Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, 28 January 2015

Kerja Giler??

Assalammualaikum..

kerja giler kami sekeluarga buat hari tu tapi aku tak giler la..dari Tapah jam 2 pagi gerak ke Thailand sampai pukul 6 pagi..En Hubby hebat tak tidur langsung sebab dia drive kan ..aku macam biasa tidur-tidur ayam jer tak selesa tidur dalam kereta lagipun jalan ke Kelantan tak berap elokla..lagipun nak awasi En hubby aku takut terlelap kan..dia bukan kira kalau dia kat nak pejam mata kejap pun dia pejam sambil drive..aku pergi hari tupun sebab hantar pekerja aku balik cop..

Masa pergi hari tu kereta En Hubby tak lepas kat sempadan pulak sebab oner lama tak pulangkan permit Insuran kereta..so kena bayar denda 4000 baht kalau nak masuk..so tak de la giler aku nak bayarkan semata-mata nak masuk sempadan so tinggal je kereta dan naik kereta orang sana..

sementara tunggu kereta datang so layan gambar bendera Thai jer.

ontheway nak masuk Thai
Amsyar paling teruja dapat naik hilux nie..siap minta nak duuk belakang..aku yang risau takutla apa-apa kan..dahlah masuk negara orang kan..

sebab tak boleh bawak kereta masuk habis plan kami nak pergi sana sini nak tengok tempat menarik nak minta diorang tolong bawak takut menyusahkan kan dorang penyudahnya lepak kat rumah diaorang jer..nasib family dia ok..tapi yang tak best kedai runcit memang sebelah rumah..seronok anak-anak aku menghabiskan duit aku..Budak-budak dalam kereta memang tidur jadi diorang samapi sana main.

kat rumah nie air dia macam air batu walaupun cuaca panas tapi sejuk jer berangin jer..best duduk camnie..

lepak kejap baraing-baraing bagi rehatkan badan kitaorang gerak dalam pukul 2 lebih pergi pekan Golok pulak beli barang sikit..tu pun tak banyak singgah tempat sebab tumpang orangkan..takpala lain kali pergi sendiri bawak kereta sendiri baru puas jalan..


kitaorang gerak dalam pukul 6 lebih macamtu sampai tapah balik pula jam 12 lebih..lepak kat kedai makan sebelum balik rumah..samapi rumah terus tidur..tapi kesian Amsyar dah puas tidur pagi-pagi dah kejut mama bangun..

memang kerja giler pergi balik hari jer macam ko pergi k.l jer..badan tak berapa letih tapi aku saje jer buat-buat letih sebab Isnin tu dah Apply cuti..

Monday, 11 August 2014

Papa Mama Kerja..Anak Syok Jalan Beraya

Assalammualaikum..

Raya ke empat aku dah kerja..tapi tak ada la bosan sebab kena siap kan dokumen yang perlu di hanatr awal bulan kan..sambil buat kerja sambil makan kuih raya..taip sikit berhenti tangan cari makanan ngap masuk mulut..lepas tu rasa macam baju kerja nie mula dah ketat pulak..Bukan nak cerita pasal makan ke? pasal badan dah naik ke?  nanti ai sentap yer bila ada orang tegur ai berisi tapi itula hakikatnya..hahaha..ni story pasal  anak-anak happy good lucky pergi jalan raya..

Budak -budak ikut keluarga Opah pergi Raya kat Pangkor lepas tu pergi Ipoh  balik malam..so anak-anak tak de mama papa lepak kedai mamak..hahaha tak kuasa nak masak dah la tinggal berdua..

so layan gambar jer la tengok bertapa gembira budak-budak dapat jalan


  


dalam kereta semua mata macam kena gam..semua tidor bagus nanti bangun boleh cergas sikit dan aktif..




Amsyar yang teruja 1st time naik bot..ada dan ila citer Amsyar mulut riuh dalam bot bising.. bercerita gamaknya naik bot..so far lahmdullilah dia tak meragam la..

berlatar kan laut


amboi kakak mulut tu duck face sangat kan..

kakak dan Nuqman berlatarkan laut..amboi Nuqman spek mata tu
tengok muka diorang happy giler dapat berjalan..


nape Amsyar

bersama kak ada,kak ila ( bakal pengantin ) & kakak
tengok gambar nie dah besar anak dara aku..yela kan takan makin mengecil pulak kan..

bersama pakngah
Nuqman cakap gambar nie macam pakngah ayah dia..boleh jer jadi ayah angkat..Nuqman cakap pakngah baik macam ayah uda..amboi kemain ko puji lagi yer..

bersama kak ira bakal nurse..comei sangat nurse nie
Nuqman siap request kat opah dia nanti nak pergi sini nak tidor kat sini..amboi kemain lagi ye..orang dah bawak jalan tu kira untungla..takpe Nuqman nanti kita pergi bercuti yer..

Tuesday, 17 June 2014

Percutian Terdesak Teluk Batik

Assalammualaikum..

wahhh tajuk tak boleh blah sungguh...cuti pun ada terdesak kan..saje buat gimik dengan tajuk kan..

Actualy benda nie memang rancang nak pergi bercuti last minute cancel ada hal lepastu tiba-tiba decide boleh pulak pergi bercuti..plan pun terdesak jugak..semuanya tergesa-gesa jer..

Masa nak ontheway pergi kalau ikut dari Bidor ke teluk Batik makan masa sejam setengah jer tapi hari tu dekat 2 jam lebih baru samapi mana taknya asyik jumpa tandas jer berhenti nampak stesen minyak berhenti..Nuqman boleh pulak perut dia meragam terbery-bery jer..kesian dia..

bila kulit selalu cantik jerkan sekali sekala bagi hitam dan berbelak sikit baru original asli orang kata..hahaha..kitaorang pergi mandi kat Teluk Batik lagi..masa pergi cuaca memang cantik dan cukup n panas terik dia..kitaorang sampai orang memang tak hinggat la ramai giler orang tapi still masih dapat tempat redup la nak pasang khemah..

sampai-sampai jer perut megelupur lapor terus makan dulu dah kenyang baru terjun mandi..


bawak bekal nasi ayam jer senang dan cepat nak masak..lepastu bawak satu tupperware besar keropok..yang best ayah aku siap perli aku kata aku macam nak berkampung kat sini mana taknya sebotol besar gula aku bawak..aku kan malas nak transfer benda ke dalam bekas kecil nak senang dan cepat aku angkut jer..



nie pertama kali dalam hidup Amsyar pergi mandi laut..hurmm ingatkan dia suka rupanya tidak..bila aku letak dia dekat dengan air terus dia jerit peluk aku kuat..hurm aku try duduk atas pasir sama jugak melekap jer dia..ajak main pasir pun tak nak asyik tunjuk kat khemah jer..abang dengan kakak dia toksah cakap la memang excited la..masa kitaorang pergi memang ombak kuat dan menganas jadi mandi pun kat tepi-tepi jer..aku mana boleh tahan tengok mesti nak mandi jugak aku basahkan jugak si Amsyar..jerit- pun jerit janji mak ko dapat mandi..hahaha..tapi yang syok bila air laut kena mata mengelupur budak duaorang cari tudung aku sampai senget tudung aku diorang nak lap mata .

Amsyar dah merengek terpaksa jua aku mengalah bawak dia naik..sampai kata ats dia suruh aku lap kaki dia..geli kut kaki dia ad pasir..ngada--nagada kalau kat rumah elok jer ko korek pasir main..dah bersih ala-lah kadar bagi dia tidor..senang kerja aku boleh aku mandi puas sikit...puas jugak gelak tawa mandi bersama Ucu, main lompat-lompat bila ombak datang..anak-anak aku tengok jer..Nuqman best bila ombak nak datang dia lari dulu..hahaha..

dah puas mandi jalan-jalan kat sekita bandar dia..orang memang ramai..sesak nafas aku tengok..aku kan manja mana boleh orang ramai serabut aku tengok..

muka budak happy



Amsyar bersama kakak Tisya

sukanya dia
 geram tengok Amsyar dah macam budak besar jer..nape cepat sanagt nak jadi besar nie..

Ucu dan Ayah tak boleh dipisahkan
aku pun tak tahu apa motif dia posing kat situ..nak pergi sorang takut roboh so terpaksa la ayah menemankan..

ucu ekin 

feeling tunggu anak raja datang ke??
kali nie pergi sini tak da nak bergambar sangat..sebab semua tempat dah pergi just bawak ucu jer..lagipun muka dah terlebih cun..hahaha

Monday, 12 May 2014

Cuti Berdua ~ part 3 ~

Assalamualaikum...

hari ke tiga check out dan menuju ke Padang...hari nie pun masih lagi banyak lawatan tempat sejarah..setiap kali berhenti setiap kali tengok barang pastu compare dengan tempat beli sebelum..ada yang mahal dan ada yang murah..tapi rasa kat pasar atas kat Bukit Tinggi tu memang murah giler...

aku dah lupa mana pergi dulu tapi tapi aku tak reka cerita cuma mungkin gambar jer mana yang dulu mana yang kemudian jer aku letak.. kitaorang di bawa kilang proses kopi..kopi dia kalau kita bancuh memang namapk serbuk dia tapi kita minum sedap jer tak ada la nak tersedap nie dia bagi free tapi bancuh sendiri..aku benda free laju jer minum siap 2x minum..hahaha konon nak bagi hilang ngantok tapi aku tetap gitu juga..kat sini daun kopi pun boleh minum tapi aku tak try aku takut la perut meragam karang mana pulak nak singgah tandas dah satu-satu tempat nak pergi aku tak jumpa pun tempat yang boleh nak ke tandas la..so jangan nak cari pasal..



lagi satu tempat sejarah ialah Lobang Jepang dimana ia adalah merupakan terowong orang Jepun bina untuk pertahankan diri...guide tu bagitau masa membuat terowong nie sapa yang sakit ke mati ke terus tak keluar bagi rawatan..in case meninggal tanam jer kat dalam tu..seram giler dengar...



jauh nak berjalandalam tu






Lepas tu diorang bawak pergi Istana Selindung Bulan..


Istana Silindung Bulan

dari dalam bas aku ambil.
Lepas tu kitaorang makan tengah sawah padi iaitu perkampungan sawah padi..memang damai  jer dan tempat dia trademark dengan berbagai spesis burung..besar giler aku tengok..masakan dia pun sedap...

tengah sawah nie ada kedai makan






yang pasti barang nie kaum bapak-bapak banyak memborong yer..aku pun tak tahu motif diaorang beli tapi diorang cakap memang murah dari Malaysia..

onthe way nak balik hotel Rocky Plaza diorang bagi tengok sunset..entah apa jer bagi tengok benda nie aku dah lah penat bukan penat berjalan tapi penat duduk atas bas..lagipun hati dah tak sabar nak balik esoknya..



 Akhirnya habis jugak entry nie..keseluruhan percutian nie best jugakla tapi kalau nak best lagi ada anak-anak..

Monday, 5 May 2014

Cuti Berdua ~part 2 ~

Assalamualaikum..

Hari kedua nie aktiviti pun banyak kisah sejarah jer..hati dah membuak-buak nak shoping lagi tetapi kena tahan nafsu jugak sebab duit dah banyak sangat keluar esok balik Malaysia makan Ikan masin jer..hahaha..

Photo
Depan Hotel
aktiviti hari kedua  kitaorang di bawa pergi rumah Buya Hamka tokoh ulamak yang memerlukan jalan kelok 44..kelok 44 tu jalan berkonar-konar tajam sebanyak 44..aku kan mabuk kalau kena jalan berkonar-konar..so bagi taknak memalukan diri marila kita pejamkan mata....biarla orang nampak aku cool jer.. so sepanjang masa aku lelap keja-kejap bukak mata tengok dah sampai kelok berapaalih-alih terlena kejap, tahu-tahu jer diorang ada berhenti satu tempat berehat kejap..seksa betul dah nak pergi ceruk balik gunung ..

berlatar belakang gunung berapi


kerusi yang digunakan oleh Buya Hamka



diaorang bawak kitaorang tempat orang menenun kain songket dan ukiran..mahal jugak kain tenun hasil tangan tapi puashatila buatan halus jer..

Lepas dah jalan kitaorang ada singgah beli makanan macam kat Malaysia nie dipanggil lempengla..tapi yang special dia bakar pakai akyu api..so berebut-rebutla belia nak rasa..rasa dia no bad la ada perasa pisang gula dan kelapa..aku makan yang ada gula sedap jugak kira sekeping duit Malaysia dalam RM 0.50 jer..

ginila cara dia masak
Malam kitaorang ada BBQ kat Hotel jer..makan sambil melayan tarian Tradisional Minagkabau..


muka kenyang


tarian tradisional

adat makan sireh

gimik tarian 

pertunjukan silat


acara minum minyak dan sembur api

tu dia api tinggi dia sembur

menari sambil pijak kaca

keseluruhannya memang memuaskan dan aku terpegun bila dengan persembahan dia. habis tu terus naik hotel malas nak keluar aku bagi peluang En Hubby enjoy dengan geng..



Blogger Templates