Thursday, 7 January 2016

Persiapan Barang Sekolah Anak

Assalamualaikum..

Dah masuk Tahun baru baru rajin nak update blog..barang sekolah anak macam biasa kitaorang beli pertengaha Disember hari tu..sebab pergi beli time tu orang tak ramai dan tak sesak..aku rimas ramai-ramai nie nanti boleh stress aku..hahaha

Bajet nak beli barang budak nie aku dengan En Hubby jer pergi beli kan senang sikit kerja tapi fikir balik kesian pulak kat anak..diorang dah hari-hari asyik tanya bila nak beli barang sekolah lepas tu siap pesan diorang nak ikut..

Hari tu amik diorang kat rumah opah bawak pergi beli barang sekolah ikutkan hati nak tinggal je asyik nak duduk rumah opah je..jealous tau mama asyik duduk sana je..kira  pergi pun petang lepas balik kerja sebab barang semua dah list nak beli so takada la terkial-kial nak beli..dah settel beli barang lepas tu sibuk ajak balik sampai tak menyempat nak makan..mama tahu nak balik tu bukan apa semua sibuk nak try barang baru la..


kiranya hari tu settel la beli barang-barang budak nie cuma tak beli beg je lagi sebab macam tak ada yang sesuai jer..beli alat tulis siap-siap walaupun yang lama masih ada lagi tetap nak baru jugak..takpa la time masa beli barang diorang memang dapat bunus kan..so layankan je la..total beli semua yuntuk dua beradik nie jer dah Rm 300 lebih tu belum masuk buku dan yuran lagi..hurm mahal sungguh barang sekarang kan..

kakak masih pegawas pusat sumber so tambah sikit je


Nuqman jadi pegawas so banyak kena beli barang baru la.

Esoknya sambung beli beg sekolah kat Teluk Intan..alhamdullilah settel beli barang sekolah..lega kepala aku dah beli barang anak..so pada anak mamapapa nie belajar pandai-pandai tau..

Wednesday, 6 January 2016

Cuti 3H2M JS Muara Restoran Kuala Gula & Mee Udang Mak Jah

Assalamualaikum..

Hari terakhir kat Penang macam-macam jadi..dugaan sungguh..boleh pulak kereta aku rosak masa nak check out dari condo tu..hazab betul..tensioan aku..bukan aku je En hubby jangan cakap la..nasib berkonvoi so kurang stress la sebab saling bantu membantu la..Kitaorang repair kereta dekat bagan serai sebab kenal pomen kat situ..alhamdullilah settel jugak la dan selamat juga sampai ke Tapah.

Plan memang nak makan tengahari kat JS Muara restoran Kuala Gula makan ketam lembut..sebab baiki kereta dulu makannya pukul 3 petang baru makan..perut masa tu tak lapar la sebab risau pasal kereta dah ok kereta baru terasa lapar..samapi kat situ memang tak pandang kiri kanan dah terus senyap dapat makan..



tempat makan dia akan kita rasa terbuai-buai..aku tak selesa sebab macam pening sikit la tapi time tu lapar tak rasa dah goyang tu dah kenyang baru terasa..hahaha



kitaorang oder hari tu ketam lembut masak pedas ,,ketan goreng tepung , sotong & udang tepung , sayur kailan , telor dadar dan kari ikan sembilang..tapi kari ikan semilang dia power giler sedap dan yang penting ikan dia manis ikan baru dan tak ada bau..tu yang sedap..ketam dia pun sedap aku rasa kalau korang oder aku rekemen ikan sembilang masak kari dan ketam masak pedas..memang tak mengecewakan..



Lepas makan tu kitaorang pergi makan mee udang pulak yang orang kata sedap sanagt tu kan..Mula-mula ingat jauh la dari Kuala Gula lupa tak da jauh sangat dekat juga la..walaupun perut kenyang tapi still berhenti makan juga tapi kita semua share la sebab nak rasa jer kan..time kita orang sampai memang penuh giler orang siap ada rela jaga lagi..

Image result for mee udang mak jah






walaupun kenyang tapi bila bab makan licin semua..hari tu En Hubby ada bawak balik mee udang nie tapi aku rasa hari tu macam tak sedap tapi kali nie makan sedap pulak..nyesal kongsi makan..hahaha..kuah dia pekat dengan udang dia yang Fresh dan manis..settel perut kenyang terus gerak balik tapah..balik Tapah makan kedai Tomyam pulak makan ikan siakap steam limau..hari nie memang hari makan sedunia aku rasa..asyik makan je tapi malam tu aku tak makan just ratah sikit ikan jer..kenyang lagi tapi family En Hubby nie memang hantu makan..hahaha..

Dah kenyang balik rumah terus cari katil..nak rehat kan diri sebab esok misi ke Ipoh pulak mencari barang..

Tuesday, 22 December 2015

Cuti 3H2M Tapah-Penang-Pdg Besar-Taiping-Tapah - Day 2

Assalammualaikum..

Hari kedua nie Family Nyah jer tak joint sebab dia pergi Langkawi nak shoping barang rumah..kitaorang terus ke Padang Besar sebab uda nak beli barang kat sana murah sikit la..

Kitaorang beli breakfast dan makan kat condo baru gerak ke Padang Besar..nak ke Padang Besar nie kitaorang kena ikut jalan lama la banyak sangat tempuh trafik light kalau guna highway kena keluar susur Bukit Kayu Hitam lepas tu kena patah balik la..azab juga ikut jalan lama sakit bontot aku duduk lama dengan Amsyar tidur memang tak boleh nak gerak la..

Sampai-sampai jeling-jeling je kat kedai tengok barang-barang dia lepas tu terus pergi makan..tengahari kitaorang makan masakan Thai..Kat Padang Besar nie cuaca dia panas sangat tak tahan aku..disebabkan cuaca panas kena pulak aku sakit kepala terus telan panadol malas nak bagi dia melarat nanti nak jalan tempat lain tak boleh..aku kalau sakit kepala kene terus makan ubat jangan la ko nak kata kejap-kejap lagi makan ke apa ke..nanti dari cepat elok langsung apa tak boleh nak buat..
dah puas shoping kat sini beli apa yang patut kitaorang lajak jalan sampai ke Bukit Kayu Hitam..tapi tak ada apa terus pecut balik Penang sebab nyah dah tunggu kat Penang..

masa onthe way balik tu kat perlis kut hujan selebat-lebat sampai tak nampk jalan terpaksa slow giler..dahla angin kuat yela kawasan sawah padi kan.nasib masa jalan-jalan anak-anak semua ok tak ada merungut ke merengek..kira ok la sebab jauh kan perjalanan je..Amsyar jer asyik ajak balik yela dia kan kecil maybe dia letih tu..makbapak and makcikpakcik dia tak reti penat..hahaha..

malam tu kitaorang makan kat Penang jer makan Char Kuew Tiow je..dah kat sini harusla makan masakan diorang kan..kitaorang keluar pun dah lewat jugak masa tu..makan pun dekat Tg bungah jer..

Masa nak balik tu la kereta aku buat hal tak boleh nak start nasib ada brother tu baik tolong jumpper kan..terus dah boleh jalan terus balik condo tak jadi nak pusing..

Friday, 18 December 2015

Cuti 3H2M Tapah-Penang-Pdg Besar-Taiping-Tapah - Day 1

Assalammualaikum...

Yeahh akhirnya untuk penutup tahun 2015 dapat bercuti bersama family En Hubby..Plan cuti dari bulan September lagi nasib menjadi..

Walaupun Penang dah pergi tapi kali nie tetap juga nak pergi nasib jalan tak jem dan cuaca cantik..Macam biasa la kat Penang nie kita sewa condo syarikat aku..so situ kita dah dapat penjimatan nak sewa homestay lain kan..satu jer tak best kat condo nie tak boleh nak bising sebab tempat nie memang untuk private..setiap kali nak keluar ke buat bising jer astyik suruh slow kan volume suara..hahaha..nasib badan la kan tempat orang kayo-kayo kan..

Kitaorang gerak dari Tapah lebihkurang jam 6:30 pagi gitu la konvoi 3 kereta dan berhenti break fast kat R & R lepas terus destinasi ke Bukit bendera sebab ayung and the yang lain tak pernah naik lagi ..

diorang pakat pakai baju sedondon

masa pergi kitaorang ikut feri sebab Family nyah tak pernah ikut feri..so layan kan je la..aku masa tu malas nak turun dari kereta so duduk dalam kereta tapi kejap je macam bosan pulak so keluar amik angin jap..

nie masa tunggu tren
masa sampai kat bukit bendera awal lagi la bajet mesti orang tak ramai sekali perghh ramai jugak..yela time cuti sekolah kan tapi masih terkawal lagi la..

dalam tren
mula kitaorang amik gerabak depan untuk family kita jer sekali ada pulak nak menyelit jugak ..redha jer..Amsyar time nie dudduk betul-betul sebelah drebar suka dia 

tinggi betul dia nak mendaki..gayat juga


Kat atas nie bukan pun ada apa just nak tengok pemandangan jer boleh la..angin pun sepoi-sepoi je..lepak kejap banyak jugak pembaharuan macam tempat LOVE tu dah kena pagar la kira nak amik gambar kat situ payah la tak macam kitaorang pergi dulu boleh je amik gambar kat situ..Actuaally banyak lagi gambar kat kamera adik ipar aku tapi malas nak transfer kan ..

Dah puas kat atas nie perut masing-masing pun bunyi ..terus cari kedai makan Hameediyah..kedai nie tepi jalan jer tapi nak cari parking punya la payah berpusing-pusing kitaorang..Last drebar turun kan kitaorang kat restoran lepas tu depa terus cari parking entah kat mana kira kena jalan kaki la..
masanie Nyah yang oder lauk-lauk so takde pulak Nyah oder lauk macam yang kitaorang makan hari tu..aku suka ayam dia masak apa entah tapi macam ayam madu la..dah orang amik so perut lapar sampai semua tak berbunyi terus suap..


makan kat Restoran Hameedeyah nie jer yang tekak aku boleh terima harga pun tak ada mahal sangat kan..kari kambing dia memang marvelous..sedap..dah kenyang excercise sikit jalan ke charosta beli jeruk Pak Ali..

Dah beli jeruk semua muka macam minta balik condo je..sebab dah kenyang dan letih..terus pecut ke condo lepas maghrib baru keluar pulak makan sup Hameed..


Kat sini pun famous jugak sup dia macam-macam sup dia ada jual..sup dia boleh makan dengan roti..cicah sup tu sup dia pekat..kalau tak nak nasi pun boleh..diorang oder sup kambing sup ayam..sup daging  dan sup perut..aku makan sikit tak ada beria-ia sangat sebab takut sakit karang susah pulak tapi dah bawak ubat siap-siap..

Lepas makan sup Hameed kitaorang jalan kat Tg Bungah tempat dia macam uptown la..nak beli souvinier pun boleh..harga berpatutan kalau pandai la..

hurmm habis jugak Hari pertama kitaorang..kali nie datang hanya jaln dan makan jer tak ada nak pergi tempat-tempat menarik sebab dah pergi..





Wednesday, 16 December 2015

Amsyar Pokadot Dah 3 Tahun

Assalammualaikum..

semalam 15hb Dec birthday amsyar yang ke 3 tahun..dah besar budak nie..banyak cakap dah terlebih banyak akal..

sehari sebelum tu saje remind kan dia cakap esok birthday amsyar lepas tu kitaorang nyanyikan untuk dia malu-malu jer dia dengar elok kitaorang habis nyanyi dia tanya kek mana..hahaha..pandai dia tau plak mesti ada kek..

Pagi-pagi kalau bangun tak sah nak merengek ke apa ke mesti nak ngada tapi semalam berjaya buat dia senyum bila mama nyanyikan lagu birthday dia..

malam tu semua excited nak tengok dia potong kek..papa beli kek kecil jer sebab beli besar tak ada sapa nak makan sebab mama dalam proses diet..hihi..papa mintak kek coklat sekali orang tu bagi kek pandan tak kisah la janji kek kan..

Tapi time nak pasang api kat lilin boleh pulak pistol gas tu tak nyala..jenuh tekan time nie la di buat hal so terus tak ada lilin ..amsyar pun tipu-tipu tiup ..hahaha


Budak yang sangat happy dapat kek sibuk tanya kek dia..bukan makan pun sibuk berebut dengan abang nak amik accessories tu je..


kepada anak mama amsyar mama doakan semoga berjaya dunia dan akhirat sihat selalu dah dirahmati allah..Selamat Hari Lahir Abang pokadot..hihihi..mama papa abang nuqman & kak Tisya sayang Amsyar..

Wednesday, 9 December 2015

Kabar Duka

assalammualaikum..

lately nie dengar kabar sedih jer..mula-mula dengan kematian arwah Pak Yus yang sesak nafas..time tu masih sedih lepas tu tiba-tiba pagi Khamis 03 tu ibu call kata ada berita sedih..ingat apa la rupanya abang aku masuk hospital kata kena serangan jantung..masa dengar tu rasa macam nak gugur je jantung terus call En hubby ajak balik tengok dia..dah baru lepas dengar tentang Pak yus tu.lagipun abang aku nie mana ada sakit jantung tapi tu la kan kehendak allah kan..

Minta kat bos keluar awal terus balik sg buloh amik ayah dan ibu terus pecut ke Hospital KL..nasib abang aku kena dia dah sampai kat tempat kerja dan nasib kawan dia perasan dia tengah sakit lepas tu terus kawan dia hantar..Lega dapat tengok abang dan dengar apa doktor kata..alhamdullilah masa kitaorang sampai dia baring dan nampak ceria sikit la adik dia datang kan..Tapi pelik esok dia dah discharge kata doktor cuma paru-paru dia je bengkak sikit..sebab kuat merokok..aku balik Tapah malam tu jugak .esok kerja

nie gambar hari 1st masuk 

esok aku takada la call dia tanya macam mana kan so aku harap dia ok la lepas tu terima ekin punya whatapp dia forward whatapp dari abang aku "kalau umur panjang kita makan sama-sama satu family"..aku dah tak sedap hati tapi masih fikir positif je malas nak dok fikir sangat..

nie kena tahan wad kali kedua

esoknya aku whatApp dia Isnin  7hb pagi tu dia tak balas aku agak dia busy kerja  la kan..takpa la biar la lepas tu pukul 11 dia balas dia kata dia kena tahan wad balik sebab dia sakit kat pejabat tadi..mula-mula berbalas whatApp lepas tu aku call dia tanya semua boleh pulak dia cakap tak ada sapa tahu dia kena tahan wad aku orang first tau..masya allah abang aku nie..lepas tu aku cakap aku call ibu and ayah bagi tahu aku suruh dia call bini dia bagitahu..kalau aku tak whatapp hari tu mesti tak tahu..abang aku nie tak nak orang susah hati jer tapi benda macam nie kan kena bagitahu kan..kali nie kena tahan lama sikit..harap-harap abang aku cepat sembuhla dan dalam grup whatapp kitaorang semua adik beradik suruh dia banyak kan rehat dan jangan buat kerja berat-berat...harap-harap dia dengar nasihat kitaorang nie kan..

gambar terbaru dia sihat je kan.
to my bro kurang-kurangkan la hisap rokok tu jaga kesihatan dan makanan..insyaallah ada masa nanti kita kumpul satu family kita makan besar ye..kak nor sayang abang..

Tuesday, 8 December 2015

Reward untuk anak-anak

Assalammualaikum..

Hari tu janji dengan anak kalau periksa akhir tahun cemelang nanti mama papa bawa bercuti tapi tak ada bawa mana la just bawa mandi pantai kat Teluk Batik je.

Hari tu aku bawa bekal masak siap-siap sampai kat sana tak payah nak beli-beli ke apa ke..senang kata berkelah kan baru la rasa nikmat berkelah..

kitaorang gerak pukul 9 pagi macam tu sampai kat sana lebih kurang 11 lebih..sampai-sampai memang cuaca cantik la panas orang pun tak berapa ramai sangat..apa lagi budak-budak terus berendam sampai kecut-kecut. Lebih kurang pukul 4 lebih kitaorang pun balik dan terus jalan kat jeti makan dan balik tapah.

dalam kereta memang di bantai tdur la budak-budak nie sebab kepenatan.puas hati dapat bawak anak jalan walaupun sekejap janji happy..minggu nie pulak bawak diorang jalan ke Penang pulak..

Hope budak-budak nie happy la tapi memang sure budak kalau dapat jalan mesti happy kan.




Blogger Templates