Tuesday, 24 March 2015

Pekan Baru ,Indonesia Part 2

assalammualaikum..

hari kedua tak ada apa sangat..bangun pun segar-bugar  badan sebab dapat tidur lena..itu aku la diorang aku tak tahu la..

Pagi tu diorang bagi makan nasi goreng pedas..memang pedas tapi sedap budak tak makan..lepas bangun tu kitaorang pergi pasar pagi kut nama dia..sebab malam nanti ada kenduri doa selamat dan tahlil..Lupa la nama pasar tu pulak tapi sempit dan panas..nak jumpa orang jual air memang payah ko jumpa makan dan barang nak masak jer..

kat sini aku beli keropok belinjor dengan keropok ubi..murah jer dan jumpa pulak ikan bilis tamban apa lagi memang beli la..murah jugak la harga dia..

petang dia orang pergi ambil angin sawah padi tempat tanah arwah atuk tapi di usahakan oleh pak sedara kat sini..





masak guna dapur kayu




diorang punya majlis lelaki dan perempuan campur duduk sama tak macam kita..


aktiviti orang perempuan kat dapur sibuk menghidang makanan..lupa nak snap gambar kerabu maggie..sedap kerabu maggie diorang buat..


diorang makan pun nak semua sekali tak ada tertinggal tetamu..lepas makan try go dapur..wahhh bersih tak ada selerak macam buat kenduri..bila masa diorang kemas dan cuci periuk belangka aku tak tahu..yang ada cuma pinggan jer tersusun kemas..

Lepas habis kenduri diorang pergi kedai jual ikan salai..aku tak pergi jugak tak dapat joint sebab si kenit dah tidur..malas aku nak kejut dia..aku nak dia rehat cukup takut nanti demam susah aku jugak..itu pun asyik cakap perut sakit..kesian dia..maybe petang tak tidur asyik main malam tu yang cepat dia tidur dan aku pun cepat tidur..hahaha dasar kaki tidur..


No comments:

Post a Comment


Blogger Templates