Wednesday, 14 May 2014

Hari Ibu

Assalammualaikum..

Seronok tengok anak-anak dah faham apa itu hari ibu..so tahun nie dapat kad hasil tangan anak-anak..mama hargai dan sayang kalian..


sempena hari Ibu aku dah plan bagitau En Hubby ajak naik Cameron Hinghland tapi macam biasa tiada tindak balas dari mulutnya.. aku tak kisah tapi aku dah susun plan baik punya dia tak tahu..hahaha aku dah pesan awal-awal sempena Hari Ibu aku tak nak masak..nasib setahun sekali jer kan Hari Ibu kalau tiap-tiap bulan pengsan En Hubby..tup..tup..tup hari Sabtu bantai seharian hujan nampak gaya macam tak ada harapan jer lagi pun En Hubby kata takut jalan licin hujan-hujan nie..so tak pe kepala otak aku dah susun banyak tempat nak pergi..hahahaha..

plan kedua nak pergi Ipoh main bowling..budak-budak nie dah lama tak main bowling..sajer jer bagi anak- anak happy mak tak happy tak pe janji anak happy sudah..biasala kan dah jadi mak-mak keutamaan pada anak jer..

tengah tidor rasa kat mulut pipi semua basah ingat En Hubyy cium..oppssss..rupanya Amsyar cium..hahaha...awal budak nie bangun dia pun tahu hari ni hari Ibu..sayang Amsyar..Lepas tu sorang-sorang bagi kad ucapan Hari Ibu..so terharu rasa sangat dihargai oleh anak-anak walaupun masih bergolek atas tilam...


kad hasil tangan anak-anak
kad dua-dua sama jer hasilanya..tiru ke apa?tapi apa pun mama hargainya..
kad dari Kak tisya


Kad dari Nuqman

isi dalam kad

Tisya


Nuqman

sayang kamu
Photo
sayang kamu juga



Monday, 12 May 2014

Cuti Berdua ~ part 3 ~

Assalamualaikum...

hari ke tiga check out dan menuju ke Padang...hari nie pun masih lagi banyak lawatan tempat sejarah..setiap kali berhenti setiap kali tengok barang pastu compare dengan tempat beli sebelum..ada yang mahal dan ada yang murah..tapi rasa kat pasar atas kat Bukit Tinggi tu memang murah giler...

aku dah lupa mana pergi dulu tapi tapi aku tak reka cerita cuma mungkin gambar jer mana yang dulu mana yang kemudian jer aku letak.. kitaorang di bawa kilang proses kopi..kopi dia kalau kita bancuh memang namapk serbuk dia tapi kita minum sedap jer tak ada la nak tersedap nie dia bagi free tapi bancuh sendiri..aku benda free laju jer minum siap 2x minum..hahaha konon nak bagi hilang ngantok tapi aku tetap gitu juga..kat sini daun kopi pun boleh minum tapi aku tak try aku takut la perut meragam karang mana pulak nak singgah tandas dah satu-satu tempat nak pergi aku tak jumpa pun tempat yang boleh nak ke tandas la..so jangan nak cari pasal..



lagi satu tempat sejarah ialah Lobang Jepang dimana ia adalah merupakan terowong orang Jepun bina untuk pertahankan diri...guide tu bagitau masa membuat terowong nie sapa yang sakit ke mati ke terus tak keluar bagi rawatan..in case meninggal tanam jer kat dalam tu..seram giler dengar...



jauh nak berjalandalam tu






Lepas tu diorang bawak pergi Istana Selindung Bulan..


Istana Silindung Bulan

dari dalam bas aku ambil.
Lepas tu kitaorang makan tengah sawah padi iaitu perkampungan sawah padi..memang damai  jer dan tempat dia trademark dengan berbagai spesis burung..besar giler aku tengok..masakan dia pun sedap...

tengah sawah nie ada kedai makan






yang pasti barang nie kaum bapak-bapak banyak memborong yer..aku pun tak tahu motif diaorang beli tapi diorang cakap memang murah dari Malaysia..

onthe way nak balik hotel Rocky Plaza diorang bagi tengok sunset..entah apa jer bagi tengok benda nie aku dah lah penat bukan penat berjalan tapi penat duduk atas bas..lagipun hati dah tak sabar nak balik esoknya..



 Akhirnya habis jugak entry nie..keseluruhan percutian nie best jugakla tapi kalau nak best lagi ada anak-anak..

Friday, 9 May 2014

Homemade Ais Krim Oreo Milo

Assalammualaikum..

entry pasal bercuti berdua part 3 akan menyusul kemudian yer..tengah mengingat kan memori kejap...

kelmarin rajin sangat kan nak buat ais krim sendiri..sebelum ni bermacam-macam resepi aku ambil last satu jer yang memikat hati sebab menepati ciri-ciri..senang ceter paling simple and senang sangat nak buat..aku bab yang senang dan simple memang laju jer nak buat tapi nak buat tetap berdebar-debar nak tunggu hasilnya..entah apa-apa jer..

plan nak buat malam harinya esok tengahari dah boleh makan tapi En Hubby entah angin apa malas nak bawak aku pergi kedai..muncung sedepa aku sambil kaki hentak kaki masuk bilik..hahaha tu mana anak tak ikut..anak buat marah emak buat tak pekan..hahaha..

esok dah ada bahan terus semangat nak buat ais krim percubaan pertama aku dalam seumur hidup..hahaha good job mama..bahan yang kena beli cuma milo dan biskut oreo jer tu yang En hubby malas nak keluar beli..bahan lain memang dah ada balance buat kek hari tu...

bahan-bahan dia

Bahan semuanya mudah jer aku buat dapat la dua bekas..



gigih aku bersabor nak tunggu keras dekat 4 jam jugak tak mahu keras aku dah cuak tak jadi ke kalau tak jadi habis aku kena bahan dengan En Hubby..Akhirnya penantian satu penyeksaan bagi aku berakhir esok petang baru boleh makan baru dia keras macam ais krim..yeahhhh jadi jugak...baru semangat nak buat ais krim lain..alhamdullialh dari anak sampai mak bapak semuanya menyukainya..


ais krim tak ada setaraf ais krim yang di jual di luar sana tapi jadilah nak buat makan kan...anak-anak siap request suruh buat lagi..insyaallah bila mama rajin mama akan buat yang lain..resepi dia kena tulis karang lama tak buat jadi lupa pulak

bahanya:
1/4 cwn susu pekat*
1 tin susu cair*
1 sudu ( B ) ovalete*
1 sudu ( k ) vanila*
5 sudu milo ( nie ikut korang nak lebih pun boleh )
5 biskut oreo
Cholate rice sekadar hiasan

caranya
bahan bertanda * di putar selam 20 -30 minit ikut tahap kepekatan nya...dah pekat berkrim baru masukan milo dan biskut kacau dah sebati masuk dalam tupperware dan hiasan dengan apa yang korang rasa nak bubuhkan macam aku kat rumah  ada balance cholate rice jer..so tu jerla dan beku..aku beku semalaman nak bagi betul keras..

Tuesday, 6 May 2014

Weekend Punya Cerita

Assalamualaikum...

Bila cuti weekend jer otak dah ligat fikir nak masak apa untuk break fast esok..tengah sarapan karang fikir lagi nak masak lauk apa tengahari..karang tengah cuci pinggan dah makan otak sibuk fikir minum petang nak menu apa..hahaha lepas tu baru otak stop fikir untuk menu  malam ,malam punya menu  kita recycle lauk tengahari jer..letih otak aku fikir menu untuk satu hari belum lagi untuk esok-esok dan esok lagi..agaknya memang gitu kut semua kaum ibu kan gigih nak fikir lauk ke aku sorang je yang gitu..hahaha..

malam tu otak dah set esok masak nasi lemak..yeah hhh dah dapat satu idea..bangun pun dah lewat tapi otak kata masak kena masak jugak so gigih la aku masak..dah kenyang sambung buat kerja lain pulak..gambar nasi lemak terdelete pulak..sabor je aku..

sambil kemas  rebus tulang hari nie teringin bebenor nak makan sup tulang ..buat ayam bakor yang dah 2-3 hari diperap..sayur tetap kena ada karang bising jer En Hubby kata tak seimbang pemakanan dia..ok kita masakan cendawan black paper.. sambil menaip sambil tertelan air liur ingat menu nie..dah la aku puasa ....

sup tulang + ayam bakor + cendawan black paper + sambal ikan bilis
dah kenyang rasa mata nak tertutup je..tanya kakak dia nak tidor tak dia kata tak nak ..bagus minta  kakak jaga Amsyar kejap...bengang jer dia.. nak melawan cakap mama dia takut mama dia naik Hulk... Budak kenit nie petang taknak tidur pulak..dalam bukak tutup buka tutup mata akhirnya terlena kejap dekat setengah jam terjaga terus bangun buat lempeng  teringat balance sambal ikan bilis tadi ada so sedapnya dapat cicah..budak dengan bapak budak cicah  dengan susu..

homemade lempeng yang berpuluh kali Nuqman kata sedap..
Nuqman tak habis-habis  puji lempeng mama dia sedap siap suruh masak untuk malam karang dan buat sarapan pagi esok..ok sarapan esok boleh kita buat lagi..

Dah kenyang bagi lepas budak-budak main kat luar..seronok tengok diorang main dengan perut kekenyangan..mak dia lagi la double happy kenyang lepastu timbang berat naik mengamuk..hahaha bila nak kurus ni..

Monday, 5 May 2014

Cuti Berdua ~part 2 ~

Assalamualaikum..

Hari kedua nie aktiviti pun banyak kisah sejarah jer..hati dah membuak-buak nak shoping lagi tetapi kena tahan nafsu jugak sebab duit dah banyak sangat keluar esok balik Malaysia makan Ikan masin jer..hahaha..

Photo
Depan Hotel
aktiviti hari kedua  kitaorang di bawa pergi rumah Buya Hamka tokoh ulamak yang memerlukan jalan kelok 44..kelok 44 tu jalan berkonar-konar tajam sebanyak 44..aku kan mabuk kalau kena jalan berkonar-konar..so bagi taknak memalukan diri marila kita pejamkan mata....biarla orang nampak aku cool jer.. so sepanjang masa aku lelap keja-kejap bukak mata tengok dah sampai kelok berapaalih-alih terlena kejap, tahu-tahu jer diorang ada berhenti satu tempat berehat kejap..seksa betul dah nak pergi ceruk balik gunung ..

berlatar belakang gunung berapi


kerusi yang digunakan oleh Buya Hamka



diaorang bawak kitaorang tempat orang menenun kain songket dan ukiran..mahal jugak kain tenun hasil tangan tapi puashatila buatan halus jer..

Lepas dah jalan kitaorang ada singgah beli makanan macam kat Malaysia nie dipanggil lempengla..tapi yang special dia bakar pakai akyu api..so berebut-rebutla belia nak rasa..rasa dia no bad la ada perasa pisang gula dan kelapa..aku makan yang ada gula sedap jugak kira sekeping duit Malaysia dalam RM 0.50 jer..

ginila cara dia masak
Malam kitaorang ada BBQ kat Hotel jer..makan sambil melayan tarian Tradisional Minagkabau..


muka kenyang


tarian tradisional

adat makan sireh

gimik tarian 

pertunjukan silat


acara minum minyak dan sembur api

tu dia api tinggi dia sembur

menari sambil pijak kaca

keseluruhannya memang memuaskan dan aku terpegun bila dengan persembahan dia. habis tu terus naik hotel malas nak keluar aku bagi peluang En Hubby enjoy dengan geng..



Blogger Templates