Friday 9 May 2014

Homemade Ais Krim Oreo Milo

Assalammualaikum..

entry pasal bercuti berdua part 3 akan menyusul kemudian yer..tengah mengingat kan memori kejap...

kelmarin rajin sangat kan nak buat ais krim sendiri..sebelum ni bermacam-macam resepi aku ambil last satu jer yang memikat hati sebab menepati ciri-ciri..senang ceter paling simple and senang sangat nak buat..aku bab yang senang dan simple memang laju jer nak buat tapi nak buat tetap berdebar-debar nak tunggu hasilnya..entah apa-apa jer..

plan nak buat malam harinya esok tengahari dah boleh makan tapi En Hubby entah angin apa malas nak bawak aku pergi kedai..muncung sedepa aku sambil kaki hentak kaki masuk bilik..hahaha tu mana anak tak ikut..anak buat marah emak buat tak pekan..hahaha..

esok dah ada bahan terus semangat nak buat ais krim percubaan pertama aku dalam seumur hidup..hahaha good job mama..bahan yang kena beli cuma milo dan biskut oreo jer tu yang En hubby malas nak keluar beli..bahan lain memang dah ada balance buat kek hari tu...

bahan-bahan dia

Bahan semuanya mudah jer aku buat dapat la dua bekas..



gigih aku bersabor nak tunggu keras dekat 4 jam jugak tak mahu keras aku dah cuak tak jadi ke kalau tak jadi habis aku kena bahan dengan En Hubby..Akhirnya penantian satu penyeksaan bagi aku berakhir esok petang baru boleh makan baru dia keras macam ais krim..yeahhhh jadi jugak...baru semangat nak buat ais krim lain..alhamdullialh dari anak sampai mak bapak semuanya menyukainya..


ais krim tak ada setaraf ais krim yang di jual di luar sana tapi jadilah nak buat makan kan...anak-anak siap request suruh buat lagi..insyaallah bila mama rajin mama akan buat yang lain..resepi dia kena tulis karang lama tak buat jadi lupa pulak

bahanya:
1/4 cwn susu pekat*
1 tin susu cair*
1 sudu ( B ) ovalete*
1 sudu ( k ) vanila*
5 sudu milo ( nie ikut korang nak lebih pun boleh )
5 biskut oreo
Cholate rice sekadar hiasan

caranya
bahan bertanda * di putar selam 20 -30 minit ikut tahap kepekatan nya...dah pekat berkrim baru masukan milo dan biskut kacau dah sebati masuk dalam tupperware dan hiasan dengan apa yang korang rasa nak bubuhkan macam aku kat rumah  ada balance cholate rice jer..so tu jerla dan beku..aku beku semalaman nak bagi betul keras..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates