Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, 26 October 2015

Makan Meatball & mix lamb chicken

Assalammualaikum...

Kat tapah nie memang banyak kedai western..banyak tu tak de la tapi lebih dari satu la kan..Yang pernah makan Custom Cafe boleh la sedap jugak tapi tekak aku tak berapa nak ngam..yang dekat koperasi tu apa nama lupa pulak tu sedap jugak tapi time aku nak pergi makan jer dia tutup so malas dan merajuk kita jarang-jarang nak makan kat situ.. lagi satu station cafe yang nie tak pernah masuk dan try lagi..tapi ramai kata sedap jugak..tapi hati ku dah terpaut kat starbugs jer..situ sedap dan memang kena tekak walaupun kedai dan decor biasa tapi makan tip top..hahaha

kat Bidor pun ada tapi tak berapa sangat so tak sedap tak payah kita bagi nama kedai tu...hahaha..rezki masing-masing dan tekak masing kan..

Hari tu teringin tekak teringin nak makan lamb lepas tu teringin jugak nak mkan chicken chop tapi dalam kepala terbayang meatball..hahaha camne tu dasar kuat makan..dah la makan tengah malam nanti gemuk aku sendiri yang rimas..hahaha..

di sebabkan nafsu makan tengah nak ade nie kita order semua..hahaha


aku amik mix chicken & lamb..cer tengok kuah dia tak kedekut betul..sedap sangat..


meatball dia pun sedap..puas makan serba serbi banyak tak kedekut orang kata...


Aiskrim soda,Epal,Grape dan Asam boi
kalau kat sini aku recomended minum air asam boi dia sedap giler..air nie dia mix dengan coke..dan ada jelly..sedap jer minum..

So sapa nak makan western boleh la try makan kat Starbugs nie berdekatan area Agro Bank jer..

Tuesday, 28 October 2014

Steamboat In The House

assalammualaikum..

Hari tu buat steamboat cara sendiri jer..En Hubby request nak makan so kelam kibut pergi beli bahan nak buat..aku dengan En hubby sibuk cari barang budak-budak pun sibuk cari barang diorang jugak..semua benda nak beli nampak itu nak karang nampak benda lain nak jugak..yang kelakar si kecil ikut jer abang dengan kakak dia bawak kesana sini..bukan main suka dia..

Sampai rumah terus masak nasi nak buat nasi goreng..buat kuah tomyam dan bakor sikit daging burger..orang pelupa macam aku ada jer barang tercicir nak beli ..buka peti ais tengok sayur carrot ada..so bantai jer la perut kita bukan ada org lain pun..

percubaan Amsyar nak buat peace

cinta hati mama & Papa
Time nak makan makan kat ruang tamu sebab apa sebab sejuk sikit ...nak buka pintu dapur tak boleh tukang rumah tengah buat kerja..segan pulak..berpicnic kat ruang tamu..

my steamboat


daging burger yang di goreng oleh En Hubby




Alhamdullilah jadi jugakla steamboat ala-ala mama nor..tak sedap mana pun takdela macam kat kedai kan..janji boleh masuk perut lepas tu kenyang..dah kenyang lepas tu semua cari bantal..

Friday, 9 May 2014

Homemade Ais Krim Oreo Milo

Assalammualaikum..

entry pasal bercuti berdua part 3 akan menyusul kemudian yer..tengah mengingat kan memori kejap...

kelmarin rajin sangat kan nak buat ais krim sendiri..sebelum ni bermacam-macam resepi aku ambil last satu jer yang memikat hati sebab menepati ciri-ciri..senang ceter paling simple and senang sangat nak buat..aku bab yang senang dan simple memang laju jer nak buat tapi nak buat tetap berdebar-debar nak tunggu hasilnya..entah apa-apa jer..

plan nak buat malam harinya esok tengahari dah boleh makan tapi En Hubby entah angin apa malas nak bawak aku pergi kedai..muncung sedepa aku sambil kaki hentak kaki masuk bilik..hahaha tu mana anak tak ikut..anak buat marah emak buat tak pekan..hahaha..

esok dah ada bahan terus semangat nak buat ais krim percubaan pertama aku dalam seumur hidup..hahaha good job mama..bahan yang kena beli cuma milo dan biskut oreo jer tu yang En hubby malas nak keluar beli..bahan lain memang dah ada balance buat kek hari tu...

bahan-bahan dia

Bahan semuanya mudah jer aku buat dapat la dua bekas..



gigih aku bersabor nak tunggu keras dekat 4 jam jugak tak mahu keras aku dah cuak tak jadi ke kalau tak jadi habis aku kena bahan dengan En Hubby..Akhirnya penantian satu penyeksaan bagi aku berakhir esok petang baru boleh makan baru dia keras macam ais krim..yeahhhh jadi jugak...baru semangat nak buat ais krim lain..alhamdullialh dari anak sampai mak bapak semuanya menyukainya..


ais krim tak ada setaraf ais krim yang di jual di luar sana tapi jadilah nak buat makan kan...anak-anak siap request suruh buat lagi..insyaallah bila mama rajin mama akan buat yang lain..resepi dia kena tulis karang lama tak buat jadi lupa pulak

bahanya:
1/4 cwn susu pekat*
1 tin susu cair*
1 sudu ( B ) ovalete*
1 sudu ( k ) vanila*
5 sudu milo ( nie ikut korang nak lebih pun boleh )
5 biskut oreo
Cholate rice sekadar hiasan

caranya
bahan bertanda * di putar selam 20 -30 minit ikut tahap kepekatan nya...dah pekat berkrim baru masukan milo dan biskut kacau dah sebati masuk dalam tupperware dan hiasan dengan apa yang korang rasa nak bubuhkan macam aku kat rumah  ada balance cholate rice jer..so tu jerla dan beku..aku beku semalaman nak bagi betul keras..

Tuesday, 6 May 2014

Weekend Punya Cerita

Assalamualaikum...

Bila cuti weekend jer otak dah ligat fikir nak masak apa untuk break fast esok..tengah sarapan karang fikir lagi nak masak lauk apa tengahari..karang tengah cuci pinggan dah makan otak sibuk fikir minum petang nak menu apa..hahaha lepas tu baru otak stop fikir untuk menu  malam ,malam punya menu  kita recycle lauk tengahari jer..letih otak aku fikir menu untuk satu hari belum lagi untuk esok-esok dan esok lagi..agaknya memang gitu kut semua kaum ibu kan gigih nak fikir lauk ke aku sorang je yang gitu..hahaha..

malam tu otak dah set esok masak nasi lemak..yeah hhh dah dapat satu idea..bangun pun dah lewat tapi otak kata masak kena masak jugak so gigih la aku masak..dah kenyang sambung buat kerja lain pulak..gambar nasi lemak terdelete pulak..sabor je aku..

sambil kemas  rebus tulang hari nie teringin bebenor nak makan sup tulang ..buat ayam bakor yang dah 2-3 hari diperap..sayur tetap kena ada karang bising jer En Hubby kata tak seimbang pemakanan dia..ok kita masakan cendawan black paper.. sambil menaip sambil tertelan air liur ingat menu nie..dah la aku puasa ....

sup tulang + ayam bakor + cendawan black paper + sambal ikan bilis
dah kenyang rasa mata nak tertutup je..tanya kakak dia nak tidor tak dia kata tak nak ..bagus minta  kakak jaga Amsyar kejap...bengang jer dia.. nak melawan cakap mama dia takut mama dia naik Hulk... Budak kenit nie petang taknak tidur pulak..dalam bukak tutup buka tutup mata akhirnya terlena kejap dekat setengah jam terjaga terus bangun buat lempeng  teringat balance sambal ikan bilis tadi ada so sedapnya dapat cicah..budak dengan bapak budak cicah  dengan susu..

homemade lempeng yang berpuluh kali Nuqman kata sedap..
Nuqman tak habis-habis  puji lempeng mama dia sedap siap suruh masak untuk malam karang dan buat sarapan pagi esok..ok sarapan esok boleh kita buat lagi..

Dah kenyang bagi lepas budak-budak main kat luar..seronok tengok diorang main dengan perut kekenyangan..mak dia lagi la double happy kenyang lepastu timbang berat naik mengamuk..hahaha bila nak kurus ni..

Tuesday, 22 April 2014

Aktiviti Malam Hari

Assalammualaikum..

aku a.k.a tuan belog
motif gambar tuan belog dulu??..motif cuma nak gumbirakan hati..yang pergi tetap pergi yang hidup harus diteruskan..nie semalam punya citer la..plan nak ambil ic En Hubby kat UTC Ipoh..

yang nak ambil ic sorang jer tapi yang follow segombolan ..hahaha..semua pakat nak turun pergi melawat dalam UTC..lepas tu masuk kat pejabat Indah Water nak buat aduan pasal tak servis tapi tetap nak kenakan bayaran kat kitaorang..dan -dan tu jugak abah pun complain jugak..abah complain cepat-cepat jer adik ipar ajak abah keluar..hahaha tau-tau jer la kalau orang tua kan kalau tak puashati dengan sesuatu benda..lepas settel perut pulak berbunyi irama jazz..nasib irama jazz kalau irama rock mahu orang kat luar dengar free dengar..hahaha

dah besar anak teruna aku

plan dari rumah memang nak makan sup mak endah kat DBI..memang marvellous..memang terbayang-bayang sup masuk dalam tekak tapi sayang seribu kali seribu hanya bayangan tu hilang dan tidak menjadi kenyataan..tutup pulak..frustttt jer rasa..

terus ke plan ke dua makan kat Nasi Lemak Ayam Kampung..sini no bad la makanan tapi aku tak suka banyak sangat dia nak angkut Pak Aji...bila pak aji ramai aku pun pening la tu yang tak best sangat..

we semua tengah menahan lapar
masa tengah tunggu makan berselfie jap..services dia cepat jugak tunggu ada dalam 5 minit makanan dah sampai..kitaorang ambil yang set senang malas nak pikir nak makan apa..karang gaduh kat meja kat 10minit tanya nak makan apa...paling sakit hati bila jawapan pilih jer apa ikut jer makan apa..lorrr taula tapi karang pilih tak kena tekak pulak kan..so pilih set jer...

lauk kami
aku suka makan kat sini suka tengok pingan mangkuk dia so cute..geram jer tengok.. menu utama harusla jugak kita kena makan kan belut..sedap jer...

tomyam +  kailan ikan masin + daging masak merah + telor bungkus + belut masak pedas + ayam kampung
Lepas dah kenyang pergi gerbang malam cuci mata dan cucikan duit jugak yer..dah puas onthe way balik singgah kat petron cuci bontot Amsyar pulak..entah bila masa dia membuang pun tak perasan tau-tau dah bocor and bau jer..sabor je mak ko nie nak cuci kat tandas..dah settel pecut balik baru teringat esok kena kerja budak-budak nak sekolah..dah puas jalan baru teringat esok bukan weekends..hahaha.

Friday, 4 April 2014

Makan Kat Highway Tapah

Assalammualaikum..

semalam masa balik dalam keta  bersembang dengan En Hubby selalu tak dan nak sembang balik kerja sebab merempit..hujan punya pasal terpaksa la naik keta..

H: semalam cikgu abang pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..sedap katanya..
A: yake..motif cerita napa??
H: tak ada apa saje jer..( terus gelak)
A: eleh cakap jer la nak suruh belanja makan kan..kan..

taktik En Hubby gitula kalau nak ajak makan luar..dia tak kan kata kat aku tak payah masak malam nie..aku tunggu jer jawapan tu tapi haram nak keluar..dia suka bagi hint-hint jer..so kata dah lama kawin kan so faham sangatla perangai dia..bukan apa  nak jaga hati aku takut kecil hati sebab tak makan masakan aku..dia tak tahu bini dia memang suka makan kat luar tapi bukan selalu yer..cuma dalam seminggu tu mesti la satu hari off masak..dah pagi buta aku masak karang petang balik kerja masak lagi.....tapi bila aku masak licin dan habis tu yang berkobar-kobar masak dan masak lagi..

walaupun hujan lebat turun tetap jugak bawak anak pergi makan..tak ada kemana pun pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..kedai Pak Tam yang Famous tu..RNR sebelah selatan restoran Pak Tam best sikit dari sebelah utara..macam -macam ada..

ihsan google


nasi arab mandi + ayam black paper
tengok semua sedap aku ambil nasi arab mandi dengan ayam black paper..lauk boleh pilih ikut selera ..totaly RM  12.90 tak ada la mahal mana tapi kalau 5 bintang aku bagi 3 jerla..puas makan dan kenyang sampai ke pagi..kat ofis aku breakfast roti high 5 jer..kenyang tak hingat..mahu tak kenyang aku sorang melantak karang tak habis kena marah dengan En Hubby so telan-telan and slowly suap dalam mulut sampai habis..

