Showing posts with label Family-makan. Show all posts
Showing posts with label Family-makan. Show all posts

Tuesday, 29 September 2015

Hor Fun Old Town

Assalamualaikum..

Di sebabkan En hubby dok sedap kata Hor Fun atau En hubby cakap kueh tiow kicap dia sedap dan asyik dok ulang kata sedap-sedap kan so terus ajak En Hubby lepak sana..padahal lepas maghrib baru jer melantak nasi..

masa tu tengok jam dah dekat pukul 10 malam tapi keterujaan dengar perkataan sedap terus jugak pergi tapi dengan syart share la takut tak habis kan..

kitaorang sampai orang pun tak ramai yang ada penuh dengan student yang sibuk study..bukan makan sibuk nak study grup kat situ..class sungguh budak zaman "U" sekarang kan..


kami berlima

aku share dengan En Hubby Hor Fun with gravy makan dengan sup dan cili potong yang pedas perghhh nikmat tak terkata..walaupun kenyang tapi namak makannan tu terus teruja tapi air tak share sebab aku minum Old Town White cofee hazelnut kalau tak silap nama dia la..sedap sangattt..adik ipar aku tak pasti apa nama dia oder kureng sedap la makanan dia..

Makanan kami

Tuesday, 8 September 2015

Dinner Kelab Shah Alam Selangor

Assalammualaikum..

Makan dan dapat berkumpul bersama-sama adalah paling best..plan nie memang dah dirancang awal-awal..kalau tak rancang ada jer yang tak ada..maklum la semua duduk jauh-jauh kan..

So hari tu decide makan kat Kelab Shah Alam Selangor tempat ni pun Ayahngah yang rekemen kan sebab anak dia berenang kat situ so dia pernah la makanan kat sini so far so goad la..

Makanan kat sini no bad la sedap jugak..tempat pun selesa..serve pun bagus kira puas hatila..



aku suka kat sini ayam madu dia ..lepas tu daging black paper lembut jer daging pun sedap jugak tauhu masak apa aku lupa pulak no bad jugak boleh kata semua sedap la..kalau makan semua sedap kan..cuma tomyam dia kurang sikit..

aku bersama dengan biras aku Kak Naziarah
lepas makan perut dah kenyang bawak anak lepak kat dataran setia mall kat klang..lepas lepak semua masing-masing balik rumah sendiri..



Thursday, 3 September 2015

Sambutan Anivessary Dan Birthday kelab Shah Alam Selangor

Assalammualaikum..

29 Ogost hari tu sambut annivessary aku yang ke  11 tahun..dah 11 tahun kawin dengan En hubby dan dah 3 orang anak..sekejap jer masa kan..tarikh sebelum tu 28 Ogos birthday bapa mertua yang ke berapa tak pasti pulak..hahaha

kali nie sambut dengan ipar duai kalau tak sebelum nie  anak beranak kat rumah jer potong kek kali nie kita jauhkan sikit sebelas tahun kan so cari kelainan sikit..hahaha

kek di sponsor oleh ayah uda
kek nie pun cari last minute..nasib dapat dan sedap..tula tengah makan sedap Amsyar pulak meragam nak tidor spoil terus nak makan..bawak la pusing-pusing kejap..baru ok sikit..

bapa mertua ku

tuan belog family berkotak-kotak malam tu



Tuesday, 11 August 2015

Sambutan Birthday Girl Bulan Julai..

Assalammualaikum...

Hari tu plan nak buat BBQ  jer tapi disebabkan birthday kakak tak sempat nak sambut so terus buat birthday party kecil-kecilan..hahaha..tak da sapa pun family kitaorang jer kebetulan semua adik beradik ada berkumpul raya kan..

nak buat BBQ malam so tengahari tu pergi kedai dobi cuci baju dulu baru pergi beli barang

..merata kitaorang cari kambing dari Econsave tak ada habis ke pasarya Syed ada tapi macam sikit sanagt  so ke Central Mart saujana baru ada..banyak pulak..orang saujana tak makan kambing yer...hahahaha..nasib sini ada..dah settel beli barang balik rumah perap petang karang baru bakor..

kambing potong kecil sikit

sosje dan daging burger


kek birthday
kek birthday di taja oleh Ucu ekin..dah orang nak belanja kita mintala yang best sikit..hahaha..

birthday gilr aku..tisya dan ibu..



Malam tu memang melantak kambing sampai esok pagi aku pening seharian..penangan makan kambing punya..habis semua orang aku suruh picit kepala ..


Wednesday, 24 June 2015

Menu Buka Puasa Ke 6

Assalammualaikum..

Hari nie dah puasa ke 7 dan anak-anak masih berpuasa lagi..orang pompuan nie memang gitu kan pagi nak plan masak nie kan tengahari plan nak masak lain karang petang dah lain pulak lauk dia kan..hahaha tu aku kut jer peragai gitu..semalam wasup En Hubby ngadu demam dan sakit kepala so kata tak nak amsak la suruh beli lauk tapi bila nak petang tu dah macam ok sikit..so balik kerja masak la rasa serba salah pulak nak bagi anak dengan lauk luar kan..so gigih jugak masak...

Semalam masak lemak cili api keli..ikan keli tu pun dah lama sangat duduk dalam frezer..sebelum dia busuk baik kita habis kan..ikan keli nie aku tak pernah masak goreng kalau nak makan goreng En Hubby la tukang goreng kan..hahaha aku takut dia punya letupan dan percikan yang boleh buat aku berpeluh ketakutan nak goreng ikan hahaha...tu untuk tekak aku dengan En Hubby dah settel ..untuk anak aku masak lain..budak-budak tak berapa pandai makan pedas tu yang masalahnya pedas sikit air bergelen-gelen minum..dah la puasa kesian so masak kan kicap telor tu pun muka dua beradik tersenyum lebar tengok telor kicap jer pun excited ..


sebab baik sanagt dan rajin menaip meh aku bagi resepi ikan keli masal lemak cili api style aku la..

Bahan
ikan keli
cili padi ikut kesukaan
belacan sikit
kunyit hidup
udang kering sikit
daun kunyit
bawang merah sikit
asam keping
santan

cara -masak
blenderkan cili api + bawang merah + kunyit hidup + belacan + udnag kering samapi halus kalau nak sedap tumbuk lagi sedap..lepas tu campak dalam periuk dengan ikan keli . daun kunyit dan asam keping bagi mendidih sikit...agak-agak dah hampir ikan masak masukan santan dan garam gula sikit..lepas rasa cukup tidak rasanya..dan boleh hidang untuk dimakan..

Selamat berpuasa tu all silent reader


Blogger Templates