Monday 21 October 2013

Raya Rumah Sendiri

Assalammualaikum..

Tahun nie buat pertama kali raya dekat rumah sendiri..serius  best raya rumah sendiri..kalau sebelum nie raya kat rumah mak aku tak pun ada kat rumah mertua..raya rumah sendiri feeling dia rasa lain sikit..

sehari sebelum raya haji aku masih berkerja..malas nak apply cuti..bukan nak balik kampung... dapat lemang dari pengasuh Amsyar.yummyyy..alhamdullilah tak payah pening kepala nak cari lemang..balik kerja terus masak rendang ayam..rebus nasi impit dah siap menu untuk sambut raya esok..


Pagi tu tengok macam sikit jer makanan tak meriah pulak rasa terus  buat spageti dan kek coklat lagi untuk menambah dan memenuhkan meja bagi meriah sikit..hahaha...

Selepas sembahyang raya En Hubby pergi tolong sembelih lembu kat surau..lagipun syarikat aku tumbangkan seekor kat surau tu... En Hubby tolong  menwakili aku la..aku tak dapat pergi Amsyar kurang sihat dapat la daging korban untuk buat stok sebulan masak kat rumah..hahaha..

Raya Haji takada apa pun yang menarik duduk rumah lepak tengok tv..tu jer la kerja aku..ibu dengan ayah pulak tak jadi datang planning sebulan awal nak raya rumah aku last minute ayah kena kerja la..frust kejap ibu..majuk ibu dengan ayah kejap..hahaha..bukan ibu jer aku pun majuk dengan ayah..alasan ayah aku tak ada bagitau suruh datang..choiii tul ayah dah salah tak nak ngaku karang laser lebih-lebih sentap pulak..

Budak dua orang tu ikut En Hubby pergi tengok orang sembelih..balik bawak cerita kelakar..kata Nuqman ada orang tu dah hitam pastu kena pulak tendang dengan lembu hitam..lembu mengamuk la tu..

Malam makan sup daging campur tulang tapi bukan aku masak la..pekerja kedai makan aku yang masak jamu kawan-kawan yang telah bertungkus lumus berkorban pagi tadi...tapi aku makan kat rumah Amsyar kan tak sihat..En hubby tapow sikit untuk aku..

 Noor...


No comments:

Post a Comment


Blogger Templates