Thursday, 29 January 2015

Cupcake

assalammualaikum..

Hari tu bakal biras bagi cupcake dia buat..sajela tu nak amik hati biraskan..hahaha..nasib sedap dia buat..lepas tu tanya pandai tak buat kek caramel dia kata tak berapa tapi gigih dia buat..dia bagi aku rasa..sedap jugak..pandai adik ipar aku pilih bakal bini dia..

sebab sedap cupcake dia buat hari tu nak suruh dia buat lagi melampaula kan so minta resepi..dah ko minta resepi kena la buatkan.. karang dia tanya dah buat ke belumkan apa aku nak jawabkan tapi dia tak ada tanya pun yang sibuk tanya adik ipar aku je....

semalam balik kerja tak masak terus buat cupcake..jangan kata aku tak masak pulak aku sekarang masak subuh-subuh so balik kerja top up sikit je lauk kalau habis di makan anak aku..
tunggu nak bakar

so semalam aku buat dapat la dalam 70 cupcake..banyak tu kan..modal tak da la mahal tapi kalau buat jual untung gile nie..

semalam aku buat di bantu chef boy aku..chef girl tak dapat membantu sebab pening dan demam kesian dia..balik sekolah muntah dan terus tidur..lauk favourite dia pun dia makan sesuap je..selepas tu berlari ke bilik air..kesian kakak..

dah bakor tinggal nak makan
Nuqman paling tak sabor nak makan..asyik tanya boleh ke dah makan..boleh je kalau mulut tu tahan panaskan..dia pun puji sedap..lega bila menjadi..


tangan Nuqman yang tak sbar nak makan


No comments:

Post a Comment


Blogger Templates