Tuesday, 24 February 2015

Muzium Coklat

Assalammualaikum..

Untuk peminat coklat yang tegar boleh pergi muzium coklat..masa abang aku cakap jom pergi muzium coklat..masuk free jer..wahh teruja dan terbayang-bayang coklat.dah imagine camne rupa dia..

Nasib dekat jer dari rumah ibu aku dalam 20 minit jer kat kota damansara..lalu uptown la senang citer..tapi dia macam tersorok sikit..kalau pakai waze insyaallah tak sesat..



sebelum kita melayari dalam muzium nie kita bergambor dulu..tapi bila dah masuk nak gelak pun ada jugak..inga kan besar macam pergi kilang teh kat cameron rupanya indah dari kabar..kitaorang semua pakat gelak ingat besar rupanya tidak yer..kecil jer..

teruja bergambar dengan lembu

ayah dan ibu 


mesin





mesin dalam tu pun tak berapa banyak..masa kitaorang sampai chef nie tengah bagi peneragan buat coklat..aku sebenar konfius dengan chef nie dia tanya soalan macam kelakar tapi dia sendiri muka serius ..aku tengok orang nak jawab soalan dia pun takut-takut..hahaha





selepas penerangan dia bagi rasa coklat dia..hurm boleh la sedap..



mama dan Amsyar

Amsyar pelik di situ..



kedai yang menjual coklat nie pun kecil jer tapi pada aku harga dia agak mahal la..lepas tu tak banyak pilihan..so kat situ kecewa la..kata muzium coklatkan tapi nak bawak anak jalan boleh la..


kitaorang kat dalam muzium tu tak sampai satu jam pun so korang boleh imagine sendiri la kan best ke tidak yer..hahaha..lepas tu terus pergi minum cendol sebab panas..cuaca sekarang nie buat semua sakit..



No comments:

Post a Comment


Blogger Templates