Wednesday, 9 December 2015

Kabar Duka

assalammualaikum..

lately nie dengar kabar sedih jer..mula-mula dengan kematian arwah Pak Yus yang sesak nafas..time tu masih sedih lepas tu tiba-tiba pagi Khamis 03 tu ibu call kata ada berita sedih..ingat apa la rupanya abang aku masuk hospital kata kena serangan jantung..masa dengar tu rasa macam nak gugur je jantung terus call En hubby ajak balik tengok dia..dah baru lepas dengar tentang Pak yus tu.lagipun abang aku nie mana ada sakit jantung tapi tu la kan kehendak allah kan..

Minta kat bos keluar awal terus balik sg buloh amik ayah dan ibu terus pecut ke Hospital KL..nasib abang aku kena dia dah sampai kat tempat kerja dan nasib kawan dia perasan dia tengah sakit lepas tu terus kawan dia hantar..Lega dapat tengok abang dan dengar apa doktor kata..alhamdullilah masa kitaorang sampai dia baring dan nampak ceria sikit la adik dia datang kan..Tapi pelik esok dia dah discharge kata doktor cuma paru-paru dia je bengkak sikit..sebab kuat merokok..aku balik Tapah malam tu jugak .esok kerja

nie gambar hari 1st masuk 

esok aku takada la call dia tanya macam mana kan so aku harap dia ok la lepas tu terima ekin punya whatapp dia forward whatapp dari abang aku "kalau umur panjang kita makan sama-sama satu family"..aku dah tak sedap hati tapi masih fikir positif je malas nak dok fikir sangat..

nie kena tahan wad kali kedua

esoknya aku whatApp dia Isnin  7hb pagi tu dia tak balas aku agak dia busy kerja  la kan..takpa la biar la lepas tu pukul 11 dia balas dia kata dia kena tahan wad balik sebab dia sakit kat pejabat tadi..mula-mula berbalas whatApp lepas tu aku call dia tanya semua boleh pulak dia cakap tak ada sapa tahu dia kena tahan wad aku orang first tau..masya allah abang aku nie..lepas tu aku cakap aku call ibu and ayah bagi tahu aku suruh dia call bini dia bagitahu..kalau aku tak whatapp hari tu mesti tak tahu..abang aku nie tak nak orang susah hati jer tapi benda macam nie kan kena bagitahu kan..kali nie kena tahan lama sikit..harap-harap abang aku cepat sembuhla dan dalam grup whatapp kitaorang semua adik beradik suruh dia banyak kan rehat dan jangan buat kerja berat-berat...harap-harap dia dengar nasihat kitaorang nie kan..

gambar terbaru dia sihat je kan.
to my bro kurang-kurangkan la hisap rokok tu jaga kesihatan dan makanan..insyaallah ada masa nanti kita kumpul satu family kita makan besar ye..kak nor sayang abang..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates