin..

Bulan nie kan Bulan Mac..korang mesti cakap dah tahu dah nak masuk bulan April pun..tapi aku nak jugak inform ..Camne boleh lupakan..dah nak masuk hujung bulan dah..macamana boleh lupa saat manis nie..manis sangattttttt la..

Ditaip ayat sekali lagi camne boleh lupa memori dan detik-detik indah nie ..tarikh keramat nie 01/03/2004 sehingga  01/03/2013....9 tahun sudah..cer korang teka tarikh apa?..mesti korang mengata akukan... ngada-nagada kan..nak suruh orang teka pulak..sekeh kepala karang baru tau..ehhh sekeh kepala tak boleh  sekeh gambor jer dapat..hahaha..tak lawak yer..majuk jap..tak nak teka tak pe korang baca jer la sampai habis..Cepat betul masa berlalu....rasanya macam baru semalam jer memulakan KERJA..yesss tarikh aku mula start kerja kat opis nie.

Company nie  sebuah Company Penyenggaraan Jalan..Company aku lima tahun sekali buat family day dan tiap-tiap tahun ada anual dinner..tapi kesian sekali pun tak pernah pergi anual dinner..hahaha..dasar malas nak join..bukan apa setakat makan -makan jer and karok..tak minat la aku..tapi family day tu joint la..yang aku ingat opis pernah bawak aku ialah  pergi Medan , Indonesia..Langkawi....Krabi , Thailand dan terbaru nie aku tak dapat join aku tengah pantang..diorang pergi Bandung Indonesia..tension aku..

Apa-apa pun alhamdullilah dengan rezeki yang di berikan..syukur dapat tempat kerja yang best dan kawan yang separuh ok separuh tak ok..hehehe..Nak eksyen jap nak kabo cawangan aku dari tahun 2009 sampai 2012 top 1 in 9 area..hahaha..berlagak jap..

Sekian siap sudah entry yang poyo..

Noor..

Wednesday, 20 March 2013

Akhirnya Dapat Jugak..

Assalamualaikum..

Semalam  masuk ajer dalam kereta terus En Hubby cakap " abang dah belikan dari cikgu...murah sikit.."
Punyalah lama aku stop minum benda nie..akhirnya dapat balik minum.. nyumm..nyum..nyumm..

Aku suka minum nie bukan apa...aku rasa badan aku segar jer..tak letih...cergas 24jam..




khasiat dia aku copy and paste jer..

COCOA COLLAGEN POWER PLUS MENGANDUNGI:

Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.


KEBAIKAN DAN KHASIAT: 

Membantu mengimbangi hormon
Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
Melambatkan proses penuaan
Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
Mencerahkan kulit secara semulajadi
Memberikan tenaga
Membantu mengurangkan keguguran rambut
Melancarkan peredaran darah dalam badan
Mengimbangi berat badan
Meningkatkan daya penghadaman
Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot






"Tq abang kerana belikan..nanti habis boleh beli lagi kat cikgu tu yer"

Noor..

Monday, 12 November 2012

Trimister 3

Assalamualaikum..

Dah nak sampai trimister ke 3..dah nak dekat dah..rasa tak sabar nak jumpa baby..lagi berapa minggu jer lagi..sekarang nie dah 33 minggu..kalau ikutkan anak-anak yang dulu semua nya 38 minggu dah bersalin..
pregnant kali nie tak tahu jantina apa lagi..

Sekarang nie berat badan tak ada naik mendadak sangat..normal aje..makan ada masa selera tahap gaban..ada masa kurang selera tapi masih makan la untuk baby..letih usah cakapla..memang letih lebih-lebih lagi time hari bekerja..ialah balik nak kena laksanakan tangungjawab sebagai isteri dan ibukan..tapi sejak akhir nie jarang sangatla masak..kalau masak pun satu dua jer lauk..tak larat sangat..pregnant kali aku rasa macam malas and manja-manja jer..semuanya tak larat..kalau berjalan tu amatla slow selalu kena tinggal ke belakang..kalau duduk bawah pastu nak bangun mesti kena gelak dengan budak dua orang nie..amat payah nak bangun kadang-kadang tu kena mintak budak dua orang tarik aku..kelakar rasa..aku rasa dulu pregnant tak pernah sepayah gini..dulu duduk bawah jalan kehulu hilir steady jer..pregnant kali nie aku terlalu amat sensitif...ada masa bad mood jugak..kuat marah dan kuat bebel..pantang tercuit sikit mula nak lenting..kat opis semua dah paham..

Keadaan baby sekarang nie aktif usah cakapla..asyik ajer nak buat aksi menendang..kuat lentangla..jap-jap tumbuk..kadang-kadang terjerit gak aku..tendangan yang kuat tak reti diam ada ajer aktiviti nak buat..tapi itu semua tanda baby aktif..budak dua orang nie suka tengok kalau baby gerak..mesti diorang kata kuatnya baby nie tendang..barang baby pun dah prepare..

Rasanya setakat nie jer kut..tak larat nak menaip dah..sakit belakang kalau duduk lama-lama..nanti kita update lagi..

Noor..

Tuesday, 30 October 2012

Raya Di Hospital

Assalammualaikum..

Kesian aku first time raya dalam hospital..sedih wooo...

Actually sakit nie dah 2-3 hari still aku tahanla..tapi dia datang sakit pun keja-kejap jer..tapi petang lepas habis kerja 25hb tu sakit dia lain macam..balik kerja terus baring sapu minyak bagai konon nak bagi legala..tapi tak nak jugak elok..sakit tu mengeras then sakit kat bahagian ari-ari..sakit dia datang kerap selepas pukul 6 petang..10 minit sekali..aku cakap takan dah nak beranak..tapi tanda-tanda nak bersalin tak ada pulak..En Hubyy ajak pergi Hospital tapi aku kata nanti dulu la tengok camne...padahal muka dah macam apa menahan sakit..sakit kerap datang 10 minit sekali sampai ke pinggang macam tanda orang nak bersalin..hanya yang dah mengalami simpton ibu bersalin aje yang tahu sakitnya.

Lebih kurang pukul 9 lebih En Hubby paksa pergi Hospital..aku dalam nak tak nak pergi jugak mana tau lambat pergi jadi lain pulak..sampai hospital tapah terus ke wad bersalin..terus nurse cek la apa yang patut..last dia kata kena tahan wad..sebab baru 32 minggu..aku ok jer ingat kan duduk Hospital Tapah tapi nurse cakap kena hantar Hospital teluk Intan..muka aku dah cuak giler..malam raya ko tu..First time jugak merasa naik ambulance..giler betul pemandu nie bawak sikit punya laju..habis semua lopak bagai dia langgar..aku yang dalam ambulan rasa azab betul..aku cakap dalam hati nie ada yang terberanak jugak..aku rasa kalau ikut naik kereta dalam 45 minit jer nie aku rasa kejap jer dah sampai..tapi masa dalam ambulan nie badan ko kepala ko habis bergoncang..turun ambulan pening kepala aku..mabuk kejap aku..

Sampai Hospital Teluk Intan terus hantar kat labour room aku rasa dalam pukul 12.30 mlm.samapi kat sini.. doktor buat la benda sama macam kat Hospital Tapah..dengar jantung baby la..scan  la ...seluk la nak tengok dah bukak belum jalan..alhamdullilah masih belum bukak lagi..buat VE la pastu entah apa lagi dah..aku yang tengah sakit nie diam jer..rehda jer la..kat labour room nie suami tak boleh masuk..En hubby duduk keras kat luar tunggu aku..pagi pukul 8 lebih baru la jumpa En Hubby dan baru boleh masuk wad biasa...

Masuk wad tak boleh nak rehat jugak nurse asyik sibuk kacau kejap-kejap datang pantau..buat denyutan jantung..cek tekanan darah la..pastu dapat enjet bagi kuat kan paru-paru baby..dahla  kena enjet kiri kanan..sakit giler bila ubat tu masuk...tahan sakit lagi..

Pagi sabtu dah tak ada sakit..kurang la cuma tekanan darah rendah jer..nurse still pantau prem constraction 4 jam sekali...nurse  kata tak ada mengeras lagi..semuanya ok cuma tekanan darah aje still rendah..Hari Ahad baru lah boleh keluar dari Hospital...

Lega rasanya dapat balik rumah...Isnin dah start kerja tak de amik mc atau pun cuti..malas nak rehat kat rumah nanti aku bukan rehat ada ajer kerja yang aku nak buat..lagipun cuti dah habis sebenarnya..hehehe...

Noor..

Blogger Templates