Tuesday 20 May 2014

Minggu Mencabar Anak-Anak..

Assalammualaikum..

Minggu nie dari hari Selasa hingga Jumaat tak mahu bagi anak stress..tak mo bagi dia tension..nak kena cakap lembut-lembut kena banyak bagi pujian dan nasihat jer..tapi itu bukan jiwa aku pun..tapi aku kena sabar selam beberap hari jer lepas tu tengok keadaan tahap kesabaran aku sampai tahap bila..

bukan apa minggu nie kakak dan abang exam pertengahan tahun jer..kecoh jer kan..anak orang lain pun exam jugak..aku sebagai mama dia mestila nak yang terbaik dan keputusan yang cemelang..memang dari minggu lepas aku dah push diorang belajor..bila malam lepas makan aku bagi latihan suruh buat..merungut-rungut budak kena paksa..yela penat kan tapi mama lagi penat bila tengok keputusan korang nanti..mama nak bagitahu mama nak anak mama berjaya itu sahaja..ada masa tu si kakak nie jawab soalan aku sampai tertidur-tidur atas buku..kesian aku tengok..

aku dah warning saje jer dera minda diorang aku cakap sapa tak lulus dan tak dapat A atau B mama tak bagi duit belanja..hahaha kejam betul mama ko kan..aku siap cakap bawak bekal jer itupun kalau mama masak kalau mama tak masak minum air kosong jer..hahaha saje jer kan..tapi hati aku sakit bila ada jer yang nak menjawab.." ala mama tak kasi Nuqman minta kat papa duit belanja"tengok si kakak tak ada nak jawab -jawab just tengah fikir betul ke mama dia nak buat camtukan...

lagi satu aku ada kata sapa yang cemelang akan dapat hadiah so aku rasa takpe kita ugut dengan benda macam nie so far kalau aku cakap macamtu ada la inisitif diorang sikit dan keputusan pun no bad la merujuk pada tahun sebelumnya....budak-budak sekarang kena gitu aku dulu tak ada pun ibu and ayah nak cakap macam tu ..cuba ibu and ayah cakpa macam confirm A++ aku bagi..hahaha...salah kan ibu and ayah pulak dah diri sendiri malas taknak usaha kan..

pagi nie semua bangun awal sebab nak exam dan aku baru teringat nak cek pensel box cukup ke tak kelengkapan diorang..ok kakak punya complete cuma Nuqman punya barang jer pensel punya banyak tapi semuanya tumpul..sabar jerla aku budak nie..malas nak spoil mood aku pun asahlah pensel bagi boleh cucuk orang..

Apa-apa pun mama doakan harap kakak dan abang dapat jawab exam nie dengan mudah..aminnn...mama tunggu jer keputusan sapa yang good jer..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates