Monday 25 November 2013

Konvokesyen Nuqman 2013

Asslammualaikum..

untuk tahun nie Nuqman ada konvo dua kali..satu dekat sekolah satu lagi kat Tanjung Malim..Kat sekolah tak ada amik gambar sebab masa tu ku baru keluar hospital jadi masa datang pun dia dah separuh jalan buat persembahan..so tak ada kenangan la kat sekolah..Nasib hari tu pergi masa konvo untuk Daerah Batang Padang ada jugak kenangan ..

Masa konvo nie Nuqman demam tetap nak attend walaupun Cikgu dia kata tak payah datang kalau demam..budak nie mana boleh kan mesti nak pergi jugak kesian cikgu dia terpaks suap ubat bagi kurang kan demam Nuqman..

ramai student PRA
muka budak demam
seronok dia kecik-kecik dah ada konvo siap dapat bear tu lagi..masa tu demam pun dah kurang so muka masih kurang ceria lagi...

 aku dah pening aku rotate dia tak mahu nak camnie jugak..korang nk tengok nt pusing kan kepala jer la..hahaha

bersama papa
bersama mama

Nuqman

Kejap jer tahun depan dah pakai baju uniform..mama papa doakan Nuqman akan terus menjadi anak yang soleh dan menjadi anak kebanggaan mama papa kakak dan adik



 Noor...

Wednesday 20 November 2013

Si Lasak

Assalammualaikum..

Tak lama lagi dah nak setahun Amsyar..cepat pulak rasanya..sekarang nie dah pandai jalan..tapi tak ada jalan selaju mana..lepas nie nak beli kan kasut yang ada bunyi kat tapak dia..mesti comei kan bila dia jalan sambil ada bunyi nyet..nyet...nyet..teruja aku..

Abang dan kakak dia pun teruja bila tengok dia dah jalan..dekat rumah sebarang perhiasan aku buat hiasan habis aku sumbat dalam almari..gondol jer tak ada beria-ia nak berhias..Amsyar dah pandai mengemas sekarang dan pandai bersihkan lantai ( mengutip la tu )..

Dekat rumah sekarang dah pandai panjat-memanjat jenuh menjaga dia...panjat kusyen memang hobi dia dah panjat  siap joget lagi lepas tu sengeh seronok dapat panjat..

berjaya dapat berdiri

senyum lebar

walaupun di jaga-jaga tak nak bagi jatuh..jatuh jugak kepala dia dan dahi nak sesajer benjol sana sini..nak test kepala..kalau nagis pandai jer sebut mama..kalau nampak mama lalu .."aaa" jer di sebut..kurang asam betul...banyak akal la nie dan suka sengeh geram jer tengok dia..pandai main dengan abang dia..abang dia pun dah tak sabar nak main bola..

ketuk dan kemas atas meja

suka dengan remote

kena buli dengan abang dan kakak


Noor..

Monday 18 November 2013

Tuan Belog Sakit???

Assalammualaikum...

terkejut dengar berita nie???ya betul saya masuk wad berkampung 2 hari kat sana..

masa pagi dalam pukul 10 pagi camtu tarikh 11hb masa tu kat opis asyik dok merengek kat cik Nisa bagitau  sakit perut..aku pun ingat sakit biasa..relax -relax kat opis sambil tak buat kerja..hahaha..bos ada meeting kat Tanah Rata..lega bos dah keluar so rest jap ..buat tidur-tidur ayam tapi mana boleh tidur sebab sakit mencucuk pedih ulu hati..nak kata tak makan pagi tu 2 keping aku bantai capati..pastu dekat lunch time  budak opis bawak naik durian..perghhh bau durian dalam bilik air -cond camne bau dia..sakit-sakit pun aku bantai 4-5 biji durian jugak..mulut kata sakit tapi tangan dok sumbat durian jugak..

Petang lebih kurang pukul 4  sakit makin kuat sampai ke belakang..mencucuk-cucuk..nie tak boleh jadi aku call En Hubby suruh datang amik dah tak tahan aku terus balik tak pergi Hospital lagi..bajet nak pergi malam..balik telan ubat tahan sakit pastu kurang sikit sempat lagi masak bubur nasi kebetulan En Hubby pun dah seram sejuk nak demam..so orang sakit masak la untuk orang sakit jugak..Memang malam tu laki bini tak sihat..macam biasa Si Amsyar si kakak and Nuqman jaga..

Dalam pukul 9 lebih aku paksa anak aku tidur nasib semua dengar kata..semua tidur En Hubby memang dah sah lena la..aku tak suka kalau En Hubby demam manja bebenor..merengek cam budak kecil nasib laki kalau anak memang aku solotape mulut tu biar takda bunyi..hahaha..Orang semua dah lena aku jugak tongang tonggek tak boleh tidur menahan sakit..asyik muntah sampai dah takada benda nak dikeluarkan sudahnya pukul 3 pagi aku masak air panas tuam perut sendiri..cara tu pun tak berjaya..bajet nak pergi kecemasan dah tapi aku pikir pulak Amsyar nie takan aku nak bawak pergi hospital kecemasan kan..nak hantar rumah pengasuh lagila kesian takan nak kacau orang pagi-pagi butakan..so dekat pukul 5 memang aku serrender dah tak boleh tahan kejut En Hubby ajak pergi kecemasan...budak dua orang aku biar kan kat rumah..

Sampai kat kecemasan nasib so lucky buat pertama kali kosong takada pesakit..so cepat sikit diorang bertindak..sampai doktor bagi satu enjet and masuk air sebotol..pastu amik darah..nak tunggu keputusan darah dekat satu jam jugak..lepas dah dapat keputusan darah doktor suspek kata ada masah kat hati..so aku macam biasa dah syak mesti ada batu dalam hempedu macam ibu jugak..so Doktor kata nak masuk wad atau nak repeat amik darah..kalau masuk wad Doktor kata nak masuk air lagi dan pantau..of course aku kata repeat amik darah tak nak duduk wad..aku tak nak masuk sebab aku teringgat kat Amsyar sebab diakan menyusu badan lagi..Dah ok sikit aku balik rumah tak sampai 1 jam sakit balik mencucuk-cucuk macam kena gastrik..pedih sampai ke ulu hati skait belakang nak baring tak boleh nak duuk sakit semua serba tak kena..siap call ibu kat Sg Buloh suruh datang..macam ibu duk dekat jer..En Hubby kerja sebab dah nak akhir-akhir cuti sekolah nie kan busy sikit..Call En Hubby suruh balik tak tahan sakit menanggung..apa lagi bisingla paksa jugak aku masuk wad..last-last memang aku tak tahan aku terima jer masuk hospital...Kat Hospital aku masuk dekat 10 botol air baru ok sikit..tangan aku kiri kanan jangan cakap la bengkak and lebam kesan cucuk nak amik darah..Darah doktor repeat pun kata ada sikit kat hati..so sekarang nie buat rawatan susulan amik darah jer..nie nie yang ke 5 amik darah..dah tahu ada masalah tak nka terus aje scan ke apa ke still nak amik darah lagi ..biasa la kan Hospital Kerajaan kan nak kena sususlan berpuluh kali baru nak buat scan pastu baru nak amik tindakan selanjutnya..kalau tau betul kat situ ada batu doktor nak laser atau operate..wahhh takutnya dengar..nak bersalin pun tak takut camnie..

Buat masa nie aku buat cara tradisional jer..anak pengasuh tu si Ila siap google kat intenet untuk mencari alternatif rawatan..so diorang suruh  aku amalkan minum minyak zaitun bercampur lemon..aku tak nak rasa minyak sangat aku lebihkan lemon..masam pun masam janji tak rasa minyak..En Hubby pun joint makan untuk melegakan batuk dia..so far aku rasa ada kurang sikit sakit tapi kadang-kadang tu tak beri salam terus nak sakit jer..tau-tau dah senak...

Kita tengok susulan selanjutnya..wahai tangan sabar je la menerima jarum..

lupa nak citer masa aku masuk wad hari tu Si Kak Tisya ada bagi hadiah and kad yang di buat..so sweet..tapi yang tak syok bila Nuqman ngadu " mama tadi kakak nagis dia pegang jer frame gambar mama..macam kat drama tu"..alahai kakak sungguh meruntum jiwa mama ko nie..

 Noor..

Thursday 7 November 2013

Janji Tetap Janji

Assalammualaikum..

Hari tu ada janji dengan Kak Tisya dan Nuqman kalau sapa pelajaran menonjol atau meningkat atau pun bagus mama bagikan  hadiah...Punyala seronok budak-budak bila kata dapat hadiah terus maju kedepan pelajaran..

Yang tak disangkakan si Kak Tisya hari tu ujian pertengahan tahun sekolah agama merundum teruk..habis aku marah kat dia kow-kow... .nagis dia tengok Nuqman dapat hadiah last-last akhir tahun nie meningkat dengan mendadak sangat..semua dapat A dan B jer..bagga betul mama dengan kakak..si Nuqman toksah cakap la dia masih still meningkatla..maybe nak hadiah tu yang sungguh-sunguh belajar kut..takpela janji anak mama cemerlang dalam pelajaran..papa memang tak nak amik "pot"dia kata mama yang pandai janji so mama la kena settel..choiii sangat kan bila anak  pandai cemerlang sengeh jer tapi bab nak bagi hadiah tak nak amik pot konon..hurmmmm tak pe la mama boleh handel semua tu..

Tanya diorang nak apa hadiah..bila dengar diorang minta sengeh jer aku..mana taknya senang jer nak carikan dan tak ada mahal mana pun..walaupun barang yang dia minta tak mahal tapi aku tetap bagitau tunggu hujung bulan mama dapat gaji baru boleh beli..hahahahaha..apalagi Nuqman dengan Kak Tisya sekarang tengah sibuk menghitung hari mama dia gaji..saje tau dera fizikal anak-anak..aku memang suka...

Tapi biasala Si Nuqman mesti nak demand  dia ajak pergi bercuti katanya lama tak pergi cuti..pasal bercuti mama dengan papa kena tengok bajet dulu..kalau nak bercuti maybe tahun depan kut bagi adik Amsyar besar sikit..Tapi kalau nak bercuti terus aje bercuti tak payah nak plan takut selalu kalau plan confirm tak jadi..permintaan diaorang tengah di pertimbangkan..tapi aku rasa kena jugak bawak  bagi menghargai semangat dan usaha  dalam peperiksaan nie..aku rasa dengan cara tu diorang akan berusah dengan gigih lagi..betul tak??..


2 budak menghitung hari


Noor...

Wednesday 6 November 2013

Macam-Macam Sekolah Sekarang Nie

Assalammualaikum...

Sekolah sekarang bukan main lagi nak buat tarikan untuk pelajar dia..zaman masa aku sekolah tak ada pun cikgu nak buat macam nie..yelakan zaman aku dulu pelajar-pelajar semua dengar cakap cikgu..kena rotan balik mengadu kat mak bapak konon nak dapat simpatila last-last kita kena jugak disalahkan..budak sekarang ngadu esok datang lah makbapak pergi serang cikgu..hurmm

Aku rasa cikgu-cikgu sekarang mengajar memang banyak cabaran dan dugaan untuk menjadi seorang pendidik..sekarang niemacam-macam aktiviti dan program dianjurkan..salah satunya bagi anugerah kat pelajar yang berpotensi..berakhlak baik..berdisplin..cemerlang dalam akademik dan kokuriklum dan macam-macam dinilai seseorang pelajar..macam sekolah anak-anak aku setiap bulan cikgu-cikgu akan nilai pelajar dia..Bulan April hari tu Nuqman ada dapatlah anugerah sahsiah terpuji dekat sekolah dia..masa dia dapat tu muka dia riak semacam masa bawak balik benda tu....bangga pun ada..dia kan memang jenis yang suka dapat pujian..cuma aku confius sekejap betulke dia dapat..ok fine..dia memang bagus kat sekolah cuma kat rumah dia nakal sikit jer..

Semalam Kak Tisya balik bawak jugak..akhirnya dia pun dapat jugak..yang anak dara aku nie aku boleh percaya la dia dapat..dia memang jenis pendiam macam mama dia jugak..hahaha..tapi mama dia tak dapat pulak sahsiah terpuji..hahahaha...

Benda tu cikgu suruh pakai setiap hari la.ala-ala lencana gitula...Aku rasa benda-benda macam nie mungkin salah satu inisiatif cikgu-cikgu untuk mendisplinkan pelajar-pelajar dia..yela nanti kawan-kawan tengok dia pun nak jadi macam tu so masalah displin dapat dikurangkan..yela pelajar sekolah rendah senang nak kontrol cuba student sekolah menengah???

Noor..

Blogger Templates