Monday 30 May 2016

Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang

Assalammualaikum..

Sabtu 28hb Mei 2016 jadi kenangan bagi Batrisyia dan Nuqman..Kenangan manis bagi mama sampai ke peringkat Daerah dah..

Tapi sayang kakak sampai peringkat Daerah je dapat tempa ke tiga..takpa kak tu pun dah syukur kan.cita-cita nak sampai ke Peringkat Negeri dan kebangsaan tak tercapai pulak..

Kategori lelaki masih kekal Johan dan insyaallah usaha gigih lagi dapatla sampai ke Negeri..


Dewan sebelum mula kan.nie kat Sungkai nama dewan nie Institut Latihan Statitik Malaysia.


kategori lelaki punya persembahan..


kategori wanita buat persembahan nasib ada FB ustazah nie dapatla tengok kan..


wajah kegembiraan setelah berhempas pulas ..sayang mama tak dapat datang tengok..sedih tau sebab papa ke KLIA hantar maklong umrah..


niela ustaz dan ustazah yang mengajar diorang nasyid..



Friday 20 May 2016

Bila Hidup berjiran

Assalammualaikum..

nie hari nie nak luahkan..geram betul jika orang yang jenis tak memahami hidup berjiran..kalau dapat jiran yang baik alhamdullilah dapat jiran sebaliknya kena redho jer..

macam aku dapat dua-dua pakej sekali..yang sebelah rumah setakat nie alhamdullilah baik sangat dan peramah..

yang aku tak puas hati geram sebab dah la tak duduk rumah tu orang yang sewa pun kejap-kejap bertukar..kalau dah lama tak ada penghuni maka bertengkek-tengkek la rumputnya..kawasan rumah pun dah semak samun takut aku ada benda yang tak di ingini singgah..bukan aku tak TOLONG kemaskan ya dah kerap sangat TOLONG upahkan orang mesin kan rumput lagi..sebab mata aku sakit tengok bila buka tingkap..tu pun still buat tak faham..susah jenis yang tak faham konsep berjiran..

Ada pulak tu kawasan depan rumah rumput pun panjang dah nak masuk kawasan aku..hishhh apa punya la orang hari-hari laluan masuk rumah ko boleh ko tengok macam tu jer..cacat pemandangan sungguh..orang lain berkerja juga tak ada rumah rupa zoo..takan aku nak tolong mesin kan dan racun..walaupun bahagian luar ada maintenance potong rumput yang sebulan tentu datang buat maintenance..rumah sendiri kan pandai-pandai la kemaskan..nak kata aku nie pembersih tidak juga la..tapi rumah tu sedap mata pandang kira dah ok la tu..

tu pasal kawasan rumah belum lagi yang bela binatang kesayangan..aku nie memang jenis takut pada binatang berbulu ..nak lagi arnab dan kucing walaupun aku suka jer tengok tapi nak pegang tidak la..geli geliman dengan bulu..hahaha

kalau dah bela jaga la elok-elok kan beri dia makan ke mandi kan ke ko bersihkan la dia kan..nie tak orang lain nak kena bagi makan bukan berkira ya tapi tak sanggup dengar dia berbunyi..lagi WIN najis dia sana sini..bau dia tak usah akak ko habaq la...nak-nak lagi dalam kawasan rumah..perghhhh satu kerja tambahan pulak akak ko nie nak bersihkan dan sentalkan..sambil bersih sambil loya-loya nak muntah..nanti apa kata jiran akak depa ingat akak mengandung pulak..loya-oya buat kerja....nie aku berkira ya nak bersihkan..lepas tu berjemaah lepak pulak kat port yang bagus jer...tolongla jaga sensitiviti jiran..dah la kucing jenis manja dan jinak lagi di halau lagi dia datang..lepas tu akak kelam kibut lari masuk rumah..selamatkan diri dari di manja-manjakan..

so pada punyai jiran yang sebegini apa yang harus akak habaq kat depa bagi faham...dah besar panjangkan bukan baru umur tiga tahun kan..Pilihla konsep hidup yang harmoni dan penting jangan fikir diri sendiri fikir juga orang sekeliling ya..Kalau tak berubah juga tak apa nanti akak tolongla bersihkan biarlah akak dapat pahala walaupun hati akak sakit..

Tuesday 17 May 2016

Anak Mama

Assalammualaikum..

Semalam buat kuih lapis..kalau tengok cantik macam menjadi tapi sebenar tak jadi sebab keras.maybe aku derhaka kat resepi tak sukat air betul..hihihi..konon teror la tak sukat..last ke tong sampah jugak..hahaha..Frust rasanya..stop buat kuih dulu..

Lupakan pasal kuih sekarang cerita pasal anak jer..Kak Tisya dah besar dah makin cantik macam mama dia..hahaha..cuma satu jer masalah dia dari dulu sampai sekarang pemalas..malas kemas bilik..dan win malas mandi..hihihi..tapi bab sayang adik-adiknya dia win sanggup mengalah walaupun mengalir air mata..setakat nie pelajaran dia masih sederhana jenuh dah bagi vitamin macam -macam masih gitu jugak..jenis simple macam aku dan dia jenis berani tak macam mama dia..penakut hahaha..

