dah lama tak cerita pasal anak dara sorang nie dah besar dah kejap jer dah besar..aku dengan dia ada masa boleh ngam ada masa berangin jer dengan dia..hahaha..
kakak memang suka aktiviti berseni nie semua kalau ada dia nak masuk..aku layankan jer dah dia minat kan..
hari tu dia masuk pertandingan nasyid dah nak masuk sampai peringkat negeri katanya..Nuqman tak masuk sebab tak cukup umur lagi tapi kat rumah dia yang poyo berlatih lepas tu gaduh dengan kakak sebab tak ikut step..lepas tu aku jerit senyap tenang kejap lepas tu jadi balik..tak kuasa aku nak marah dan jerit bukan nak dengar aku juga yang sakit hati..hahaha.
hari-hari lepas sekolah agama berlatih karang lepas isyak berlatih tiap-tiap malam kesian tengok dia letih ada masa buat taktik pagi tak nak sekolah..pura-pura sakit kepala la demam la sakit perut la banyak alasan dia..tapi tak ada makna nak ponteng yer sekolah tetap jugak kena pergi..kalau kat rumah jangan cakap la asyik nak nyanyi jer ada masa dalam kereta pun sempat lagi nak nyanyi dapat pulak masuk suara Nuqman,,hurmmm tak boleh nak cakap apa jerla..dengar dengan redha jer..malas nak bising..lepas tu dapat pulak suara Amsyar dia pun dah boleh hafal asyik itu jer lagu abang dengan kakak dia nyanyi..hahaha
Hari tu dia lawan peringkat zon dan daerah menang dapat Johan lepas tu peringkat negeri dapat tempat ketiga..ok la dari kalah kan banyak sekolah bertanding tu kira berani la nyanyi depan orang ramai kalau mama ko tak terkeluar suara rasanya..apap-apa pun memang bangga dengan kakak..