Monday 23 July 2012

Event 21hb Julai 2012

Assalamualaikum..

Hari nie hari yang ke 3 kita sambut puasa.alhamdullilah kakak & adik masih lagi bertahan..Selamat berpuasa pada semua umat islam..

Bukan nak cerita pasal puasa tapi nak cerita pasal 21hb Julai 2012..hari tu hari lahir kakak Ainur..alhamdullilah padaNYA kerana memberi peluang pada kakak melihat dunia..genaplah usia 7tahun anak dara aku..rasanya macam baru aje melahirkan kakak..

Kakak Ainur nie masa aku pregnant dia, aku mabuk teruk sampai kena duduk wad dan amik cuti sebulan tanpa gaji..tapi selepas melahirkan dan menjaga sehingga kini kakak seorang anak yang tidak susah dan tidak cerewet..apa orang kata senang menjagalah tak banyak ragam dan songeh..alhamdullilah..Kakak Ainur nie aku tengok seorang anak yang bertanggungjawab dan penyanyang..sangat suka pada budak macam mama dia la..tapi sejak meningkat besar sikit nie dia ada sifat sensitif dan kuat merajuk..perangai tu dah tau  ikut sapa...hehehe..

Apapun mama dan papa doakan yang terbaik kepada kakak semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak kebanggaan mama dan papa..Mama & Papa sayang kakak..



birthday girl

Nampak tak latar belakang tu..tu pun ada ceritanya..nanti aku update kat entry lain yer..

Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates