Tuesday 16 April 2013

Tak Cukup Tidur

Assalammualaikum..

Gara-gara si Amsyar buat perangai dua malam nie.. ehh..ehh silap bukan malam tapi waktu  pagi-pagi buta nagis tapi mata pejam..dia macam tak selesa jer dia..tak sampai setengah jam bangun nagis..aku sumbat dia dengan susu badan aku..kejap jer lepas tu sambung tido pastu bangun balik aku bancuhkan susu botol pulak tak nak lak minum.. nak kata lapar tak juga tak tahu la apa kena maybe dia suruh makpak dia bangun sembahyang sunat tu..tapi makpak dia tak faham-faham jugak..hahaha...time dia nak bangun mesti pukul 3 pagi sampai la azan subuh..lepastu dia  ok dan  tidur nyenyak...Kalau hari cuti boleh la joint sekali tapi kalau hari kerja camne??

Disebabkan tu satu hari suntuk aku sakit kepala..lepas breakfast aku makan ubat sebiji..selalu lepasa makan dia akan baik sendiri la..tapi hari tu tak mahu elok aku rasa nak balik jer time tu..nak pergi amik mc jer rasa..tapi aku fikir balik tak pe bawak tidur jap lagipun bos dah keluarkan..so dapat lah rehat kejap..tapi tak mahu lagi..aku kalau sakit kepala satu kerja pun tak boleh nak buat nak menyembang pun tak boleh rasa nak muntah.. kat ofis 3 kali jugak aku muntah..wahhh sakit anak tekak pedih giler..habis semua keluar..pastu tambah dos sendiri makan ubat lagi bawak tidur lepas sembahyang ingatkan boleh elok..tak mahu jugak..semalam boleh dikata aku makan gaji buta jer..hahaha..

Masa sampai rumah Nuqman nie sibuk pot..pet..pot..pet.. cerita la macam-macam kat aku..aku hanya angguk jer tak layan sangat dia cakap..mana taknya perut dah mual nak muntah lagi..dia pun heran tengok aku tak layan dia lepas tu muka aku masam jer..dia pun tanya kat aku " mama kenapa masam jer macam takde mood jer..mama penat yer"..kesian pulak kat anak aku.."taklah mama pening jer".." kak mama pening jangan kacau mama"..anak-anak dan en Hubby dah maklum kalau aku pening memang aku akan bawak tidur dan tak boleh sesiapa ganggu..

En Hubby petang tu take over jaga anak-anak..tima kasih la yer abang kena jaga si Amsyar..En hubby jaga senang jer letak dalam walker bawak kat luar..bukan main seronok dia sampai tak nak masuk rumah nak main lagi..

Nasib baik malam tadi dia bagus..tidor lena bangun pun untuk susu jer..alhamdullilah..aku pun dapat tidur lena sikit..

 Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates