Tuesday, 25 August 2015

Nasyid Sampai ke peringkat Negeri

Assalamualaikum...

dah lama tak cerita pasal anak dara sorang nie dah besar dah kejap jer dah besar..aku dengan dia ada masa boleh ngam ada masa berangin jer dengan dia..hahaha..

kakak memang suka aktiviti berseni nie semua kalau ada dia nak masuk..aku layankan jer dah dia minat kan..

hari tu dia masuk pertandingan nasyid dah nak masuk sampai peringkat negeri katanya..Nuqman tak masuk sebab tak cukup umur lagi tapi kat rumah dia yang poyo berlatih lepas tu gaduh dengan kakak sebab tak ikut step..lepas tu  aku jerit senyap tenang kejap lepas tu jadi balik..tak kuasa aku nak marah dan jerit bukan nak dengar aku juga yang sakit hati..hahaha.

hari-hari lepas sekolah agama berlatih karang lepas isyak berlatih tiap-tiap malam kesian tengok dia letih ada masa buat taktik pagi tak nak sekolah..pura-pura sakit kepala la demam la sakit perut la banyak alasan dia..tapi tak ada makna nak ponteng yer sekolah tetap jugak kena pergi..kalau kat rumah jangan cakap la asyik nak nyanyi jer ada masa dalam kereta pun sempat lagi nak nyanyi dapat pulak masuk suara Nuqman,,hurmmm tak boleh nak cakap apa jerla..dengar dengan redha jer..malas nak bising..lepas tu dapat pulak suara Amsyar dia pun dah boleh hafal asyik itu jer lagu abang dengan kakak dia nyanyi..hahaha

Hari tu dia lawan peringkat zon dan daerah menang dapat Johan lepas tu peringkat negeri dapat tempat ketiga..ok la dari kalah kan banyak sekolah bertanding tu kira berani la nyanyi depan orang ramai kalau mama ko tak terkeluar suara rasanya..apap-apa pun memang bangga dengan kakak..




Thursday, 20 August 2015

" Ane " ke " Amoi"

Assalamualaikum..

Amsyar bila bagitahu nak potong rambut dia lepastu dia cakap " amoi" potong rambut dia ..nak amoi je tak ada amoi-amaoi "ane" jugak mari..hahaha

Amsyar nie ngada-ngada sangat..bila kitaorang bawak gunting rambut dia bukan main melalak macam orang nak potong kepala dia jer..lepas tu buat muka cuak macam nampak apa je "ane" tu..

nie stil air mata meleleh
tapi ada sekali tu En Hubby bawak dia potong rambut punya la drama dia dengan En Hubby sampai En hubby cakap kurung dalam bilik terus diam..see ngada-ngada kan..dah setel potong rambut senyum je tak de pun nak nagis..dia pandang je "ane" tu..hahaha

hari tu dan banyak kali dah jugak atuk takpun kak adah  dia bawak gunting rambut kat amoi.elok je potong siap senyum lagi tak ada nak nagis takut ke apa..biasala budak kan dengan orang dia behave sangat kan dengan mak bapak saje nak uji keimanan kita kan..

haritu atok bawak gunting kat ane dia ok je tak de nak buat drama..setiap kali lalu kedai kat tapah dia tunjuk kedai gunting rambut dia..

dengan atok dan kak adah

muka macam budak baik je

bajet hansome la tu tapi memang handsome pun


Wednesday, 19 August 2015

Demam

Assalammualaikum..

hurmm lama menyepi kan..actually tuan belog baru sihat demam nie masih ada saki baki lagi kurang sihat..kali nie rasa nya paling lama demam..

Yang best kali nie dah teruk baru nak pergi klinik selalu aku laju je sakit sikit dah gatal nak ke klinik tapi kali nie macam malas jer..kesian diorang hari tu makan lauk beli aku cuba jugak gagah masak sebab aku pun tak selera lauk kedai..

Nasib time aku tak sihat anak-anak behave dan undercontrol semua..good kalau macam tu boleh la mama pura-pura sakit..nak sakit betul tak nak dah..hahaha

minta jasa baik kat korang tolong doakan kesihatan saya supaya cepat sihat yer..


Tuesday, 11 August 2015

Sambutan Birthday Girl Bulan Julai..

Assalammualaikum...

Hari tu plan nak buat BBQ  jer tapi disebabkan birthday kakak tak sempat nak sambut so terus buat birthday party kecil-kecilan..hahaha..tak da sapa pun family kitaorang jer kebetulan semua adik beradik ada berkumpul raya kan..

nak buat BBQ malam so tengahari tu pergi kedai dobi cuci baju dulu baru pergi beli barang

..merata kitaorang cari kambing dari Econsave tak ada habis ke pasarya Syed ada tapi macam sikit sanagt  so ke Central Mart saujana baru ada..banyak pulak..orang saujana tak makan kambing yer...hahahaha..nasib sini ada..dah settel beli barang balik rumah perap petang karang baru bakor..

kambing potong kecil sikit

sosje dan daging burger


kek birthday
kek birthday di taja oleh Ucu ekin..dah orang nak belanja kita mintala yang best sikit..hahaha..

birthday gilr aku..tisya dan ibu..



Malam tu memang melantak kambing sampai esok pagi aku pening seharian..penangan makan kambing punya..habis semua orang aku suruh picit kepala ..


Thursday, 6 August 2015

Jalan Raya lagi

Assalamualaikum..

Hari tu cousin ajak keluar pergi bandar katanya..jomla dari duduk rumah mengembang kan badan baik kita cuci mata sikit..

Cousin bawak pergi tempat apa entah dah lupa nama dia..cantik jugak kat situ.



.selepas tu diorang bawak ke tempat hello kittty..saje nak amik gambar nak masuk tidak la ..mahal sangat..masa kat sini jumpa la artis Que Haidar and family tapi kitaorang just pandang jer tidak ada nak amik gambor pun ...hahahaha..

selepas jalan-jalan hello kitty tak da pun tempat menarik nak amik gambr terus pergi Legoland..pun kat situ amik pun kat depan jer..kira jejak jugak la ke Legoland tapi tak masuk jugak mahal sangat..anak-anak dah usha jer..kita amik gambar jer nanti mama papa ada kewangan lebih kita pergi
sayang..

My Hubby peace yo



bergambzr berdua


Tisya dan aqis kat sushi king pun boleh

geng gaduh

cousin sama baya bulan jer beza




Lepas jalan-jalan terus balik rumah mokde..kemas-kemas barang sebab nak balik sg buloh dah..kejap jer sebab ayah ada hala pulak esoknya so terpaksa jugak balik malam tu...

Friday, 31 July 2015

Raya Ke Melaka dan Johor Baru

Assalammualaikum..

masih lagi cerita pasal raya semoga ingatan dan memori otak ini masih utuh..hahaha


raya kedua semua check out  dari A famosa Aku terus konvoi dengan Family aku ke Melaka pergi rumah sedara mara sebelah ayah..pergi rumah mokteh dia sediakan laksa aku makan..lepas tu pergi rumah busu makan bihun tomyam aku makan lagi..En Hubby dah jeling tengok bini dia makan..lepas tu pergi rumah pokde dia masak bihun goreng dengan nasi impit aku makan lagi..adik aku dah sound aku sebab setiap rumah aku pergi aku makan..kata raya kan..nasib rumah pak ngah dan rumah mak andak tak sedia kan makan..aku makan kuih raya jugak masih ada ruang untuk makan..diorang semua dah tak makan just tengok jer..rugi oo..hahaha..lepas tu gemuk bising...

selfie dengan bakal penganti..

selepas asar gerak pergi Johor pulak raya sebelah ibu pulak..cousin kat sana dah kumpul nak buat bbq..diorang wasupp gambor motif aku pun tak tahu dan aku saje buat tak faham..hahaha..


kitaorang sampai dekat pukul 10 malam jugak sebab kena jem..sampai-sampai diorang dah mula buat bbq memang langkah kanan la kan terus salam-salam semua lepas tu terus duduk makan..hahaha












malam tu kitaorang chek in hotel berdekatan dengan rumah mok de..jalan kaki pun 10 minit sampai hotel..rumah dah full semua anak balik kan..cuma ibu and ayah jer tido rumah mokde..lagipun malam tu anak abang aku yang bongsu buat hal..meragam sakit telinga aku asyik nagis jer..hahaha

esok pagi pergi rumah mokde nak tolong masak...mokde masak soto..soto mokde memang terbaikk...makan lagi aku..asyik makan jer...lepas tu petang diorang ajak jalan-jalan kat pusat bandar...so ke Legoland dan Hello kitty..dari rumah mokde ke Legoland hanya makan masa 20 minit jer..dekat giler aku ingat jauh rupanya dekat jer tapi tak ada masuk just amik gambo jer..hahaha..




Thursday, 30 July 2015

Gambar Family 1 Syawal

Tak habis lagi cerita pagi Raya..hahaha banyak sangat gambar tu pun amik yang mana mampu jer..nak buat kenangan jer pun..

Pagi raya macam biasa dan rutin seisi bersalam-salaman..aku dah cakap tak nak ada drama air mata..so memang tak ada la just seisi gelak ketawa jer..











family Ayung

Ayung & Abg acit

Family Nyah

Nyah & Kak Nazirah

Tuan belog punya family

Bersama My Love
Gambar orang bujang tak ada pulak..so sorry la uda and ayah su yer..insyaallah tahun depan ada pasangan baru kak nor tempek muka korang yer..hahaha..

Selepas seisi bergambar terus tukar baju nak pergi mandi water park..kat sana aku perhatikan semua bangsa cina dan india ada dua tiga orang jer melayu..hahaha..nasib badan la kan..tu la cerita kami satu Syawal..




Blogger Templates