Wednesday, 3 September 2014

Selamat Datang Ke Kelab


Assalammualaikum...

Tajuk guna bahasa melayu lain macam jer rasa..takpe la janji ada bunyi..dah mari kita nyanyi lagu "Selamat Penganti Baru"..hahaha teringat dolu-dolu masa kahwin..

nak cerita pasal sepupu  En Hubby yang kahwin..sorang dah kahwin bulan Jun hari tu dah pun selamat masuk ke fasa lagi satu dan sorang baru jer kahwin awal ogos hari tu..saje jer nak citer lambat sebab nak satu kan entry pasal kahwin..dan sorang lagi anak Pengasuh @ anak Opah baru-baru nie..

penganti 1
Selamat penganti baru Yani dan Yutt..dan akan bergelar mommy dan daddy tak lama lagi..bunting pelamin..subur betul you..sebaba apa subur sebab banyak kali pergi honeymoon..hahaha..

penganti ke 2
Sepupu En Hubby yang kahwin semua pompuan..nie baru jer kahwin awal bulan Ogos hari tu..selamat menempuh alam rumah tangga mira dan amir..
pengantin ke 3
nie anak opah dia..selamat penganti Ila dan Fir..semoga berbahagia hingga ke Jannah..

dan last sekali pengantin adalah  tuan belog..kitaorang baru jer lepas tarikh annivessary hari tu..29/08/2003-29/08/2014 dah 11 tahun hidup bersama

pengantin lama
Selama 11 tahun hidup dah macam-macam suka dan duka di lalui bersama..bergaduh manja merajuk ke semua dah pernah lalui..Semoga hubungan halal nie kekal hingga Jannah..

Photo
nyawa mama dan papa

dan hasil 11 tahun hidup nie hasil produktif kami..hahaha..

Friday, 29 August 2014

Konon Nak Diet

Assalammualaikum..

Dah lepas raya nie mulut tak boleh nak control makan la..asyik nak makan jer..tu belum kalau aku marah..aku kalau marah mesti nak makan walaupun kenyang..camne tu yer..

Nie pun rasa baju kerja dah ketat..rasa macam melekap jer kat badan..seluar pun dah ketat kat pinggang..
hari tu berikrar konon nak diet cara aku la..cara diet ikut suka namanya..


Photo
sosej+kentang+telor

cuba la makan benda nie waktu petang sebelum pukul 7..cadang malam karang tak mahu makan la..memang makan benda nie kenyang..senak perut aku rasa..dah bangga kejap bila jam tunjuk pukul 8 malam aku masih kenyang lagi..syabas pada diri sendiri..

tapi bila lepas Amsyar hisap "tek" secara automatik lapor..giler apa ke..hahaha..kejap-kejap perut berbunyi irama jazz...dah tak boleh tahan terus ajak En Hubby masuk Highway makan Nasi lemak Paru..tak agak-agak nak makan kan..terus mintak nasi lemak..hahaha camne nak kurus bila makan tak ingat menunya..dah gemuk mula meroyan..hahaha

Lepas tu sibuk amik gambo tengok badan sendiri gemuk ke idak..selalu tanya budak dua orang tu jawapnya selalu buat aku kecewa..gemuk la tapi ok la..camne mama nak memahami jawapannya....hahaha

Photo
tuan belog
selalu aku nak sedapkan hati  sendiri aku akan fikir tak pe aku dah anak tiga  gemuk sikit tak pe..ada orang tu belum kahwin tapi badan macam tong..hahaha..suka fikir gitu..tak mahu terima kenyataan badan dah gemuk..

Tuesday, 26 August 2014

Rendang Ayam

Assalammualaikum..

hari tu teringin sangat tekak nie nak makan rendang..padahal raya hari tu bukan sakan aku melantak..kalau tekak nie dah teringin harusla jugak masak kan..tu pun drama swasta jap dengan En Hubby..dia nak makan kari ikan Nyuk-nyuk aku nak rendang so disebabkan takut meleleh air liur aku so dia mengalahkan..ehhhh jangan silap yer aku tak mengandung yer just teringin jer..kalau aku pregnant pun nanti aku war-war kat korang yer..ada hati lagi nak anak kecil yang sorang nie pun terkejar-kejar aku..

Rendang ayam kali nie kurang kerisik pulak En Hubby beli sikit kerisik dia ingat cukup ta la orang lelaki kalau tak ada orang pompuan pergi pasar gitulah jadinya..salah kan En Hubby pulak kan yang aku dah malas nak ke pasar sapa suruh kan..


Photo
rendang ayam

dulu masa anak dara tak pernah masak rendang dah kawin baru pandai masak tu pun still tengok resepi lagi..hahaha..tapi yang kelakar aku masak rendang ikut resepi kalau resepi kata seinci halia maka seinci la halia..hahaha..ikut tepat-tepat yer takut tak menjadi..kali nie masak tak berapa pedas maka kakak and Nuqman siap ratah ayam dia..alhamdullilah suka tengok diorang makan dengan muka happy..

Friday, 22 August 2014

Cerita Dalam Bilik Air

assalammualaikum...

Amboi tajuk macam apa jer kan..hari ahad hari tu rajin sangat dan mood mengemas rumah pun sampaila..maka jomla kita kemas rumah..nak kemas pun mesti ada mood pulak kan..

Dah duduk rumah tu dekat 5 tahun kut baru tergerak hati nak cat bilik air..selama nie masuk bilik macam tak berseri jer..dinding pun warna simen jer..bosan kan..

hari tu aku dah make over bilik air tu pun balance warna cat dinding rumah..hahaha..dari membazir keras kejung cat tu baik aku cat..berpeluh-peluh mengecat dalam bilik air sorang-sorang..budak-budak sibuk nak menolong tapi kejap jer aku bagi cat..taula kalau budak cat kan tumpah jer lebih dari mengecatkan..

Bila dah cat rasa macam wahhhh cantik bilik air aku tapi nampak gelap pulak..Nuqman siap sound lagi siang hari  pun kena buka lampu gelap..ala tak de maknanya..memang sebelum tu pun memang suka siang hari buka lampu pun..lepas tu tak tutup bil letrik melambung papa ko jugak bising..

cantik tak..abaikan Nuqman yang tak berbaju

Masa aku mengecat tu tak masak lagi padahal dah tengaharikan tak pe balance mee hailam pagi tadi ada lagi sapa lapar makan tu dulu..kejam mama kan sebab mood mengecat dah sampai so tak nak la terganggu kan..En Hubby jaga Amsyar ..tu pun berpuluh kali datang kat aku panggil "ma tek"..nanti aku marah kat dia "tek".."tek" berlari dia kat papa dia..hahaha saja jer kacau mama kan.... siap cat terus nak masak sekali letrik pulak blackout..so goreng ayam dan ikan goreng masak bubur nasi..dah siap masak berebut-rebut makan kesian lapar anak-anak mama kan..

Petang tu semua dah settel nak rehat kan badan rasa macam letih pulak..sambil baring suruh En Hubby picit tangan lenguh rasa pulak..tengah tidor tiba-tiba rasa badan macam nak demam pulak ..poyo jer kan baru mengecat bilik air dah nak demam kan..bila bagitau En hubby senggeh jer dia tau dah perangai giler aku tu.,..

nanti ada masa nak make over dapur pulak tu tak tahu bila la..cat rumah nie sejak pindah tak pernah cat..so perlu jugak make over..

Tuesday, 19 August 2014

Roti Jala vs Kari Ayam

Assalammualaikum

hari tu masa raya mak su buat roti jala..dapat makan sikit jer...ingat nak buat la tapi fikir balik tak ada pulak acuan roti jala dan kuali khas dia..hari tu balik rumah ibu nampak la acuan tu mintak kat ibu tapi demand ibu nak jual kat aku RM 10..amboi beli berapa jer kan..ibu memang gitu dengan aku suka demamd..tapi sayang lupa nak ambil..

tup..tup..tup  dua hari lepas tu En Hubby bawak benda nie..so dah ada benda nie mula gatal tangan nak buat roti jala..aku tak berapa nak pandai bancuh so banyak kali mentest la sampai jadi..

Photo
acuan RM 4.90 jer
mula-mula aku masak kari ayam..entahla kali nie memang sedap giler kari ayam aku..hahaha puji diri sendiri habisla aku kena smash dengan korang..dah siap aku buat roti jala..memang serius roti jalan sedap makan dengan kuah kari..kakak dan Nuqman pun cakap macam tu..banyak jugak la depa makan siap aku bancuh lagi  dan buat..seronok tengok budak-budak nie makan berselera..kalau dah sedap tak sah la aku nak bagi orang lain rasakan..kalau tak sedap makan family jer.. hantar kat bapak mertua sikit dia kan favourite kari..


roti jala yang tak berapa cantik 


bila buat dengan kakak dia sibukla nak tebar la sibuk la nak gulung..sambil gulung sambil menunggu kami dua beranak makan dulu....lepastu bising tengok benda tu tak banyak-banyak..hahaha..

Monday, 18 August 2014

Peria Masak Tauchu

Assalammualaikum..

Hai all hari nie nak share resepi peria masak tauchu..suka makan peria tak..ada orang kata pahit tapi pahit tula yang sedap dan ubat..kalau tak nak pahit sebelum masak tu rendam dengan air garam sikit..kurangla pahit dia..

ok la selalu aku masak peria goreng lepastu pecah telor tapi kali nie try masak tauchu..fuhhh dia punya marvelous..ehhh ke aku yang baru tahu peria tu boleh masak macam-macam..hahaha

ok mula-mula masak 2 biji peria yang sederhana besar dia sekali dah masak berebut-rebut dengan En hubby makan..sedap sangat sampai makan  mulut tak habis cakap sedap..sedap....tu confirm sedap la kena tekak dia la..

sorry la gambar aku lupa nak snap..korang imagine sendirila gambar nya..nak resepi jugak ke...alah senang jer ..

Bahan-bahan
peria 2 biji
1 biji bawang besar  +2 biji  bawang putih - hiris
cili api + cili merah + cili hijau -hiris
halia sikit
2 sudu tauchu
10 ekor udang sederhana

cara masak lagi senang barang yang dihiris tumis sampai bau masuk kan air sikit  ikut selera korang la nak banyak ke nak sikit..macam aku suka sikit jer..lepas tu masuk tauchu dalam dua sudu..lepas tu masuk peria dan rasa cukup tak ..dah siap makan dengan nasi panas-panas..perghhh terliur aku walaupun tak letak gambar tapi otak boleh terbayang- bayang..

Thursday, 14 August 2014

Anak Mama

Assalammualaikum..

Dah lama tak cerita pasal  anak-anak nie..diorang punya perkembanagn..diorang punya perangai..dia punya sikap dan macam-macam lagi la..hari nak buat entry pasal diorang nanti esok dah tua buka belog boleh baca..

kita mulakan dengan anak dara sorang nie..sorang yang sensitif dan jenis tak kisah..keputusan periksa tak memuaskan pun ok jer tak ada nak bimbang mak ko yang risau..kalau bab makan tak cerewet pun tapi jangan pedas..kalau pedas bergelas-gelas minum..boleh dikatakan seorang kakak yang penyanyang jugak ada masa jadi Hulk jugak..tu sebab dia naik Hulk bila Nuqman kacau dia..moody sangat bila bangun pagi so jangan ko nak tegur dia nak gedik-gedik dengan dia melenting dia paling tidak pun jelingan maut di beri..hahaha..rajin kalau bab masak tapi malas bab suruh kemas barang dia jer pun banyak bersepah aku perhatikan jer..

 

kalau Nuqman aku perhatikan dia nie jenis yang semua dia buat mesti betul dan mesti lebih dari orang..kalau bab pelajaran pun dia nak dia jer yang bagus..dia ni pantang di cabar yela anak lelaki kan..pun sayang adik tapi suka membuli orang..lagi satu dia nie jenis ada masa nak smart ada masa biasa-biasa tapi still kemas la..makan jangan cakap kuat tapi badan keding..satu lagi tabiat dia bila keluar berjalan mesti nak beli tak kira la jalan sejengkal tetap nak belanja..kuat guna duit dia nie..nakal jangan cakap la  mungkin biasa kot budak seusia dia..tapi dia takut dengan papa dia walaupun papa just pandang and bersuara jer..kuasa papa dia..

 
si kenit aku perhatikan jugak sejak dah nak masuk usia 2 tahun nie..cerdik boleh tahan..dah faham dengan apa yang di kata orang..manja dan ngada-ngada sangat..dia suka ikut abang dia kemana jer..kira kamcheng la..dia cuma nak dengan kakak bila nak mintak kakak bawak dia jalan keluar jer..suka tiru orang buat dan satu perangai dia bila tak dapat sesuatu atau kita ambil barang dari dia..tu sila tutup telinga yer..suka jerit dan nagis kuat-kuat..pantang nampak baby suka cucuk baby..

 Photo
tapi itulah anugerah dan amanat yang allah bagi pada mama..bila tengok dan renung-renung diorang nie rasa apasal cepat sangat membesar rasa macam tak puas lagi tengok diorang jadi baby..

Blogger Templates