Monday 5 January 2015

Langsir Tahun Baru

Assalammualaikum..

Alhamdullilah akhirnya siap jugak pasang langsir..Langsir dah lama siap tinggal nak pasang jer..Plan nak pasang tahun baru last minit punya kerja kan sekali tengok ada barang tak complete tertangguh lagi..aku dah malas nak pot pet pot pet kat En Hubby so aku diam jer..rasa dia nak buat dia buat rasa dia nak perap langsir tu perap..tak kuasa nak muncung-muncung kan bibir tanda protes..buat muka aku cepat tua jer..

En Hubby kalau dia tengok aku diam atau buat tak tahu jer dengan benda yang aku suruh dia buat pandaila dia buat sendiri tanpa aku kerah tenaga dia menyiapkan.walaupun dalam hati memberontak tapi aku tetap diam jer... Hari tu pasang langsir untuk dua tingkap memakan satu hari..korang tengokla bertapa teliti En Hubby buat kerja..aku macam biasa redha jer janji dia siapkan..

sebelum
Sebelum pasang langsir bila malam nampak jer orang dalam rumah buat aktiviti apa..siang dia kurang sikit..


beli rail pun dapat murah giler dekat Sg Buloh..harga sepruh dari Tapah..kira berbaloi sangat la..dah pulak rail boleh adjust panjang pendek..lagi la super baguskan..Dah siap pasang rail try gantung langsir sekali En hubby tak berkenan pulak katanya yang day curtain tu labuh sangat nak kena repair balik..hurmm aku dah frustla nie mesti tangguh lagila gantung langsir..aku cakap ok dia kata tak ok..last-last call adah tanya dia boleh repair terus hantar..adah nie la tukang buat langsir akak yang gojes nie..dia pun mesti tension dapat customer super cerewet nie..tapi bukan aku yang cerewet tapi En Hubby yang cerewet mengalahkan orang pompuan pulak..
selepas pasang
Lepas maghrib sambung balik kerja..dekat pukul 10 malam baru siap pasang semua langsir..punya lah lama teliti sangat sukat berkali-kali nak bagi center lepas tu panggila aku suruh tengok canter ke tidak aku kata ok dia tak puas hati dia suruh aku pulak pegang rail dia nak tengok..sabor jelah aku..

akhirnya siap
Akhirnya siap jugak pasang baru la malam-malam senaag hati nak tengok tv ini tak orang luar boleh nampak aktiviti kita kat dalam..dah cantik baru la boleh rumah kasi terang benderang nie tak terpaksa gelap ruang tamu takut orang nampakan..apa-apun terima kasih pada En Hubby yang berjaya menyiapkan dan mengantungkan langsir..



2 comments:

  1. Kt mana ye beli rel langsir boleh adjust tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy beli kedai separuh harga atau nama kdai tu canggih kat bandar baru sg buloh.

      Delete


Blogger Templates