Showing posts with label apaapajer. Show all posts
Showing posts with label apaapajer. Show all posts

Wednesday, 11 February 2015

Ais Krim Pasu

Assalammualaikum..

sekarang nie macam-macam orang nak buat bagi laris jualan kan..la nie trend ais krim pasu..so aku pun terjebak jugak nak makan ais krim pasu..

ais krim pasu
mula-mula keluar aku kutuk-kutuk la apa fesyen la makan ais krim last-last aku pun terjebak..malam tu ajak En Hubby pergi makan kalau kat Tapah dia ada kat Highway r&r arah utara..dia bukan kat kedai dia kat kiosk kecil kat tepi tu..boleh nampak sebab ada banner dia harga dalam RM 4.90 sepasu..alang-alang genap jela kan RM 5.00 kan..saja trick diorang niaga..


kakak dengan Nuqman macam pelik jer bila mama cakap makan aiskrim pasu..so aku dah terbayang kesedapan dia..kenikmatan dia masuk ke mulut..tapi mama noor tertipu oleh iklan..hahahaha

bila pergi tengok sendiri alahai ais krim biasa jer aku bayangkan ais krim ala-ala baskin robin ke atau ais krim yang dihiasi dan disaluti coklat ke kacang ke atau pun yg menarik tapi hurmmmm aku buat sendiri lagi baik..

nuqman jus tengok tang mana sedap yang mama dia suka


kakak cakap nie ke ais krim dia?

Nuqman kata boleh jer la..
so kalau korang nak makan ais krim aku rekemen tak payah la..dah kecik pastu ais krim biasa-biasa jer..so tapi nak try boleh jer nanti bila orang tanya dah pernah makan ais krim pasu??so boleh la jawab dengan bangga..hahaha..

so sesiapa ada nak tunjuk makan yang best dan menarik boleh la tayang kat aku ..aku cepat terpengaruh maka akan aku paksa En Hubby memenuhi hajat bini dia.. hahaha..
Amsyar

Wednesday, 24 December 2014

Borak-Borak

Assalammualaikum...

hai ibu-ibu dan bapak-bapak kalian semua dah beli ke baju sekolah anak???..persiapan sekolah anak dah siap ke??aku macam biasa dah settel semua..dah settel tu yang berlagak tulis ..walaupun dua orang anak bersekolah rendah barang keperluan baru tetap ada..tapi tak banyak just tambah itu tolak ini janji ada kan..budak-budak lagikan..

Walaupun masih kecil adakalanya demand jugak budak dua orang nie nak yang mahal tapi alhmadullilah anak-anak mendengar kata dan tidak memberontak..syukur dapat anak yang faham situasi mamapapa dia..bukan tak mampu nak beli tapi nak ajar hidup bersederhana...

biasalakan dah beli barang baru haruslah try..test..cantik ke idak lepas tu sibuk bila tanya nak sekolah..nanti dah seminggu sekolah mula tanya bila nak cuti..macam-macam ragam budak dua orang nie tu belum masuk Amsyar lagi dia pun sibuk jugak  nak try barang kakak and abang tapi kesian tidak dapat..hahaha..

Lega bila barang dah settel dan baju sedozen pun siap gosok..sejam berdiri gosok baju budak-budak nie..sampai kejang-kejang kaki aku..time nie rasa nak jer hantar kedai dobi tapi nak buat apakan membazir setakat berdiri sejam jer kalau berjalan shopping tu relax empat lima jam jalan tak la merungutkan..hahaha..

ok la nie jer nak borak walaupun hati gundah gelana..sedih..dalam otak ligat fikir apa akan terjadi seterusnya sampai tak mampu nak fikir dah..walaupun air mata asyik mengalir tapi akan ku terus kan jua..

Friday, 24 October 2014

Renovate Rumah Part ii

Assalammualaikum..

dah dekat sebulan renovate rumah tak siap-siap lagi..rimas aku..padahal bukan besar pun nak renovate pun..

balik kerja tengok rumah bersepah spoil mood jer..penat tengok sana sini bersepah dan berabuk tapi nak camnekan..sabar jer la..



aku sambung tepi nie jer besarkan dalam 11 kaki..kat tingakap tu nanti nak kena pecah



Simen tu pun pecah buat balik..yang lama dah retak dan pecah..gambar pun amik dari dalam rumah.


my bunga habis tak jaga

setelah disimen..baru nampak cantik..kerja-kerja diorang buat tiga hari lagi nak raya haji hari tu..

memantau dari anak dan papanya

pintu nie bertentang dengan pintu dapu



nie semua dalam proses ..aku pikir wahhh cepat jer dia buat kerja sekejap jer dah naik kan batu..aku sangka dalam tak sampai sebulan pun siap la rumah aku tapi rupanya tidakkkkkk..slowly sangat pekeja dia buat..pasang syiling pun makan masa 1 hari..plaster makan masa 2 hari ke 3 hari entah la malas nak kira dah..adoiii penat aku tengok..aku cakap macam senang jer nak buatkan macam teror jer..hahaha..tapi diorang kan nie memang bidang diorang kan..walaupun lambat tapi puji la kemas dan cantik dia plaster..hahaha


dah siap plaster dan buat border tingkap nie kerja dua hari yang lepas yer..rumah aku memang habuk giler..kerja aku asyik sapu jer kat depan tu..En Hubby asyik jeling jer..yela habuk simen kan ko sapu habis berdebu je berterbangan..tapi peduli apa janji mata aku tak sakit


ruang bilik depan tu pun pecah tingkap bagi tingkap center dan buat slide..nie hari depavali dia pecahkan korang imagine la sendiri habuk dia camne kan..dalam bilik tu toksah cakap la habuk dan batu penuh ...nasib bilik tu pakai tikar getah nampak gaya tikar tu kena buang la tak boleh guna..duit lagi ..sabar jer la



dekat ruang nie aku susun bunga aku kat sini letak kerusi..sempit kan tempat budak-budak letak basikal..rumah dah macam apa jer..


kesian bunag aku tak terjaga aku..malasa kau nak susun bagi elok..bukan apa nanti aku susn habis depa langgar nak buat kerja payah pulak kan..entahla bila nak siap rimas aku tengok habuk gini.tukang rumah kata dalam seminggu lagi sipala..katanyala..aku tengok banyak lagi tak buat tingkap tak pasang lagi..pintu tak pasang..ruang depan tu pun tak pecah lagi..mozek lagi nak pasang..hurmmm sabar jela..

takpe nanti dah settel semua baru nak kemas sebersih-bersih dan nak susun balik..

Friday, 17 October 2014

Citer Dapur

Assalammualaikum..

Aku suka bila dapur nampak cantik dan tersusun..tapi dah kemas dan cantik lagi rajin nak memasak..tak tahu kalau orang lain kan..

Baru nie dapat duit terpijak aku cat dapur tapi aku kan malas tak de nya aku cat putih dulu terus beli terus cat...hahaha..cepat dan senang..sorang-sorang cat dapur..sorang-sorang keluar barang..sorang -sorang kemas balik dan bersihkan lelehan cat..tapi aku puas buat sendiri..

warna asal kuning tukar warne cream..
sehari jer aku cat dapur dah settel tinggal nak make over bahagian letak barang jer..plan nak tema dapur warna coklat hitam..nak bertema-tema pulak kan..hahaha..



nie gambor sebelum cat dan make over..make over sangat kan..hihi

mug tu pun ingat nak tukar nak cari waran coklat..



nie selepas dah siap cat dan susun seperti yang dikehendaki..lebih nampak tersusun dan kemas..nanti ada modal ingat nak letak mozek kat dinding dan buat kabinet..tapi tak tahu bilala kan..

Dapur rumah aku memang ada top tapi tak pasang pintu kabinet lagi tak cukup modal lagi..so pelan pelan dan sikit sikit kita cantikan dapur..

setakat nie dah alhamdullilah dapt dapur mengikut citarasa aku..hihihi

Thursday, 2 October 2014

Gelagat Anak Mama

Assalammualaikum..

Bila dah jadi ibu nie semua benda nak utama dekat anak..sampai barang sendiri nak beli pun nak fikir tiga empat kali nak beli..lepas tu fikir lagi perlu ke tak perlu..lepas tu fikir lagi dan fikir lagi..sampai bila masalah fikir tak kan selesai kan..

peace cara Amsyar
Budak sorang nie dah besar kejap jer..dah besar dan banyak akal..sekarang nie banyak mulut kalau cakap ada masa boleh faham ada masa mama anggukan jer apa dia cakap..karang kita buat tak layan terjerit-jerit panggil suruh dengar cerita dia..bila depan orang malu bukan main..ikut perangai mama la nie pemalu..

Amsyar 1thn 8 bln
Sekarang nie memang trend budak perempuan main getah yang macam kartun frozen tu la..nama idak le aku tahu..tapi anak lelaki ada masa joint jugak ..dia pulak over yang buat


Nuqman pun suka main benda nie kusyuk jer dia buat..dah siap dan dah habis asyik suruh beli lagi..mama janji jer nak beli lagi tapi bila balik kerja jer lupa nak singgah beli..meroyan jer Nuqman yang kakak dia rilex jer tak kisah

serius jer muka Nuqman dan kakak..masa nie tengah bertekak entah pasal apa entah..tapi masih still boleh main sama lagi..

amboi kakak over senyum
bila tengok kegembiraan anak nie hilang stress mama kejap..bila masing buat perangai nakal mula mama nak naik Hulk..selalu yang buat macam tu Nuqman..hahaha..suka mengacau orang lagi orang tak suka lagi dia buat..lepastu kakak dengan Amsyar tahu nak jerit jer ..time tu rasa laju jer nak ikat Nuqman kat pokok kerengga lepas tu amik solotape mulut budak dua orang tu..hihihi tapi itulah gelagat sorang-sorang anak..


getah nie mula-mula aku beli sikit jer dulu tengok pandai ke idak dia nak buatkan..hasilnya dapat la dalam enam ke tujuh getah..okla kan sebungkus baru RM 2.00..nie nak cari lagi untuk tambah koleksi diorang..l



Tengok budak nie semua baik-baik jer..kakak pun macam take care sangat dengan adik dia..siap bawak masuk bilik tidurkan Amsyar lagi..terus dalam kepala mama ada idea nak buat kek


Hasilnya tengah malam pukul 11lebih bakar kek..hahaha nie tengah angin rajin la tu..kalau tak time tu aku dah sampai London dah..

Okla tengok lama -lama balik kek nie rasa lapar pulak..

Tuesday, 30 September 2014

Beli Barang Baru

assalammualaikum..

hari nie busy sikit nak settel kan dokumen tapi masih sempat curi masa sikit nak buat blog..hihihi..orang kata selinggan kejap..

balik sg buluh rumah ibu hari tu sempat jugak cari barang perhiasan rumah ..mula keluar pergi cari basikal anak dara dulu dah lama minta tapi yang merengek suruh beli cepat Nuqman..tak faham aku dengan budak nie dia yang sibuk pulak..


beli jer terus try basikal tak sabar-sabar dah ..



dah settela tengahari lepas zohor pergi IKEA cari barang ..tu pun kejap jer sebab nak cepat sebab malam ada gathering dengan geng bas sekolah pulak..


kat sana jumpa dengan adik ipar aku dan sepupu Yani a.k.a mak buyung larat jer jalan walaupun tengah mabuk..hihi..



dekat IKEA tak ada barang yang berkenan..besoknya sambung beli barang lagi pergi Nilai 3 pulak..biasala En Hubby nie terlau particular nak beli barang survey setiap kedai..aku membontot je sambil jaga Amsyar dan Nuqman..kakak dapat basikal baru tak nak ikut..ok la bawak anak bujang je..sampai pukul 10 pagi sampai rumah Ibu lebihkurang pukul 5 lebih..nasib tak ramai walaupun  hari minggu..

masa kat sana dapat wasup dari adik aku di pergi jalan bawak kakak..ingat kakak lepak kat rumah rupanya dia pun jalan

ucu dan kakak

minah rempit

Lega barang yang nak dah dapat tinggal nak pasang jer lagi..nie lagi satu kalau barang dah beli mesti terperap atas meja..lamabt nak pasang kalu benda simple aku buat jer malas nak tunggu EN Hubby nie..kat rumah beli cermin hari tu sampai lanie tak pasang lagi..kalau ikut aku aku dah pasang tapi sebab nak tunggu En hubby ada rumah dan tidak busy baru boleh pasang..karang aku pasang ada je tak kena mata dia..so kita tunggu jer la dia buat lambat pun lambat la walaupun dalam hati marah-marah..hihihi

Friday, 22 August 2014

Cerita Dalam Bilik Air

assalammualaikum...

Amboi tajuk macam apa jer kan..hari ahad hari tu rajin sangat dan mood mengemas rumah pun sampaila..maka jomla kita kemas rumah..nak kemas pun mesti ada mood pulak kan..

Dah duduk rumah tu dekat 5 tahun kut baru tergerak hati nak cat bilik air..selama nie masuk bilik macam tak berseri jer..dinding pun warna simen jer..bosan kan..

hari tu aku dah make over bilik air tu pun balance warna cat dinding rumah..hahaha..dari membazir keras kejung cat tu baik aku cat..berpeluh-peluh mengecat dalam bilik air sorang-sorang..budak-budak sibuk nak menolong tapi kejap jer aku bagi cat..taula kalau budak cat kan tumpah jer lebih dari mengecatkan..

Bila dah cat rasa macam wahhhh cantik bilik air aku tapi nampak gelap pulak..Nuqman siap sound lagi siang hari  pun kena buka lampu gelap..ala tak de maknanya..memang sebelum tu pun memang suka siang hari buka lampu pun..lepas tu tak tutup bil letrik melambung papa ko jugak bising..

cantik tak..abaikan Nuqman yang tak berbaju

Masa aku mengecat tu tak masak lagi padahal dah tengaharikan tak pe balance mee hailam pagi tadi ada lagi sapa lapar makan tu dulu..kejam mama kan sebab mood mengecat dah sampai so tak nak la terganggu kan..En Hubby jaga Amsyar ..tu pun berpuluh kali datang kat aku panggil "ma tek"..nanti aku marah kat dia "tek".."tek" berlari dia kat papa dia..hahaha saja jer kacau mama kan.... siap cat terus nak masak sekali letrik pulak blackout..so goreng ayam dan ikan goreng masak bubur nasi..dah siap masak berebut-rebut makan kesian lapar anak-anak mama kan..

Petang tu semua dah settel nak rehat kan badan rasa macam letih pulak..sambil baring suruh En Hubby picit tangan lenguh rasa pulak..tengah tidor tiba-tiba rasa badan macam nak demam pulak ..poyo jer kan baru mengecat bilik air dah nak demam kan..bila bagitau En hubby senggeh jer dia tau dah perangai giler aku tu.,..

nanti ada masa nak make over dapur pulak tu tak tahu bila la..cat rumah nie sejak pindah tak pernah cat..so perlu jugak make over..

Friday, 2 May 2014

Tiada Istilah Cuti Bagi Orang Pompuan

Assalammualaikum..

Semalam cuti hari pekerja tapi aku tetap kerja jugak..kerja kat rumah la..biasala orang pompuan kan kerja- rumah nie mana pernah nak habis..

Berapa hari tak betul-betul kemas rumahkan ..kemas pun ada ke main -main pulak..that means hari kerja kemas mana yang sempat jer la kan....so semalam habis rumah aku kemas cantik jer berkilat..baju pun yang dah tinggi pun habis clear aku lipat siapa paksa En Hubby tolong lipat lagi..hahaha..anak-anak aku lepaskan kat luar main habis badan Amsyar kena gigit nyamuk..mana nyamuk tak suka hanya diapers jer..

Dah settel  tiba-tiba jer mood rajin nak buat kuih buah melaka..terover pulak kan buat kuih sebenarnya bukan apa nak habiskan tepung yang tinggal hujung-hujung  nak expired date..hahaha so gagahkan diri merajinkan...

versi aku
Saje buat dua colur  nak bagi anak- anak teruja makan..tapi yang teruja mak dia juga..dah siap saje nak eksyen kat family sg buloh whatsup family group tapi last aku yang tension jer..hahaha

diorang pergi makan sushi.grrrrr..


ko dah kenapa terlebih wasabi ke?


adik aku & bini dia

Thursday, 27 March 2014

Mari Bergumbira :)

Assalammualaikum..

Penantian begitu lama akhirnya membuahkan hasilnya...alhamdullilah dengan rezki yang allah bagi..sykur sangat-sangat..terima kasih Allah..terima kasih juga pada CEO syarikat atas usaha jaya anda..

muka anak dan mama happy
padahal semasa menunggu macam durian tak luruh jer..hari-hari dok merungut ..merungut belakang jer pasal HR la pasal CEO lah pasal orang itu ini lah..lembab buat kerja la..main-main kan perasan orang la..merungut jer....selagi tak dapatkan hari-hari diorang dapat pahala aku jugak dapat dosa..hahaha..tak suka betul tapi tetap buat jugak..lagi satu  meroyan kat mesin ATM..hahaha..hampir nipis kad aku asyik pergi tekan macam tu jugak angka dalam skrin tu tak nak pun bertambah..tapi akhir nya alhamdullialh..terbeliak kejap tengok..kejap jer la..terus keluar sengeh-sengeh macam kerang busuk..hahahaha..entah apa-apa jer aku nie..

Alhamdullilah walaupun dapat tak seberapa tapi alhamdullillh boleh la buat menabung lagi sikit..shoping sikit...renovate rumah sikit dan yang best boleh bawak family pergi jalan-jalan makan angin..alhamdullilah rezki di kongsi bersama..

ini semua berkat doa semua orang..doa anak-anak..doa suami..doa ibu bapa termasuk doa dari aku jugak.

mengaji bagi ketenangan jiwa

nie budak pun turut sembahyang juga

Thursday, 13 February 2014

Bila Anak Berbicara

Assalammualaikum...

Bila anak happy mama pun turut happy jugak..haritu ada sembang dengan kakak dan nuqman

Nuqman: ma nak tahu tak?
Mama: tahu apa?
Nuqman: haritukan masa mama masuk hospital kan kakak nagis beria-ia nagis sambil tengok gambar mama..{masa ni nuqman habis seronok gelakkan kakak dia}
Mama : yake kesian kakak ..sedih yer
Kakak: yela kakak tak nak mama sakit..kakak rindu mama..kakak sayang mama

holaa toching pulak hati mama  dengar..meh kita peluk -peluk..

Nuqman : ma tau tak kat sekolah Nuqman jadi ketua kelas
Mama : ya ke..haritu kata jadi penolong
Nuqman: cikgu pilih Nuqman sebab kawan nuqman tu tak pandai..
Mama: yake..boleh caya ke..Nuqman pandai ke
Nuqman : pandaila sikit dari kawan Nuqman tu..

hahaha pandai sikit ..dia jerla yang baguskan..dia jer betul..

Kakak: ma tengok nie anak pun tutup aurat nak main
mama: yela..bagusla tutup aurat nantivjangan dah besar bukak pulak..
kakak: takde nya..mama tu nak keluar tu pakai la tudung..
mama: ok..

amik ko kena sejibik muka aku..

Nuqman : mama masa mama bersalin sapa yang keluar dulu kakak ke nuqman
Mama : dah tentula kakak
Nuqman : nape mama tak kelurkan Nuqman dulu..kalau tak boleh jadi abang

tak tahu nak kata apa-apa

kakak: mama tadi kat sekolah kakak belajarkan cikgu tu cakap orang pompuan kena jaga "V" dan "t---k".
mama : betula tu cikgu cakap
kakak: cikgu cakap jangan bagi sapa-sapa pegang kecuali doktor nak rawat dengan mak bapak kita jer
mama: salah tu dengan mak jer..bapak pun tak boleh pegang..dangerous...faham tak
kakak: dangerous tu apa mama??

nanti dah besar sikit mama terangkan yer..

