Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, 13 July 2015

Gelagat Anak Nak Sambut Raya

Assalammualaikum...

Seronok tengok persiapan anak dah siap lagipun budak-budak jer yang seronok nak raya..

Gelagat anak-anak aku dari dulu sampai sekarang dah besar pun still gitu..hahaha tu ikut perangai sapa la..

Nuqman dan Kak Tisya entah berap kali try baju raya..tahu la nak raya and happy..asyik nak try jer..tengok gelagat diorang teringat masa kecik dulu..macam nie jugak..

Paling seronok diorang nie bila apa yang dia suka dan minat kita tunaikan..kita sebagai makbapak pun tumpang gebira jugak..cuma Amsyar jer aku tak beli dia kasut..dia kecil lagi lagipun kasut tahun lepas elok lagi..cantik so dia pakai yang lama dia pun bukannya tahu sangat kan..hahaha..


Selamat Hari Raya yang akan menjelam tidak lama lagi to all..

Monday, 22 June 2015

Iftar Bersama Anak Yatim 2015

Assalammualaikum..

Tahun nie tahun ke 3 kitaorang sambut puasa bersama anak yatim dan anak miskin di rumah..dan satu kali di tempat asrama diorang..

seperti tahun sebelumnya kitaorang basah ketiak dan badan pun bau bawang sebab sibuk masak tapi tahun nie up sikit panggil katering..katering pun pak cik punya so..alhamdullilah lega tak penat masak..

seperti tahun-tahun sebelumnya petang tu ada tazkirah dan bacaan tahlil ringkas sebelum berbuka.



nie pun dari tahun pertama guna sampai sekarang..penjimatan di situ kan just bubuh tarikh dan tempat jer..tu pun terlupa nak tulis..


Insyaallah tahun depan kalau ada rezki kami akan buat lagi dan jemput lagi..sama-sama merasakan rezki dari allah..


Tuesday, 16 December 2014

Sambutan Kecil-kecilan

Assalammualaikum..

Semalam sambut kecil-kecilan sebagai kenang-kenangan jer..tapi yang teruja kakak dan abang dia jer..ehhh silap mama dia pun teruja jugak..kecoh time beli kek..kek pun last minit beli nasib tak tutup kedai lagi..hahaha

First time Amsyar sambut birthday siap tiup lilin lagi..En hubby malas joint sebab tak berap sihat so mama and kidoos jer bersuka ria..

Semalam pagi -pagi buta celik mata Amsyar  memang mama dah nyanyi lagu happy birthday tapi Amsyar asyik cakap na nak..na nak..diam.diam..haha mama tahu suara mama memang tak semerdu..kecik ati mama tau..


kek yang beli last minute..kek beli ikut tekak mama..ada jer gambar kartun tapi mama kata kek tu tak sedap..kesian Amsyar tunjuk-tunjuk kek ada kartum..mama saje buat tak faham..hahaha..


potong sama-sama

Balik jer terus geledah cari belon lama..gigih mama tiup belon tepi tiup pun kecik jer tak berani nak tiup besar..dah belon lama tiup besar je meletup..save bajet punya pasal kan..ehhh bukan save pun tapi tak plan nak buat..


Birthday boy  teruja dapat potong sendiri kek..suka dia dapat buat sendiri..dah besar Amsyar..papa duduk dari atas kerusi sambil makan aiskrim vanila tengok jer gelagat mama yang super over..hahaha 

Tuesday, 9 December 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalammualikum...

Hai..hai..hai..lama tak update sebab malas yer..entah bila buka blog dan bila nak taip terus sign out..hahaha..apa pun tak boleh..aku asyik buka dan baca blog orang jer..

ok nie program aktiviti anak-anak masa cuti sekolah bersama maksedara dan paksedara dia...kesian diorang kan..sebab diorang tak tahu mama papa dah plan mengejut untuk bawak anak-anak mamapapa bercuti only family jer..kita bagi diorang happy kuar dengan maksedara paksedara dia..

