Thursday 3 October 2013

Aktiviti En Hubby

Assalammualaikum..

Orang tengah rajin nak excercise nie kita biarkanlah...aku sebagai bini mithali tolong  tengok dan support dari belakang jer..sampai bila bertahan dengan aktiviti nie

Sekarang hari sabtu dan ahad dah takada istilah nak bangun lewat lagi buat En Hubby..dia sibuk dengan kayuh basikal dia...aku tengok jer dia bangun lepastu sambung tido balik..aku bangun bila Amsyar dah bangun..kalau pukul 9 Amsyar bangun..pukul 9 lah aku masih atas katil..Tisya dengan Nuqman nie adalah intai-intai bila lah mama dia nak bangun buat breakfast..hahaha..pastu kelam kabut nak buat breakfast bila tiga-tiga anak dah bangun..hahaha...

dia ada joint event kat Penang..mula-mula tu kata dia semput jugak..tu event pertama dia jointla..sekarang nie dia tengah berlatih kayuh sebelum nak joint mana-mana event..

sempat lagi

dia mula kayuh sejak tengok abang dia kayuh..abang dia dulu baju size xxxl la nie size s..ko mampu ke nak buat macamtu..tapi bukan setakat kayuh jer abang dia buat makan pun dia control..

En Hubby adakala dia kayuh sorang-sorang dari Bidor-Sungkai...kalau dengan geng cikgu-cikgu diorang kayuh Tapah-Tapah Road-Sungkai...ada masa diorang kayuh Tapah sampai ke Simpang Chenderiang ikut jalan lama..ada masa simpang ke Jalan Cameron batu 14..

bersama geng

Baru-baru nie kayuh Tapah-Teluk Intan dengan adik dia..diorang  berdua jer...ok la boleh jugak diorang kayuh..syabas...sekarang nie sejak rajin excercise dia pun makan pun dah kurang..la nie malam dia tak ambil nasi..kerja aku lagi senang la..balik kerja masak benda yang tak samapi 1/2 jam jer..malam kitaorang makan mee ke..bihun dan sebagainya...nasi pun masak time weekends..jimat beras dekat rumah hahaha...aku tengok dia kurang makan aku pun harus jugak kurangkan makan..nak lawan sapa kurus dulu..hahaha...


bersama adik

pancit ke?

My love

bersama geng cikgu
hari tu dia ada tanya tentang perkembangan badan dia tu..

H: abang dah kurus sikitkan..perut pun nampak kurang buncitkan..
B: yake..abang pulak  tengok yang  camne kuruskan..**sambil buat muka comei**
H: yang same jer takde beza pun
B: erkkk.abang pun sama mana ada kurus perut tu tetap ada jugak!!

ada hati nak suruh aku puji dia kurus..tapi amik ko aku balas balik adalah..kalau dia kata aku nampak susut sikit sedap jugak aku dengar..tapi En Hubby memang dah kurang buncitnya..aku jer menafikan..hahaha..

balik papa dari kayuh Nuqman sibuk jer pakai baju papa dia..bajet macam dia pun kayuh jugakla..dia kayuh guna basikal dia jer..
Nuqman


Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates