Thursday, 26 November 2015

Anak-Anak Mama & Papa

Assalammualaikum..

seronok bila tengok anak makin hari makin membesar..ada masa rindu pulak dia orang time baby..rindu nak cium baby baru kat rumah tapi tak mungkin la buat masa nie..

Alhamdullilah tahun nie semua pelajaran anak meningkat dan kakak naik kelas 1st semula.alhamdullilah..Nuqman macam biasa pelajaran alhamdullilah meningkat cuma perangai jer makin menjadi suka mengusik orang..

Amsyar dah mula tunjuk belang dengan abang dan kakak dia sekarang dia la otai kat ruamh tak boleh terusik sikit mula nak jadi tarzan..tapi dia memang close dengan abang dia apa saje abang dia buat dia akan ikut  sampai tu bangun tido dia akan tanya abang dia..hahaha

buli ayahsu nie yang diorang suka


Kakak tu ikut angin dia time rajin tu memang rajin sangat tapi still kuat sentap lagi..susah nak bendung sikap sentap tu..hari tu dia request nak hadiah handphone kalau dia naik kelas.aku ok jer tapi En Hubby jer tak setuju bagi handphone takut dia asyik phone nanti tak belajar pulak..so kita reward dia yang lain.

Nuqman ni aku tak tahu nak cakap la nakal dia memang tahap aku nak naik Hulk je tapi aku tahu dia nak perhatian jer tu..rajin memang la dia..dia suka sangat usik amsyar..lepas tu suka sangat suruh dengar cakap dia..dia nampak jer macam garang tp cenggeng jugak bila orang ajuk dia jap lagi hujan lebat la ( nagis)..macam ari tu main dengan papa dia dia kalah lepas tu kitaorang ajuk dia nagis..hahaha yang best tu dia kalah dengan Amsyar jer pun..

Amsyar nie umur dah nak masuk 4 tahun tapi masih pakai diapers bila ajar suruh pergi toilet alasan dia dia kecik lagi..cakap memang tak henti-henti..cakap macam orang dewasa jer bijak sangat..nie sorang lagi tak boleh tengok apa orang pegang semua dia nak tak bagi melalak..satu perangai dia kalau aku marah dia nanti dia nyanyi lagu "sakitnya tuh di sini"..hahaha nak marah pun tak jadi comel sangat nyanyi dengan gaya dia..


Apa-apa pun sayang kamu ketat-ketat walaupun suka buat mama naik Hulk tapi mama sayang kamu semua..hujung minggu nie mama dan papa bawak pergi mandi laut walaupun mama tahu korang tak suka mandi laut..hahaha..

Friday, 20 November 2015

Rombongan Menghantar Ke Melaka

Assalammualaikum..

Hantar rombongan pengantin lelaki kat pengkalan Balak , Melaka seronok diorang kat rumah pusaka yang tepi pantai..syoknya tengok laut..



homestay yang kitaorang sewa tu ada sediakan kan kolam mandi..so budak tu mandi sampai puas.







kat sini bapak mertua abang aku suruh dia nyanyi hari tu kat umah sendiri  tak sempat




Lepas habis majlis kitaorang jalan-jalan kat PD jer plan nak stay PD tapi dah petang sangat macam rugi pulak check in kat sini so kitaorang terus balik sg buloh..






kitaorang lepak tepi pantai sambil makan laksa..dah penat main kat situ dah kenyang terus balik sg buloh







Tuesday, 17 November 2015

Ucu Ekin Kahwin

assalammualaikum..

akhirnya selamat sudah adik aku kahwin semuanya berjalan lancar..lega kepala hotak akak nie kalau tak macam-macam fikir..best yang paling rare aku berjaya tak nagis and sebak time dia nikah..yang sedih abang aku dia gitu semua adik dia nikah dia sebak..hahaha

Malam Sabtu ibu ada buat marhaban and adik pakai inai so aku busy so aku tak berapa banyak gambar dan kesian aku orang last pakai inai..hahaha..nampak takk ke busy aku malam tu..letih giler
nie je gambar sekeping sebelum busy
esok nikah kat rumah so kena siap awal la tu pun aku busy jugak samapi kaki aku sakit..orang kuat kata kan.time adik nikah plan nak duduk sebelah dia tapi busy tak dapat pun just dudk belakang je lepas tu dengar dia sah je terus bangun prepare untuk orang sebelah..busy betul aku frust gambar 
dengan adik kurang..


Pelamin dia aku suka tengok simple tapi cantik..hari tu kitaorang decide pelamin lain tapi orang pelamin nie datang rumah dia tengok keluasan rumah dan cat terus dia kat nak tukar dah dia pilih macam nie..so jenis Ucu tak kisah la janji cantik so dia bagi camnie kitaorang tengok pun terkejut..rezki pengantin..

penganti bersam mak andam berdebar tunggu nak nikah je tu..

mak andam nie kawan sekolah aku tapi lain kelas masa sekolah kitaorang eksyen takmo kawan dah habis sekolah baru macam ngam..aku suka makeup dia cantik tak de jenis makeup macam tepung gomak..thank zie makeup kan adik aku nampak cantik..



rombongan keluarga lelaki
rombongan keluarga tema purple dan hijau..cantik jugak colour dia.


berdebar amir nak kena nikah





dah jadi bini orang dah adik aku..

bersama ibu bapa pengantin..tema keluarga pink belacan.

makeup for sanding pulak

pengapit aqis & nuqman
masa berarak nie kena cepat sebab cuaca dah mendung..elok diaorang bersnding kat pelamin hujan turun..hujan rahmat 

kek dua tingkat

kek nie pun dari katering tapi sayang aku lupa nak letak muffin kat keliling dia..sebab busy sangat kan sampai lupa..sorry yer dik..last muffin tu sepupu sepapt yang makan..hahaha

family perempuan
alhamdullilah rezki pengantin jugak sebab bamyak dapat sponsor..so aku doa kan ko dik berbahagia til jannah dan cepat-cepat bagi anak buah baru..hahaha

entry seterusnya menghantar pulak ke Melaka..

Sapa-sapa yang nak mak andam yang super duper cantik makeup nie boleh contact zizie beauty House-islamic Spa H/phone : 019-351 9278

Nak pelamin cantik D'Intan Idaman H/Phone : 019-369 8979

Nak photograper Shart Photography h/Phone : 013-5006772 actually gambor nie semua pakai kamera handpon kalau nak tengok cantik ke idak hasil dia boleh tengok kat FB Sharty Photography

Wednesday, 28 October 2015

Mandi Manda di Refarm Kampar

Assalamualaikum...

Orang jerebu duduk rumah tapi aku pergi berendam kat kolam..baik sangat untuk paru-paru..hahaha..

Haritu ada family Day En Hubby punya grup pembantu Tadbir Operasi diaorang nak beramah mesra dekat sini tu yang pergi tu..Kalau tak memang tak berjalan la duduk kat rumah jer..

pakai siap dari rumah sampai sana terus terjun je

Refarm nie dekat jer kat temoh kira belum samapi lagi Kampar la kat tepi jalan..tempat dia tak ada la besar mana tapi selesa la tandas bersih tu yang penting..lagipun dalam proses renovate lagi..air pulak air bukit mengalir kat kolam tu..air dia jangan cakap la sejuk tapi still boleh berendam la..

nak masuk nie ada caj di kenakan dewasa Rm 10 kanak RM 5..ok la kan harga dia..waktu pun pukul seawal 9 pagi sampai pukul 6 petang je..parking pun luas..

korang kat sini nak datang bawak bekalan sendiri yang ada jual orang cina jer..setakat air mineral tu boleh la ak beli kan..

nak masuk ada patung kambing macam real jer..

nie lalaun jalan kaki dari parking

bahagian atas dewasa bawah kanak-kanak

nie kitaorang orang terawal sekali sebab nak chop tempat dan kitaorang paling banyak bawak barang..so kitaorang prepare dulu..

tempat duduk disediakan
kitaorang pilih tempat yang dekat tempat persalinan baju dan tandas lagipun kat bahagian tu ada tanah sikit nak pasang khemah..


ada lagi tempat duduk dia yang kerusi panjang kira banyak jugak tempat la nak rehat.

muka happy

di sebabkan diorang paling awal so diorang terus mandi dengan aman..

berendam sampai kecut-kecut tanagn
ok la kalau nak bawak anak-anak mandi kat sini lepas berendam boleh tengok binatang pulak..ada kolam ikan dan kuda tempat memancing pun ada..tapi aku tak round pun hari tu sebab sibuk melayan anak-anak..so far aku rasa selamat la nak mandi kat sini..


Monday, 26 October 2015

Makan Meatball & mix lamb chicken

Assalammualaikum...

Kat tapah nie memang banyak kedai western..banyak tu tak de la tapi lebih dari satu la kan..Yang pernah makan Custom Cafe boleh la sedap jugak tapi tekak aku tak berapa nak ngam..yang dekat koperasi tu apa nama lupa pulak tu sedap jugak tapi time aku nak pergi makan jer dia tutup so malas dan merajuk kita jarang-jarang nak makan kat situ.. lagi satu station cafe yang nie tak pernah masuk dan try lagi..tapi ramai kata sedap jugak..tapi hati ku dah terpaut kat starbugs jer..situ sedap dan memang kena tekak walaupun kedai dan decor biasa tapi makan tip top..hahaha

kat Bidor pun ada tapi tak berapa sangat so tak sedap tak payah kita bagi nama kedai tu...hahaha..rezki masing-masing dan tekak masing kan..

Hari tu teringin tekak teringin nak makan lamb lepas tu teringin jugak nak mkan chicken chop tapi dalam kepala terbayang meatball..hahaha camne tu dasar kuat makan..dah la makan tengah malam nanti gemuk aku sendiri yang rimas..hahaha..

di sebabkan nafsu makan tengah nak ade nie kita order semua..hahaha


aku amik mix chicken & lamb..cer tengok kuah dia tak kedekut betul..sedap sangat..


meatball dia pun sedap..puas makan serba serbi banyak tak kedekut orang kata...


Aiskrim soda,Epal,Grape dan Asam boi
kalau kat sini aku recomended minum air asam boi dia sedap giler..air nie dia mix dengan coke..dan ada jelly..sedap jer minum..

So sapa nak makan western boleh la try makan kat Starbugs nie berdekatan area Agro Bank jer..

Thursday, 22 October 2015

Main dengan Dinasour

Assalammualaikum...

Hari tu atuk belikan Amsyar mainan..terima kasih atuk abah beli kan mainan..

Amsyar suka jer dapat mainan tapi yang over main macam biasa la kan Nuqman...balik jer kat rumah benda nie cari nak main tumbuk dengan Dinasour




Wednesday, 21 October 2015

Bagus 3 sekali

Assalammualaikum..

Hari tu doa -doa kan la si kenit tak kena demam campak sekali allah uji semua kena serentak..alhamdullilah..

Mula-mula Nuqman selang sehari kakak selang dua hari Amsyar..yang win sekali kakak dengan Amsyar la..Nuqman macam kena like-like jer..Bagus kena serentak tak payah mama nak cuti banyak kali..sekali harung jer seminggu mama amik cuti jaga bertiga..
nuqman kena sikit jer kat badan


kakak paling banyak kena habis muka dan badan.

budak nie kena sapu lotion diam la kejap

Nuqman tak berapa teruk tapi kejap-kejap demam jer..ok lagi boleh control..si kakak dia memang gitu dari kecil kalau sakit takde nak ngada ke nak bunyi mengeluh ke dia diam jer..mama pulak risau tengok dia baring jer..asyik la sapu kan lotion doktor bagi campur dengan daun bambu yang dah blender..time macam ni serenok la mama mandi kan mama suapkan..kakak banyak baring dan tidur jer senang jaga.. Si Amsyar pulak siang dia ligat demam panas macam mana dia tetap aktif tapi time malam mula mengaruk..pukul 3 lebih tu sampai la nak dekat pukul 5 pagi baru dia ok..time tu mula nagis gatal la sakit la pedih la lepas tu kaki asyik menendang jer..ingat badan mama ko nie bola apa..karang aku jerit senyap 5 minit lepas tu sambung balik..karang lepas pukul 5 sampai pagi sedap dia tidur baru mama pun aman nak tidur..

Anak aku kali nie demam campak aku tengok pun ngeri berbiji besar macam ada air besar-besar siap macam ada nanah..ngeri aku setiap kali sapu ubat..

Kat rumah nie semua petua aku ikut cakap jangan goreng kat rumah la..makan kena rebus la macam petua diorang bagi semua aku ikut tapi macam tu jugak..aku lagi tak lalu nak makan benda rebus jer..kembang tekak aku nak mkan karang beli makanan luar anak pulak tengok kesian pulak so redo jer makan gitu tapi idak jugak kurus ..hahaha..

Sepatutnya turn En Hubby jaga budak 3 orang hari Khamis tu tapi si kenit nie meraung pagi buta tak bagi mama kerja so call boss kata sambung cuti boss approved terus tukar  plan ajak  En Hubby balik Sg Buloh sebab memang nak balik Jumaat tu nak settel kan barang kenduri kawin..so sakt sakit semua aku angkut balik sg buloh..

alhamdullialh hari nie semua dah sihat cuma nak kering jer,dan kakak dengan Nuqman dah sekolah..Amsyar pun sikit lagi nak sihat harap-harap tak ada sapa kena kat rumah opah nanti..

Blogger Templates