Friday, 7 November 2014

Anak Bongsu

Assalammualaikum..

Yes Amsyar sekarang nie anak bongsu dalam keluarga la..Amsyar sekarang nie dah makin bijak makin cerdik makin manja dan makim mengada-ngada..tapi dia nie dari kecil sampai dah nak masuk 2 tahun kerap bebenor demam..antibodi tak berapa nak bagus sangat..bukan antobodi tak kuat tapi setiap kali nak dapat sesuatu pasti demam..


sekarang nie mulut dia riuh jer nak ajak kita bersembang..ada masa aku tak larat nak layan cakap aku buat-buat tidur..lepas tu sibuk kejut aku suruh bangun..agak-agak aku buat diam tiba-tiba pangggg dia lepuk bagi kat pipi gebu aku..adoiii time nie kena serang balas balik la..hahaha..sapa suruh kan mama ko tak boleh terkejut spontan jer..hahaha

dah pandai mintak nasi ke nak air pun dah pandai memilih nak guna cawan mana..cawan sedut dia dah tak nak laju je dia cakap tak nak..kadang tu nampak sesuatu kalau bercerita excited siap dengan tangan-tangan bergerak..makan pun ada masa nak sndiri..setakat tumpah sikit-sikit takpela..proses nak belajor kan tu mulut jer berkata..dalam hati adoiii letih mama ko nak kemas balik dik oiii..

kadang-kadang malu bila suruh bergambar ada masa over pulak..tapi alhamdullilah dikurniakan anak yang berbagai kerenah..

comei bila sesekali bertudung

geng bully
sangat suka buli abang dia..abang nasib beralah jugakla tapi ada masa abang dia yang over sakat dia..Tapi apa-apa pun alhamdullilah dikurniakan anak dan terima kasih ALLAH kerana memberikan anugerah ini..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates