Wednesday, 20 July 2016

Macam-macam Hal Raya Ke 3

Assalammualaikum..

Raya ke 3 plan pagi nak bertolak Perak raya dengan mertua pulak..semua berkumpul sana malam nak buat BBQ..

Nak jadikan cerita En Hubby pagi tu cek la kereta dia yang aku settelkan anak- dan letak beg bagai depan pintu agar En Hubby senang sumbat dalam kereta..settel semua aku pun ready la siap bagai bertudung tapi kereta pulak ada problem..entah apa yang bocor kena ganti.,

En hubby ayah abang sham dan amir tolong la apa yang patutkan.En Hubby bila kereta dia rosak mula la tension dia nak stress..sikit je rosak tapi stress dia tahap gaban..nasib amir ada dia la tolong tapi biasa la En Hubby kan pasal kereta dia tak bagi orang usik sangat dia nak pomen dia jer padahal amir tu terror aje..lantak situ la kan aku malas amik pot pasal kereta dia lagi di tanya karang dia hangin karang tak pasl tambah dosa lagi..hihi

yang aku dengan anak dah siap tukar balik baju biasa macam lambat lagi jer nak settel..sebab tengok dia call sana sini pomen tak nak angkat raya kan....time tu jugak si Amsyar nie kena muntah-muntah..dah demam pulak pergi klinik pun dengan abang aku sebab dah lembik asyik muntah dan doktor kata keracunan makanan tak tahu apa dia makan sebab dalam rumah tu dia sorang je kena..kesian dia..aku suspek dia makan lemang banyak campur air gas..

Pukul 4 petang cam tu baru gerak ke Perak...bayangkan la dari pukul 9 lebih siap-siap nak balik last petang baru tolak..nasib tak jem..sampai sana tak dapat bantu pun diorang masak sebab Amsyar tak mahu berenggang..risau sebab still muntah makan dan minum keluar balik so decide ajak En Hubby bawak dia makan ais krim oren lepas tu baru dia kurang muntah..bagi makan buah pun dua gigit kata dah kenyang..esok tu baru sihat sepenuhnya mula la dia jadi otai.lega tengok dia nak makan dan susu..dah sihat nak cover sebab semalam tak tolong diorang so kena la rajin bantu kan dah la oang tak putus-putus datang rumah abah..aduh letih tapi nasib semua rajin bantu..

Pagi tu kakak ipar aku masak sup tulang 10kg ko macam kenduri..alhamdullilah habis dan cukup bagi tetamu makan..

Tuesday, 19 July 2016

Raya Ke dua

Asslammualaikum..

Raya ke dua aku masak nasi arab aje..abang aku tak suka nasi arab tapi still makan jugak sebab tiada pilihan..time nie ayah pun masih tak sihat lagi..balik rumah Ibu memang tak jalan raya duduk jer kat rumah nak jalan pergi rumah jiran sebelah pun malas..

Petang sikit kitaorang pergi rumah mak abang aku..tu jer raya anak-anak dah bising baju raya kasut raya tak guna lagi..so meh kita pakai pergi raya rumah atok Aqis..dekat pun macam apa melaram semua..biasala budakan..

tuan belog


masa nie diorang tengah prepare masak ..so tak ada orang kita berselfie dulu..princess dedek yang over..

princess nani yang gedik dengan Ucu Amir..manja sangat nak dukung jer.gigit baru bau tau..


bersama-sama ibu dan ucu ekin yang makin besar dan sihat..Ibu yang still maintain jer 


tak sabar nak tunggu bulan Oktober nie nak cium baby nak gomol baby..dan tak sabar camna Ucu handle anak dia..dia kan garang dengan anak buah..hahaha..

Friday, 15 July 2016

1st Syawal di Sg Buloh

Assalammualaikum..

Tahun nie tak pergi pun sembahyang raya sebab ada anak kecilkan..ayah pun tak dapat pergi tahun nie pagi-pagi kepala dia dah pusing nak pitam plus perut ayah meragam..teman ayah kat rumah jer..so pasang tv tengok sembahyang raya tiba-tiba ayah masuk bilik ingat dia nak baring bilik rupanya ayah sedih tak dapat pergi sembahyang raya..sedih dengar takbir..yela setahun sekali kan dah tak sihat nak buat camna kan..karang tak pasal pengsan  kat masjid..



menu raya hari tu aku cuma masak kuah kacang jer yang lain semua Ibu masak aku tukang sedia bahan jer..tiap-tipa tahun itu la lauk dia rendang ayam..kuah kacang,daging bawang goreng dan lemang..ketupat tahun nie tak ada..tak sempat beli dah habis daun banyak la tapi tak pandai nak anyam..

sementara tunggu yang lain balik amik gambor si kenit nie..suruh amik gambar mama habis semua gegar la tak nampak kepala..sengetla..

So dah cantik-cantik dan tunggu diorang balik nak salam-salam bermaafan.tahun nie dah decide tak nak nagis-nagis sebak-sebak ke..bukan banyak dosa pun tapi hati tisu sangat..haha yang best aku jer nagis yang lain dok bantai gelakkan aku..kuar ajor jer..so alhamdullilah dapat melepasi bab itu..hihihi


Tema tahun 2016  hijau 

Selamat Hari Raya to all yang sedang baca blog yang sendu nie..

Tuesday, 12 July 2016

Cerita sebelum Raya

Assalammualaikum..

Raya dah berapa baru nak tulis blog..memanjang tak ada mood je nak taip..Tahun nie giliran raya rumah Ibu..so Ucu Ekin dah kawin so banyak part kerja kemas rumah tukar langsir kena aku buat..benci tau nak tukar langsir..tapi redha je kan..so makeover la ..lagipun dah decide dengan dia dua-dua tak boleh sama serentak raya rumah Ibu nanti tak ada sapa nak tolong ibu..so tahun pertama kawin dia dah rumah mertua..hahaha bertabah la ya..tu pun kata raya kedua baru balik tup-tup 1st petang raya dah balik..hahaha..

So aku amik cuti awal dapatla kemas rumah Ibu ikut rentak Ibu nak rumah camna kan..so lepas subuh mula operasi kemas rumah Ibu bagi tip top..masa kemas rumah Ibu nasib ada assistant sapa lagi ayah dan si Kak Tisya..ringan beban nak kemas..rumah dahla besar plus banyak bebenor perhiasan so bertabahla mengelap bagi kilat..time kemas rumah teringat zaman anak dara memang tula rutin aku kemas mengelap dan mengemop rumah..baru puas..lepas turun bawah sapu laman rumah..bab sapu daun kering tu yang aku tak suka peluh macam buat larian marathon jer.lagi geram bila siap je karang ada jer daun nak gugur di tiup angin..hahaha

Bila dah settel nak bagi orang puji sibukla suruh Ibu tengok puas hati ke idak dengan rumah dia laman dia dah kemas ..tup-tup Ibu cakap "pokok bunga Ibu jirus tak"..selambar je aku bagitau "bunga Ibu banyak sangat tak lalu nak menyiram.."jeling je Ibu aku tak siram..hahaha alolo comei jelingan tu.

Dah settel bab kemas bab pasang langsir pulak nasib ibu dah tanda kat langsir so senang kerja aku kalau tak nagis aku pasang langsir...yela dah cantik masuk nak gantung terpendek la terlebih la..hohoho tu yang aku naik HULK..tahun En Hubby tak dapat tolong dia demam so terbaring je..

Ibu memang masak lauk raya lepas berbuka so petang tu aku buatla dan sediakan bahan-bahan malam karang campak je dalam kuali tu pun nasib fairus adik laki kat melaka tolong kupas bawang..to pun tengok dia ..mood rajin dapat dia tolong..


Thursday, 23 June 2016

Cuti bersama si cinta hati

Assalammualikum..

semalam aktiviti dengan anak dara buat biskut raya dan pakai inai..dah besar anak mama..

Semalam cuti nuzul Quran..best Perak cuti..so plan sambung kemas rumah dan nak lap tingkap lepas tu kalau terlebih rajin nak alih pokok bunga..Rumah touch up jer sebab sebelum tu dah proses mengemas time anak tak ada rumah so senang kemas kalau tak stress aku..kemas rumah pun stress kan..hahaha..mau tak stress elok molek mama kemas sapu mop karang ada jer tapak kaki yang comei-comei ..takpun ada jer yang nak buat mama start buat HULK...so anak taka ada hari tu sempat sehari rumah cantik bersih kemas dan kebabom keesokan harinya..sabar jer la janji dah kemas dah lap sebelum tu..

plan siap kemas settelkan kuih raya pulak ..alhamdullilah dah settel nak buat biskut raya..so bunga je tak sempat nak kemas tak sempat nak alih ..tiba-tiba mood malas sampai..hahahaha..sebenarnya penat dengar pot pet si amsyar jer.."mama nie asyik kemas  buat kerja jer.."??? tau la kalau dia dah bunyi gitu nak susu dan tidur sambil tangan dalam baju mama..


kakak tisya bab macam nie dia suka la..bagi kan dia try nak buat no bad jugala..


menekan guna acuan semperit suka dia bunga dia jadi..


Biskut semperit warna warni dari kakak..time bakar semua duk telan air liur bau bukan main..tapi mulut Nuqman macam puaka..hahaha.." bau wangi rasa tak tahu lagi sedap ke tak???"..mama rasa macam nak oven kan jer mulut dia tu..Nuqman cakap macam tu jeles dengan kakak sebab dia tak dapat buat..hahaha..

so semua kerja dah settel teringin pulak nak berinai...malas nak kotor kan jari suruh anak dara pakai kan..laju jer dia mencantik kan jari mama dia..hahaha..

tapi sebelum tu Nuqman ada dia dah buat biskut conflake madu dengan conflake coklat..sebab senang kan..so boleh bagi dia buat..


Tahun nie buat conflake madu ..conflake coklat..semperit susu sebab tengah famous kan..buat la sanggup beli acuan semperit dan last sekali kuih rainbow @ lidah kucing tapi aku punya aku panggil lidah gajah sebab lebar..hahaha tak guna acuan kan so lari sikit la bentuk..rupa tak elok janji sedap di makan..



time nie belek sambil teleng kepala nak betulkan inai mama dia..pandai dia pakai tak comot pun..kesian dia jari dia yang merah..hahaha


suruh dia pakai kan sepuluh jari..sengeh jer dia..ok la kan kemas pakai..nak mama pakai sendiri tidakla..malas aku benda rumit nie..


Thursday, 16 June 2016

Ada Apa Dengan Bulan Puasa?

Assalammualaikum..

Tajuk tak moh kalah..hahaha

Ramadhan ke 11 hari nie jap jer rasa..baru sekali tak bangun sahur..nie semua gara En Hubby la..aku suruh prepare sahur..sebab aku letih dan tak cukup tidur sebab petang banyak jalan shopping baju anak..dah la sebelum tu ada program bersama anak yatim..lepas sahur baru dapat tidur..malam tu tak dapat tidur sebab bising..hahaha..

Bukan En Hubby tak nak prepare tapi jam loceng tak bunyi entah apa masalahnya.. ke kitaorang yang tidur separuh mati..tak sedar..handphone aku battery habis sebab anak main game..bila En hubby kejut.."Yang bangun dah subuh"..hahaha terkebil-kebil aku bangun ingat kejut  sahur rupanya azan subuh..yang kesian kat anak letih last dengan ketidak relaan hati bagi buka puasa sebab diaorang dahaga sangat lagipun cuaca panas dengan sekolah lagi kan..terpaksa relakan..hahaha..dapat Nuqman berpackage makan dan minum si anak dara minum jer..bukan anak jer mama pun rasa nak buka tapi tak kan nak buka kan..kan..kan..terus depa cakap papa takpayah la bangun buat sahur biar mama jer..nanti tak bangun lagi..amboi-amboi syokla PAPA kan..kan..demi anak mama rela set jam bila turn PAPA kena prepare sahur..hihi.

Tahun nie lauk semua masak balik kerja keletung keletang masak sebab barang semua dah siap-siap potong ..siap-siap blender so balik main-main campak jer..cam teror je kan..hahaha

Semalam jer buka luar En Hubby entah apa mimpi ajak makan luar..ehh lupa pulak bukan semua hari aku masak karang adik ipar baca sentap hati dia pulak adala buka rumah ayahsu @ rumah abah..lepas tu dua kali buka luar kat ipoh ada urusan..yang lain masak..lauk beli tak ada sebab lauk depa jual tak sedap lepas tu kedekut sangat nak bubuh lauk..hihihi..setakat beli kuih dengan air ada la kan..

Harap-harap puasa tahun nie diberkati allah..



Wednesday, 8 June 2016

Imbau Tema Baju Raya



assalammualaikum...

hari nie dah puasa yang ke tiga dah..alhamdullialh kakak dan nuqman dapat bertahan yela bukan pertama kali puasa kan..so far tak ada masalahla..

Tahun nie rasanya memang tak beli baju raya  untuk pakai sedondon sebba baju yang Ucu Ekin kawin hari tu dah buat sedondon pakai pun sekali lepas ayahsu kawin pun ada buat juga so  tak payah bazir pakai yang ada jer..


tahun 20015

tema tahun lepas warna kuning mustard dan coklat..baju raya tahun lepas warna agak menyerlah tapi nice jer..

raya 2014
Tahun 2014 pilih tema hijau dan kelabu..hahaha beli last mminute tu yang tak ada sedondon..sebab Nuqman nak warna kelabu..so payah jugak cari colour tu..En Hubby pun malas pikir kata pakai baju raya tahun lepas nasib muat lagi so aku tahun nie baju baru tapi sayang pakai sekali jer tailor tu tak pandai buat baju aku tak cantik..sayang kain aku tu..




raya 2013

Raya 2013 still colour hijau warna tak sedondon jugak..sebab tahun tu giliran rumah mertua so depa pakat nak pakai colour hijau petronas..so payah sikit sebab beli last minute kan..aku pakai baju lama jer..budak-budak jer baju baru..
raya 2012
Tahun 2012 tengah pregnant Amsyar so beli baju kurung jer nasib muat ..royal blue katanya..
raya 2011

Tahun 2011 Nuqman request warna merah..so merah la kita tahun tu..

tahun sebelumnya ada colour oren..kuning..warna hijau juga banyak kali pakai la..entah nape suka sangat colour hijau..

so tahun nie wane apa pulak kita nak pakai..



Blogger Templates