Friday 31 July 2015

Raya Ke Melaka dan Johor Baru

Assalammualaikum..

masih lagi cerita pasal raya semoga ingatan dan memori otak ini masih utuh..hahaha


raya kedua semua check out  dari A famosa Aku terus konvoi dengan Family aku ke Melaka pergi rumah sedara mara sebelah ayah..pergi rumah mokteh dia sediakan laksa aku makan..lepas tu pergi rumah busu makan bihun tomyam aku makan lagi..En Hubby dah jeling tengok bini dia makan..lepas tu pergi rumah pokde dia masak bihun goreng dengan nasi impit aku makan lagi..adik aku dah sound aku sebab setiap rumah aku pergi aku makan..kata raya kan..nasib rumah pak ngah dan rumah mak andak tak sedia kan makan..aku makan kuih raya jugak masih ada ruang untuk makan..diorang semua dah tak makan just tengok jer..rugi oo..hahaha..lepas tu gemuk bising...

selfie dengan bakal penganti..

selepas asar gerak pergi Johor pulak raya sebelah ibu pulak..cousin kat sana dah kumpul nak buat bbq..diorang wasupp gambor motif aku pun tak tahu dan aku saje buat tak faham..hahaha..


kitaorang sampai dekat pukul 10 malam jugak sebab kena jem..sampai-sampai diorang dah mula buat bbq memang langkah kanan la kan terus salam-salam semua lepas tu terus duduk makan..hahaha












malam tu kitaorang chek in hotel berdekatan dengan rumah mok de..jalan kaki pun 10 minit sampai hotel..rumah dah full semua anak balik kan..cuma ibu and ayah jer tido rumah mokde..lagipun malam tu anak abang aku yang bongsu buat hal..meragam sakit telinga aku asyik nagis jer..hahaha

esok pagi pergi rumah mokde nak tolong masak...mokde masak soto..soto mokde memang terbaikk...makan lagi aku..asyik makan jer...lepas tu petang diorang ajak jalan-jalan kat pusat bandar...so ke Legoland dan Hello kitty..dari rumah mokde ke Legoland hanya makan masa 20 minit jer..dekat giler aku ingat jauh rupanya dekat jer tapi tak ada masuk just amik gambo jer..hahaha..




Thursday 30 July 2015

Gambar Family 1 Syawal

Tak habis lagi cerita pagi Raya..hahaha banyak sangat gambar tu pun amik yang mana mampu jer..nak buat kenangan jer pun..

Pagi raya macam biasa dan rutin seisi bersalam-salaman..aku dah cakap tak nak ada drama air mata..so memang tak ada la just seisi gelak ketawa jer..











family Ayung

Ayung & Abg acit

Family Nyah

Nyah & Kak Nazirah

Tuan belog punya family

Bersama My Love
Gambar orang bujang tak ada pulak..so sorry la uda and ayah su yer..insyaallah tahun depan ada pasangan baru kak nor tempek muka korang yer..hahaha..

Selepas seisi bergambar terus tukar baju nak pergi mandi water park..kat sana aku perhatikan semua bangsa cina dan india ada dua tiga orang jer melayu..hahaha..nasib badan la kan..tu la cerita kami satu Syawal..



Friday 24 July 2015

Pagi 1 Syawal

assalammualaikum...

Pagi syawal orang lelaki jer pergi sembahyang kat Masjid,,kami duduk rumah menati dan bersiap sebab nak ada seisi bergambar..


si kenit tak mandi lagi sibuk nak ikut papa

Nuqman dan Dzikri

selfie bersama Amsyar
Suka tengok moment nie..sweet sangat diorang berdua nie..sebaya beza bulan jer..Kak Tisya dah biasa pakai shawl so dia tolong la pakai kan untuk Jiha..




baik-baik karang tercucuk lain pulak


kembar Tisya dan Najiha
dah siap pakai tudung makngah tolong make up kan pulak diorang suka bukan main diorang nie..

amboi suap kan adik makan.



Nuqman dan Amsyar

Amsyar

Tisya..amsyar..Nuqman


Thursday 23 July 2015

Raya Di Afamosa Melaka

Assalammualaikum..

Tahun nie giliran aku beraya sebelah mertua so tahun nie diorang decide nak holiday kat Melaka..aku follow jer kan mana-mana pun sama jer raya tetap raya..

Aku gerak Hari Khamis sehari sebelum raya alhamdullilah selamat sampai dan tak jem pun..dari Bidor pukul 3 petang sampai Melaka pukul 6 sempatla berbuka puasa terakhir bersama family..

villa A FAmosa
Villa nie ada 4 bilik dan dua bilik air..ruang tamu dia pun luas..villa nie best dan memuaskan cukup untuk duduk satu rumah nie yang ada 21 orang..dan villa nie tak disediakan kipas so nak tak nak 24 hour air cond jer..



sementara nak tunggu berbuka puasa walaupun budak-budak nie dah tak macam orang berpuasa jer..jumpa cousin masing-masing dan macam ragam
jln ke Kolam
belakang dapur di sediakan kolam setiap villa nie..syok la budak-budak nie mandi sampai kena panggil naik baru nak masuk..
private kolam



Menu untuk hari Raya telah masak oleh Ayung aku cuma bawak perut jer..hahaha tak ada la aku bawak kuih raya jer..ayung masak rendang daging..kuah kacang ..tempoyak patin..sambal ikan bilis dan banyak lauk lagi aku lupa dah..

nasi impit dan kuah kacang

lemang nie aku bawak dari Tapah..

Biskut Raya 


nie la dia Chef masak..kerja dia asyik masak jer..
Ayung memang hobi dia masak jer..rajin sangat dan masak pun sedap..



Nie baru cerita malam raya ..pagi 1 Syawal belum cerita lagi..entry lain kita sambung..


Thursday 16 July 2015

Gelagat Amsyar Terkini

assalammualaikum..

umur kalau ikut tahun dah 3 tahun tapi kalau bulan baru 2 tahun 5 bulan..se usia nie dia banyak sangat keletah..hobi dia suka sangat nyanyi..suka jer mama dengar walaupun tak sedap suara..hahaha..mama layan kan jer

pantang nampak kamera mula nak buat aksi gedik..hahaha













Blogger Templates