Tuesday 30 September 2014

Beli Barang Baru

assalammualaikum..

hari nie busy sikit nak settel kan dokumen tapi masih sempat curi masa sikit nak buat blog..hihihi..orang kata selinggan kejap..

balik sg buluh rumah ibu hari tu sempat jugak cari barang perhiasan rumah ..mula keluar pergi cari basikal anak dara dulu dah lama minta tapi yang merengek suruh beli cepat Nuqman..tak faham aku dengan budak nie dia yang sibuk pulak..


beli jer terus try basikal tak sabar-sabar dah ..



dah settela tengahari lepas zohor pergi IKEA cari barang ..tu pun kejap jer sebab nak cepat sebab malam ada gathering dengan geng bas sekolah pulak..


kat sana jumpa dengan adik ipar aku dan sepupu Yani a.k.a mak buyung larat jer jalan walaupun tengah mabuk..hihi..



dekat IKEA tak ada barang yang berkenan..besoknya sambung beli barang lagi pergi Nilai 3 pulak..biasala En Hubby nie terlau particular nak beli barang survey setiap kedai..aku membontot je sambil jaga Amsyar dan Nuqman..kakak dapat basikal baru tak nak ikut..ok la bawak anak bujang je..sampai pukul 10 pagi sampai rumah Ibu lebihkurang pukul 5 lebih..nasib tak ramai walaupun  hari minggu..

masa kat sana dapat wasup dari adik aku di pergi jalan bawak kakak..ingat kakak lepak kat rumah rupanya dia pun jalan

ucu dan kakak

minah rempit

Lega barang yang nak dah dapat tinggal nak pasang jer lagi..nie lagi satu kalau barang dah beli mesti terperap atas meja..lamabt nak pasang kalu benda simple aku buat jer malas nak tunggu EN Hubby nie..kat rumah beli cermin hari tu sampai lanie tak pasang lagi..kalau ikut aku aku dah pasang tapi sebab nak tunggu En hubby ada rumah dan tidak busy baru boleh pasang..karang aku pasang ada je tak kena mata dia..so kita tunggu jer la dia buat lambat pun lambat la walaupun dalam hati marah-marah..hihihi

Monday 29 September 2014

Selepas 17 Tahun ( 1997-2014 )

Assalamualaikum...

Alhamdullilah perjumpaan bersama kawan sekolah menengah dapat dilaksanakan.. setelah 17 tahun meninggal alam persekolahan baru bersua kembali...

Walaupun tak semua yang dapat joint biasalah dah kelarga semua busy so mana je yang ada la nak melepaskan rindu...perjumpaan di Restoran Bulan , Ijok..makan steamboot..memang sesuai makan kat situ sebab aku tengok semua geng sihat-sihat belaka..yelah dulu anak dara badan selim melim sekarang dah mak dara kan dengan anak berderet-deret dah so semua habis kembang setaman..hihihi..


Makan kat sini memang puashati walaupun sikit jer choice tapi no bad la makanan dia..harga pun tak mahal mana pun dewasa RM 24.00 sekepala kanak RM 10.00..murahkan mana nak dapat harga macam tukan..












 keterujaan Nuqman dapat makan seafood..tapi sayang lupa nak ambil gambar family..sebab sibuk makan je..nie sikit jer dapat..

Amsyar paling banyak makan ais krim..benda lain dia tak nak makan



semua ibu mithali sambil gosip anak tetap dalam dakapan..

Lepas makan masing-masing cari kawan nak bergosip...masing mana ada anak kecik kendong la ke hulu hilir nak sembang..


nie jer kawan yang dapat hadir..walaupun sikit tapi tetap meriah..alhamdullialh next gathering akan menyusul kemudian tapi tak tahu bila la..seronok setelah sekian lama tak bersua..

Thursday 25 September 2014

Aduan Tuan belog

Assalamualikum...

hurmm lama tak updated kat blog..bukan bizi sangat pun tak tuan belog sekeluarga tak sihat..

mula demam Nuqman on off  lepastu terus ok...then aku macam on off je demam lepas terus berjangkit En hubby..En Hubby demam urat sama macam aku..dapat MC laki bini..duduk rumahla..anak-anak la melayan kami..nasib time cuiti sekolah..aku dah sihat sikit si kenit nie pulak demam..pelik aku si kenit nie kerap betui demam..antibodi tak kuat betul..

Sambung cuti lagi aku menjaga dia bukan tak boleh jer hantar kat opah dia..tapi aku kalau anak demam memang  aku cuti..aku sendiri nak pantau..bukan tak percaya kat opah dia tapi diriku nie yang nak cuti rehat-rehat kat rumah..hahaha..tapi memang penat duduk rumah menjaga anak,mengemas,masak lagi..kalau kerja tak ada rasa penat macamtu..kalau kat opis ada jugak time rehatnya boleh lelap mata setengah jam..kat rumah tak dapatnya..

Sekarang alhamdullilah semua dah sihat..datang pejabat bersusun-susun kerja menanti..hahaha..tipu jer tak ada bersusun adala kerja nak kena siap..tak banyak pun tak sibuk mana pun..kalau bizi takan aku boleh buat entry nie kan..hahaha..

ok la sekian entry kali nie..entry entah apa-apa jer..minggu nie nak jumpa kawan sekolah buat reunion..tak sabar rasanya..

Wednesday 17 September 2014

Resepi Kek Minyak

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak nie tekak nie asyik mengidam nak makan kek jer..hari tu teringin nak makan kek coklat pergi beli makan sikit jer lepas tu terperap jer dalam peti ais,,hahaha

Hari tu demam tapi gigih jugak buat kek sebab teringin punya pasal kan..entah apa-apa jer aku nie.tengok resepi  kek minyak lepas tu selongkar kat dapur tengok semua ada..settel teruskan projek..



nie dah siap tunggu nak bakor jer..bakor dengan suhu 180 celcius yer..lebih kurang 40 minit jer..kejap jer 


dah bakor panas-panas keluar oven terus potong tak sabor nak makan dah..rasanya memang la sedap kan aku yang buat..hahaha..tapi masa keluarkan kek pintu oven kan panas budak nakal si Amsyar pegang pastu dia kata" nas" ( panas )..hishh terkejut aku nasib tak melecur jari dia nasib sikit dia pegang lepas tu aku acaacah kat dia suruh pegang tau dia lari tak nak..


kek nie masak sekejap jer dan sekeajp jer licin kek beli tak habis lagi dalam peti ais..hahaha maknaya apa tu ..sendiri pikir la yer..kalau rasa rajin nak buat kek boleh tengok resepi kat bawah nie yer.

bahan
1/2 cawan gula
1 cawan tepung
3 sudu susu pekat
1/2 cawan minyak
2 biji telor 
1sudu kecil Ovalete
1 sudu kecil baking powder
1 penutup botol esen vanila

Cara
1. Pukul Telor + Gula + ovalete sampai kembang
2. Lepas tu masuk kan minyak + susu + tepung + baking powder + esen vanila sehingga sebati
3. lepas tu dah sebati semua bahagikan kepada dua ( warna ikut kegemaran )
4.Kemuadian masuk dalam bekas kek dan bakar sehingga 40 minit suhu 180 celcius.

Warna dan hiasa ikut kegemaran korangla ..aku kat dapaur stock tu yang ada balance buat biskut raya hari tu..apa yang ada kat dapur korang bubuh je tak ada nak hias pun boleh korang jer nak mkan kan bukan nak buat jual pun..yang penting sedap..

Monday 15 September 2014

R&R Tapah

Assalammualaikum..

Sabtu lepas bosan pulak duduk rumah so tak pikir panjang terus masuk highway ..padahal masa tu dah malam kan lagipun aku pun tak berapa nak sihat lagi..

Kesian pulak tengok budak-budak nie cuti sekolah tak kemana pun..tapi anak aku tak demand dapat pergi sini dia pun dah ok..love you la anak..


kakak yang makin besar

Nuqman yang makin nakal

Amsyar semua nak buat sendiri

papa layan anak-anak
masa sampai tiada orang joint so budak-budak jer mengawasi..tu yang aku suka bawak diorang main sini tak ramai dan yang penting tak berebut..selamat pun selamat..

Wednesday 10 September 2014

RF Di Ulu Langat

Assalammualaikum..

dah lama tak ikut joint RF buat program..dia punya program selalu kitaorang ada hal takpun kitaorang tak boleh joint sebab jauh..kali nie baru dapat joint..

Papa & anak-anak

mama & Amsyar

haritu diorang buat program kat Ulu Langat..syok dapat kumpul dengan diorang sebab diorang jenis sporting dan sempoi...otak pun giler-giler...cuma aku jer malu-malu kucing sebab jarang joint so kurang kemesraan..hahaha..

hentian sementara


masa nie berhenti kejap tunggu geng yang lain sampai..lepak kejap kedai minum dan berahmah mesra..

geng bapak-bapak
Masa pergi tu ingat mandi air terjun ke apa..rupanya diorang pergi rumah salah seorang kawan RF..rumah nie besar dan halaman sangat luas yang..dan yang best ada kolam mandi so budak-budak memang teruja la..rumah nie mempunyai 9 bilik air besar tak besar la..tuan rumah pun sangat sporting..tapi aku tak ada la ambil gambar nanti kata apa pulak dia kata kan.

anak-anak

entah apa tengok kat bawah tu?

Budak-budak memang suka la..makan lupa bila dah jumpa kolam..






Sementara kaum bapa ada yang pergi kebun buah kutip buah..ada yang pergi mancing dan yang malas buat aktiviti duduk lepak bersembang jer..kaum ibu macam biasa bergosip dalm buat lawatan ke dalam rumah...hahaha..tapi aku tak joint aku sibuk layan si kecik nie nak mandi..



Kitaorang gerak balik dalam pukul 6 lebih macam tu..budak-budak memang puas dan enjoy ..


Monday 8 September 2014

Sakit Urat,Demam,Ulser

Assalammualaikum..

Sekarang nie musim sakit kuku mulut..kesian Amsyar kena..mula dia selsema lepas tu demam tak kebah..dah demam selalu ok jer just merengek biasa tapi kali nie dia tak nak makan and minum susu..mula la risau bila anak tak nak makan kan..

Pergi Hospital kena amik darah dan terus kena tahan wad..masa doktor tunjuk dalam mulut dia penuh ulser tu sebab dia tak nak makan..kesian dia..masa ambil darah bukan main satu hospital dengar suara dia..hahaha


masa kena tahan wad bukan main lagi menagis tak nak duduk kat situ nak balik..habis semua budak dan mak budak bangun dengar suara dia..hahaha nak camne dah tak tahu nak pujuk camne asyik ulang sebut nak balik jer..time tu rasa macam aku nak lari jer dari Hospital..hahaha..

budak pasrah
masuk air pun dah nak subuh ..malam nurse tak boleh nak buat apa sebab tak tahan dengar dia nagis jer..nurse kata biarkan dulu nanti dia ok baru nak periksa..masa masuk air nie pun sibuk nak ajak keluar..bosan la tu..


pagi tu dah masuk air dia ok sikitla..atuk Abah datang bawak sarapan mama dan ais krim untuk Amsyar..Amsyar makan sikit jer .. selebihnya mama yang makan..Dekat pukul 10 Opah dan atuk datang lawat dia bukan main senggeh nampak..ngsdu  dengan Opah doktor masukan air dan bagi ubat selsema jer..terus laju jer atuk pergi beli kan ubat ulser..Lepas atuk dah beli aku sapu la baru sibuk nurse terhegeh-hegeh bagi ubat ulser dan ubat titis dalam hidung..

dah tengahari nampak ok..air pun dah stop masuk sebab aku tipu nurse Amsyar dah makan and minum banyak..hahaha..malas duduk lama wad..tension aku..Amsyar pun dah tak demam tapi memang dia dah makan and minum cuma tak minum susu jer..apa nurse tanya semua aku ya kan..hahahaha..




nasib ada palyground..lepaskan dia main..dah nampak aktif lega aku cuma tak mahu susu jer..

petang tu Ada dan kakak teman jaga amsyar lega sikit ada assistant senag nak ke tandas..


pagi Sabtu doktor cek tanya itu ini aku ya kan jer..terus Doktor bagi balik..hahaha time tu muka memang happy giler rasa tak sabar nak balik dah..tak sabar nak  qadak tidur jer bukan apa aku kalau tak cukup rehat aku pulak yang tumbang..balik tak terus tidur masak nasi ayam untuk diorang lepas Zohor terus lena..

Bangun-bangun En Hubby pun terbaring kurang sihat jugak katanya..lepastu anak dara pun ngadu sakit kepala dan demam..haiii habis satu rumah sakit yang tak sakit Nuqman jer aktif..hahaha..dia la jadi mangsa suruh buat itu ini..


Lepas sapu air asam jawa kat kepala kakak terus tidur..panas badan dia katanya sakit satu badan..diorang nie sakit sebab dah lama tak excercise..pergi  main badminton berjam-jam kat dewan..besok semua demam urat...hahaha...aku jugak yang letih nak melayan diorang sakit nie..Tapi alhamdullilah hari nie semua dah sihat tinggal kakak jer sakit tekak ...




Blogger Templates