Nuqman makan banyak tapi badan kurus..kuat makan suka sangat makan burger..so far setakat nie pelajaran tahap memuaskan la..perangai dia sekarang ya ampun nakal dan suka menyakat adiknya..lagi satu tangan dia tak reti diam asyik nak bergedang jer..aku sampai cakap" siapa mampus yang ko nak bergedang nie?"sensitif teramat muka jer ganas tapi bila tercuit sikit cenggeng..hahaha

Nie lagi sorang Amsyar pun perangai aku tengok dah ikut abang dia..manja sangat dan banyak cakap dan banyak tanya..penat layan..sejak dah sekolah nie lagi banyak akal ada jer benda dia nak tanya..masih minum susu botol lagi..bila kita marah dia ke nanti dia cakap.." mama nie asyik marah-marah jer amsyar tanya je"..

kiranya semua ada perangai masing-masing paling win kalau papa tak ada semua nak bagi mama naik HULK..tapi kalau time mood baik semua under control la..tapi kalau sunyi pun rasa macam eh nie rumah aku ke..senyap jer..hahaha..


Monday 16 May 2016

Bila Period Datang..

Assalammualaikum..

Sejak akhir-akhir nak menginjak umur 40 tahun banyak sangat perubahan hormon ke aku sorang je rasa macam tu..hahaha

 nie bila nak period jer aku rasa weak sangat..dua tiga hari nak period sakit kepala ko jangan cakap la..telan active fast jer..tu waktu sebelum karang time period pun sakit kepala seharian jugak dan last sekali dah habis period pun dia serang juga..active fast jer penyelamat aku tu yang sentiasa ada je la..standby dalam dompet..

Lepas tu nak makan benda manis-manis la macam orang ngidam pulak..selagi tak dapat selagi tu la cari last sekali tak ada terpaksa la buat sendiri..hurm teruk bebenor perubahan hormon nie..dulu tak ada macam tu..ke aku sorang jer..emosi time tu jangan ko nak cakap la ada masa benda simple pun dah nak emo tak pun ko punya tempure high je..pantang salah sikit mula nak meninggi suara takpun marah-marah jer..

Pernah juga nak control tapi still tipis tahap control api kemarahan nie..so pada siapa yang kena faham-faham je la hormon tak bagus time tu..hahahah

Friday 13 May 2016

Makwan dalam kenangan

Assalammualaikum..

Al fatihah buat makwan @ mak ibu aku..cucu panggil makwan..untung makwan dapat ramai tengok cucu kahwin dan dapat tengok cicit..

Makwan meninggal usia 82 tahun pada 04hb Mei 2016 jam 04:45 petang di rumah makcik aku..
aku time En Hubby call bagitahu terkejut sangat-sangat sebab dalam pukul 4:15 petang tu mak aku wasup suruh dengar suara makwan macam panggil makcik aku..

Punca dia jatuh kat bilik dua hari lepas dah bawak klinik tapi ok la..cuma makcik aku cakap dia kata nak baring sebab penat lagipun makwan ada sakit jantung dan paru-paru dia lemah..masa time asar tu makcik aku pergi la tengok mak dia sebab makwan panggil lepas tu bila makcik aku datang dia macam gelisah dan tiba-tiba dia senyap tengok nadi semua dah tak ada.call hospital dah sahkan..nasib makcik aku tinggal hari tu anak dia ada dan kakak dia ada jaga..kiranya rezki makcik aku.Lagipun makcik aku bagitahu sebelum tu ada dengar makwan sebut nama mak dia dalam tidur..itukan dah tanda-tandanya..

Sedih sangat sebab makwan the best..paling sedih ibu la sepatutnya Jumaat ibu balik Johor sebab nak jaga mak dia tapi tak kesempatan..aku samapai kat JB dalam pukul 2 pagi terus baca yasin sebak sangat time tu..time mandi samapi kapan aku tengok nak tolong tapi tak boleh sebak sangat..masa nak cium jenazah pun jenuh aku kesat air mata berkali-kali..alhamdullilah mudah saje makwan menghadap illahi dan semuanya dipermudahkan...makwan dikebumikan Hari Khamis bersamaan hari Israk mikraj..

Al Fatihah untuk arwah makwan Hasnah binti Jamil..

Thursday 12 May 2016

Kuih apam nasi , popia sayur dan kuih cara

Assalammualaikum..

Ehh rajin sangat aku bulan nie tau asyik buat kuih jer..resepi semua google jer..selama nie main beli jer sekarang anak dah besar dan pandai makan so mama pun nak tunjuk skill buat kuih walaupun semua kuih adalah 1st time buat..hihihi

menyesal pulak kan dulu masa ibu buat kuih ko tengok je dan tau makan dan tau nak arah je nak kuih itu ini kan..sekarang menyesal tak belajar kan..

Hari itu ibu dah wasiat kat aku barang-barang kuih dia la..bukan wasiat la just turun temurun je la..ibu kata tak payah beli semua itu ibu ada..jimat duit aku..hihihi..nanti aku dah malas aku past kat Ucu Ekin pulak barang-barang kuih nie..

Hari tu rajin buat kuih cara peluh-peluh aku bersauna kat dapur dengan si kakak..kira boleh la terima tekak dan tak berapa nak comel jer la..dah siap masak macam biasa mama akan paksa anak-anak mama makan..alhamdullilah diorang suka...



kuih nie pun kegemaran juga so buat sendiri bubuh gula banyak-banyak..sedap jer..




popia sayur kakak nak makan..lagi hari tu dia suruh aku buatkan..kesian dia asyik pospone je..dah beli barang semua tinggal nak buat ada hal lepas tu inggat free esoknya nak buat pun tak dan juga sebab nenek aku meninngal duni..berdesup kami dari Perak balik Johor..pospone lagi..semalam baru dapat buang letih-letih pun buat juga takut kempunan kan..



malam-malam buta goreng popia seronok tengok dia makan..lepas nie buat banyak sikit nak frozen kan kata kakak yang ini sedap mama buat..kembang kuncup mama ko..hari tu donat pun dah frozen..lepas nie nak makan goreng je .




nie pun gigih buat apam nasi walaupun kena perap dua jam.gigih malam-malam buta kukus kuih nie..budak-budak pun teruja tunggu sampai siap..hahaha

nie la kalau mood rajin macam ada kuasa je walaupun letih tetap gigih buat..nie budak dah request macam-macam kuih..sabar ya nak mama baru nak belajor..nasib Amsyar kecil lagi tak tahu nak minta lagi..




Wednesday 11 May 2016

Makan Kelab Darul Ehsan

Assalammualaikum..

Kali nie sambut ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah kat Kelab..ini pun dah lewat sambut sebab semua busy..aku busy dengan adik ipar aku kahwin plus duit time tu dah kering..hahaha..abang dengan adik aku pun busy busy sakit..hahaha..

tu pun kalau tak abang aku tak joint baru sihat demam saspek demam denggi..macam-macam abang aku nie..

kitaorang collect duit adik beradik setiap kali nak buat makan besar nie..tapi time tak best bila aku kena pegang duit nanti terlebih expenses aku juga kena bayar..hahaha..takpa la kan tak berkira pun..



gambar wajib bergambar sebagai kenangan..boleh pulak tema merah hitam semua pakai kecuali abang aku jer sesat warna ke rabun warna..hahaha

adam , dedek , amsyar cara peace depa.
nasib budak-budak semua perangai behave sebab awal lagikan..kalau dah lewat semua nak buat perangai


sementara bilik di set up kami lepak dulu sambil tengok-tengok menu dan pilih menu.si amsyar tu asyik berkepit je..manja benor bagi adik karang baru tau..hihi


mak buyung yang banyak benar ngidam nak makan terpaksa layan tekak orang ngandung nie..dah la semalam malam minggu ajak pergi makan nasi lemak antarabangsa huishhh azab ko..sabar je dengan mak buyung nie.




kitaorang kali nie nak selesa makan konon kan asingkan budak-budak dengan meja lain tapi aku tetap nak layan dan tengok depa makan..padahal pandai je..yang best Amsyar dan Adam pun dengar kata kalau tak asyik nak berkepit je..


Nuqman dan GF dia aqis duduk sebelah menyebelah sambil layan adik-adiknya..kakak Tisya mood tak baik sebab tak dapat duduk dengan mama..hahaha..




Lauk-lauk yang kitaorang semua jenis Medium cuma sup ikan yu je small..aku tak boleh masuk tekak aku..hahaha..padahal semua masakan dan makanan kat sini memang sedapla dan puas hati..




aku sibuk nak layan diorang makan kejap-kejap bangun tengok meja sebelah makan apa ..mak-mak memang gitukan..

Insyaallah jika ada rezki lebih nanti selebrate kat tempat lain pulak..pada ayah dan ibu selamat menyambut ulangtahun yang ke 40 tahun..semoga di kurniakan kesihatan baik dan di rahmati allah..jangan nak gado-gado manja rebut remoe ya..hihi..anak menatu dan cucu sayang sangat.






Tuesday 10 May 2016

Johan Nasyid

Assalammualaikum..

Menang lagi masuk pertandingan Nasyid peringkat Mukim katanya..Kali nie kakak up sikit sebagai penyanyi tahun lepas sebagai pemain apa entah nama mya bergedang jer kat rumah..

Nuqman tahun nie baru masuk nasyid dapat bahagian gendang juga..nasib Johan lelaki dan perempuan..nanti nak lawan Daerah pulak..tapi sayang dapat tengok dia buat persembahan kecewa tau En Hubby hari tu ada konvoi motor pulak..

Takpa la kakak dan Nuqman doa mama sentiasa iringi kalian..Semoga terus berjaya dan berjaya..amin









Blogger Templates