Wednesday 7 December 2011

Apa Itu 8P?

Just share dengan you all.. Especially to married or coming soon..

Nie aku copy & paste dari novel yang aku baca lah..Penceramah bebas Ustazah Siti Nor Bahyah menyarankan agar setiap pasangan mempraktikan petua ini.

Mengikut coretan buku tue kunci kebahagian rumahtangga yang sebenarnya ialah mendekatkan diri dengan ALLAH..Ini kerana bila kita jauh daripada ALLAH  iblis yang suka melihat umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga..

Untuk itu  elok setiap pasangan mempraktikkan "Petua 8P" bagi mengeratkan lagi perhubungan..

  1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain.
  2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah sering peluk-memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin.
  3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah juga boleh menambahkan kasih sayang.
  4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa di abaikan.
  5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing
  6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan dengan orang lain bagi mengelakan daripada melampaui batas , menimbulkan cemburu dan seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh dari kesibukan.
  8. PERMOHONAN - Berdoa kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara suami isteri serta jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Perkahwinan ibarat satu pelayaran di lautan luas , yang menuntut kesabaran setiap pasangan.Usah biarkan mahligai yang dibina hancur berkecai..



Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates