Thursday 29 January 2015

Cupcake

assalammualaikum..

Hari tu bakal biras bagi cupcake dia buat..sajela tu nak amik hati biraskan..hahaha..nasib sedap dia buat..lepas tu tanya pandai tak buat kek caramel dia kata tak berapa tapi gigih dia buat..dia bagi aku rasa..sedap jugak..pandai adik ipar aku pilih bakal bini dia..

sebab sedap cupcake dia buat hari tu nak suruh dia buat lagi melampaula kan so minta resepi..dah ko minta resepi kena la buatkan.. karang dia tanya dah buat ke belumkan apa aku nak jawabkan tapi dia tak ada tanya pun yang sibuk tanya adik ipar aku je....

semalam balik kerja tak masak terus buat cupcake..jangan kata aku tak masak pulak aku sekarang masak subuh-subuh so balik kerja top up sikit je lauk kalau habis di makan anak aku..
tunggu nak bakar

so semalam aku buat dapat la dalam 70 cupcake..banyak tu kan..modal tak da la mahal tapi kalau buat jual untung gile nie..

semalam aku buat di bantu chef boy aku..chef girl tak dapat membantu sebab pening dan demam kesian dia..balik sekolah muntah dan terus tidur..lauk favourite dia pun dia makan sesuap je..selepas tu berlari ke bilik air..kesian kakak..

dah bakor tinggal nak makan
Nuqman paling tak sabor nak makan..asyik tanya boleh ke dah makan..boleh je kalau mulut tu tahan panaskan..dia pun puji sedap..lega bila menjadi..


tangan Nuqman yang tak sbar nak makan


Wednesday 28 January 2015

Kerja Giler??

Assalammualaikum..

kerja giler kami sekeluarga buat hari tu tapi aku tak giler la..dari Tapah jam 2 pagi gerak ke Thailand sampai pukul 6 pagi..En Hubby hebat tak tidur langsung sebab dia drive kan ..aku macam biasa tidur-tidur ayam jer tak selesa tidur dalam kereta lagipun jalan ke Kelantan tak berap elokla..lagipun nak awasi En hubby aku takut terlelap kan..dia bukan kira kalau dia kat nak pejam mata kejap pun dia pejam sambil drive..aku pergi hari tupun sebab hantar pekerja aku balik cop..

Masa pergi hari tu kereta En Hubby tak lepas kat sempadan pulak sebab oner lama tak pulangkan permit Insuran kereta..so kena bayar denda 4000 baht kalau nak masuk..so tak de la giler aku nak bayarkan semata-mata nak masuk sempadan so tinggal je kereta dan naik kereta orang sana..

sementara tunggu kereta datang so layan gambar bendera Thai jer.

ontheway nak masuk Thai
Amsyar paling teruja dapat naik hilux nie..siap minta nak duuk belakang..aku yang risau takutla apa-apa kan..dahlah masuk negara orang kan..

sebab tak boleh bawak kereta masuk habis plan kami nak pergi sana sini nak tengok tempat menarik nak minta diorang tolong bawak takut menyusahkan kan dorang penyudahnya lepak kat rumah diaorang jer..nasib family dia ok..tapi yang tak best kedai runcit memang sebelah rumah..seronok anak-anak aku menghabiskan duit aku..Budak-budak dalam kereta memang tidur jadi diorang samapi sana main.

kat rumah nie air dia macam air batu walaupun cuaca panas tapi sejuk jer berangin jer..best duduk camnie..

lepak kejap baraing-baraing bagi rehatkan badan kitaorang gerak dalam pukul 2 lebih pergi pekan Golok pulak beli barang sikit..tu pun tak banyak singgah tempat sebab tumpang orangkan..takpala lain kali pergi sendiri bawak kereta sendiri baru puas jalan..


kitaorang gerak dalam pukul 6 lebih macamtu sampai tapah balik pula jam 12 lebih..lepak kat kedai makan sebelum balik rumah..samapi rumah terus tidur..tapi kesian Amsyar dah puas tidur pagi-pagi dah kejut mama bangun..

memang kerja giler pergi balik hari jer macam ko pergi k.l jer..badan tak berapa letih tapi aku saje jer buat-buat letih sebab Isnin tu dah Apply cuti..

Tuesday 20 January 2015

Roller Blade Di KTM Ipoh

Assalammualaikum...

Dah lama tak keluar malam balik pagi -pagi buta tapi hari Sabtu lepas berjaya laksanakan..semua tak planning nak keluar malam tapi entah camne malam tu lakibini gedik nak keluar..seronok jugak sekali sekala keluar malam..

Aku pulak masa tu tengah pening-pening lalat tapi gigih nak jalan sempat aku telan pandol dulu..aku kalau sakit kepala nanti apa pun tak boleh ..so cepat-cepat cari penawarnya..tapi sebelum pergi malam tu sedih jugak sebab Nuqman tak ikut dia kat rumah opah dia..kesian dia kena tinggal..

malam tu kitaorang terus pergi stesen keretapi atau senang panggil dataran KTM..dulu-dulu ingat lagi kalau hantar pekerja aku nak balik kampung kat sini sunyi je sekarang havoc..bestla meriah sangat..kakak request nak main roller blade so kita layankan la..dia pun dah terror maian nie..aku tinggalkan dia main dengan ayahsu dia..pusing la ko dengan ayah su yer..

permaian roller blade nie tak ada la mahal sangat 1/2 jam RM 5..lama jugaklah.manakala kereta control  yang Amsyar naik ni kita remotekan dia nie pun 1/2 jam RM 10..okla la habis diterokai Amsyar tapi bila time out dia takmo keluar dari kereta tu nagis-nagis nak lagi..adoi anak bikin mama malu jer..nasib ada rekod dia naik tadi so senyapla dia tengok video dia tu..lega kepala otak mama ko..


kat sini macam -macam ada..kat sini budak-budak paling happy dah mak bapak just sediakan duit je naik main.. kalau rasa nak jimat boleh jer bawak la alat mainan sendiri yer..tapi masa kat sini aku dengan En Hubby asyik terkejut jer tengok orang yang baru nak belajar main kejap-kejap orang nie jatuh kejap orang kat depan jatuh..aku gelak tetap gelak tak ada nak cover nasib la sapa suruh jatuh depan aku akak terlatah dik tu yang gelak..hahaha..


sementara anak-anak tengah main bolehla menjamu mata tengok air pancut berirama yer..tak ada la bosan ..selain itu ada jugak ada budak-budak muda buat show..seronok je rlayan karang dah bosan kita pusing tengok anak muda buat breakdance..

air pancut



bubble belon pun ada jual
selepas tu pergi Kita river Front konon nak naik basikal yang kayuh 3 orang sekali tapi sayang dah tutup jam 11 malam..hurmm kecewa rasa hati aku..hahaha..


ala-ala I-City


sebab kecewakan gambar pun ihsan google je..tak ada mahal pun basikal tu yang solo RM 5 ..kalau kayuh naik dua orang RM 10..basikal kayuh 3 orang RM 15 semuanya setengah jam jer,,ok la kan harga dia..
sebab tak dapat naik terus ajak En Hubby makan sup Mak Endah..elok dan molek sangat kan makan nasi pagi-pagi buta padahal sebelum keluar rumah dah melantak nasi..syabas Noor berjaya mengemukan badan balik..hahaha..dah kenyang perut pun dah senak nak jalan pun malas akhir destinasi kita adalah balik rumah jer..nasib esok hari ahad boleh bangun lambat..yahoo..Insyaalllah aktiviti jalan-jalan tengah malam dan makan nie akan di buat lagi..

Friday 16 January 2015

Hadiah Hari Jadi

Assalammualaikum..

malam tadi balik dari makan Nuqman memang dah ngantuk so bajet terus nak masuk tidur..aku pun nak tidur lepas tu dengar riuh rendah kat ruang tamu rupanya Nuqman dapat hadiah hari jadi dari ayahsu dan bakal mak usu..hari tu diorang bagi hadiah kat Amsyar nie Nuqman pulak..nak bodek la tu..terus mata yang kuyu segar bugar..budak kalau nampak mainan terus sihat..

besar hadiahnya

ada macam-macam jenis game setiap satu kotak


yeahhh dapat flying chess
Malam tu semua lepak kat ruang tamu main benda nie..aku tak dapat main sebab dah cukup pemain..hahaha..lagipun mereka main dengan berjaya tanpa ganguan Amsyar yang telah lena di buai mimpi kalau si kenit tak tidur aku rasa diorang main pun tak aman..

semua teruja nak main

masa main nie semua muka enjoy sebab lama tak main benda nie dah besar excited giler main..dulu aku main kecik je benda yer..diorang main game sampai sape menang dulu..semua lupa esok ada yang nak kena bangun awal sekolah kan..esok ngantuk siap korang yer...yang paling kesian kakak dia last sekali dapat keluar orang lain semua dah separuh dan hampir menamatkan game dia baru dapat balingan tepat untuk bagi keluar dari tempat tu..hahaha tension dia jer main..aku dngan En Hubby gilir-gilir tolong baling nak dapat balingan dadu yang tepat tapi memang la tak ada ong...hahaha..
game bermula

nasib Nuqman juara main kalau tak aku rasa mesti dia kata orang lain main tipu..hahaha.dia kan nak menang jer..tu pun dah cakap suka main nie nanti beli yang lain pulak..adoii anak tak cukup satu nak yang lain pulak..

Lepas nie bulan Julai hadiah kakak kena ada jugak kalau tak aku riject jadi adik ipar..hahaha..apa-apapun terima kasih daun keladi la kalau ada rezki jadilah family kami nanti..

Wednesday 14 January 2015

Kek Coklat versi Bakar

Assalammualaikum...

Hari tu aku google la cara buat kek coklat..1st time buat kek coklat selalu aku buat kek coklat yang dah siap just balik tambah minyak dan air je..senang kan masalah makcik yang jual tepung tu dah pindah dan duduk jauh so tak ada la kek coklat lagi..

Balik kerja rajin sangat kan terus buat kek coklat..masa dah siap tengah bakar baunya marvelous sangat..dah lompat-lompat kegembiraan sebab kek jadi..hahaha..

Dah siap aku suruh adik aku buat topping dia..aku yang ajar dia cara buat muka macam confident jer arah padahal aku tak pernah buat topping..hahaha..kalau tak jadi boleh salahkan dia kan..hahaha..alhamdullilah menjadi kek..orang excited siap terus potong kek..hahaha

Lepas dah siap memang cantikla cun dan tak sabar nak rasa kek coklat aku..hahaha ... tapi keras sikit bahagian atas dia macam aku dah makan biskut coklat jer..hahaha tak menjadi ok..tapi still boleh makan cuma keras bahagian atas jer..


habis aku jadi bahan sebab tak berapa nak menjadi tapi tak jadi semua makan jugak..adik ipar aku datang dia pun try dia kata ok la sajela nak sedapkan hati kak ipar dia kan..hahaha

Lepas tu aku salahkan resepi sebab bagi sukatan tak betul..masih tak ngaku kesalahan sendirikan..tapi memang pun kek tu dia bagi suruh kukus tapi kukus kat rumah tak ada so aku try buat bakar tu yang jadi macam tu..hahaha..orang pandai memang gitu suka ubah resepi sendiri..


Tuesday 13 January 2015

Hari Pertama Sekolah

Assalammualaikum..

Semalam buka FB..Instagram semua la laman media sosial habis aku tengok semua citer perihal anak sekolah..sikit-sikit updated anak itu ini..aku tak jealous tau sebab aku dah alami dulu..excited anak baru sekolah aku dah alami..hahahah dan nampak sangat aku makin tua sebab anak dah sekolah..hahaha..kawan-kawan baru anak nak sekolah..tapiii aku akan excited lagi  3tahun bila Amsyar sekolah tak sabar nak tengok gelagat Amsyar pulak sekolah..

alhamdullilah hari pertama sekolah anak-anak di hantar oleh papa menaiki motorsikal skuter yang binggit tu..Nuqman je demand sikit suruh hantar naik keta katanya habis rambut dia rosak kena angin..tapi sorry papa tak layan yer malas nak sesak kat sekolah tahu jela kan 1st day semua mak bapak nak hantar anak sekolah yang darjah satu...

Tahun nie Nuqman dengan kakak dah tak rehat sama waktu balik pun tak sama..so papa bertabahlah mengambil dua kali trip anak balik sekolah yer..

Semalam 1st day kakak tak sekolah agama dah..balik kelas pagi sampai rumah nak dekat 3:00ptg..kelas agama masuk 3 petang..aku pun musykil 1st day dah belajar maybe sebab dah lewat seminggu tak sekolah kut so cikgu-cikgu nak kejar silibus kan..kesian dia letih takpala nak pandaikan..so Nuqman je sekolah agama tu pun dia jeles sebab kakak tak sekolah..so dengan muka pasrah Nuqman pergi jugak sekolah agama..

Beza anak perempuan dengan anak lelaki sekolah..kakak aku tanya baru dia cerita pasal kat sekolah so aku malas nak tanya kakak buat sakit hati aku jer aku yang excited nak tahu kat sekolah dia macam biasa jer..tapi Nuqman jangan cakap la aku baru jer buka pintu dah macam peluru tabur jer dia cerita dari A-Z..aku tukar baju pun dia slumber masuk bilik cerita padahal di tak buka baju sekolah lagi..excited giler cerita..hahaha..tapi yang best dia marah aku sebab cikgu marah dia  tak bawak buku teks..hahaha..memang aku tak kasi bawak buku teks aku suruh bawak buku tulis yela 1st day mana tahu jadual lagikan yang cikgu pun tak boleh marah jugakkan sebab 1st daykan lain la dah minggu-minggu sekolah..tapi lepas tu aku tanya Nuqman je ke kena marah tapi dia buat muka kerang busuk..cehh ingat dia sorang tak bawak rupanya ramai..cara dia cakap macam dia sorang je kena marah..hampehh tul Nuqman nie..

apa-apa pun semoga bertabah dan terus bersemangat ke sekolah yer anak-anak mama..

Friday 9 January 2015

Birthady Nuqman

Assalammualaikum..

08.01.2015 genap sudah anak bujang mama AMREEN NUQMAN..teringat masa mama mengandungkan dan melahirkan abang.alhamdullialh allah permudahkan semuanya..

Terima kasih allah kerana kurniakan dan pinjamkan kepada mama & papa seorang anak lelaki .Walaupun abang semakin besar semakin bijak dan pandai tapi dekat rumah abang memang power mengacau kakak dan Adik dan paling best suka bagi mama jadi HULK colour hijau..hahaha..



mama doakan semoga abang menjadi anak yang soleh dan dapat menjaga bila mama dah tua nanti..mama doakan juga semoga abang terus belajar dengan sungguh-sungguh dan menjadi anak yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat.. mama papa kakak dan Amsyar sayang abang man...Happy Birthday Sayang yang ke 8 tahun..

Wednesday 7 January 2015

Jom Ke Dapur

Assalammualaikum...

Hari tu pergi beli barang dapur bagi penuh peti ais dan barang dapur..bila dah semua barang ada mula la rajin sangat nak masak kan..

Hari tu teringin nak makan nasi impit bersama kuah kacang..gigih buat kuah kacang malam-malam buta sebab fikir pagi esok bangun lambat pun takpa sarapan dah siap..tapi mana boleh bangun lewat pun si kecik nie dah bangun habis semua dia kejut bangun..selagi kita tak bangun habis semua dia korek mata..korek hidung yang part paling best dia mesti korek pusat aku..adoii suka betul dia..

Ingat dah masak tu tak ada lah nak buat sarapan lagi sekali Nuqman kata dia tak suka nak makan nasi impit..sabor jela aku..so tengok ada nasi lebih buat la nasi planta kosong..kesian pulak takan aku sanggup nak makan sedap sedangkan anak aku breakfast biskut..tak sanggup aku dah dia tu kurus karang bertambah kurus pulak..hahaha gigih jugakla masak..


nasi goreng planta + nasi impit vs kuah kacang
Aku kalau rajin dan ada mood nak masak mula la nak masak macam-macam tapi simple jela..janji perut En Hubby dan anak kenyang..


Hari tu Nuqman suruh masak tomyam katanya teringin tomyam mama masak..nampak tak berapa lama aku tak masak tomyam kan..hahaha..tapi sayang dia makan sikit jer sebab pedas katanya padahal bibir dia pecah tu yang dia kata pedas....cendawan black paper nie adik ipar nak makan gigih aku masak tau..hahaha..ikan bakar tu En Hubby nak makan dan tauhu tu aku sorang jer makan diorang tak suka tauhu..semua makan ada tuan dia..

tauhu sumbat my fav
Tauhu sumbat sebab aku punya so sayur memang sampai termuntah keluar aku isikan..konon-konon vegetarian sangatla kan..

aku macam biasa akan tanya sedap ke tidak ok ke tidak aku masak..selalu jawapan sangat jujur aku terima adalah En Hubby..dia selamber je cakap sedap ke tidak..sabor je la tapi tula membakar semangat nak masak..tapi selalu sedapla kalau tak sedap mesti lauk aku masak tak habis kan..hahahaha..

Monday 5 January 2015

Langsir Tahun Baru

Assalammualaikum..

Alhamdullilah akhirnya siap jugak pasang langsir..Langsir dah lama siap tinggal nak pasang jer..Plan nak pasang tahun baru last minit punya kerja kan sekali tengok ada barang tak complete tertangguh lagi..aku dah malas nak pot pet pot pet kat En Hubby so aku diam jer..rasa dia nak buat dia buat rasa dia nak perap langsir tu perap..tak kuasa nak muncung-muncung kan bibir tanda protes..buat muka aku cepat tua jer..

En Hubby kalau dia tengok aku diam atau buat tak tahu jer dengan benda yang aku suruh dia buat pandaila dia buat sendiri tanpa aku kerah tenaga dia menyiapkan.walaupun dalam hati memberontak tapi aku tetap diam jer... Hari tu pasang langsir untuk dua tingkap memakan satu hari..korang tengokla bertapa teliti En Hubby buat kerja..aku macam biasa redha jer janji dia siapkan..

sebelum
Sebelum pasang langsir bila malam nampak jer orang dalam rumah buat aktiviti apa..siang dia kurang sikit..


beli rail pun dapat murah giler dekat Sg Buloh..harga sepruh dari Tapah..kira berbaloi sangat la..dah pulak rail boleh adjust panjang pendek..lagi la super baguskan..Dah siap pasang rail try gantung langsir sekali En hubby tak berkenan pulak katanya yang day curtain tu labuh sangat nak kena repair balik..hurmm aku dah frustla nie mesti tangguh lagila gantung langsir..aku cakap ok dia kata tak ok..last-last call adah tanya dia boleh repair terus hantar..adah nie la tukang buat langsir akak yang gojes nie..dia pun mesti tension dapat customer super cerewet nie..tapi bukan aku yang cerewet tapi En Hubby yang cerewet mengalahkan orang pompuan pulak..
selepas pasang
Lepas maghrib sambung balik kerja..dekat pukul 10 malam baru siap pasang semua langsir..punya lah lama teliti sangat sukat berkali-kali nak bagi center lepas tu panggila aku suruh tengok canter ke tidak aku kata ok dia tak puas hati dia suruh aku pulak pegang rail dia nak tengok..sabor jelah aku..

akhirnya siap
Akhirnya siap jugak pasang baru la malam-malam senaag hati nak tengok tv ini tak orang luar boleh nampak aktiviti kita kat dalam..dah cantik baru la boleh rumah kasi terang benderang nie tak terpaksa gelap ruang tamu takut orang nampakan..apa-apun terima kasih pada En Hubby yang berjaya menyiapkan dan mengantungkan langsir..




Blogger Templates