Hari sabtu  kak ipar datang rumah nak makan tengahari..gigih aku masak utuk family sebelah En Hubby..sorang-sorang bersilat kat dapur..aku siap masak diorang pun sampai..sabor jela tak sempat nak spray wangi-wangi rumah..jangan nak kata rumah tak sempat wangi aku pun tak sempat mandi lagi..hahaha..


menu-ikan goreng cili tumbuk,sup ayam,ayam bakor,cendawan black paper,sambal belacan dan ulam
malam tu kitaorang makan luar tapi semua makan simple jer sebab masih kenyang..habis semua cakap aku ada jampi dalam masakan sebab masih kenyang dengan masakan aku..hahaha jampi sikit-sikit jer..hihihi

Ahadnya plan diorang nak jalan lepas kan tension katanya..hihihi...aku tak dapat joint diorang jalan sebab planing awal ikut En Hubby pergi Kuala Woh ada event RF..last minit aku cancelled pergi malas nak bangun pagi buta lepas tu duduk kat situ sampai petang..tak kuasa aku baik duduk rumah nak bangun tengahari ke petang ke tak kisah..tinggal berdua dengan Amsyar lepas tu paksa Amsyar minum susu dan tidur..hahaha..redha je anak aku..nasib dia pun ok jer..

Ok diorang tak ada pergi mana pun setakat Ipoh jer tu budak-budak dah happy giler..Hari tu diorang pergi main bowling lepastu pergi makan dim sum la..dah last sekali diorang jalan kat ipoh dan main kasut roda..
tapi budak nie happy aku pun dah happy..
bersama najiha




budak nie balik excited bercerita pasal main kasut roda..mama tumpang dengar je yer nak beli memang tak ada la..tapi atuk dia telah baik hati dan gigih keluar dari stor cari  kasut roda ayahsu...nasib ok lagi dan boleh guna lagi dan akhirnya  telah pun diwarisi oleh anak-anak aku..hahaha...yang lain nanti datang rumah maklang kalau nak main yer,,hihi..

Thursday, 30 October 2014

Terkena Lagi

Assalammualaikum...

kesian dekat En Hubby kali nie terkena lagi..dulu orang lain buat kali nie pun orang lain buat..

geram sungguh aku dengan orang buat rumah aku nie..rumah aku boleh dia tak buat dalam tempoh dua hari tapi rumah orang lain dia buat dah nak siap..angin giler aku dengan En Hubby tengok..menyirap jer darah aku..aku bebel jer kat En Hubby nak marah tukang tak berani..bukan tak berani tapi kesian orang tua kan..tapi kali nie En Hubby dah bengang giler terus jumpa tukang tu suruh dia stop dan kitaorang dah dapat tukang baru yang sanggup buat..terkebil-kebil tukang tutengok En Hubby aku tinggi suara lepas tu pandai  minta maaf..tapi nasib En Hubby tegas..lor kesian pulak tengok tukang tu..tapi jangan salah kan En Hubby yer dia mula-mula dia diam dan dah bagitau minta siapkan cepat tapi nampaknya dia main-main buat pulak..

Tukang baru datang tengok rumah dia kata dia boleh siap dalam masa 1 hari jer..see korang boleh imagine kan berapa % jer nak siapkan..tapi sayang tukang baru nak buatpada hari tu  tengok banyak benda kena tangguh macam pintu tak kena dengan saiz, berdesup En Hubby pergi tempah yang lain ..tingkap tak boleh ngam dengan bingkai..so terpaksa pecah balik bahagian tingakap tu pulak..giler betul tukang lama nie buat kerja..so dia tak boleh nak pecah dinding tamula..nasib ruang bilik tu dah settel tinggal nak kemas jer..tu pun dah cukup lega dah bertutup kalau tak berlopong jer..

hari  nie kata dia nak settelkan semua..takpe kita tengok nanti..En Hubby terpaksa cuti lagi nak pantau kerja diorang..

tapi takpela orang buat kita esok Allah akan balas balik..Allah nak uji kesabaran kami jer..takpe aku redha jer..tak sabar nak balik tengok nanti..duit yang bajet untuk bercuti pun dah lari ke rumah..bengang jer..penat jer aku simpan...sabar la wahai hati..

Thursday, 16 October 2014

Tomyam Kelapa

Assalammualaikum..

korang penah dengar dan penah makan tomyam kelapa??aku first time makan benda so jakun la dengan benda nie..

