Wednesday, 9 April 2014

Rawatan Susulan

Assalammualaikum..

Lama tak update pasal sakitkan.. alhamdullilah selepas buat rawatan tradisional tak ada sakit berulang tu datang..syukur pada ALLAH kerana dengan izinnya aku sembuh..ehh tak tahu lagi sembuh ke tak tapi kurang la sakit..nie pun hasil doa dari ibu juga..tak putus-putus lepas sembahyang doa mohon kurnia kesihatan baik pada aku..amin..

haritu pergi check up kat Hospital Ipoh buat CT Scan..sebelum tu kena puasa malam tu..sampai sana awal jugak dalam pukul 7.30 pagi appoinment pukul 8..alhamdullilah parking pun senang dapat sampai kat kaunter pun baru ada 3 orang jer..so dah serah surat appoinemnet dia minta aku tukar baju pakai baju macam nak operate tu..time tu debar-debar jer...Lepas tu diorang suruh aku minum air tu adalah setengah botol air warna oren. Kebetulan aku memang dahaga so dengan cepat aku minum dan habis..nasib air ubat tu sedap jugak la..macam minum air oren murah gitu..En hubby tengok jer aku relax minum..

Dah settel minum tu masuk satu bilik kena cucuk kat tangan katanya nak masuk kan ubat..tengok jarum pun besar terus pandang tempat lain..masa cucuk tu sakit sikit tapi lepas masuk ubat tu..tarif nafas jugak aku sakit sikitt masa ubat dia mengalir..ingat kan dah settel lupanya tidakkkk..

Masa tunggu giliran tu ternampak bilik tempat terus jantung macam nak terkeluar..entah apa-apa jer aku kan panik semacam jer..lepas tu beristifar la kat situ baru reda sikit hati nie..En Hubby pulak duduk jauh sikit just nampak senyuman dia jer tak tahu bini dia punya jantung macam nak lari balik jer..hahaha entah apa-apa jer aku kan

macam nie rupanya..ikhsan pak google
bila nama kena panggil aku buat-buat cool jer..masa baring tu dia cakap nanti dia akan masuk ubat lagi kat tangan..ubat masuk nie memang terasa sakit bila dia mengalir..sakit pun aku tetap tahan..masa kena sorong ke dalam  diorang suruh tarik nafas tahan sekejap lepas nafas biasa la ..berulang kali jugak surih buat..actuaaly sebenarnya tak ada apa pun..terus hilang gemuruh aku..hahaha..
Keputusan katanya hantar terus Hospital Tapah nanti doktor kat Tapah maklumkan..so aku tak tahu keputusan dia..so sampai sekarang malas aku nak pergi x-ray ke scan ke masih ada ke tak..malas nak tahu nanti kalau aku tahu aku jadi moody..so tunggu je laporan nanti..

Friday, 4 April 2014

Makan Kat Highway Tapah

Assalammualaikum..

semalam masa balik dalam keta  bersembang dengan En Hubby selalu tak dan nak sembang balik kerja sebab merempit..hujan punya pasal terpaksa la naik keta..

H: semalam cikgu abang pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..sedap katanya..
A: yake..motif cerita napa??
H: tak ada apa saje jer..( terus gelak)
A: eleh cakap jer la nak suruh belanja makan kan..kan..

taktik En Hubby gitula kalau nak ajak makan luar..dia tak kan kata kat aku tak payah masak malam nie..aku tunggu jer jawapan tu tapi haram nak keluar..dia suka bagi hint-hint jer..so kata dah lama kawin kan so faham sangatla perangai dia..bukan apa  nak jaga hati aku takut kecil hati sebab tak makan masakan aku..dia tak tahu bini dia memang suka makan kat luar tapi bukan selalu yer..cuma dalam seminggu tu mesti la satu hari off masak..dah pagi buta aku masak karang petang balik kerja masak lagi.....tapi bila aku masak licin dan habis tu yang berkobar-kobar masak dan masak lagi..

walaupun hujan lebat turun tetap jugak bawak anak pergi makan..tak ada kemana pun pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..kedai Pak Tam yang Famous tu..RNR sebelah selatan restoran Pak Tam best sikit dari sebelah utara..macam -macam ada..

ihsan google


nasi arab mandi + ayam black paper
tengok semua sedap aku ambil nasi arab mandi dengan ayam black paper..lauk boleh pilih ikut selera ..totaly RM  12.90 tak ada la mahal mana tapi kalau 5 bintang aku bagi 3 jerla..puas makan dan kenyang sampai ke pagi..kat ofis aku breakfast roti high 5 jer..kenyang tak hingat..mahu tak kenyang aku sorang melantak karang tak habis kena marah dengan En Hubby so telan-telan and slowly suap dalam mulut sampai habis..

Photo: Mengidam ns arab ..

nasi bukhara + sotong

En Hubby aku dah makan separuh dia masih ke hulu hilir cari makan yang paling sedap..dia kata semua nampak sedap..lepas tu tanya aku apa dia nak makan..lorrr tekak sendiri tanya tekak aku pulak karang aku pilih dia reject pulak..so malas cakap banyak sendiri tekak sendiri cari la..bila dia bawak nasi bukhara dia pun sedap dengan sotong gedebak besar..puas hati la makan kenyang juga aku tengok dia..totaly RM 15.90..choiii sangat kan apa pun dia beli mesti lebih mahal dari aku..tak pe yang redha jer bang..nie aku bagi 4 bintang..
Photo
chicken chop
budak-budak berlagak jadimat salleh kejap..aku pun tak faham dan masih konfius nape bila makan western jer kata jadi orang omputih???..makan western nak chicken chop..chicken chop dia pun sedap jugak nie aku bagi 4 bintang..dalam kenyang-kenyang pun sempat jugak aku makan sikit kata nak rasa kan..tak rasa tak tahu sedap ke idak kan..hahaha..harga pun standard la RM 10.00..

Lepas makan terus jer balik..hujan tak juga berenti lagi budak-budak nak main kat taman pun tak boleh..masuk Highway semata-mata pergi makn jer..

Thursday, 3 April 2014

Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Ibu & Ayah Yang Ke 38 Tahun

assalammualaikum..

Last weekend sambut anivessary ayah dan ibu dekat ulu yam..seronok tengok ayah dan ibu happy..lebih seronok semua anak menantu dan cucu dapat berkumpul sama-sama..selalu ada jer yang tak dapat joint...aku sebagai urusetia tak bertauliah telah buat notice kat semua dalam whatsup..so semua agree perbincangan selanjut di jalankan..

so memandangkan kat rumah ibu Sg Buloh tak ada air so kitaorang buat simple dan aku plan setiap family bawak something boleh makan dan satu lagi arahan aku pukul 9 mesti gerak rumah sapa lambat kena tinggal..tengok di situ aku dah giler kuasa kan...so far alhamdullilah semua berjalan lancar..

Photo
misi mencari tempat
Punya la banyak barang biasala kan bawak budak kecikkan..pemanggang ajaibpun kitaorang bawak..

dah dapat tempat
menu hari itu ada bihun dan sandwich dari kakak ipar aku yati...aku bawak barang bbq, keropok-keropk , air kotak dan nasi goreng...adik ipar aku bawak kek je..nasib kek dia bwak sedap..kalau tak memang kena bahan dengan aku la...

 muka nakal Amsyar & Adam serius jer..boleh same color baju pulak aritu
Actually beza diorang cuma 13 hari jer..perangai lebih kurang aje..tapi Amsyar tetap panggil adik..tapi Adam masih belum pandai jalan lagi tapi baru nak jalan dua tiga tapak jer..Amsyar jangan cakap la dah berlari..

main simbah -simbah air..
masa nie semua orang dah lencun sampai anka buah aku kecut-kecut jari still dah berendam..aku masih bertahan duduk kat pondok..air sejuk giler tak kuasa aku..tu aku turun habis aku dah dia simbah air..kurang ajor abang dan adik aku..aku dah fobia sikit dengan air nie..nasib ayah ada tangan ayah habis aku pegang kuat-kuat..
budak-budak dah mula lapor
Nuqman dengan batrisyia bukan main seronok lagi..walaupun sejuk tetap  mandi..

bersama ayah yang happy hari tu

Ayah aku  paksa ambil cuti hari tu..kalau tak sibuk kerja jer..dah demam pun nak jugak kerja..

aku bersama abang dan adam..

nie masa belum turun rehat kejap

awat makan macam tu

Photo
layan daging burger 
ucu bersama ibu
hairan aku tengok dalam phone semua muka Ucu jer..gambor aku kurang pulak..nak tak nak terpaksa tempek jugak muka budak nie..

Photo: my hero
ayah tengah bakor sosej ambil alih tugas dari En hubby
proses naik ke atas

adik ipar yang takut air..belakang tu laki dia sengeh jer tengok bini pose...hahaha
Disebabkan dia sorang jer tak mandi so dia di tugaskan menjaga beg dan makanan..lepas tu kitaorang dera dia..semua dah turun kat air jerit panggil dia suruh baling keropk ..hahaha..nasibla kan sapa tak suruh tak nak mandi..
acara potong kek dalam hutan
lepas berendam aku jerit suruh naik nak potong kek..ko mampu dalam hutan nyanyi dan potong kek..hahaha..nasib orang semua duduk jauh-jauhkan..tak malu la sangat 

suap menyuap 

budak takut air sejuk
Amsyar asal kena air sejuk jer jerit..penakut air sejuk..kalau si Adam sampai kecut-kecut tangan tak nak naik suka bukan main air..

ayah dan ibu
Photo
me & Hubby
Last sekali muka tuan belog bersama En Hubby..apa-apa pun memang happy betul..lama sangat tak keluar ramai-ramai...last keluar ramai tahun 2009..lama giler..



Monday, 31 March 2014

Big Family @ Keluarga Besar Sama Jer..

assalammualikum..

nak citer ke tak nak taip ke tak..asyik bermain dalam fikiran..last -last buat jerla walaupun dah basi..rasa perlu untuk buat kenang-kenangan....

hari tu ada buat family day sebelah ayah..adik beradik ayah semua 12 orang..ramaikan..bila berkumpul semua memang happening..ada yang tak kenal pun ada..sebab jarang jumpa kan..bukan takat tu jer nama pun aku boleh lupa jugak..tahap ketuaan sangat kan ..

macam-macam game diorang buat..itu pun masih ada yang tak dapat joint..yang tak joint sepupu aku jer..mak pak sedara semua ada..hapening sungguh..sepupu kitaorang nie ada yang dalam pantang ada yang belajor kat oversea..ada hal keluargala dan macam-macam alasan lagi..tapi itu tak kisah nie pun dah ramai pun dah cukup happy..

banner selamat datang

1. keluarga Pak Long Abdullah bersama cucu..anak dia semua ada hal..dari Bangi
Pak Long nie ada sepasang anak kak Ezie dan Abang Ibah..sorry yer nama samaran jer aku ingat dan 9 orang cucu


2. keluarga Pak Ngah Sahakpurple color cukup semua ada dari Kesang.
Pak Ngah nie masa kitaorang kecil anak buah semua takut garang wooo..tu dulu sekarang dah baik..Pak Ngah pun dua orang Kak Mar dan Pian..cucu ramai 8 orang..
3.keluarga kuning Mak Lang Zaleha pun cukup semua ada tuan rumah jugak 
Mak Lang ada 4 oranga anak..along Mas..Abang Ngah, Kak Ana dan Jaja..semua dah kawin cucu pun 13 orang..
4. keluarga merah Pak Jang Zakaria pun cukup dari Sg Buloh
Pak Jang disebabkan ayah aku tinggi tu sebab panggil Pak Jang..kitaorang 4 beradik sorang jer tak kawin..cucu ayah ada 7 orang jer..Yang best dan happening dan giler-giler keluarga aku dan keluarga mak lang..game banyak kena lawan dengan diorang jer..

5. Pak Andak Karim sekeluarga..nie anak lagi sorang tak ada Jasin
Pak Andak pun sepasang anak  Epi tak datang ada hal dan Fasha pun dah kawin..cucu tak ramai ada 2 jer

6. Pak Bo Mansor @ kentol nie kembar  cukup semua dari Negeri Sembilan
Pak Bo nie 5 orang anak..Saiful..Ijat jer aku ingat nama yang lain lupa ..cucu  baru 5 orang..Dalam adik beradik ayah aku ada keturunan kembar kembar lelaki tak seiras dan kembar peremuan pun tak seiras..tapi yang pelik belum ada  sorang pun melahirkan kembar

7. Nie kembar Pak Bo Abbas pun tak cukup ...anak tak joint  dari Kesang
Pak Bo Abbas aku tak pasti anak dia 4 ke 5 ..hahaha teruk tul aku nie lupa..nama yang aku ingat Am,Yus tu jer yang lain sorry yer..cucu baru sorang..yela yang kahwin pun 2 orang..

8. Ni Mak Teh Adibah pun kembar pun tak cukup anak kat oversea dari Bangi
Mak Teh sebenar anak 5 orang tapi sorang dah meninggal..so yang ada tinggal aziman,azri,asfarina,amin,akmal(  arwah)..cucu baru 2 orang..sorang lagi on the way

9. Nie kembar Mak Teh kitaorang panggil Mak Bo Itam dari Jasin..pun tak cukup anak tak datang
Mak Bo Itam pun anak lima tak mahu kalah dengan kembar dia..anak dia yang aku ingat ..emi tak datang bini dalam pantang...ima..ida..saiful..ijam..cucu baru dua..sorang lagi on the way jugak..

10. Pok Teh Mustafa sekeluarga tuan rumah
Pok Teh anak kecil lagi..sebab lambat kahwin..

11. Keluarga Mak Cik Hawa dari Klang
Mak Cik anak 5 orang jugak..nama nak dia yang aku tahu Ijat..asraf..hazwani..hizun..Anun..cucu pun on the way..

