Monday 29 August 2016

2nd Day - Kg Wawasan 1 Lahad Datu

Assalammualaikum..

hari ke 2..segar sikit badan sebab dapat tidur lena atas tilam..waktu siang depa kan awal pukul 6:30 pagi dah terang benderang..subuh pun awalkan..

breakfast oder dari homestay makan nasi lemak dengan nasi kuning berlauk..beria la nak makan camna rupanya dan sedap ke tidak..tapi sayang lupa nak amik gambo..nasi lemak macam biasa bolehla makan tapi sambal dia manis dan best nasi kuning dia berwarna kuning dan ada ikan kayu atau ikan tongkol seketul..nasi diorang jenis ala-ala pulut sikit..lekit-lekit..gelak besar kami tengok nasi macam tu ingat special giler la nasi tu..

Tengahari kami dah gerak pergi rumah orang kahwin..gambor banyak kat kamera..so mana yang ada jer..ketibaan kami di sambut meriah sekali dan memang layanan depa  bagi tip top..

dioarng siap beratur sambut kitaorang masa tu segan giler..dekat sini diorang makan tak ada meja tapi kami diberi layanan special disediakan meja..

lauk diaorang sediakan semua seafood..so aku memang ratah seafood la sebab fresh kan nasib tekak boleh terima diorang masak ok sikit la dari kedai makan..



pengantin duduk jer atas pelamin kejap-kejap orang datang bersalam dan bergambar..letih aku rasa pengantin melayan tetamu..



diorang kat sini seharian meraikan pengantin sampai malam..pelamin diorang pun simple jer tapi cantik..i like merah

kami di jamu makanan lagi bersama keluarga penganti sporting giler

sebab pergi tempat orang kami gatal pergi rumah pengantin saje nak temgok suasana kampung kan..angin sepoi-sepoi je bertiup walaupun panas



buat macam rumah sendiri




sebahagian ahli keluarga bergambar
disebabkan malam tu ada acara lagi so budak-budak kita bagi pakai sedondon..Amsyar jer tak ada baju tak ada saiz..
i love sabah



acara malam kami sampai pun dah penuh kat khemah tu .diorang kata malam lagi ramai dan meriah sebab ada acara menari berkaroke bagai..pengantin pun kena paksa joget siap dapat duit lagi..kat sini tarian bajau adalah wajib diketahui semua dari kecil lago so lepas nie pengantin pompuan kena belajar la..

meriah sangat dan best moment tak boleh lupa bila pengantin lelaki nyanyi lagu khas buat isteri dia..hahaha..layan sangat kat sana siapa menari tarian bajau akan di beri duit diselit kat jari..syok sangat terhibur rasa..memang layanan orang sabah kat kami tip top sesangat..acara habis pukul 12 malam gitu tapi kami pukul 11 gitu dah balik .


Friday 26 August 2016

Ke Lahad Datu Hantar Rombongan Pengantin 1st Day

Assalammualaikum..

yeahhh akhirnya ke Lahad Datu hantar rombongan pengantin paling ramai sebanyak 30 orang..hahaha..perjalanan pergi naik MAS balik naik Air Asia..alhamdullilah selamat pergi dan balik.

Sebelum flight anak-anak dan aku sendiri sumbat ubat tahan muntah sebab takut muntah selepas trun flight atau dalam flight..so kena be aware kan..alhamdullilah dengan jaya tiada kes bau muntah..

1st time samapi kat sini dan kitaorang tengok tradisi dan adat perkahwinan orang Sabah Bajau..tak rugi rasanya pergi dan sangat Happy tengok.

waktu sebelum berlepas

disebabkan ramai so semua berkumpul pukul 4 pagi..bertabahla semua dududk kat situ sebab flight pukul 7:30 pagi..so korang fikirla sendiri caman havoc kami pagi buta kat KLIA.


Kami turun flight dekat Tawau dan dari Tawau ke Lahad Datu kami dijemput 4 buah van.perjalanan makan 11/2 jam je ke dua jam..hahaha tak perasan sebab aku tidur mengelakan dari mabuk jalan dan tak cukup tidur..Amsyar good boys dengar kata tidur jugak..so tak ada aku risau ada drama muntah atas baju aku..hihi..

Sebelum ke Lahad Datu kitaorang jalan kat Tawau sempat la borong ikan bilis ikan masin yang murah sesangat dan mutiara untuk kenangan jer..Kat Tawau kat Pasar Gantung kalau tak silap nama dia..situ memang murah berbanding kat Lahad Datu dan Semporna..

Kitaorang dapat homestay kat Lahad Datu bilik pun alhamdullilah selesa sangat..

Kitaorang di bawa makan tengahari diorang sembut nasi lambak ingat nasi apa rupanya nasi ala-ala ayam penyet..hahaha..boleh la makan sebab ayam kan tapi tekak orang semenajung kan nak pedas jer..kat sini fail bab makan sebab manis..tapi maybe kami pergi kedai yang salah kut maybe ada jer tempat masakan sedap kan..

Malam tu makan kat kedai mana entah driver bawak..pun fail jugak aku dah lapar sekali makanan Fail jugak masakan diorang dah la manis tak ada pedas langsung..balik homestay makan roti..hahaha..



Ok sambung next entry hari kenduri yang super meriah..


Friday 19 August 2016

Pengapit Pengantin Cun Ayu Macho Comei

Assalammualaikum..

Tahniah Angah dan Lan atas perkahwinan..sama cantik sama padan..semoga kekela sehingga Jannah..

aku rasa pelamin dalam rumah lagi cantik dari pelamin luar..dalam nampak elegant..dekor nie dari Adik ipar aku yg kreatif dan buat bisnes nie..

family

bukan nak cerita sangat pasal penganti pun nak cerita pasal anak jer..hihi..

Hari tu anak-anak aku ala-ala Flower girl tapi laki kena panggil apa ya?Flower boy..Hahahaha.Amsyar nie aku dah rasuah dia dengan mainan so tu dia setuju nak jadi kalau tak memang dia kata TAKNAK!!..senang je aku upah dia dengan maina kat pasar malam jer..hihi lagipun mainan dia dah aim dari dulu lagi..so tu yang idea datang beli mainan..

dari kiri aiman..nuqman..Pak Ngah Lan..Mak Ngah..Tisya..Najihah
Depan couple Amsyar dan Eisha

Actually Aiman dan Eisha nie adik beradik.yang kahwin tu mak sedara dia la...dan best sekali Aiman Eisah dan Amsyar tarikh lahir sama beza tahun jer..21hb Disember..





Nie Amsyar dah tak sabar happy sangat suka dia bila kena puji..time nie Eisah kakak sado pun mood bagus..sekali dengan bunyi enjin motor besar yang iringi pengantin dengan bunyi paluan gendang terus hilang jadi kakak sado..nagis siap jalan tutup telinga..nasib comei ...hahaha


keceriaan terjelas ..napa la anak aku muka seirus jer kan..control ayu dan macho la tu..

tunggu pengantin berarak..eh salah anak pulak..


dah habis macho time nie sempat gambor dengan dia kejap aku busy sikit..


bersama kakak sado yang hari tu manja dengan aku jer semua dengan aku..hahaha macam nak anak perempuan sorang lagi jer..hihi


bersama Nuqman abang control macho jer..tak habis puji diri sendiri katanya "Nuqman handsome kan ma"..


bersama -sama satu jer anak dara makin dewasa dah..ayu sungguh kakak tisya..dah nak sama besar mama jer..lepas nie habis baju mama boleh guna..

bersama kembar kak Tisya  Najihah..semua nak sama 
depa dua orang nie memang rapat sikit tapi najiha nie garang sikit..hihi..semua nak sama ada masa terpaksa beli barang Tisya lepas tu barang Najiha ..kalau tak sentap..sama jugak maklong Terpaksa jugak beli sorang sorang nie pun mesti ada..depa boleh tukar-tukar apa saje nasib spender tak main tukar-tukar..haha..


Setelah habis jadi pengiring pengantin nie si kakak sado telah tewas dulu dan kemudian di ikuti Amsyar..maybe letih kut lena sungguh walaupun bising..dah gambar tak ada gambar diorang berdua..


di sebabkan dia baik dan bagi mood baik sepanjang jadi pengiring dah beli pun hadiah mainan yang dia nak..suka dia teruja dapat mainan..

Istimewa bulan Ogos

assalammualaikum..

Hurm bulan Ogos kali nie busy sesangat rasanya..dari awal bulan sehingga hujung bulan..busy pada weekend jer la..bagi aku weekend time rehat

first weekend busy dengan ayah dan ibu datang rumah..dah ibu ayah datang maka harusla kita mencantikan taman bunga kita..hihi..2nd weekend busy kenduri kahwin cousin minggu depan pergi menghantar pulak kat Sabah..Adoi padat betul...Isnin -Jumaat kerja..hurm letihnya nampak sangat dah tua kan..hihi

Minggu seterusnya nak bagi support kat Nuqman bertanding nasyid pulak..Merdeka ada program kat Taman perumahan nie pulak..hai lembik aku dibuatnya..

Ingat tahun nie nak la selebrate annivessary merdeka kat mana-mana kan..nampaknya kena postpone la..En Hubby tahun nie bersemangat pulak nak hias rumah merdeka ..nanti kita tengok hasilnya..

Tapi sedih jugak bulan Ogos nie tarikh arwah mak meninggal sam dengan tarikh annivessary kitaorang..Al-Fatihah tak sempat nak merasa ada mak mertua..

Tu jer nak nak tulis..letih otak letih badan semuanya letih..

Friday 5 August 2016

Weekend Bersama Family

assalammualaikum..

Time cuti sabtu ahad kalau budak-budak kat rumahtak gedik nak ke rumah opah boleh la bawak diorang makan luar..hari tu sanggup keluar dengan hujan lebatnya sebab nak menepuhi anak tekak anak yang nak makan A&W..sedihnya kat tapah nie ada kat R&R Tapah arah KL jer..so gigih la papa bawak jugak..

budak-budak bukan main suka makan tapi mama papa kan tekak orang melayu tetap nak makan nasi..so layan diorang kenyang-kenyang makan lepas singgah makan kedai makan cari nasi pulak.ingat kan dah kenyang rupanya tidak lagi budak-budak nie ..joint jugak makan tapi kuantiti yang sikit la..yang over makan adalah kakak..sekarang nie dia kuat makan sikit hari mau gemuk..

esoknya pulak diorang nak makan sushi..so ke Kampar la makan ya..dah pergi time petang penuh pulak so kena ikut turn masuk..sabar jela nasib apagi tu dah breakfast nasi lemak so kenyang sikit kalau tak mahu aku ngamuk sebab lapar..hahaha..aku tak boleh kalau lapar mula nak naik angin lepas tu moody jer..dah perut kenyang baru muka ada senyum..hahaha..


so disebabkan jarang makan sushi so terkial-kial jugak nak oder..hahaha..budak-budak suka makan yang pusing tu jer diorang attack pinggan warna unggu jer..sabor je aku..aku makan jugak tapi tak ada la banyak sangat cepat kenyang..budak nie happy jer makan ..Amsyar makna sikit dia tak berapa suka..En Hubby dia pun kureng makanan macam nie so dia pun makan sikit tapi  over oder dalam menu..tapi anak-anak jugak take over makanan papa..sakit jer hati En Hubby tengok..hahaha..



Lepas kenyang terus cari barang nak masak rendang ayam kampung dan nak buat kuah kacang..esok En hubby nak bawak tempat kerja ada jamuan..


Thursday 4 August 2016

Apam Kedah

Assalammualaikum..

kali nie minum petang kita buat apam kedah sebab apa nama apam kedah sebab warna hijau kuningjer..hahaha..

sebenarnya buat apam beras jer untuk minum petang..senang sangat resepinya aku amik dalam internet..sekarang semua di hujung jari kan..


nie buat minum petang untuk keluarga kecil ku..cukup la nak makan 5 punya naka tekak kan..aku buat ikut sukatan dan ikut acuan nie dapat dalam 20 biji..

nak resepi ke ini pun amik resepi sapa entah tak ingat..minta halalkan ya..hihi masa amik tak ingat sapa punya blog..tengok senang dan simple terus print simpan buat koleksi..

bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan air
1 peket mauripan
1 cawan gula

semua bahan di atas di satukan dan perap 1 jam .dah 1 jam baru boleh tuang dalam acuan..kalau rajin macam aku buat la calour..bahagikan siap-siap ikut warna kesukaan korang..kukus dalam 20 minit jer..dah siap gaul dengan kelapa..senangkan..

Blogger Templates