Thursday, 29 September 2016

Papa & The Geng Belia..Nuqman & The Geng Nasyid..Kak Tisya & Ayah Su dan Mak Usu..Mama & Amsyar..

Assalammualaikum..

Cuti sekolah baru-baru nie semua orang ada plan jalan..mula-mula En Hubby jalan dengan geng Belia dari Tapah ke Terengganu ke Kelantan terus ke Thailand..sakan ya papa jalan..mama kena tinggal dengan Amsyar kat rumah..sedih kena tinggal..tapi best jer tak ada sapa kat rumah..rumah kemas jer bersih tak sepah ..masak pun ala kadar jer dan best tidur awal bangun lewat tanpa rasa bersalah jer..

van yang di sewa kan

En Hubby & The Geng




Sempat la depa singgah rumah pekerja kami yang balik Thailand hari tu..nak jaga hati aku kena tinggal beberapa harikan  En Hubby pandai amik hati buat surprise..beli kat Thailand..dapat la mangkuk untuk isi kuah pun boleh isi lauk pun boleh..nasib cantik..


En Hubby sampai pukul 5 pagi..memang tak tidur sangat sebab tunggu dia balik kan..so pagi-pagi buta buka kotak nak tengok barang surprise tu

Nuqman dan geng nasyid sekolah agama pun pergi jalan-jalan kat Clearwater Sauntry Golf Resort kat ipoh..ustazah dan ustaz nak bagi anak murid depa Happy dan Hadiah kemenangan Johan Nasyid sebab dapat masuk Kebangsaan lagi Tahun nie..Johan setiap tahun..Alhamdullilah..terapi minda la sebelum next pertandingan..

terapi minda tenan jer


Kak Tisya lagi hebat seminggu duduk rumah opah balik kejap terus ikut Ayahsu dan mak usu pergi Thailand amik pekerja aku..seronok ya jalan sakan dia..


Ayahsu,Mak Usu & Tisya depan Imgresen Thailand

naik Hilux nak balik dah
Diorang pergi balik hari gerak Sabtu malam sampai ahad malam kena jem..masa call diorang kat gerik pukul 6 petang samapi tapah pukul 10 malam jem punya pasal..hihi

Dah habis cerita diorang semua jalan kan yang aku dengan Amsyar dari Khamis sehingga Sabtu berdua je..masak ala kadar jer sebab fikir perut Si Amsyar nie nak makan..fikir perut aku maggie je aku tibai..hihi

dah berdua dia jerla kawan gaduh aku..kawan aku buli dia..usik sampai nagis..haha saje suka sakat dia..comei jer..


petang bawak dia hirup udara petang bagi dia main puas-puas..kalau terperap dalam rumah kesian dia..

panjat-memanjat bagi kat dia


bagi dia letih..kayuh basikal dengan dia kat depan rumah..



bunga aku
sementara dia main aku betulkan bunga aku..terapi pandang sebahagian bunga..nie separuh mati sebab balik raya haji hari tu kat sini tak hujan langsung..kering pokok aku..

Monday, 19 September 2016

Kenduri Kahwin Serting

Assalammualaikum..

baru nie pergi kenduri sepupu aku dekat Felda Serting Negeri Sembilan..adoi punyala jauh dengan jalan jem..nak jugak pergi sebab dia istmewa sikit..


sebelum keluar bergambar dengan ibu dan kak Tisya tapi Amsyar dah halang..saje ej dengki si kenit nie..


with buah hati Tisya

anak bujang yang manja dan geng gaduh

si manja mama

Tula dah lambat sampai penganti pun dah makan beradab so terus dengan tak ada adab salam keluarga pengantin terus makan lapor giler..aku kan tak boleh lapor kalau lapor boleh jadi HULK..dah kenyang baru boleh senyum-senyum nak selfie ke kan..



Pengantin yang perempuan sepupu aku..dia OKU..selamat penganti baru Diana dan suami lupa pulak nama en Suami dia..hahaha



ni semua bapak dan mak sedara..kira nie sebahgian adik beradik ayah la..adik beradik ayah 12 orang semuanya..yang tak ada dua orang jer..





nie kira geng sepupu yang dapat datang..tak ramai yang hadir sangat..nie kira ramai jugak sepupu sepapat..

bersama pengantin.



bersama mak pengantin.
Balik tu singga ulu bendul saje cuci mata..jalan jem jugak kebas punggung duduk dalam keta..sempat la budak-budak rendam kaki..




Thursday, 15 September 2016

Aktiviti weekend BBQ & birthday

Assalammualaikum..

BBQ meraikan pengantin baru sebelum mula kerja ..nanti dah kerja payah nak berkumpul dan meraikan Adik Ika sambung belajar ke oversea..

Plan BBq nie semua untuk orang kuat jer dan cousin rapat yang bertungkus lumus masa kenduri hari tu jer..yang tak rajin dan propa tidak di jemput..hihi..

Malam tu mulala kita menternakkan lemak-lemak yang berkurang dan mana nak tambah lemak pun boleh..


ikan talapia fresh dari kolam sedap bakar dapat cicah air asam ayung buat ..perghh lupa diet semua..


ada daging yang di perap..aku makan sikit jer takut karang sakit pulak..so makan orang kata basah bibir jer ikut kata uda..hahaha


ayam dan sosej yang diperap yang nie laju jer budak ambil dan makan..



aku bawak asam pedas ayam jer..sebab dalam group tu asyik sebut asam pedas ayam jer kan..nak suruh aku masak la tu..so tak nak bagi kempunan kan so rajin kan diri masak jugak..demi untuk cousin2 kan..lagipun tak kan nak datang rumah orang nak bawak perut jerkan dah menolong perap bahan nak bakar tak ada kan..so dari kena bahan baik bawak sesuatu..



sambal ikan bilis kacang tempe kering nie adik ikan nak bawak pergi oversea di masak ayung..kedekut keluar sikit jer bagi rasa adik ika  takut tak cukup..hahaha..nasib aku tak boleh makan kacang kan..


petai mesti ada family nie kuat makan petai lepas tu masuk bilik air bau petaii..eiii busuk..tapi aku makan jugak tapi di masak la mentah aku tak pandai makan..

orang kuat bab bakar-bakar
diorang nie memang bab bakor-bakor bagi depa sebab kulit depa lebih kurang dah..so tak rasa nyesal bila gelap kan..hahaha

Lan..Angah..Ika
nie la orang yang diraikan pengantin baru dan orang nak sambung belajar..


cousin yang ting tong semua nie..geng gosip geng hapening dan penting bukan geng propa tunjuk baik ya..i love u  all ..hahaha..mesti muntah hijau depa baca statement nie...hihihi



dah kenyang buat muka tak bersalah jer kan..macam malas nak kemas jer kan..

Uncle Lan and the anak buah's

malam tu ada surprise birthday untuk abah so budak-budak nie nyanyi la untuk atuk sambil dipetik gitar oleh Uncle Lan..pandai main gitar 


abah yang tersenyum lebar kena prank birthday.
malam tu makan kenyang semua pun happy..hope ikatan kekeluargaan nie berkekalan..buat angah dan lan selamat datang club suami isteri dan bahagia harungi hidup rumahtangga..for ika good luck and balik bawak ijazah bukan bawak balik abang mat salleh pulak..hihi..

Wednesday, 14 September 2016

Cerita Merdeka

Assalammualaikum..

Tahun nie merdeka En Hubby dan geng belia ada aktiviti sikit untuk Taman ni..So sibuk jer la En Hubby and the geng laksanakan program..tabika Amsyar pun ada program merdeka so tahun nie tak dapat terbongkang depan tv tengok perbarisan..

macam-macam aktiviti sebelum merdeka malam tu acara futsal tapi sayang group En hubby kalah..hahaha..

aktiviti siang aku joint tabika  pagi tu ikut senamam aerobik..


En Hubby sibuk dengan Futsal dan acara ronda basikal dengan budak-budak dan acara basikal siapa cantik dan kreatif..adalah pertandingan gubahan bunga..cabutan bertuah tapi sayang nombor tak bertuah pulak..pemeriksaan gigi plan nak buat tapi malu sebab open kan gigi dah kureng cantik..hihi..pemeriksaan kesihatan percuma khemah nie penuh orang sebab free kan yang penuh pun orang tua jer..dan khemah tak menang tangan khmeng gunting rambut free..sapa tak nak kan..



Sebelum ke padang baca doa dan acar naik kan bendera sambil nyanyi lagu Negaraku







Amsyar dengan geng bersiap sedia untuk sukan..suka sangat gigit jari gitu..







Nuqman masuk acara basikal berhias tu pun last minute dia hias sama ustaz syafiq dia..kalau tak basiakl dia biasa-biasa jer..dapat juara keseluruhan punya la bangga dan nampak sangat keriakan dan kepuasan dapat kalah kan geng lain.




Friday, 2 September 2016

Sakit Datang Balik..

Assalammualaikum..

Lama tak citer pasal sakit batu dalam hempedu kan..sebab tak sakit tak ada nak share balik..tapi dua bulan kebelakangan nie kerap sakit tahap demam gigil..tu dah petanda kurang baik..

so amik keputusan drastik buat rawatan susulan semula dan agree operate buang..sedih pulak dah tak ada hempedu nanti..

so hari tu pergi buat rawatan susulan kena amik darah semula..dahla masa amik budak praktikal amik dia punya tepuk nak bagi urat nampak kan sekali dia cucuk tak jumpa urat dan keputusanya sakitttt tau..time aku cakap sakit tiba-tiba air dari bumbung maybe air air cond jatuh jatuh baju dia basah dia..hahaha gelak aku dalam hati..kan dah dapat balsan..rasa aku nak cucuk balik kat dia bagi rasa sakit camna..so datang MA yang tengok dia buat  dan cucuk bahagian lain tak sakit pun dapat dua botol darah..aku hanay mapu berkata dalam hati jer lagi tadi ko buat taka da tangan cantik aku bengkak..sabor je..result tunggu dekat sejam baru keluar sekali bila doktor panggil doktor cakap memang ada balik batu dan darah sangat tinggi dalam hati..dulu normal sekarang naik berganda-ganda..redha jerla..


so sebelum kena buang berubat lagi tradisional kat Durian Tunggal Melaka..sebab pergi kat Situ setahun lebih tak sakit dan darah normal..plan malas nak pergi sakit nie selagi tak buang dan tak operate dia kan berulang..sebab ayah dan ibu suruh berubat jugak so pergi je walaupun rasa bazir duit jer..sakit tetap datang tapi tempoh lama jugakla..

Thursday, 1 September 2016

3rd Day..ke Semporna Pulak

Assalammualaikum..

Hari last nie bangun awal sebab nak ke semporna..sebab flight petang pukul 7 malam..so ada masa lagi nak shoping..hihi..breakfast nie Ayung belanja sebab dia dah berkenalan dengan orang bujang sabah yang buat jualan makanan masa dia jalan ke rumah pakcik dia..so makan ok la sedap jugak dan kurang manis sikit terbayang-bayang roti jala dengan kuah kari..dekat sini nasi lemak berlauk dia ayam goreng di potong kecil-kecil..

plan gerak dari homestay pukul 8 pagi tapi biasa la janji melayu kan pukul 9 pagi jugak baru gerak..ontheway nak ke semporna aku sempat tidur lagi sebab ada jalan bengang bengkok so aku paksa Amsyar tidur dan dengan harapan aku pun dapat tidur jugak..takut muntah la kan dah nak balik..Alhamdullilah berjalan lancar..

Sampai kan Pusat Pelancongan Lautan Semporna wah terpegun tengok air laut ke sungai ke cantik jernih..lepas tu nampak depa bawak ketam fresh -fresh dan besar giler..macam nak bawak balik jer tapi fikr naik flight kan..so jangan nak cari pasal pulak..Kat situ kena pandai -pandai tawar harga mutiara la..lagi murah dari Tawau tapi ada kedai-kedai jer..so memborong aku lagi .En Hubby duk jeling jer tengok bini dia shoping..hahaha..Kak Tisya nak beli tali yang  boleh tulis nama tu so belikan sekali untuk Nuqman dan Jiha..Amsyar dah usha gitar so atuk abah belanja gitar satu..harga kat sini berpatutan jugak.


Habis shopping terus gerak pergi makan kat Restoran Warisan Tampi-tampi disebakan kami datang waktu berkerja so tiada orang..kedai tu penuh dengan kami jer..time nie dah lapar so berharap makanan kali memuaskan la..


menuju ke Restoran tu tengok air dia jernih nampak ikan dia..so nice jer..








So makanan dia bagi aku jerla FAIL..maybe tukang yang oder makanan nie minta chinese stail..so tekak aku memang tak boleh terima..walaupun bagi tekak orang lain sedap la..tak boleh telan lauk ketam dia masak bercampur butter dan susu apa korang rasa..so aku dah memang lapar terus jadi kenyang dengan makanan..sup jagung campur isi ketam sedap tapi aku punya tekak yang jenis gitu tak boleh masuk..nie tengah taip terbayang makanan tu terus mual..hahaha.

Habis makan terus pecut Ke airport sekali sampai airport flight delay 1/2 jam..aku time ni dah pening sebab makan tadi punya pasal..so cepat-cepat telan active fast..Amsyar aku dah bagi makan ubat tahan muntah..

Masa dalam flight baru berapa minit fly Amsyar ngadu sakit perut..hahaha sudah aku berdoa agar dia tak muntah dan sekali lagi aku paksa dia tidur..hahaha..kesian dia kena asyik tidur jer..nasib dia dengar kata..aku da standby plastik incase dia nak muntahla harap jangan la sebab aku akan terjebak jugak nanti..ok selamat dia tidu lena sampai orang semua dah keluar baru aku kejut dia..tapi aku yang masa nak landing tiba-tiba mual so aku bertabah telan air liur banyak-banyak sambil kunyah gula-gula.

Alhamdullilah selamat tiba kat KLIA2 dengan tanpa sesiapa anak aku muntah..hahaha..



Lepas settel semua urusan kitaorang amik train sebab kereta tinggal kat Putrajaya..lagipun nak bagi anak-anak merasa naik Train..hahaha kesian tak pernah naik kan..lahir-lahir semua senang dah ada kereta kan..Jangan tak tahu anak aku naik bas pun teruja inikan train..hahaha..

masa kat sini semua dah plan nak makan kedai Tomyam nak makan sambal belacan nak cari tomyam..hahaha baru 3 hari tak makan makanan semenajung dah tak keruan..dapat makan kedai tom yam nikmat sungguhhhh dengan pedas masam semua ada..so kesimpulan kami memang tak boleg duduk Sabah..Settel makan masing-masing balik rumah sendiri aku sampai Tapah pukul 4:30 pagi..nice sungguh..Esok semua terbongkang tidur keletihan tapi enjoy..



Blogger Templates