Showing posts with label hobi:hubby. Show all posts
Showing posts with label hobi:hubby. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Aktiviti En Hubby

Assalammualaikum..

Orang tengah rajin nak excercise nie kita biarkanlah...aku sebagai bini mithali tolong  tengok dan support dari belakang jer..sampai bila bertahan dengan aktiviti nie

Sekarang hari sabtu dan ahad dah takada istilah nak bangun lewat lagi buat En Hubby..dia sibuk dengan kayuh basikal dia...aku tengok jer dia bangun lepastu sambung tido balik..aku bangun bila Amsyar dah bangun..kalau pukul 9 Amsyar bangun..pukul 9 lah aku masih atas katil..Tisya dengan Nuqman nie adalah intai-intai bila lah mama dia nak bangun buat breakfast..hahaha..pastu kelam kabut nak buat breakfast bila tiga-tiga anak dah bangun..hahaha...

dia ada joint event kat Penang..mula-mula tu kata dia semput jugak..tu event pertama dia jointla..sekarang nie dia tengah berlatih kayuh sebelum nak joint mana-mana event..

sempat lagi

dia mula kayuh sejak tengok abang dia kayuh..abang dia dulu baju size xxxl la nie size s..ko mampu ke nak buat macamtu..tapi bukan setakat kayuh jer abang dia buat makan pun dia control..

En Hubby adakala dia kayuh sorang-sorang dari Bidor-Sungkai...kalau dengan geng cikgu-cikgu diorang kayuh Tapah-Tapah Road-Sungkai...ada masa diorang kayuh Tapah sampai ke Simpang Chenderiang ikut jalan lama..ada masa simpang ke Jalan Cameron batu 14..

bersama geng

Baru-baru nie kayuh Tapah-Teluk Intan dengan adik dia..diorang  berdua jer...ok la boleh jugak diorang kayuh..syabas...sekarang nie sejak rajin excercise dia pun makan pun dah kurang..la nie malam dia tak ambil nasi..kerja aku lagi senang la..balik kerja masak benda yang tak samapi 1/2 jam jer..malam kitaorang makan mee ke..bihun dan sebagainya...nasi pun masak time weekends..jimat beras dekat rumah hahaha...aku tengok dia kurang makan aku pun harus jugak kurangkan makan..nak lawan sapa kurus dulu..hahaha...


bersama adik

pancit ke?

My love

bersama geng cikgu
hari tu dia ada tanya tentang perkembangan badan dia tu..

H: abang dah kurus sikitkan..perut pun nampak kurang buncitkan..
B: yake..abang pulak  tengok yang  camne kuruskan..**sambil buat muka comei**
H: yang same jer takde beza pun
B: erkkk.abang pun sama mana ada kurus perut tu tetap ada jugak!!

ada hati nak suruh aku puji dia kurus..tapi amik ko aku balas balik adalah..kalau dia kata aku nampak susut sikit sedap jugak aku dengar..tapi En Hubby memang dah kurang buncitnya..aku jer menafikan..hahaha..

balik papa dari kayuh Nuqman sibuk jer pakai baju papa dia..bajet macam dia pun kayuh jugakla..dia kayuh guna basikal dia jer..
Nuqman


Noor..

Friday, 15 February 2013

My Love Punya Hobi

Assalamualaikum..

Aktiviti petang En hubby la nie dah berubah sekaarng..dulu kalau tak suka lepak dengan kawan dia..ada jer dia nak bergosip..hehehe..

Mula dulu dua kali seminggu dia pergi main badminton..la nie main jugak..reket ( camnie kut ejanya..belasah jer la)  ada la tiga atau empat batang..macam pro ajerkan..nak banyak reket guna..katanya Main badminton nak jaga stamina dan nak jaga badan..aku tengok macam tu jugak badan dia..hehehe..

kat kedai..tengah bodek tokey minta kurang harga..
Sekarang nie tiap petang lepas kerja kalau tak hujan dia pergi berbasikal pulak..nak kayuh pulak..jeles i tau...jauh jugak dia kayuh..kadang tu sampai Bidor -Sungkai tak pun sampai ke tapah road....kayuh dengan cikgu-cikgu dia la..

dah beli..letak dalam rumah..


Yang bestnya seluar pun kena khas jugak kalau tak melecet pulak dia punya tutttttt...hehehe....harga seluar dia beli punyala mahal..aku ingat murah jer..barang untuk berbasikal nie mahal jugak..lantakla janji dia bahagiakan dan pasti duit tu duit dia punya....bini dia la nie kedekut sibuk nak beli barang anak ajer..ibu mithali katakan..hehehe...

Photo: kayuhan 1st..
my love

Sekarang nie kalau pergi keluar mesti nak singgah kedai basikal..tension i tau kena tunggu dalam kereta jer..nak keluar tak sanggup nak tengok and tunggu ..En Hubby nie kalau beli barang punya la lama..teliti bebenor...


Noor..

Wednesday, 26 September 2012

Berwajah Baru

Assalammualaikum...

En Hubby kan dah lama tak kemaskini dia punya ikan..tu dah bosan la..ikan pun dah tak ade beli sangat..kalau tak ada ajer ikan baru..

Hari tu kitaorang pergi Ipoh nak cari Fiber la kononya nak buat kolam..tanya harga semua mahal sangat..lepas satu kedai satu kedai kita orang berenti lpergi tanya..last-last balik dengan tangan kosong jer..tak jadi beli fiber pun..En Hubby kata aquarium tu je la kita modified bagi lain sikit..sukat hati la..bukan aku nak tolong pun..

En Hubby dekor bersama adik dia..aku pulak jadi tukang bancuh air and tukang tengok jer..yang bestnya..En Hubby kurang membuat kerja tapi banyak bagi arahan kat adik dia..hehehe..nasib ko la dik dapat abang yang cerewet..Entah camne happy sangat buat kerja sampai gelak-gelak gergaji sudah makan jari si adik ipar aku..aku apa lagi gelabah jugak tengok jari dah darah terus cari minyak gamat....tuangkan kat jari dia..pastu adik ipar nie ngadu kat girl dia..ngada-ngada..baru sikit belum putus jari..girl dia pun ator la sebeban handplast..amik ko..tapi aku still gelakan dia lagi..kuang asam betulkan kak ipar dia nie..hehehe...



sexyla papa


dalam proses


Hasilnya dari aquarium tu letak tinggi dah di letakkan kat bawah..ade la rupa macam kolam sikit..
dah siap
Nie tak siap sempurna dekornya..En Hubby kata nak tambah lagi aksesori lagi....

Noor..

Monday, 5 March 2012

Anak Baru..

Assalamualikum..

Pagi semalam En Hubby pergi kedai ikan...buat apa lag mestilah nak tambah koleksi  ikan lagi..mahal boleh tahan jugak..minat punya pasal mahal pun mahal la...aku cakap dalam hati jer daripada beli ikan nie baik beli barang makeup aku..nak luahkan takut kecik hati pulak..aku senyum ajer dia bayar kat amoi ikan..En Hubby beli 2 jenis  ikan pastu beli makanan burung sekali ..aku tengok jer and layan hobi dia..bab kerja bersihkan aquarium mesti En Hubby dah dia minatkkan.aku tak masuk campur..


"ada geng baru nak join"

anak baru



Disebabkan En Hubby sibuk dengan hobi baru si anak pun nak juga bela binatang..di entry lain kita sambung.



Noor..

Blogger Templates