Photo: Mengidam ns arab ..

nasi bukhara + sotong

En Hubby aku dah makan separuh dia masih ke hulu hilir cari makan yang paling sedap..dia kata semua nampak sedap..lepas tu tanya aku apa dia nak makan..lorrr tekak sendiri tanya tekak aku pulak karang aku pilih dia reject pulak..so malas cakap banyak sendiri tekak sendiri cari la..bila dia bawak nasi bukhara dia pun sedap dengan sotong gedebak besar..puas hati la makan kenyang juga aku tengok dia..totaly RM 15.90..choiii sangat kan apa pun dia beli mesti lebih mahal dari aku..tak pe yang redha jer bang..nie aku bagi 4 bintang..
Photo
chicken chop
budak-budak berlagak jadimat salleh kejap..aku pun tak faham dan masih konfius nape bila makan western jer kata jadi orang omputih???..makan western nak chicken chop..chicken chop dia pun sedap jugak nie aku bagi 4 bintang..dalam kenyang-kenyang pun sempat jugak aku makan sikit kata nak rasa kan..tak rasa tak tahu sedap ke idak kan..hahaha..harga pun standard la RM 10.00..

Lepas makan terus jer balik..hujan tak juga berenti lagi budak-budak nak main kat taman pun tak boleh..masuk Highway semata-mata pergi makn jer..

Monday, 25 March 2013

Bila Buah Di Jadikan Kerepek

Assalammualaikum..

Sekarang nie macam-macam orang komersial kan makanan..nak lakukan produk katakan ..buah pun boleh jadi kerepek..

Last week FIL balik kampung halaman nun jauh disana..Indonesia..FIL lahir dekat sana tapi di besarkan di Tanjung Malim..itu ikut kata FIL la..

Biasalakan kalau pergi tempat orang mesti ada buah tangan..lebih-lebih lagi untuk menantu kesayangan dia nie..hahaha (bajet perasan)..Disebabkan FIL ini kategori "Du" so takde la banyak yang dia shoping.. kalau ada pun dia beli sikit jer..adalah kek.. kerepek ...ikan salai dan beberapa barang sikit..


Tapi aku tertarik pada satu bungkusan kerepek yang FIL bagi..buah nenas dijadikan kerepek..teruja jap aku..atau pun benda nie dah ada kat Malaysia aku yang ketinggalan zaman..tak kesahla janji mak teruja..ok.

FIL bergaya dengan spek mata hitam

Tiba-tiba masuk pulak gambor FIL aku...nak masuk gambo kerepek gambor nie pulak kuar..tak pela abah glamer jap yer..

kerepek nenas
Sedap jugakla..rasanya manis..keras sikit la bagi yang tak ada gigi cepat-cepat pakai gigi palsu yer dan yang very important pastikan tampal polident..hahaha...makan  tiga empat kali ok..masuk lima enam puluh makan  dah rasa lain..rasa apa rasa kenyang..hahaha..

Noor..

Friday, 30 November 2012

Makan-makan

Assalamualaikum..

La nie tak tahu la sapa yang ngandung dah..mengidam over sangat..aku yg dah tengah sarat nie tak de la nak makan sangat tapi En Hubby nie mengidam macam-macam..

Hari tu habis kerja En Hubby amik terus pergi Teluk Intan nak makan nasi arab..Nama restoran tu Asiatica Palace..bolehla makan dan harga dia yang aku rasa tak patut sangat..Dah la kat pejabat hari tu aku banyak kerja nak setelkan..sampai sakit pinggang aku..bajet balik rumah nak lurus pinggang kat tilam..kat opis dah terbayang-bayang tilam..

En Hubby + Tuan blog
Dekor tempat tu cantik jugak la..cuma aku jer tak da mood nak bergambor..penat sangat..nak makan pun kurang selera..

lamb Mandy

Greek Chicken Kbobs
dengar nama macam gempak jer..tapi makanan dia boleh jer kena dengan tekak aku..sebenarnya aku rasa nasi arab yang abang ipar aku bawak kat Shah Alam tu lagi sedap dan puas makan..Teringin punya pasal kan bedal jer apa yang ada..

share berdua..

Nuqman teruja tgk

Nuqman first time makan kambing..banyak jugak dia makan..dia kacau ayah su dia makan..si kakak buat hal sendiri..sibuk tangkap gambor jer..


Noor..

Thursday, 19 January 2012

Penangan Air Tangan..

Hai ...

Kalau hari-hari asyik tangan yang sama jer masak..kadang-kadang  tu teringin jugak nak rasa air tangan atau masakan orang lain kan..

Kalau makan kat kedai pun menu yg sama jer..jemu gak..tapi kalau dapat air tangan dari rumah nie lagi best..sape punya???

aku kalau malas nak kedapur,..aku dera  Hubby aku...Aku dera pun bukan yang sampai mendatangkan kecederaan pun..aku dera dengan suruh dia masak..Hubby akan masak yang ringkas jer..ringkas pun totap sodap..aku paling suka kalau Hubby aku masak sardin..memang sodap.. lauk lain aku dah tak pandang..lauk tu leh wat aku bertambah lebih 2 kali..hehehe..kuat makan kan mana badan tak bam..bam...

Sesekali bagi relax kat tangan nie...jom tengok hasil masak Hubby..


 Hasil masakan dari Hubby..sardin cap tesco..hehehe..cap tesco nie sodap..tak caya korang pergi beli..


Noor..

Tuesday, 17 January 2012

Korang Nak Tau ...

Assalamualaikum..

Pagi nie breakfast dengan buah larah atau tampoi..pernah dengar ke???aku tak pernah dengar dan tak pernah tengok rupa buah nie apatah lagi makan..hehehe..first time makan buah nie..rasa dia macam langsat jugak..warna buah nie putih..sedap jugak..kawan opis kata buah nie ada kat Perak jer..tak tau la aku..

Meh aku tunjuk rupa buah nie...

nie buah Larah

isi buah waner putih..
Kawan aku kata buah nie baru nak musim la..buah ni masak satu pokok nak dekat tiga ribu biji..ko bayangkan bertapa banyaknya....kawan aku nie ada dusun buah..so kalau time musim buah durian dia bawak ke opis..musim rambutan dia bawak ..musim langsat ke musim rambai ke..segala buah yang dia tanam akan di bawak bagi kawan opis makan..Alhamdullilah...

Noor..

Friday, 2 December 2011

Hari Ter...Terlebih Rajin..Terlebih Makan..Terlebih Kenyang..

Semua perkataan ter... aje..kalau dah sampai tahap ter... tue yang susah..Apa yang ter... ?
apa lah aku tulis nie terbelit-belit..nak juga ada  ter..

Tak payah nak tulis berjela-jela sangat jom layan gambar....... kita mulakan dengan gambor satu-satu...

Ikan talapia goreng cili
nie resepi dari arwah mak mertua aku..kesukaan family hubby dan kini family aku jugak..cili kering nie tumbuk tau bukan blender..tue yg sedap rasanye..


Sambal ikan bilis
kurma tulang

Kakak dah tak sabor nak makan yer..jap yer bagi mama amik gambar dulu.Memandangkan musin durian kat sini maka sambal tempoyak adalah makanan wajib En Hubby..hari-hari keletang-keletung menumbuk cili api..Makan dah terhidang apa lagi makan la..gambor tengah makan tak ade..sebab semua tengah menikmati makanan..
                     

Noor....

       
                                                                                                                                                                                        

Wednesday, 30 November 2011

Aktiviti Waktu Cuti

Hurmmm dengar cuti jer..seronok..bukan apa hari cuti kan hari untuk aku bersama suami dan anak-anak.Bila cuti mesti ada aktiviti..biasalah kemas rumah pastu masak..pastu makan sama-sama..

Aku kalau kemas rumah tak suka ada orang tolong..aku suka buat sendiri puas hati..Kemas punya kemas dah tak sedar waktu masak makin hampir..macam suspen jer padahal baru pukul 11.30 pagi..

Hari tu teringin nak makan ikan bakar..aku nie suka makan ikan bakar..Anak-anak pulak minta masak sup..Layan jerla permintaan diorang..

Nie tengah rebus tulang nak buat sup...



sambal tempoyak & ulam kacang panjang


nie ikan siakap bakar..habis satu rumah bau..sorry-morry la pada jiran aku yang dapat cium bau aje..sorry yer jiran-jiran aku..lain kali aku ator sikit..:)
Makanan dah terhidang..apa lagi jemput makan..Makanan yang simple dan berkhasiat..Walaupun simple tapi licin..malam kena masak lain..

Aku biasa la kalau dah habis makan mesti  tanya kat anak dan hubby aku..Hubby aku suka komen sedap ke? ..ok ke..?macamla komen dia..tapi nak tahu tak hari tu komen hubby apa?????Jeng..jeng..jeng..jeng..buat suspen sikit..
"SEDAP ikan bakar nie dengan kuah dia..lepas nie tak payah la pergi Kampar makan ikan bakar lagi...yang masak lagi sedap"...  :)

ok..kite jumpa di blog yg lain pulak...

 
  

Noor.....

Blogger Templates