Nuqman: mama nuqman pandaikan
Mama: ya anak mama semua pandai
Nuqman : Nuqman pandai matematik kakak pandai agama kan ma
Mama: ya kalau boleh semua matapelajaran kena pandai..faham tak

apa pun tak boleh

Nuqman : mama kenapa orang pompuan dah besar pun pakai pampers..kakak ko pakai pampers tak??
Mama: ada la sebabnya..nanti Nuqman dah besar baru tahu..
Kakak: entah apa-apa jer ko nie
Nuqman: kan nuqman dah besar dah sunat pun

lain kali la kita belajar sains yer

Mama : hari nie mama nak buat kek
Nuqman: mama pandai buat ke..kak ila dengan kak ada pun pandai
Mama: mama lagi pandai dari kak ila dengan kak ada
Nuqman: yakeeeee..

mesti dia konfius..hahaha




Thursday, 5 December 2013

Santai Bersama Family

Assalammualaikum..

Kesian budak-budak cuti sekolah terperap jer kat rumah..dah hujung-hujung tahun makbapak cuti tahunan pun hujung nyawa jer..nak bawak pergi jalan bajet tak cukup..kerja pulak menanti hujung tahun nie..so next year baru planning bawak diorang jalan..terperap jer la budak-budak kat rumah..

Setakat bawak pergi makan -makan biasa-biasa boleh la..hari tu bawak budak pergi jalan makan Mcd kat Kampar..ok la dari takde dapat jugak santai bersama Family kan..kitaorang pergi dalam pukul 8 malam.. Dah jalan macam tu selebrate terus besday En Hubby tu pun adik ipar aku yang ajak..nak harap aku..tak ada la nak buat..aku kalau boleh nak boikot..besday aku takde kezutan kan..so besday dia pun nan ado..hahaha..kejam bini mu..
Photo: Sambut birthday my brother Saiful Naim Abdul Shukor Noor Zakaria
muka tak puashati

Si Kecil nie aku lepaskan dalam playground tu jer..dia kan dah pandai jalan..suka dia dapat panjat sana-sini..jalan ke hulu hilir dia..si kakak tukang menjaga dia..kejap-kejap lari keluar makan kat aku..nasib port kitaorang betul-betul sebelah playground..

main sama abang

suka ko Amsyar

marah orang joint

panjat

dah naik nak turun jerit panggil orang
Sampai kat sana sibuk semua wifi ...mentang-mentang wifi free kan..harus la mengupdatedkan status..tapi bagi aku choiii sangat..bateri kong..hahahaha..terus buat muka tak puashati dan muncung kena pantau budak kecik main..padahal takde sape pun suruh sajekan nak majuk..gataikan..tapi kejap jer pastu En hubby pun joint jaga anak dah dia tengok bini dia muncung muka tak happykan..saiko tak aku..hahahaha

update status

apsal laki aku senggeh semacam nie

makan samapi kenyang

kek besday boy
Sekarang nie tinggal bertiga jer kat rumah..aku dah post anak aku kat rumah mak aku kat Sg Buloh..Sebelum dia di post diaorang  telah dibelanja oleh Ayah Uda diorang tengok wayang cerita apa yang ada Ustaz Azhar Idrus tu..sian makbapak pun tak tengok wayang lagi..Sebelum tengok wayang tu diaorang pergi rumah Ayang Ngah diorang ada buat bbq...so tengok gambar yang di pos muka happy la budak-budak nie..
bersama cousin tunggu ayam

ayah ngah sibuk bakar ayam

Photo: Movieee
Ayah Uda belanja tengok wayang

Lepas nie ibu and ayah nak bawak diorang balik Johor jumpa moyang diorang yang kurang sihat..jalan lagi diorang..so aku pun happy takada la diorang bosan cuti sekolah nie kan..Anak-anak mama jangan nakal-nakal yer duduk sana..

Lama takjumpa rasa rindu pulak dekat budak dua orang nie..adik Amsyar pun aku tengok dah macam sasau jer..rindu kat abang kakak dia la tu..merengek jer..nak cakap mama dia tak faham bahasa dia.nasib la Amsyar..So nanti kita jumpa kakak abang  yer ..





Mama Noor 


Blogger Templates