Showing posts with label homemade-masak. Show all posts
Showing posts with label homemade-masak. Show all posts

Friday, 18 September 2015

Ikan Rhu Masak Masam Manis

Assalammualaikum...

Jiran aku balik dari mancing banyak dia dapat ikan RHu ada dekat 6 ekor besar jugak..dia bagi kat aku seekor..dia kata tak siang lagi aku dah ala nape tak siang kan ..hahaha..orang dah bagi kan banyak songeh la..so amik dan paksa En Hubby siang ikan tu dah ikan tu besar..

Esok baru masak masak masam manis cara aku la..ikan nie banyak tulang lebih kurang ikan terubuk la tapi stil tulang besar jenis tulang Y boleh la ko nampak lagi dan takkan tercekik..

sebab Nuqman dan Tisya masih tidak pandai makan pedas lagi yer so kita buat la kurang pedas so laju je la diorang makan walaupun ikan tu mama ko terpaksa picit-picit takut tercekik tulang nie semua papa ko punya pasal tak bagi korang amik sendiri..suruh mama asingkan dulu baru bagi kat pinggan korang...

Wednesday, 9 September 2015

Homemade Nasi Arab

Assalammualaikum...

Aku memang suka makan nasi arab bila tekak teringin terpaksa postpone tekak nie dulu nak makan..kat tapah tak ada nasi arab kalau nak makan tu dia kena pergi Ipoh tak pun teluk Intan..

Sejak kakak Ipar aku bagitahu dah ada instantly nie lagi mudah dan senang masak so hilang masalah aku kalau teringin nak makan.




so dah pernah makan kat kedai dan buat sendiri lebih kurang jer rasa dia so situ dah penjimatan makan kat luar..hahaha..dia ada 3 jenis nasi Kabshah nie aku tak try lagi..nasi maqulba nie aku dah try buat 2 kali memang sedap la sebab rempah dia terasa sikit..Yang nasi Mandy nie pun sedap jugak tapi aku tak berapa suka macam kurang kick la...tapi ikut tekak masing-masing la ..harga pun tak ada mahal sekotak dalam RM 15.00 depend pada kedai la..kat dalam tu dia dah siap kan bahan so korang baca je la cara-cara dia..senang jer masak dan cepat..

Aku pernah masak kat rumah Ibu hari tu semua dok kata sedap tapi masa tu tak buah kuah dah nasi arab kan mana ada kuah kesian ayah dan ibu nak makan tekak orang tua kan..tapi hari tu aku buat ada la buat kari kambing so ayah dan ibu boleh la makan dengan kesedapan..hahahaha..

tapi untuk aku makan aku masak ada kuah saje nak baut lain dari lain..hahaha

hasil nya nasi arab


kari kambing

kari sayur

tomota dan timun 
Pada peminat Nasi Arab boleh la try beli boleh makan dalam 5 orang gitu la..





Tuesday, 14 July 2015

Conflake madu dan Famos Amos

Assalammualaikum..

Tahun nie macam biasa tu jer menu aku buat biskut..sebab tu jer anak yang suka makan 

Hari tu plan nak buat biskut lepas tu terus kemas  rumah nak raya kan..so lepas sahur terus buat conflake madu..bahan-bahan memang dah beli semalam masa balik kerja.. so senangla sebab mood telah sampai kan..


conflake madu

biskut famos amos
dapat la siapkan hari tu biskut conflake madu dan biskut famos amos..sambil tunggu biskut di bakar aku basuh baju baru budak-budak nie lipat baju yang dah dua hari tak sempat nak lipat  sakit pulak mata tengok dah menggunung tu....buang sawang sikit..letih giler semua kerja nak buat last minutekan..bukan suka last minute tapi sabtu ahad aku yang lepas busy..nak harap hari kerja buat memang takla la..letih giler..

Siap semua kerja dah memang tak larat so cakap dengan En Hubby makan luar jer sebab memang penat nak masak..lagipun tinggal berdua je kan..budak-budak tak ada tu yag tak kisah sangat..

Bila aku cakap gitu En Hubby ajak pergi Ipoh nak shoping baju dia..hahaha kesian baru nak cari baju..aku pelik betul tak penat ke dia dah la seharian pergi repair kereta ..so nak tak nak terpaksa la ikut jugak sebab tak nak derhaka kan...kan....hahaha..

So ke Ipoh la kita dan alhamdullilah dapat jugak baju En Hubby kalau tak tak berbaju baru la En Hubby..alhamdullilah persiapan raya hampir 90% siap..tinggal nak kemas baju masuk dalam beg dan raya di perantauan..


Monday, 13 July 2015

Menu Buka Puasa Nasi Ayam dan Nasi Lemak

Assalammualaikum..

dah nak habis puasa kejap jer..setakat nie alhamdullilah puasa cuma tak larat bila cuaca panas jer..anak- anak pun alhamdullilah tahun nie penuh dan sihat tak macam tahun lepas mesti nak demam..

sebab bulan puasa lama tak dapat makan nasi lemak pagi-pagi..so petang tu menu kita nasi lemak ..bahan-bahan memang ada dah aku masak ikut citarasa aku..hahaha


time nie kami bertiga jer buka puasa En Hubby denga Nuqman buka kat surau..so nak elak bosan kita orang makan depan tv..kalau ada En Hubby bising dia ..


budak kecil nie macam -macam perangai dia..sebelum nak azan aku dah prepare makan dan minuman dia semoga dia tak kacau aku nak makan..

homemade nasi lemak

Lepas puasa entah bila pulak aku jugak yang mengidam nasi ayam..so menu buka nasi ayam..kalau tanya budak-budak nak makan apa mesti apa-apa jer..dari gitu jer jawapan dia biarla mak dia putus nak masak



masa nie pun berbuka bertiga jugak..balik dari surau Nuqman teruja nampak nasi ayam..terus makan lagi..hahaha dia punya suka la sebab dah lama tak masak kan..alhamdullilah anak-anaka masih suka air tangan mama..berani la kalau cakap tak suka kan..hahaha..

Blogger Templates