Tuesday 20 March 2012

Ke Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Destinasi seterusnya ke Cameron Highlands..sejam setengah jugak perjalanan dari rumah aku..walaupun dekat tapi jarang aku nak pergi..sebab utama aku dapat penyakit pening-pening lalat ditambah kan cukup perasa dengan anak dara aku yang kena simpton seperti aku..tapi dia siap pakej 2 in 1 muntah sekali..tu yang tak larat..aku kalau ada yang mula aku pun boleh terjoint jugak..

Kalau pergi sana wajib singgah kat tepi jalan yang ada tempat orang minum teh..amik gambar buat kenangan..padahal dah banyak kali pergi itu jugak pot nak snap gambar..Kali nie tak pergi kebun teh.malas pergi jalan dah lah bengkang bengkok sempit dan yang penting aku akan pening..hehehe..orang jalan seronok awak asyik pening pulak..




tuan blog
Ke tempat strawbery..tak de musim sangat..buah pun mahal..beli jugak dah tahu mahal..just lepak kat situ and makan-makan jer..pastu terus ke destinasi Kea Farm beli sayur..sayur kat Kea farm murah-murah..aku beli brokoli n salad jer..beli banyak -banyak akhirnya tong sampah jugak dapat rezeki..


kat kea Farm

Lepas dah shoping apa yang patut..kitaorang gerak balik..nak jalan lagi cuaca dah mendung karang hujan payah pulak..sibuk dengan hujan macam naik motor padahal naik ada bumbung ..kecoh jer..lagipun banyak tempat dah pergi just jalan-jalan bagi sejuk badan jer..ayah pulak time nie kurang sihat sikit..so balik singgah Lata Iskandar atau orang tapah panggil Batu 14..kalau korang nak pergi Cameron ikut Tapah akan jumpa tempat nie dulu..

Ayah posing sambil makan jagung

model batu



budak tak bawak baju mandi

Dah penat berendam destinasi akhir yela balik rumah..masa kat sini aku still mabuk laut lagi ..tu yang malas nak ke Cameron..pergi balik kena pejam mata tanpa kuarkan suara..

Ok cukup setakat citer percutian yang tidak dirancang..Buat Kak Ainur n Adik Nuqman mesti enjoy kan ...esok petangnya lepas ibu and ayah balik aku dan kakak demam..nasib kejap jer..apa-apa pun seronok tengok semua Happy..








Noor..






























No comments:

Post a Comment


Blogger Templates