Wednesday 28 May 2014

Cuti Tak Rancang Ke Cameron Higlands

Assalammualaikum...

sebelum cuti sekolah meh kita pergi bercuti dulu..cuti pun tak rancang main terjah jer..nie semua gara-gara ayah su datang rumah..dia baru habis kerja malam tak nak tidor sebab takut malam berjaga esok dia dah kerja shift pagi..

kitaorang naik Cameron pun dah tengahari dari Tapah...perjalanan yang memakan masa  1 jam jer..Aku memang gedik sangat nak naik Cameron tapi bila naik jer aku mabuk kepayang..tension jer aku..nasib masa pergi balik ada bibik jaga Amsyar..so aku duduk diam-diam sambil tutup mata..Amsyar pergi balik tidur..lega sikit..

sebelum pergi semua muka suci jer..
kitaorang dari Tapah cuaca memang cun giler sampai atas hujan pulak..spoil rasa..hujan-hujan pun kitaorang tetap jalan..best kali nie pergi aku berjaya memuntah segala hasil dalam perut..kakak nasib dia ok mama dia pulak tak  ok..kalau tak aku ok jer tapi dah pening sikit lepas dengar suara abah ..adik  ipar aku dengan En Hubby aku bersembang macam jauh sebatu jer padahal sebelah telingga jer pun..tu yang buat aku bertambah pening..hahaha..salahkan orang juga kan..
aku yang tengah pening lalat
Photo
macam biasa mesti singah kat tempat teh bagi tenang kan kepala dan perut aku yang rasa nak terkeluar isi dia..minum teh panas bagi lega sikit..tapi masih tak mahu juga kurang

bergambar sambil mendogak bahu masih pening lagi
Masa nie aku rasa macam awang-awangan jer sebab lepas muntah budak cerdik nie ambil 2biji panadol makan..lepastu rasa macam khayal jer..lalok kejap..memang betul panadol tu dadah orang kata..
kami sekeluarga

3 face 3 colour ..
kami yang suka selfie bersama ayah su dan Nuqman
Masa  nie hujan dah mula nak turun terus cepat naik kereta terus pergi big Strawberi Farm...kat strawberi Farm aku nampak mesin urut terus masuk duit..lega sikit sedap bila urut tang kepala aku..plan nak petik tapi masa tu tak musim sangat..
amik dari intenet
ontheway nak naik ke tempat strawber mata kita akan di jamu dengan kaktus dan bunga yang cantik dan segar jer..rasa tenag otak tengok bunga..
macam-macam menu dia

Add caption
salad dia segar bugar 
kat sini diorang makan tapi aku just makan strawberi nak bagi hilang mabuk..minum teh dia pulak rasa teh strawberi..manis..lagi loya tekak aku..last minum air masak jer..kat sini mesti nak makan wafer strawberi..strawberi coklat..dekat sini pun ada salad macam jenis salad..

kami sekeluarga..abang Nuqman lupa nak tutup mulut pulak..seram tengok..


masa kat sini aku bagi lepas jer..punya la seronok dia ke hulu hilir dia berlari..


Amsyar yang tak reti diam..

selfie Amsyar bersama Kak Tisya
dah rasa ok dah macam segar sikit terus kan perjalan kat Kea Farm..kat sini nak beli sayur ke ..key chain ke murah sikit dari tempat lain..kitaorang sampai hujan baru berhenti so boleh la jalan lengang kangkung..kat sini aku memang target nak makan jagung and ubi jer..tapi pelik makan kat sini sedap jer manis bila bawak balik tawar jer rasa..sejuk jugak kat sini yelah baru lepas hujan kan..

kami yang kebal tanpa baju sejuk

Photo
kami yang ceria
lepas puas mata tengok sekeliling ..kitaorang balik tak ada beli sayur pun malas nak shoping sayur pun..sebenarnya banyak tempat tak pergi macam ladang teeh tapi dah petang kawasan tu dah pun tutup..tapi aku tak jumpa tempat lavender tu..rugi pulak rasa sebab teengok Diana Amir pergi macam cantik jerkan..Last destinasi pergi jumpa kawan En Hubby geng RF dia dan  terus balik Tapah..nasib kitaorang onthe way balik tak hujan tapi tetap hati-hati la sebab jalan gelapkan..aku macam biasa menahan gelodak dalam perut jer..


No comments:

Post a Comment


Blogger Templates