Baru nak goda En Hubby ajak makan luar tup..tup dia dulu ajak ..katanya nak try makan tom yam kelapa..haloooo dengar gitu alangkah indahnya kehidupan kan off dapur..

Try makan tomyam kelapa nie..no bad la..sedap jugak lebih kurang rasa macam tomyak pok tek..kalau biasa makan kedai tomyam tau la..hihi..yang sedap makan tomyam dengan isi kelapa...perghhh sedap giler..rasa macam pedas lemak sikit ..memang sedap la terus jatuh cinta dengan tomyam nie..nanti nak repeat lagi makan tomyam kelapa..

masa ni kedai nie black out dan fius terbakor tu pasal makan guna lilin..so jangan tertipu yer dapat jugak la merasa makan ala-ala candle light dinner..hihihi

tomyan kelapa

ayah su teruja dengan tomyam kelapa


nasi aku..telor dadar tu untuk amsyar ratah..
nampak tak nasi aku banyak kan..tu lagi mahu bising bila badan naik kan..hihihi

ikan masak 3 rasa


ikan sweet sour

ikan nie hasil pancing dari ayah su..besar sangat terpaksa potong dua dan dua masakan..tu sebab kena ajak dia makan sekali..kalau tak kenang kan dia dah bagi ikan tu memang aku whatsup gambo je la kat dia..biar terliur tengok..hahaha..kakak ipar mu kejam..

kesimpulan malam tu makan dengan kenyang dan tidur dengan senyum..hahaha..


Monday, 15 September 2014

R&R Tapah

Assalammualaikum..

Sabtu lepas bosan pulak duduk rumah so tak pikir panjang terus masuk highway ..padahal masa tu dah malam kan lagipun aku pun tak berapa nak sihat lagi..

Kesian pulak tengok budak-budak nie cuti sekolah tak kemana pun..tapi anak aku tak demand dapat pergi sini dia pun dah ok..love you la anak..


kakak yang makin besar

Nuqman yang makin nakal

Amsyar semua nak buat sendiri

papa layan anak-anak
masa sampai tiada orang joint so budak-budak jer mengawasi..tu yang aku suka bawak diorang main sini tak ramai dan yang penting tak berebut..selamat pun selamat..

Monday, 8 September 2014

Sakit Urat,Demam,Ulser

Assalammualaikum..

Sekarang nie musim sakit kuku mulut..kesian Amsyar kena..mula dia selsema lepas tu demam tak kebah..dah demam selalu ok jer just merengek biasa tapi kali nie dia tak nak makan and minum susu..mula la risau bila anak tak nak makan kan..

Pergi Hospital kena amik darah dan terus kena tahan wad..masa doktor tunjuk dalam mulut dia penuh ulser tu sebab dia tak nak makan..kesian dia..masa ambil darah bukan main satu hospital dengar suara dia..hahaha


masa kena tahan wad bukan main lagi menagis tak nak duduk kat situ nak balik..habis semua budak dan mak budak bangun dengar suara dia..hahaha nak camne dah tak tahu nak pujuk camne asyik ulang sebut nak balik jer..time tu rasa macam aku nak lari jer dari Hospital..hahaha..

budak pasrah
masuk air pun dah nak subuh ..malam nurse tak boleh nak buat apa sebab tak tahan dengar dia nagis jer..nurse kata biarkan dulu nanti dia ok baru nak periksa..masa masuk air nie pun sibuk nak ajak keluar..bosan la tu..


pagi tu dah masuk air dia ok sikitla..atuk Abah datang bawak sarapan mama dan ais krim untuk Amsyar..Amsyar makan sikit jer .. selebihnya mama yang makan..Dekat pukul 10 Opah dan atuk datang lawat dia bukan main senggeh nampak..ngsdu  dengan Opah doktor masukan air dan bagi ubat selsema jer..terus laju jer atuk pergi beli kan ubat ulser..Lepas atuk dah beli aku sapu la baru sibuk nurse terhegeh-hegeh bagi ubat ulser dan ubat titis dalam hidung..

dah tengahari nampak ok..air pun dah stop masuk sebab aku tipu nurse Amsyar dah makan and minum banyak..hahaha..malas duduk lama wad..tension aku..Amsyar pun dah tak demam tapi memang dia dah makan and minum cuma tak minum susu jer..apa nurse tanya semua aku ya kan..hahahaha..




nasib ada palyground..lepaskan dia main..dah nampak aktif lega aku cuma tak mahu susu jer..

petang tu Ada dan kakak teman jaga amsyar lega sikit ada assistant senag nak ke tandas..


pagi Sabtu doktor cek tanya itu ini aku ya kan jer..terus Doktor bagi balik..hahaha time tu muka memang happy giler rasa tak sabar nak balik dah..tak sabar nak  qadak tidur jer bukan apa aku kalau tak cukup rehat aku pulak yang tumbang..balik tak terus tidur masak nasi ayam untuk diorang lepas Zohor terus lena..

Bangun-bangun En Hubby pun terbaring kurang sihat jugak katanya..lepastu anak dara pun ngadu sakit kepala dan demam..haiii habis satu rumah sakit yang tak sakit Nuqman jer aktif..hahaha..dia la jadi mangsa suruh buat itu ini..


Lepas sapu air asam jawa kat kepala kakak terus tidur..panas badan dia katanya sakit satu badan..diorang nie sakit sebab dah lama tak excercise..pergi  main badminton berjam-jam kat dewan..besok semua demam urat...hahaha...aku jugak yang letih nak melayan diorang sakit nie..Tapi alhamdullilah hari nie semua dah sihat tinggal kakak jer sakit tekak ...



Tuesday, 5 August 2014

Hari Raya Pertama Tahun 2014

assalammualaikum...

entry hari raya tahun 2014 edisi aku tahun nie warna tema caca marba..hahaha..beli last minute memang gitu la..dah la tension baju raya aku tak siap hantar 2 bulan awal entah apa kena dengan akak tailor nie pun tak tahu la nak marah pun tak guna..aku baru nak berangan jadi vouge sikit..hahaha

Tahun nie giliran rumah Ibu dan tahun nie aku rasa macam sikit sayula..tak tahu la nape..maybe baju raya tak siap kut tapi En Hubby beli jugak  baju baru..hahaha..umur dah meningkat kut tu yang macam sayu jer..dan tahun nie juga pecah rekod aku boleh nagis bersalam dengan Ibu..nak kata banyak dosa tak de pun tapi entahla..hahaha..bila tengok balik gambar tu macam kelakar jer lepas tu memang jadi bahan la aku..hahaha

keluarga kami kini berlima
Geng Lelaki


Geng Perempuan
nasib baju aku dengan anak dara sama warna..okla dapat jugak sedondon..kalau tak mama yang sentap bukan anak yang sentap tak sedondon..hahaha situ dah nampak sapa yang over kan..

3 nyawa mama&papa
nie pun berapa kali nak amik gambar budak tiga orang payah sungguh nak control Amsyar yang malas layan mama dia yang sibuk suruh gambar..lagipun Amsyar tak selesa dengan kolar baju tu yang kelakar dia siap tarik baju sampai dia nak tercekek..hahaha..
Nuqman dan Amsyar

Nuqman dan Kak Tisya
Dah settel bersalam-salaman dengan semua sibuk bergambar pulak macam retis..rata-rata nak nak selfie..padahal masa tu perut dah berbunyi keroncong...


time nie En Hubby dah melantak dulu tinggal kan aku sibuk nak berselfie bersama Ucu dan adik ipar aku..

selfie bersama adik-adik

anak dah nagis pun tetap bergambo

bersama pakcik pong-pong

Pakcik yang sibuk berselfie tak ingat nak makan pun..dari dalam rumah sampai keluar rumah..anak dia dah mengamuk pun dia tak heran sibuk bergambor..

tapi tahun nie ayah bersuara "aku tengok korang nie asyik pegang handphone..nak ayah buat cam iklan tv tu ke?"..hahaha..simpan kejap lepas sambung balik semua cam ketagih dengan handphone jer..




Friday, 1 August 2014

Malam Raya


assalammualaikum...

apa-apa pun nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang sudi baca entry nie..

macam biasa tiap-tiap tahun raya menu tu jer tak pernah tukar..ibu kata kalau buat lauk lain nanti tak ada feel raya katanya..macam biasa ibu suka masak malam raya lepas buka sibuk la kat dapur nak masak tak dapat nak layan drama kat tv..walaupun ibu kata ibu boleh handle semua tapi sanggup ke nak tengok Ibu masak sorang-sorang kita sedap jer terkankang kat depan tv kan..

ketupat Ucu dah rebus petang dah settel ucu yang jaga sama Yus..selalu ketupat nie abang Sham jaga tapi tahun nie turn rumah mertua dia so Ucu ambil alih la....malam masak rendang ayam disediakan air tangan Ibu..daging bawang goreng pun Ibu masak nasi Impit pun Ibu jugak rebus..hahahaha..aku cuma masak kuah kacang je itu pun nak masak pun rasa hati belah bagi jer..bukan apa si yus tu kalau boleh nak kuah kacang pun ibu buat dia kata orang lain masak tak sedap..kuar ajor jer bunyikan..tapi bila dah masak tanya adik aku " yus sama tak rasa dengan ibu buat" dia kata "boleh 96% samala"..lega sikit kalau tak dia tak nak makan dah la itu favourite dia..

Photo: Rendang ayam special resepi bonda tersayang
#nyum2#selamathariraya
rendang dalam proses

dalam proses kuah kacang
proses masak daging bawang goreng

orang sibuk masak budak-budak macam biasa main bunga api..seronok sangat dia dapat main dengan puasnya..mana taknya sendiri punya pastu paklong dan pakcik dia pun beli lagi..puas sangat dia main..Amsyar takut-takut nak main tapi main jugak lepas tu terpercik kena kaki terus takut nak main..hahaha


dah settel masak macam biasa kitaorang raya dulu..makan untuk test katanya..hahaha..dah kenyang lepak kejap lepas tu terus tidor..next Entry pasal Ray pulak..hahaha..saje jer buat banyak entry pasal Raya nie..

Thursday, 31 July 2014

Sebelum Tiba Syawal

Assalammualaikum..

dah raya tapi aku baru nak buat entry sebelum raya..takpa la janji sweet memori tetap ada..

tahun nie disebabkan raya jatuh hari Isnin so banyak masa lagi untuk prepare apa yang patut..sebelum balik raya di Sungai Buloh Nuqman kita bagi rambut raya dulu gunting rambut kat tapah..Nak gunting kat sungai Buloh mahal nak mampus..so kak ada dia telah belanja dia gunting rambut..situ dah dapat mama buat penjimatan kan..hahaha..


Photo: #rambutrayanuqman
ragam Nuqman bila kena gunting rambut
ok anak lelaki dah settel lega sikit..so balik sungai buloh bosan pagi sabtu ajak ucu pergi saloon..saloon katanya padahal kat kampung Ibu nie dah macam kitaorang balik bandar jer..semua ada tak payah nak jauh-jauh pergi saloon..macam biasa aku cuci rambut jer and trim sikit jer tu pun dia caj mahal jugak..dah aku cuci anak dara haruslah jugak nak mencuci punya lebar dia suka..yelah dah lama tak bawak dia pergi cuci rambut kat kedai..Ucu yang perkenalkan kedai nie..so far ok la tapi aku jer macam kureng sikit sebab cuci dia sikit urut kepala jer lebih..aku tak berapa suka..tapi aku tengok orang yang cuci rambut Ucu macam best jer..lain kali try dengan dia pulak
Photo: :):)

kakak kata best cuci tapi bila dia nak hairdryer ( betul ke namanya) tu panas ..ala sian anak mama nie..


Photo: Tunggu dgn penuh kebosanan kami gegirl kat salon
#duabujangmenyibuk
sabar menunggu 
disebabkan En Hubby pun keluar so terpaksa angkut semua anggota tentera nie..nasib call En Hubby dia dah onthe way nak balik so minta dia singgah ambil budak dua orang nie..kesian pulak kalau dia tunggu lama-lama..lagipun excited sangatkan sampai lupa nak bawak susu dia nasib dia good boys..

Balik rumah tengok elok jer dia lepak dengan papa kat depan tv..bagus betul dia..Lepas tu bagi susu terus dengan mama dia terbongkang tidor..penat menunggu diaorang cuci rambut..

next entry akan cerita malam raya dan hari raya yer..



Blogger Templates