Wednesday 14 December 2011

Tuntutan Janji...

Last week Ibu & Ayah aku datang rumah aku..Bukan Jauh mana pun Sg buloh ke Bidor ..Kalau ikutkan lebih kurang 2 jam ikut hihgway jer.. tapi kehandalan..kecekapan yang bertahun -tahun.dan udah lama pegang rekod memandu 1 1/2 jam jer ayah bawak..laju tak laju kan..

Masa ibu & Ayah nak datang aku tak bagitahu pun kat anak aku bukan apa malas nak jawab soalan yang sama..Nak tahu soalan apa? " bila nenek nak sampai nie ?" soalan nie akan ditanya sehingga la dia nampak nenek depan mata..aku rasa ada 1jam sekali tanya..

Kalau  tahu yang akan menanti Si Nuqman dengan senyuman melebar... kerana apa?..kerana nak tuntut janji dengan nenek....Budak nie pantang janji mesti dia ingat..harus ditepati..

Apa yang dituntut yer???..Actually benda yang dia nak sangat tue ada dia suruh  mama dia belikan..aku yang tak nak beli..tak berfaedah langsung bagi aku..tapi bagi dia faedah sangat la..mama dia takut nanti jadi macam Pak Long Baba dia lak..

Benda nie dia mintak dah lama sangat dah aku tak layan maka dia cerita la kat Nenek Ibu & Tok Ayah..Moga-moga dapat apa yang diidamkan..Hasil dari cerita dongeng Nuqman maka neneknya telah bersetuju akan belikan..tapi tunggu nenek datang umah yer...

Nenek & Tok Ayah nie rajin belikan diorang dan ikut sangat apa yang diorang nak..Kata ibu budak biasalah semua nak cuba..

Tapi yang pelik si Kakak nie tak ada macam dia..maybe anak bongsu nie manja lebih kut..Si kakak nie jarang nak mintak-mintak..Perbezaan ketara antara kakak dan adik..

Nak tahu ape yang si Nuqman nak sangat..kita sambung entry lain..

##Nak makan durian jap##

Noor...

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates