Wednesday 28 May 2014

Cuti Tak Rancang Ke Cameron Higlands

Assalammualaikum...

sebelum cuti sekolah meh kita pergi bercuti dulu..cuti pun tak rancang main terjah jer..nie semua gara-gara ayah su datang rumah..dia baru habis kerja malam tak nak tidor sebab takut malam berjaga esok dia dah kerja shift pagi..

kitaorang naik Cameron pun dah tengahari dari Tapah...perjalanan yang memakan masa  1 jam jer..Aku memang gedik sangat nak naik Cameron tapi bila naik jer aku mabuk kepayang..tension jer aku..nasib masa pergi balik ada bibik jaga Amsyar..so aku duduk diam-diam sambil tutup mata..Amsyar pergi balik tidur..lega sikit..

sebelum pergi semua muka suci jer..
kitaorang dari Tapah cuaca memang cun giler sampai atas hujan pulak..spoil rasa..hujan-hujan pun kitaorang tetap jalan..best kali nie pergi aku berjaya memuntah segala hasil dalam perut..kakak nasib dia ok mama dia pulak tak  ok..kalau tak aku ok jer tapi dah pening sikit lepas dengar suara abah ..adik  ipar aku dengan En Hubby aku bersembang macam jauh sebatu jer padahal sebelah telingga jer pun..tu yang buat aku bertambah pening..hahaha..salahkan orang juga kan..
aku yang tengah pening lalat
Photo
macam biasa mesti singah kat tempat teh bagi tenang kan kepala dan perut aku yang rasa nak terkeluar isi dia..minum teh panas bagi lega sikit..tapi masih tak mahu juga kurang

bergambar sambil mendogak bahu masih pening lagi
Masa nie aku rasa macam awang-awangan jer sebab lepas muntah budak cerdik nie ambil 2biji panadol makan..lepastu rasa macam khayal jer..lalok kejap..memang betul panadol tu dadah orang kata..
kami sekeluarga

3 face 3 colour ..
kami yang suka selfie bersama ayah su dan Nuqman
Masa  nie hujan dah mula nak turun terus cepat naik kereta terus pergi big Strawberi Farm...kat strawberi Farm aku nampak mesin urut terus masuk duit..lega sikit sedap bila urut tang kepala aku..plan nak petik tapi masa tu tak musim sangat..
amik dari intenet
ontheway nak naik ke tempat strawber mata kita akan di jamu dengan kaktus dan bunga yang cantik dan segar jer..rasa tenag otak tengok bunga..
macam-macam menu dia

Add caption
salad dia segar bugar 
kat sini diorang makan tapi aku just makan strawberi nak bagi hilang mabuk..minum teh dia pulak rasa teh strawberi..manis..lagi loya tekak aku..last minum air masak jer..kat sini mesti nak makan wafer strawberi..strawberi coklat..dekat sini pun ada salad macam jenis salad..

kami sekeluarga..abang Nuqman lupa nak tutup mulut pulak..seram tengok..


masa kat sini aku bagi lepas jer..punya la seronok dia ke hulu hilir dia berlari..


Amsyar yang tak reti diam..

selfie Amsyar bersama Kak Tisya
dah rasa ok dah macam segar sikit terus kan perjalan kat Kea Farm..kat sini nak beli sayur ke ..key chain ke murah sikit dari tempat lain..kitaorang sampai hujan baru berhenti so boleh la jalan lengang kangkung..kat sini aku memang target nak makan jagung and ubi jer..tapi pelik makan kat sini sedap jer manis bila bawak balik tawar jer rasa..sejuk jugak kat sini yelah baru lepas hujan kan..

kami yang kebal tanpa baju sejuk

Photo
kami yang ceria
lepas puas mata tengok sekeliling ..kitaorang balik tak ada beli sayur pun malas nak shoping sayur pun..sebenarnya banyak tempat tak pergi macam ladang teeh tapi dah petang kawasan tu dah pun tutup..tapi aku tak jumpa tempat lavender tu..rugi pulak rasa sebab teengok Diana Amir pergi macam cantik jerkan..Last destinasi pergi jumpa kawan En Hubby geng RF dia dan  terus balik Tapah..nasib kitaorang onthe way balik tak hujan tapi tetap hati-hati la sebab jalan gelapkan..aku macam biasa menahan gelodak dalam perut jer..


Friday 23 May 2014

Bulan Sakit

Assalamualaikum..

orang kata sakit tu dapat mengurangkan dosa kecil..ya memang betul..tapi setiap kali sakit tu datang setiap kali nak merungut apa kejadahnyakan..asyik merungut jer..

ok bulan nie penuh seisi keluarga sakit jer..sakit tak ada yang teruk just sakit yang like-like jer..

mula-maula bawa virus si kenit nie kena sakit mata nasib dua hari jer sakit mata lepas tu kena dekat papa dia..En Hubby kena lama jugak dekat dua minggu lepas tu baru sihat..aku kat rumah asyik bubuhkan eyomo kalau tak bubuh takda dia nak buatnya..semua manja tau...aku dah risau takut kena sakit mata nie kan berjangkit..alhamdullilah hanya dua beranak nie jer kena sakit..Allah tu maha adilkan..tak nak bagi si kenit nie kena biarlah bapak dia tanggung sakit..hahaha..tapi yang tak syoknya dia berjangkit kat rumah pengasuh Amsyar..sorryla yer..

ok lepas tu settel penyakit sakit mata..aku pulak kena sakit gusi bercampur pulak dengan sakit tekak..memang sakit sapa silap jer memang rasa nak bagi penampor jer..memang azab giler time nak makan..bayangkan la nak masuk sudu dalam mulut nak nganga pun payah..aku nak nganga pun sakit nak gosok gigi pun nagis..aku gosok ala kadar jer selebihnya aku kumuh dengan listerin..nanti dah ok memang aku balas demdam tenyeh gigi..mula-mula kena sakit sikit jer makin lama makin sakit berdenyut dan terpaksa aku ambil ubat tahan sakit melebihi dos..aku kalau tak cukup makan memang aku nak jadi HULK jer..so nak tak nak aku makan jugak la lambat pun lambat janji aku kenyang..sekarang nie dah beransur sihat dan dah boleh pot pet pot pet makan pun dengan muka bergembira..aku habiskan ubat antibiotik jerla..

Lepas satu ujian satu ujian pulak..aku dah duk termenung fikir apa kesalahan aku sampai ALLAH uji kami sekeluarga..tapi fikir balik takda apa pun tapi mungkin aku terlepas pandang kut..Si kakak pulak demam dan asyik ngadu sakit kepala..demam pun on off jer..last semalam seharian asyik muntah..makan pun tak nak.bawak pergi hospital ambil darah alahmdulliah negatif darah di tak de wabak denggi..dah la sini musim denggi..buat mama risau jer..aku tanya jugak kat kakak kepala tu ada jatuh ke terantuk ke..geleng jer dia nak jawab dah tak larat..aku tanya juga ada kabur-kabur pandangan mana tau nak  kena pakai speck ke..kan ..kalau bab kepala nie aku cukup risau..sekarang pun dah beransur sihat sikit selepas atok kesayangan dia buat air penawar baru stop muntah dan baru boleh gelak-gelak sikit..baru la sibuk nak bercerita itu ini..kalau tak terbaring jer..baru mama happy nak pergi kerja kalau tak asyik terfikirkan dia jer.

Cuma Si Nuqman aje yang tak sakit lagi..minta-minta biarlah dia sihat..dia kalau sakit aku rungsing bukan rungsing sebab dia sakit tapi rungsing merengek duapuluhempat jam jer..sakitnya sikit jer mengada jer over..tapi yang pelik selsema dia tak nak hilang-hilang dah lama aku perhatikan..ubat macam biasala kejap makan kejap tidak..Dah la En Hubby nie kalau anak dia selsema memang pantang dia..lubang hidung tu make sure bersih jangan nak kotor-kotor  kalau ada kotoran memang siap la..

Okla semoga kami sekeluarga sihat sepanjang masa semoga dengan sakit nie terhapusla dosa kecil..amin

Resepi Untuk Diri Sendiri

Assalammualaikum..

sebelum diri nie terus jadi sorang pelupa sebab faktor usia aku nak tulis resepi masakan yang pernah aku buat..semoga nanti dah tua nak masak balik lauk kegemaran aku boleh aku search kat blog aku..

disebabkan  aku  pengemar ayam resepi ayam masak merah wajib aku letak..aku dengan ayam tak boleh dipisahakan macamtu..

Photo
ayam masak merah resepi dari ibu
ibu selalu jer marah kat aku setiap kali nak masak yang aku kureng pandai sibuk call tanya ibu pasal bahan - bahan dia..ada tu ibu tenag dalam masjid ada kuliah aku call tapi tak berjawab sebab ibu silent nanti dah habis kuliah ibu call balik tanya napa..time tu bisingla ibu ingat apa hal sebab banyak miss call...hahaha tapi jangan tak tahu ibu pun ada jugak call aku tanya pasal masak ..eksyen jap hahaha.."hari tu ko masak nie  apa bubuh yer aku dah lupa la"..hahaha kira kami sentiasa berkongsi resepi jugakla..tapi masakan ibu juga tak boleh lawan dengan masakan aku..

ayam masak merah
Bahan-bahan
1 ekor ayam ( ikut banyak mana nak makan )
2 seduk besar cili blend
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
sebesar ibu jari halia
kulit kayu manis + bunga lawang ( ikut citarasa)
garam dan gula

Cara masak
1. ayam di gaul garam dan kunyit dan masuk dalam kuali tanpa minyak masukan sekali halia yang telah dihiris  ...masak sehingg dia keluar minyak ataupun dah nampak macam garing sikit..lepas tu angkat letak tepi
2. tumis bawang merah , bawang putih , kulit kayu manis dan bunga lawang ..dah wangi sikit baru masuk kan cili blen masak sehingga garing..dah tengok garing masukan air sedikit mengikut kegemaran dan masukana ayam tadi dan masak seketika lepas tu bubuh la garam dan gula mengikut kesedapan tekak masing-masing..kalau rajin hiris bawang besar dan taburkan atas ayam..dah tu makan dengan nasi ayam ke nasi putih..

Photo: again ice cream milo + strawberi
ais krim milo + strawberi
nie resepi aku google kat internet ..aku cari yang paling simple nak buat..

bahan-bahan
1 tin susu cair
1/4 susu pekat
1 sudu besar ovalete
1 sudu kecil esen vanila
perasa strawberi + buah strawberi
4 sudu milo
Cholate rice hiasan

cara membuatnya
1. susu + ovalete + esen vanila diputarkan selam 20 minit sehingga ia menjadi pekat berkrim
2. buat 2 bekas dan asingkan mengikut perasa straw beri dan satu bekas perasa milo 
3. lepas tu tuang dalam tupperware dan letak cholate rice dan sejukan..

lagi resepi ayam..ayam goreng kunyit macam kat kedai tapi nie En Hubby yang ajar aku..anak-anak memang suka la sama macam kat kedai tomyam..kalau aku buat kering makan pun macam keras jer..

 Ayam Goreng Kunyit
bahan-bahan
ayam dipotong kecil
bawang besar 
bawang putih
cili api atau pun cili bangala
nak tambah sayur kacang panjang dan bunga kobis pun boleh

cara buatnya
1. ayam tu di gaulkan dengan garam dan kunyit dan masak dengan minyak yg banyak ..minyak agak-agak dia tengelam sudahla yer..
2. ayam tadi dibiarkan dan terus campur bawang merah, bawang putih , dan cili dan sayur goreng sehingga masak .
3. dah masak angkat semua bahan dan toskan minyak tadi..Lepas tu boleh makan..

Photo
ayam goreng kunyit + ikan bilis goreng bawang

Tuesday 20 May 2014

Minggu Mencabar Anak-Anak..

Assalammualaikum..

Minggu nie dari hari Selasa hingga Jumaat tak mahu bagi anak stress..tak mo bagi dia tension..nak kena cakap lembut-lembut kena banyak bagi pujian dan nasihat jer..tapi itu bukan jiwa aku pun..tapi aku kena sabar selam beberap hari jer lepas tu tengok keadaan tahap kesabaran aku sampai tahap bila..

bukan apa minggu nie kakak dan abang exam pertengahan tahun jer..kecoh jer kan..anak orang lain pun exam jugak..aku sebagai mama dia mestila nak yang terbaik dan keputusan yang cemelang..memang dari minggu lepas aku dah push diorang belajor..bila malam lepas makan aku bagi latihan suruh buat..merungut-rungut budak kena paksa..yela penat kan tapi mama lagi penat bila tengok keputusan korang nanti..mama nak bagitahu mama nak anak mama berjaya itu sahaja..ada masa tu si kakak nie jawab soalan aku sampai tertidur-tidur atas buku..kesian aku tengok..

aku dah warning saje jer dera minda diorang aku cakap sapa tak lulus dan tak dapat A atau B mama tak bagi duit belanja..hahaha kejam betul mama ko kan..aku siap cakap bawak bekal jer itupun kalau mama masak kalau mama tak masak minum air kosong jer..hahaha saje jer kan..tapi hati aku sakit bila ada jer yang nak menjawab.." ala mama tak kasi Nuqman minta kat papa duit belanja"tengok si kakak tak ada nak jawab -jawab just tengah fikir betul ke mama dia nak buat camtukan...

lagi satu aku ada kata sapa yang cemelang akan dapat hadiah so aku rasa takpe kita ugut dengan benda macam nie so far kalau aku cakap macamtu ada la inisitif diorang sikit dan keputusan pun no bad la merujuk pada tahun sebelumnya....budak-budak sekarang kena gitu aku dulu tak ada pun ibu and ayah nak cakap macam tu ..cuba ibu and ayah cakpa macam confirm A++ aku bagi..hahaha...salah kan ibu and ayah pulak dah diri sendiri malas taknak usaha kan..

pagi nie semua bangun awal sebab nak exam dan aku baru teringat nak cek pensel box cukup ke tak kelengkapan diorang..ok kakak punya complete cuma Nuqman punya barang jer pensel punya banyak tapi semuanya tumpul..sabar jerla aku budak nie..malas nak spoil mood aku pun asahlah pensel bagi boleh cucuk orang..

Apa-apa pun mama doakan harap kakak dan abang dapat jawab exam nie dengan mudah..aminnn...mama tunggu jer keputusan sapa yang good jer..

Friday 16 May 2014

Makan Di Rest House Tapah

Assalammualaikum...

rasanya tak pernah aku cerita pasal kerja aku dalm blog nie entah camne hari nie terbuka hati nak cerita pasal kerja aku..itupun sebab nak cerita makan..

Actually BOD akan datang setahun sekali tengok anak syarikat diorang sama ada kemajuaan atau pun tidak...kiranya lawatan tak rasmi..

Hari yang BOD datang tak ramai staf..ada yang pergi site..ada yang sakit yang tak boleh dielakkan..so yang nie jer la ada..Cik Nisa trip pergi Padang..terkotang kanting aku nak prepare semua..

Dato tenagh berucap

We All
Tengahari kitaorang gerak pergi Rest House..alhamdullilah kali nie layanan diorang tip top..masakan best jugak..kira kitaorang sampai dah terhidangla tak macam yang dulu sebelumnya..maybe dah tukar management kut..tu yang bagus semua..
makan
aku sampai punyala la banyak lauk tak tahu nak makan yang mana dulu..hahaha..so aku amik nasi seseduk jer lepastu semua staff laki jeling-jeling kt aku..diorang ingat aku diet ..tak ada makna yer..aku nak meratah lauk ok..



menu hari tu ada ikan siakap masak stim..udang galah masak sambal petai my favourite nie yang paling banyak aku ratah udang jer petai aku tolak ke tepi..giler nak makan time kerja karang baru nak nganga habis pengsan Dato...ada sotong tepung tapi aku rasa sotong tu kurang sikit sebab liat...ada daging aku rasa dia masak macam kuah chicken chop jer..tapi ok jugak la rasa dia..sup tulang dia aku makan sikit sebab berminyak dan pedas..lagipun tulang jer kan tak syokla makan..kailan ikan masin dia ok tapi kalau nak makna kena bagi dia kecik sikit sebab dia masak sehelai-sehelai ok..aku mula tengok sayur dia mak ai sonag masak tak payah nak sibuk potong jer sehelai-sehelai..pastu masak..cepat kerja..air pun sedap terasa buah takada manis...desert dia aku suka sedap..perut dah kenyang tak makan pun buah..

hari tu kenyang sampai ke malam ..aku tak makan pun tapi pagi esok nya mengelupur perut aku lapor..hahaha..awal aku dah breakfast pun dapt rezki jugak ada orang belanja makan..alhamdullilah..

Thursday 15 May 2014

Cerita Perkembangan Amsyar


Assalammualaikum..

hai silent readers...syok ke baca blog ai??..syok kan kalau tak kan rajin sekodeng blog ai kan???muahhhh perasan yer aku macam ada yang baca blog aku..hahaha..tak pe berangan tinggi tak rugi pun...

hari nie nak buat entry pasal Amsyar yang kini dah meningkat umur 1tahun 5 bulan..banyak perkembangan yang positif bayi seusia dia..baru-baru nie dia baru belajar panggil mama kat aku sebelum nie semua dia hentam panggil..sweet jer dia panggil mama...opah jadi opo..abang dah jadi atang..kakak macam bunyi atak..tak pela sikit-sikit belajor cakap yer..sebut papa aku tak perasan pulak..hahaha

ada hari tu aku tengah mandi lepas tu aku dengar pintu bilik air sebelah bunyi benda keletak keletuk aku keluar la tengok pintu tak tutup rapat tak ada la aku tolak pintu tu takut adik ipar aku buang air karang pengsan aku hahaha..memang diam jer kat dalam takda bunyi suara pun hanya bunyi keletak keletuk jer..pastu aku pergi depan tengok semua rilex jer tengok tv pastu aku tanya Amsyar mana???baru semua cari si kenit nie..aku laju pergi toliet tengok si kenit nia tengah syok main letak batang pencuci dalam lubang tandas..hurmmm scary betul la urut dada mama ko nak....hurmmm lepastu macam biasala kan aku mesti la adakan edisi pot pet pot pet..habis semua aku marah dengan Amsyar pun aku marah tapi dia biasa la buat muka blur...sakit hati aku..dah dua kali dia masuk tandas senyap jer..abang dengan kakak dia tu nak kena ketuk tangan selalu keluar tandas tak nak tutup pintu bilik air..takut betul ya ALLAH aku mohon padamu lindungi kami dari malapetaka..ha kan dah skema ayat ..

semalam pun urut dada aku lagi..tak habis -habis perangai dia tapi aku suka jer sebab itu tanda otaknya berkerja..otak dia rajin bebenor berkerja..

habis tilam bau bedak
amboi bukan main lagi goncangkan

makan bedak
bila aku marah jer suruh lap kan..laju jer dia makan bedak sambil jilat..urut dada mama ko nie nak tengok perangai ko...
sambung main lagi


lepas tu aku nak ambil gambar dia pandai jer tak nak pandang
dia memang pantang semua benda dia bukak pastu dia main..meja make up dah tak rupa meja semua kena letak tinggi kalau mama ko susun cantik laju jer dia capai...lipstik aku dia cungkil habis patah..minyak wangi pecah nak buat camne anak kan otak tengah berkerja..kita marah dia buat senyum comei tak jadi marah ko nak tapi tangan mama laju jer cubit kena rotan tetap kena walaupun buat muka comei..

sekarang nie dia memang suka meniru gaya orang..kadang-kadang tu bila abang dengan kakak dia meniarap tengok tv sambil gelak dia pun joint jugak meniarap lepas tu gelak pandang kakak dan abang dia..comei jer..macam faham jer..tapi bila aku nak ambil gamabr terus dia bangun..dia anti kamera..


abang lentok dia pun nak lentok jugak

abang dan adik
 sembang dengan abang 
apap-apa pun mama doakan semoga Amsyar terus dikurniakan kesihatan baik dan jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat..oppsss bukan Amsyar jer kakak Tisya dan Abang Nuqman jugak semoga menjadi anak yang beriman dan berjaya dunia dan akhirat...


Blogger Templates