12. Keluarga Busu Malik @ tuan tanah..
Busu ada 3 anak dara..nama dia along..angaj..baby..tu jer aku tau nama diorang..busu kira anak buah memang rapat dengan dia..busu sporting..

so nama yang aku boleh ingat tu sebab masa kecil selalu jumpa yang tak ingat sendiri faham jer la..nama anak buah pun aku tak ingat..hahaha..mana anak buah kerap jumpa tu jer la aku ingat..itu setiap kali jumpa setiap kali tanya nama ...

adik beradik ayah bersama isteri & suami masing-masing
nie semua yang hadir
entry lain aku update serba sedikit game yang kitaorang main..best..rasanya macam nak buat lagi tapi kalau nak buat kena 5 tahun lagi..baru best..

Thursday, 27 March 2014

Mari Bergumbira :)

Assalammualaikum..

Penantian begitu lama akhirnya membuahkan hasilnya...alhamdullilah dengan rezki yang allah bagi..sykur sangat-sangat..terima kasih Allah..terima kasih juga pada CEO syarikat atas usaha jaya anda..

muka anak dan mama happy
padahal semasa menunggu macam durian tak luruh jer..hari-hari dok merungut ..merungut belakang jer pasal HR la pasal CEO lah pasal orang itu ini lah..lembab buat kerja la..main-main kan perasan orang la..merungut jer....selagi tak dapatkan hari-hari diorang dapat pahala aku jugak dapat dosa..hahaha..tak suka betul tapi tetap buat jugak..lagi satu  meroyan kat mesin ATM..hahaha..hampir nipis kad aku asyik pergi tekan macam tu jugak angka dalam skrin tu tak nak pun bertambah..tapi akhir nya alhamdullialh..terbeliak kejap tengok..kejap jer la..terus keluar sengeh-sengeh macam kerang busuk..hahahaha..entah apa-apa jer aku nie..

Alhamdullilah walaupun dapat tak seberapa tapi alhamdullillh boleh la buat menabung lagi sikit..shoping sikit...renovate rumah sikit dan yang best boleh bawak family pergi jalan-jalan makan angin..alhamdullilah rezki di kongsi bersama..

ini semua berkat doa semua orang..doa anak-anak..doa suami..doa ibu bapa termasuk doa dari aku jugak.

mengaji bagi ketenangan jiwa

nie budak pun turut sembahyang juga

Tuesday, 25 March 2014

Masa Bersama Suami dan Anak

Assalammualaikum...

kejap jer cuti sekolah...budak-budak dah bising nak gedik berjalan..bukan diaorang jer mama dia pun dah gedik..lama sangat tak pergi bercuti..

Actually depa semua nie gatai nak jalan bukan apa hari tu ayah su..ayah uda ..maklong sekeluarga dan atuk pergi bercuti Kelantan..diaorang ada jer pelawa ajak pergi tapi disebabkan kewangan kurang so duduk diam-diam kat Bidor...ehh bukan kewangan sebab kitaorang nak jalan lepas habis cuti sekolah..siap sedia la lepas nie mama nak karang surat cinta kat cikgu..

Abang Nuqman
Nak bagi diorang tak rasa boring ajakla pergi taman kat Tapah boleh jugak joging bagi keluarkan peluh..excited nak jogging tiba separuh jalan hujan..hahaha..angin jer bebudak tu..tapi hujan tak ada lebat sampai kat Tapah elak jer cantik panas..cuma kat Bidor jer hujan..nasib tak patah balik...

Kakak Tisya bersama Amsyar

peluk tiang 

Nuqman gigih panjat

Habis main terus pergi pasar malam..beli apa yang patut..malam tu duduk rumah layan televisyen jer..tak kemana-mana pun..

Monday, 24 March 2014

Ko apa Hal??

Assalammualaikum..

amboi tajuk macam cari gaduh jer kan???...memang pun nie budak kecil entah apa hal mahu cari gaduh sama mama..

Aku perhatikan sejak beberapa hari nie si Amsyar nie sebelum nak tidur malam mesti main golek-golek kat atas badan orang..takpun sukahati dia datang duduk kat perut orang..selalu jadi mangs aku la..tengah syok layan tv tiba-tiba dia datang manja-manja.. main golek-golek cium-cium kita pas tu dia ngap sekali..amboi main kasar nampak memang kena jugak sedas dengan aku..ko gigit aku aku gigit ko balik..aku sakit ko pun sakit jugak..macamtu la..hahaha


Habis kaki..peha..perut ..tangan pipi aku habis dia nak gigit..tau -tau jer aku jerit sakit dan pedih dia sengeh jer bagi dia satu kepuasan kut dapat gigit..bukan sekali dia buat adalah tiga empat kali..baru stop itu pun aku dan marah baru dia diam..pastu elok comei jer tidur..time dia tidur tu geram jer tengok dia..hai Amsyar macam-macam ko nie nak tidur..

kesan gigit

nie baru kat tangan


Blogger Templates